Monday, December 31, 2012

2012

Posted by nikct at 12/31/2012 03:10:00 PM 0 comments
tak banyak pencapaian dalam 2012. tp pencapaian SANGAT BESAR dicapai tahun ni. ya, melahirkan seorang kalifah kecil ke dunia ini. selain drp dugaan masa mengandungkan Izz (tumpah darah berkali-kali), alhamdulillah Allah makbulkan doa dengan mengurniakan kalifah kecil ni pada kami, yang benar, yang kuat, yang indah, yang bijak (itulah namanya Izni Abqary).. amiin insyaallah

Muhammad Izni Abqary @ Day 4
Muhammad Izni Abqary @ 6 months

sekarang kalifah kecil ni menginjak 7 bulan, dan akan genap 8 bulan 17 Januari 2013 ni.

kedua, menyambut ulangtahun perkahwinan yg pertama 16 Julai lepas. tapi sambut dengan ucapan je la since incik sailor tengah sign on kapal masa tu. harap2 tahun ni ada rezeki menyambut wedding anniversary bersama-sama.

ketiga, transaksi jual beli rumah dah 80% selesai yang mana urusan pindahmilik dah dibuat kat pejabat tanah sepang beberapa bulan lepas. lega la, sebelum ni pening dengan status rumah terawang2 sebab takde khabar berita lamaaa drp masa mengandung sampai la dah bersalin dah pun. lepas ni pening nak bayar hutang la pulak. 
 
apepon, cepat sangat masa ni dirasakan berlalu. sedar tak sedar hari demi hari dan skang tahun demi tahun meninggalkan kita.

semoga tahun baru ni menjadikan kita lebih baik dari tahun tahun sebelumnya. aamiinn.





Thursday, December 27, 2012

fakta manusia

Posted by nikct at 12/27/2012 10:57:00 PM 0 comments

bila kita dalam kesusahan, takkan ade org akan faham kesusahan yg kita alami melainkan diri kita sendiri. hanya bila orang tu alami kesusahan yg mcm kita alami, baru la org tu rasa apa yg kita rasa. tp masih org tu tak faham apa yg kita alami. bg dia apa yg dia rasa tu habis hebat punya susah la, takde org penah rasa susah camtu melainkan dia.

kan?

Tuesday, December 25, 2012

khatan

Posted by nikct at 12/25/2012 11:15:00 PM 0 comments

Izni Abqary telah dikhatankan pd usia 1 bulan. yezza anda tak silap baca. 1 bulan, iaitu hari ke 30. mengapa kami buat keputusan mengkhatankan izz pd usia terlalu muda?

1. sebab anak buah aku yang lelaki semuaaa (kecuali yg sulung, maka seramai 5 org) telah dikhatankan ketika masih bayi,
2. bila khatan pada usia masih kecik ni, senang nak jaga. takde pantang apa, takde nak bentan apa sbb dia tak makan dan takde kaki nak bergerak sana sini,
3. luka cepat baik (since dia tak banyak gerak dan minum susu je).

ada yg berhujah bahawa khatan masa kecik tak bagus, nanti dah besar, kena berkhatan semula sbb kulit tu tumbuh semula. err.. tak.. insyaAllah. kelima2 anak buah yg lain masih ok.

cuma ibubapa kena kaji dulu sebab ada jenis2 nya khatan ni. yg buat dgn tokmudim ni toksah kata la. yg moden ni ada berjenis2. kena hati2 pilih sebab ada jenis yg menggunakan titisan gam (kalau tak silap). aku hampir2 nak buat kat azzahra bangi, main reason sbb harganya jauh lg murah. tp bila abg aku call, dorang explen yg hari appointment nanti doc hanya akan explen pasal prosedur n suruh mak bapak decide dulu, before dia bagi date lain utk perform. prosedurnya yg guna gam tu la. dorang tak guna pisau, just drop beberapa titik gam n kulit tu mcm terhakis kot. yg ni, abg aku cakap, luka lambat baik dan ada possibility utk jahitan terbuka dsb.

aku tak ingat teknik apa yg dorang guna utk izz. tp kami buat kat KPJ Damansara, dengan doc bernama Razak. really nice n pro. prosedur tak sampai 10 minit kot. jahitan tak perlu dibuka semula, so takyah risau nak terbukak ke ape dah. yg penting lepas mandi, cuci bebird dia, doc bg krim utk sapu.

doc ckp budak2 kalo nak khatan, 2 hari lepas lahir pon boleh. sbb masa tu dia takde deria sakit lg. bukan takde, mungkin tak develop lg kot. lg senang nak jaga sbb tak nangis pon la. camne nak buat awal2, lepas bersalin, kena tahan wad, kuning plak lepas tu. then balik selama, balik sini semula, tgk2 abah kena naik kapal pulak. so lepas abah naik kapal tu baru dapat buat appointment tu. huhu. maka, bila dah lebih 1 bulan, deria sakit pun mula wujud la. masa khatan tu izz gelak2 je sbb kena bius. habis je ubat bius tu, sedihnya, tuhan yg tahu. tp sakitnya 1 hari je la. dia terkejut kot. esoknya, dia rilek je bila orang mandikan n tuka pampers bagai.

so ingatla, kalo nak berkhatan, pilih teknik yg betul n masa yg betul. adios!

Monday, December 24, 2012

pemakan

Posted by nikct at 12/24/2012 07:47:00 PM 0 comments

nafsu makan membuak2. mengalahkan org mengandung kempunan. smlm beli dominos set utk 6 org, add on twisty bread ke ape tah nama dia, 2 set. anak2 buah aku ni dah terbeliak bijik mata. woo biar betul makcik aku nih. "aku lapa weh". "ooo ok ok" terima dorang dengan paksarela. masih tak percaya. balik umah, balun sume. licin je sume mende alah tu, paan ckp "fuhh xmakan nasik laa malam ni". aku jawab "isk aku lapa lg nih".

pecaya atau tidak aku pi melaka haritu, frust nonggeng punya fasal xdapat jumpa incik sailor plus lapa tahap gaban, aku dah order (dan dah makan pon) 1 pinggan spegeti, 1 personal pizza, 1 set criss sut fries, 1 mangkuk sup n air. xcaya tgk gambar kt bawah.

haa masa p melaka yg fad tunang tu pun, aku suruh anak buah aku tapau nasik goreng kedai mamak n makan sampai licin sebelum sampai melaka sbb dah terlalu lapa. budak2 ni tgk semacam kat aku "bukan kita nak p makan kenduri ke skang ni". again, "aku lapaaaa". haha terima je la dorang seadanya makcik dorang yg syomel kuat makan nih haha

agaknya bila aku berenti menyusu izz, nescaya badan aku naik 3x ganda dr skrg??? ohh!!




Sunday, December 23, 2012

congrats fad!

Posted by nikct at 12/23/2012 01:36:00 PM 0 comments

yeah semalam ke melaka kita!! dgn paan n fikri sebagai bodyguard. banyak dugaan jugak trip smlm tu. apepon congrats fad on your engagement. finally, tunang sudaa. geng E&F asasi pon ade. fad, cun. tp mcm biasa, bukak je mulut... wahahahaha!!!!

*pics credit to wawa





Thursday, December 20, 2012

takde rezeki

Posted by nikct at 12/20/2012 03:27:00 PM 0 comments

susu merudum. pg td pam dpt 3oz je.. tak sempat nak buat sesi ke 2 lg, sbb tibe2 dpt tau incik sailor dpt trun darat sekejap. minta izin bos utk e.l.. pecut ke melaka. xsempat sampai lg incik sailor kena naik bot utk balik ke kapal semula. melaka jemm sgt harini xtau knapa. bila dia bgtau kena naik bot 2.45pm, airmata berjurai tak henti. ya allah aku rindu dia, tlg aku. tp rezeki tu takde. bot jalan jugak. aku masih stuck dlm traffic jem. sedihnya hanya allah tau. harini genap 1 bulan dia pegi. peluang ada tp rezeki tu xde. sedih sangat. n aku sampai kat jeti jam 3.10pm. masih mencari2 bot, mana tau masih ada kelibatnya. tp xde.. sedihnya.

kalau takde rezeki tu, takde la. allah tahu la tu hikmahnya.. tp, sedih sgt rasa..

syg i miss u...


3d & 4d scan

Posted by nikct at 12/20/2012 03:56:00 AM 0 comments

aku buat kat vision college, kelana jaya. masa tu dah masuk minggu ke 30 dah rasanya (kena buat sebaik2nya 26-30 weeks pregnancy, syukur ada rezki buat appointment last minute sbb ada org cancel appointment dia). kos rm90 je. scan dekat sejam. selagi tak nampak muka selagi tu sonographer tu suruh ejas kedudukan n siap suruh berjalan lagi, sbb nak bg nampak jugak muka baby tu. alhamdulillah izz bg kerjasama jgk.

masa tu niat nak scan nak surprisekan incik sailor. dia kat korea ke jepun tah masa tu. kebetulan haritu kapal masuk port. gatal je tangan ni nak sms tgh scan anak dia tp ku tahankan aje. agak rushing haritu sbb pg tu check up kat klinik, then ptg 3d scan, malam tu plak flight to penang. sume travel alone. no hubby at sisi made u strong u know. try it if u dont believe me haha fuhh so no wonder anak skang pun agak hyper jugak haha

lepas scan terus print kat kedai gambar area tu jugak. org kedai tu tanya ada ke teknologi camni sbb dia tak penah tgk imej 3d scan nih. dik nun, belakang kedai kau je haa. pi tanya budak2 vision college ni eh bila ko dah preggy nti hehe lepas dah print, pos kat abahnyeeee n bila abah sampai port, abah dpt parcel dia, abah bukak n abah tekejut teharu tehepi sampai tunjuk kat kwn2 dia sama.. yeayy mission accomplishedddd.

sebelom ni mcm penah cite dah kot tp kali ni nak share imej yg dah jd realiti pon (thank u Allah). nak share seblom ni takut terlalu awal, apa2 boleh jd selagi benda tak jd lg kan.. paham2 la. kalo xpaham buat2 paham sajok.

okei maka sesapa yg nak scan 3d & 4d scan (3d tu gambar, 4d tu video. konsepnya sama je cuma bila dia snap, jd 3d. bila dia record, jd 4d) dgn kos yg sangat mampu berbanding klinik lain boleh la google je vision college n call n buat appointment k. tak susah nak cari, dekat belakang giant kj je :)


 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea