Friday, May 24, 2013

Izni : 1 tahun

Posted by nikct at 5/24/2013 02:03:00 PM 1 comments

haha entri yg lambat masuk. xpe janji masuk dr xmasuk langsung haha

alhamdulillah izz dah 1 tahun!! hoyeeaaaa *clap clap clap* jatuh pd hari jumaat, maka mama cuti semata2 nak together2 dgn izz di hari bermakna dia. kalau ikutkan kalendar hijrah dah genap setahun masa 7 mei haritu. kalendar hijrah bermakna bg mama sbb tu la kayu ukur brp lama mama, secara eksklusif menyusukan izz. so misi 1 tahun hijrah n gregorian telah berjaya mama lepasi! alhamdulillah syukur.

tp,

izz meragam sikit masa bday dia. mungkin sbb abah jauh di mata. dia rindu abah dia. huhu tu la juga sbb utama kenapa mama sanggup amek cuti. izz dah lama berjauhan ngan abah. at least di hari lahirnya, biarla mama ada kat sisi dia utk hepikan dia. tp izz masih kurang hepi.

so mama decide nak bawak kua jalan la. toknik kata tunggu dia balik solat jumaat. lepas toknik balik, kami bawak izz ke kedai cina ah wey *yg bg bunting free tuu* utk ambik gmbr pasport. saje, buat kenangan. hehe. tgk je la gambar pasport dia, sirius gilaa haha jenuh mama n ma chek suruh izz senyum, saje dia buat muka sirius tu. buat2 xdgr kami duk acah2 dia. cess.. bertuah pnya anak hehe

lps tu, bawak izz p tesco. jalan2 sambil ma chek beli brg dapur. izz jumpa kwn, berjalan sesuka hati, bergurau senda ngan toknik n naik kete control, kaler pink!! deym. yg tu je ada remote org tu kata. yg lain sume kena drive sdri. mana izz reti. masam balik la muka dia hahaha

balik tu, izz tido awal, di hari lahirnya. haha ape daa izz. mlm masih muda. hahaha. penat kot. even sekejap, jd la. huhu

mama plak xde benda nak bg kat izz.. mama bg susu je la yg fresh dr ladang :D kebetulan tghari tu masa izz tgh tdo, mama kena serangan seram sejuk 1 badan, nak demam. so insyaallah susu yg dihasilkan penuh antibodi terbaik utk izz. specially given by Allah to izz on your special day, syg. mano nak cari tu. alhamdulillah rezki kan? hehe

21 mei 2013, abah dpt turun buat medical. sakit mata katanye. mama pun skali lg amek cuti (e.l, pg tu sempat p roundtable discussion on competition policy kau..hah) terus pecut balik rumah, siap2, ambik izz n ke melaka berdua je ngan izz. huhu ni trip ke 3 kot travel ngan izz je ke melaka. dah 1 tahun kan mana nak duk dlm carseat lama2. thx kpd upin n ipin la bjaya bg izz duk diam kejap. bila berbunyi lg mula la mama cari mcm2 idea nak bg izz stay still dlm carseat. haha

alhamdulillah selamat sampai at 2.30pm, makan2, jln2, beli mainan (tmsuk basikal budak kecik tu) mama pow abah beli utk bday izz hahaha izz mula2 jumpa abah malu2 kucing, tsengih2 mcm kerang bucuk hehe lpstu mama nak ambik pun dia xnak. melekat ngan abahhhhh je. suka sgt dia jumpa abah haritu. rindu abah la kot selama ni ek.. huhuhu sbr la syg. abah keje camtu, nak wat cmne. sikit je lg nanti abah balik la. nanti izz buli la abah hari2 masa abah cuti tu hehehe

maka,

selamat hari lahir izz. mama xde kek nak bg kat izz sbb izz xleh mkn lg. tp mama ada susu yg plg berkhasiat insyaallah di dunia ini utk izz. n mama n abah dh berusaha sedaya upaya utk bg izz hepi di hari lahir izz. semoga sihat tubuh bdn, cerdas akal, jauh drp musibah yg xbpenghujung n dirahmati Allah swt..




Saturday, May 11, 2013

Siesta Shoppe

Posted by nikct at 5/11/2013 01:58:00 AM 0 comments

utk makluman kwn2 kami suami isteri ada buat bisnes kecik2 je, demi sesuap nasik (gitew). kami ada :

1. kain cotton vietnam pd harga serendah RM60/pasang
2. half moon sakura shawl pd harga serendah RM45/sehelai
3. custom made hardcover guestbook
4. breastpump (Medela, Avent, Rumble Tuff, Spectra, Unimom)
5. AQEELA Muslimah Wear

for more info boleh ke :

fb page : Siesta Shoppe
blog : siestashoppe.blogspot.com
emel : siestashoppe@gmail.com
whatsapp : 0193140812

pd yg sudi tgk2 la k. kalo dpt tlg promote pd kwn2 lain pun itu dah bonus utk kami.

terima kasih utk masa anda :)

Thursday, May 2, 2013

diluah mati mak, ditelan mati bapak..

Posted by nikct at 5/02/2013 02:11:00 PM 0 comments
begitu la yg sedang melanda diriku ini. lama dah aku pendam. tp tak bole jgk. serba salah rasanya nak luahkan pun. perit je rasa. tp sampai bila nak pendam? bila dah luah pun, boleh selesai ke masalah? ke lg serabut?


inilah asam garam kehidupan. manusia macam2 ragam. kita sendiri pun banyak ragam. nak menyesuaikan ragam orang ngan ragam kita, memang ambik masa nak terima.

hmm semoga Allah memudahkan simpulan kesulitan ni. semoga segalanya segera berakhir tanpa perlu melukakan mana-mana pihak...

Tuesday, April 30, 2013

hari pekerja yg perlu bekerja

Posted by nikct at 4/30/2013 10:35:00 PM 0 comments

tapi bukan aku.. incik sailor.. huhu sian... kalo org kapal bercuti, mcm best je dgr, cuti sampai berbulan2. tp hakikatnya, tau x yg org2 kapal ni kerjanya 7 hari seminggu (hari ke 7 half day, kalo takde pape la.. kalo x, mmg straight seminggu tanpa cuti). kerja dr pg sampai lewat petang. kalo kapal problem, keje la sampai problem tu setel. penah lost contact dgn incik sailor sampai 2, 3 hari. rupanya kapal problem. jantung dah berkecai dah masa tu. syukur dpt kabar lps tu.. huhu kerja berat, spanar tu saiz sedepa pun ada. yg sejengkal pon xreti guna, sedepa apetah lg? haha parts kat kapal tu pulak bukan 5 kilo, 10 kilo. tp 1 tan, 2 tan, bertan tan lg. nak alih, silap2 haribulan, jari tersepit. hancur jari. kuku pun terkoyak. silap sikit, boleh melecur sana, terbakar sini, buta biji mata.. silap2 melayang nyawa.. ingat x tragedi Bunga Alpina?? kerja mcm nak terkuar ta*i berbulan bulan lamanya. berjauhan anak bini, famili.. kerja atas kapal 24 jam sehari terdedah bahaya. mana ada dokter, bomba, 911 nak tlg. survival sama sdri je la..

sbb tu la gaji dorang lebih, cuti dorang lama.

Selamat Hari Buruh, incik sailor! terima kasih atas segala pengorbananmu. selamat kerja di hari esok. kuatkan semangat, yukenduit!! mmmuuuaahhxx!!

penyusuan sepenuhnya : komen saya

Posted by nikct at 4/30/2013 06:37:00 PM 0 comments
setakat ni Alhamdulillah masih susukan izz secara eksklusif lagi. hati ni xyakin nak bg dia makan lg. desakan org sekeliling kadang2 boleh buat jiwa ni goyah. pastu cepat2 betulkan pendirian balik. bila goyah, cepat2 ingat balik ayat ni :
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu" Al-Baqarah ayat 233

tapi perlu dibaca jugak ayat seterusnya :

"Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada)."

dan seterusnya :

"Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya)."

maksudnya di sini, ibu2 hendaklah menyusukan anak2 selama 2 tahun genap, bagi mereka yg nak menyempurnakan penyusuan itu. tapi, suruhan ini tidak diwajibkan, memandangkan Allah swt tidak membenarkan keadaan di mana si ibu menderita kerana anaknya. Dan kalau nak berhentikan penyusuan tu pun boleh, dengan syarat, setelah persetujuan dicapai oleh kedua2 suami isteri.

so, kalau rasa susah2, berbincanglah dengan husband, sama2 setuju, bolehlah penyusuan tu dihentikan.

penghentian/penceraian penyusuan (weaning) pula bermaksud : 
The gradual process of moving your baby from a diet that consists exclusively of breast or infant milk to one that includes solid foods.

so, adakah pemberhentian penyusuan yang dinyatakan dalam al-Quran bermaksud weaning off macam definition kat atas ni?

aku cuba cari sirah-sirah nabi berkaitan penyusuan ni. yang aku dapat, sejarah nabi disusukan oleh ibunya, kemudian seorang hamba, dan kemudian Halimatussaadiah, sebab ibu Rasulullah saw ditakdirkan kering susunya. dan juga keajaiban2 yang ibu susuan baginda dapat lepas ambik baginda jd anak susuan. sama ada baginda diberi makan berselang seli dengan susu, tak pernah dinyatakan pulak. tapi kalo skali baca ayat al baqarah kat atas ni, kalo ambik maksud secara literal, terang-terang ibu2 digalakkan menyusukan sehingga 2 tahun genap untuk penyusuan sempurna.

eh bukan kena bagi makan bila anak umur 6 bulan ke?

itu saranan WHO. WHO kata:

"Exclusive breastfeeding is recommended up to 6 months of age, with continued breastfeeding along with appropriate complementary foods up to two years of age or beyond."

rekomen je hokey. dolu2 depa suruh susukan secara eksklusif sampai 4 bulan je lepas tu dah boleh introduce solid foods. tp kajian terbaru depa menunjukkan, baby 6 bulan pulak baru ready untuk terima solid foods ni, maka depa pinda saranan depa ni kepada 6 bulan pulak... haa nampak tak kajian manusia ni tak berapa nak tepat. boleh berubah dari semasa ke semasa, bergantung pd penemuan baru. 

disebabkan saranan2 depa ni la, nak ubah mind set rakyat malaysia ni cukup susah cukup payah. ada yg kata

"oo anak 4 bulan dah boleh makan". 
"ni anak akak dulu umor 3 bulan dah makan, asek melalak je. bg makan baru la dia senyap"
"anak ko ni dah lapar ni. tgk mulut dia terkumat kamit tgk orang makan. kesian. bg la dia makan"
"minum susu badan tak berkhasiat la. dah lepas 6 bulan ni boleh campur dah ni"

dan macam2 lagi tarbiyah yg tak pasal2 aku dapat free.

my child. my choice.

aku baca quran, secara literalnya maksud nya aku digalakkan menyusukan anak aku selama 2 tahun genap untuk menyempurnakan penyusuan tu.

kalau aku introduce solid foods, bermakna aku sedang (secara perlahan-lahan) menceraikan susu ke atas anak aku.

susu aku production alhamdulillah mencukupi untuk dibekalkan kat Izz, selagi susu masih cukup, aku tak rasa anak aku perlu diperkenalkan dengan makanan lagi. dan aku tak rasa terbeban langsung untuk menyusukan anak aku sepenuhnya sampai ke hari ini.

walaupun Izz terkumat kamit tgk orang makan, aku anggap dia sedang meniru mimik orang mengunyah. dia dlm proses belajar. sbb tu dia pun mengunyah. dia pun sebok nak kerumun nak tgk kita makan. kalo kita sibuk buat kerja pun dia sibuk ikut nak tgk apa kita buat. so time makan, dia pun sibuk sama la. so bagi aku, itu normal.

maka, tolonglah, jangan ajar saya dan paksa saya bagi anak saya makan.

saya nak bagi yg terbaik utk dia. saya ni tak baik, tp saya hanya nak yg terbaik utk dia.

saya yakin susu saya cukup segala mak bapak punya zat dalam setiap titik yg dia minum. dan saya doa susu tu jugak lah yg akan jd penawar segala penyakit, baik dari segi zahir, mahupun batin.

MELAINKAN, ditakdirkan suatu hari nanti, saya kering susu, bekalan tak cukup, dan takde sapa sudi menjadi ibu susuan anak saya, saya sendiri akan perkenalkan homemade solid foods pd dia.

ya Allah, permudahkanlah perjalanan penyusuan sepenuhnya ke atas Izz.

aamiin...

ust don pun dikatakan disusukan selama genap 2 tahun. masyaAllah.... cekalnya ibu beliau... semoga Kau cekalkan hati ini juga nak menghadapi pelbagai dugaan.... semoga niatku ini menjadikan anak yg disusukan ni seorang yang berakhlak mulia, beramal soleh, menjadi anak yg soleh dunia akhirat yg mendoakan ibu bapanya pabila kami sudah tiada.. aamiinn

Thursday, April 18, 2013

say NO to baby walker

Posted by nikct at 4/18/2013 10:56:00 AM 0 comments

sumber : baby centre Malaysia

Bermula April 2007, Canada telah mengharamkan penjualan walker bayi. Data UK juga mencadangkan bahawa lebih banyak kemalangan dan kecederaan berlaku berhubung walker bayi daripada peralatan bayi yang lain. Ini sebab walker membolehkan bayi bergerak lebih laju (bayi boleh mencapai kelajuan satu meter setiap saat dengan satu lonjakan), mencapai ke tempat lebih tinggi dan memudahkan akses kepada pelbagai bahaya. Kebanyakan kecederaan disebabkan kejatuhan apabila walker tertonggeng dan bayi terpelanting jatuh ke bawah tangga atau merempuh perabot, alat pemanas elektrik atau ketuhar.

Terdapat juga kemungkinan risiko bertambah di mana bayi anda akan mengalami kebakaran dari objek-objek seperti lilin dan minuman teh yang panas. Walker membolehkan bayi menjangkau racun-racun domestik, seperti minyak wangi, ubat cuci mulut, atau alkohol, yang dahulunya tidak dapat dicapai olehnya. Ramai orang menyangkakan yang apabila bayi ralit dengan 'kereta' kecilnya, dia adalah selamat dan boleh dibiarkan tanpa jagaan untuk jangka masa yang pendek. Sebenarnya, kawalan berlebihan diperlukan apabila bayi anda berada dalam walker dan bayi lebih selamat jika ditinggalkan atas lantai sahaja dalam bilik.

Walker tidak membantu bayi belajar berjalan. Sebaliknya, menggunakannya dengan berlebihan mungkin akan merencatkan sedikit perkembangan bayi. Bayi perlu meniarap, merangkak, duduk dan bermain atas lantai, untuk membolehkan dia mencapai tahap-tahap utama dalam perkembangannya.

Meskipun statistik-statistik yang ada membimbangkan, pelarangan penggunaan walker sama sekali mungkin tidak realistik. Sebilangan pakar merasakan bahawa walker sepatutunya direka bentuk untuk bayi berusia lebih daripada sembilan bulan yang sudah pandai duduk dan merangkak, dan dipasangkan sekatan kelajuan.

Jika ada sesiapa mencadangkan walker untuk bayi anda, pertimbangkanlah alternatif lain atau lebih baik, biarkan dia bersenam dengan baik atas lantai seperti berlaku di masa-masa dahulu. 

* izz memang takde walker sbb mama dia yakin dia takkan nak duduk dalam tu. pernah skali izz diletakkan dlm walker sepupu dia, xsampai 5 minit dia dah nak terjun keluar. sebelum ni mama digesa utk beli walker bg kat izz, katanya nak senangkan kerja. ternyata tak jugak. dah dia taknak duduk dlm tu watpe la mama abah dia nak bazir duit beli kan? katanya jugak nak bg izz cpt jalan. tak jugak.. izz mula btatih masa 9 bulan lebih n xsampai 11 bulan dah bjalan dgn fasih (fasih?) tawaf sekeliling rumah. so xyah nak pcaya dakyah2 palsu ni.

biarlah baby kita bkembang maju ikut kemampuan dan pkembangan yg sepatutnya. kalo dia nak, galakkan. taknak, jgn paksa. dont worry, dia takkan ketinggalan pun. pkembangan baby berbeza. mungkin izz dh blh jln tp dia xde gigi lg. haha syukur part xde gigi lg tu hahaha n sebenarnya setiap hari baby akan struggle utk buat sumthg. usahanya kecil, kita mungkin xperasan, or xnampak tp ianya usaha tbesar bg baby kita utk melangkah setapak demi setapak dlm hidup dia. sigh.. ni la consnya bila mama bkerjaya ni. tertinggal bykkkk. tp compare to abah, lg kesian. so, bsyukur je la. janji sihat dan cerdas dan cergas.

alhamdulillah.

so pls, say no to baby walker k? byk cons dr pro nya..

til then. ciao

Saturday, April 6, 2013

setelah abah pergi...

Posted by nikct at 4/06/2013 05:37:00 PM 0 comments

biasanya bila abah pergi baru la izz master 1 kebolehan. contohnya masa abah pegi dulu, barulah izz boleh bergolek, mengengsot, merangkak dan yg terbaru, berjalan dan berdiri sendiri.

izz pernah cuba2 jalan masa nak masuk 10 bulan haritu sampai la hari abah pegi 29 Mac tu, cuma masa tu dia prefer merangkak drp bjalan n bila jalan pun dia teragak2 nak jalan sbb mcm gayat lg. tp xsampai 1 minggu abah pegi, dia mula berani bjalan. dr sofa ke sofa, sofa ke kabinet tv, sofa ke meja makan n terbaru sofa ke dapur.

lebih baru harini, dia dah mula jln dari dapur sampai pintu dpn! n dia dah boleh berdiri sendiri tanpa apa2 sokongan drp mana2 sofa atau kaki kerusi.

alhamdulillah. abah dia dah bilang awal2, naik kapal ni mesti dia baru boleh jalan. tup tup xsampai seminggu. last time lagi la, sehari lepas sign on baru la izz tu nak mengengsot.

inilah dia life as seafearer's wife n son, abah xde nak melalui moment2 bermakna mcm ni selalu. tp kalo diberi pilihan dia pun taknak bjauhan dgn keluarga, terlepas moment2 ni dgn sengaja. sape tak sedih bjauhan dgn family, tambah2 time anak nak besar, makin pjg akal n banyak akl hari2. dah masih belum rezeki dia nak duduk sebumbung dgn kami. dah rezeki dia utk cari rezeki kat lautan. kami kena la redha.

huhu..


 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea