Tuesday, December 25, 2012

khatan

Posted by nikct at 12/25/2012 11:15:00 PM

Izni Abqary telah dikhatankan pd usia 1 bulan. yezza anda tak silap baca. 1 bulan, iaitu hari ke 30. mengapa kami buat keputusan mengkhatankan izz pd usia terlalu muda?

1. sebab anak buah aku yang lelaki semuaaa (kecuali yg sulung, maka seramai 5 org) telah dikhatankan ketika masih bayi,
2. bila khatan pada usia masih kecik ni, senang nak jaga. takde pantang apa, takde nak bentan apa sbb dia tak makan dan takde kaki nak bergerak sana sini,
3. luka cepat baik (since dia tak banyak gerak dan minum susu je).

ada yg berhujah bahawa khatan masa kecik tak bagus, nanti dah besar, kena berkhatan semula sbb kulit tu tumbuh semula. err.. tak.. insyaAllah. kelima2 anak buah yg lain masih ok.

cuma ibubapa kena kaji dulu sebab ada jenis2 nya khatan ni. yg buat dgn tokmudim ni toksah kata la. yg moden ni ada berjenis2. kena hati2 pilih sebab ada jenis yg menggunakan titisan gam (kalau tak silap). aku hampir2 nak buat kat azzahra bangi, main reason sbb harganya jauh lg murah. tp bila abg aku call, dorang explen yg hari appointment nanti doc hanya akan explen pasal prosedur n suruh mak bapak decide dulu, before dia bagi date lain utk perform. prosedurnya yg guna gam tu la. dorang tak guna pisau, just drop beberapa titik gam n kulit tu mcm terhakis kot. yg ni, abg aku cakap, luka lambat baik dan ada possibility utk jahitan terbuka dsb.

aku tak ingat teknik apa yg dorang guna utk izz. tp kami buat kat KPJ Damansara, dengan doc bernama Razak. really nice n pro. prosedur tak sampai 10 minit kot. jahitan tak perlu dibuka semula, so takyah risau nak terbukak ke ape dah. yg penting lepas mandi, cuci bebird dia, doc bg krim utk sapu.

doc ckp budak2 kalo nak khatan, 2 hari lepas lahir pon boleh. sbb masa tu dia takde deria sakit lg. bukan takde, mungkin tak develop lg kot. lg senang nak jaga sbb tak nangis pon la. camne nak buat awal2, lepas bersalin, kena tahan wad, kuning plak lepas tu. then balik selama, balik sini semula, tgk2 abah kena naik kapal pulak. so lepas abah naik kapal tu baru dapat buat appointment tu. huhu. maka, bila dah lebih 1 bulan, deria sakit pun mula wujud la. masa khatan tu izz gelak2 je sbb kena bius. habis je ubat bius tu, sedihnya, tuhan yg tahu. tp sakitnya 1 hari je la. dia terkejut kot. esoknya, dia rilek je bila orang mandikan n tuka pampers bagai.

so ingatla, kalo nak berkhatan, pilih teknik yg betul n masa yg betul. adios!

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea