alhamdulillah. masa ni cepat je rasanya berlalu. rasa mcm baru je buat urine test, tgk2 positif. incik sailor peluk saye masa lepas tgk result sama2 tahun lepas. harini, cinta hati yg saye usung selama 9 bulan 11 hari tu dah nak masuk 7 bulan dah.
masa mula Izz lahir, dia sorang budak yg baik (harini pon masih baik, alhamdulillah aamiinn). malam yg pertama lepas dia tgk dunia, dia diam je. tido dengan nyenyak sekali. mama dapat rehat secukupnya lepas operate tu. alhamdulillah. bila masuk hari kedua, Izz mula merap (meragam). masa tu mama n abah yg cetek ilmu ni xtau nak buat apa. lama dipujuk, xberenti lagi, baru terpikir nak bagi susu. bila nangis lagi, baru terpikir nak tuka lampin dsb.
ilmu tu perlu sebenarnya. kelas mengandung tu perlu sebenarnya. tp kekangan kerja, xpergi2 sampai ke sudah. akhirnya, cetek ilmu keibubapaan. tp alhamdulillah, pengalaman mengajar. maafkan mama n abah eh Izz. sian Izz kena jd bahan eksperimen mama abah huhuhu
lepas dah balik rumah baru la mama surf internet, belajar sikit2 pasal penjagaan baby, keibubapaan, susu ibu dsb. kami tinggal rumah sendiri, berpantang sendiri. taknak nyusahkan mak aku la, dia dah tua tp mak aku datang hari2 bawak lauk. plus, incik sailor tgh cuti, bleh la dia jaga jugak. plus lg, mak aku dah 26 tahun xjaga budak. lauk pantang pun dia dah lupa. haha
ingat lagi hari mula2 balik tu, kami xtau nak mandikan izz camne. nurse yg dtg umah tu la tlg ajar incik sailor mandikan baby. drp taktau apa2, sampai jd expert dah skang ni. hehe
izz membesar dr hari ke hari. mama tak perasan bila izz besar sbb hari2 mama tgk izz.. tp bila tgk gambar, nampak jgk la perbezaan tu. betul la kata mak aku, budak membesar time dia tido. hurmm.. tentang itu, izz ni xberapa nak besar jgk la sbb dah dekat 7 bulan berat baru nak capai 7 kg kot. dia xbanyak tido. masa awal2 lahir dia byk tido siang, malam berjaga. lepas habis pantang, dia tido tengah mlm dlm kul 1 pg camtu, sampai pg. bila dah 3 bulan baru dia mula tido kul 11 mlm. skang kul 10 mlm pun dah tido.. tp siang, dia tdo 3 kali, setiap kali setengah jam je. kiranya org yg menjaganya mmg xsempat watpe la. dia tido tu sekadar bg can utk penjaganya masak, makan, p toilet n semayang. haha kijam sungguh ini budok.
perkembangan izz, alhamdulillah cargas jugak budok ni. mampu angkat kepala dlm tempoh 24jam dilahirkan, angkat kaki masa 2 bulan, meniarap sebelum 3 bulan, bergolek2 sebelum 4 bulan, mengengsot masa 5 bulan, merangkak masa 6 bulan, skang duk menonggeng, duduk, cuba berdiri (dengan bantuan meja n kerusi ofkos). sesapa yg jaga dia nescaya bepeluh jugak la nak layan kerenah dia. haha
alhamdulillah. cergas badan dan cerdas akal budok izz nih. sakit, setakat ni izz penah demam 2x (sekali lepas cucuk 5 bulan, sekali lg masa beralih bulan 6 bulan haritu). sore throat n sesema sekali (terjangkit dr org) tp alhamdulillah semuanya baik dlm sehari dua. tiap kali sakit mama abah risau gak, terpikir nak bawa p klinik n mkn ubat. tp kami tangguh dulu. bila tangguh, esoknya izz dah baik, maka xjd la p klinik. ubat pun xmkn la. mama xnak bg ubat kat izz n pantau je keadaan izz dulu. xnak sikit2 sakit terus bg ubat nti dah besar x imun ngan ubat lak.. mama yakin susu ibu mampu ubatkan izz.
bercakap pasal susu ibu ni, yes. izz masih menyusu secara eksklusif sampai harini (yeaayyyy mama dah dapat diplomaaaa weeee). mama harap dpt ebf izz sampai 2 thn. walaupun bunyinya mustahil dan gesaan org sekeliling kuat suruh izz mkn, tp mama yakin, dan abah pun sokong, susu ibu yg terbaik utk izz. niat aku nak ikut tuntutan syariat. tu je. semoga dipermudahkan la.
jd, selagi ada rezeki titisan mutiara ni, selagi tu izz akan disusukan secara ekslusif. melainkan, stok susu seharian xcukup utk menampung demand izz setelah segala usaha dibuat ataupun izz berkeinginan nak makan setelah ada gigi (kajian menunjukkan bila gigi tumbuh menunjukkan perut baby matang, wallahuallam), maka aku akan bagi. selagi mampu aku akan cuba nak bg eksklusif sbb aku nak tau jugak apa hikmahnya tuhan suruh kita susukan anak dgn sempurna selama 2 thn. walaupun tak paksa, tp nak tau gak kan apa hikmahnya galakan drp Allah swt ni. mudah mudahan Allah perkenan hajatku ini. aamiinn.
allahuakbar. kalifah kecil ni dah nak menganjak 7 bulan. ya allah, besarnya nikmat Mu ni. aku masih lagi leka, kadang2 alpa lagi. astaghfirullah. semoga Kau jdkan kalifah kecilku ini kalifah yg berguna utk agama dan negara. yg cerdas akal fikiran, cergas tubuh badan, yg petah tutur kata, fasih menghafaz quran dan sunnah. semoga kalifah kecil ini menjadi anak soleh yg mendoakanku dan suamiku saat kami telah kembali padaMu. permudahkanlah perjalanan mendidik kalifah kecilku ini. hanya padaMu mampu ku mohon pertolongan. ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Besar.
0 comments:
Post a Comment