tak banyak pencapaian dalam 2012. tp pencapaian SANGAT BESAR
dicapai tahun ni. ya, melahirkan seorang kalifah kecil ke dunia ini. selain drp dugaan masa mengandungkan Izz (tumpah darah berkali-kali), alhamdulillah Allah makbulkan doa dengan mengurniakan kalifah kecil ni pada kami, yang benar, yang kuat, yang indah, yang bijak (itulah namanya Izni Abqary).. amiin insyaallah
Muhammad Izni Abqary @ Day 4 |
Muhammad Izni Abqary @ 6 months |
kedua, menyambut ulangtahun perkahwinan yg pertama 16 Julai lepas. tapi sambut dengan ucapan je la since incik sailor tengah sign on kapal masa tu. harap2 tahun ni ada rezeki menyambut wedding anniversary bersama-sama.
ketiga, transaksi jual beli rumah dah 80% selesai yang mana urusan pindahmilik dah dibuat kat pejabat tanah sepang beberapa bulan lepas. lega la, sebelum ni pening dengan status rumah terawang2 sebab takde khabar berita lamaaa drp masa mengandung sampai la dah bersalin dah pun. lepas ni pening nak bayar hutang la pulak.
apepon, cepat sangat masa ni dirasakan berlalu. sedar tak sedar hari demi hari dan skang tahun demi tahun meninggalkan kita.
semoga tahun baru ni menjadikan kita lebih baik dari tahun tahun sebelumnya. aamiinn.
0 comments:
Post a Comment