selepas 2 minggu kami ditunangkan(wah efficient gile okei), mak saye dan kakak ipar saye (Kak Nor) heret saye ke JAKEL lagi. tapi kali ni di Shah Alam pulak. phew~ JAKEL saje!
misi : untuk beli set bilik tidur dan juga kain langsir bilik pengantin. gitewwww.
maka pagi-pagi lagi la kami dah bangun menuju ke Jusco Bukit Raja dulu. kononnya nak meluaskan lokasi survey bedroom set, katanya Nik Sarimah la. sudahnya, tak sampai setengah jam, dia ajak pegi JAKEL Shah Alam untuk melaksanakan misi tersebut. sesampai di sana, terus tuju ke tingkat set bilik tidur pengantin.
akak kat JAKEL ni memang semua rajin-rajin okei. rajin bukak satu-satu bedroom set yang kami tanya-tanya. sampai aku cakap "kak takyah la bukak, kang nanti penat nak lipat balik. baru tanya je ni. belum tau nak yang mana lagi." dia kata "takpe ni memang kerja saye". aduhai, takpe la kak, saye takde anak teruna pun nak jodohkan ngan akak - tak la cakap depan-depan dia camni, bermonolog je la hehe.
pilih punya pilih punya pilih, then jumpa la satu yg berkenan di hati Nik Sarimah. makanya saye setuju aje lah. dia tanya jugak, "nak yg ni ke, yang kat Jusco?" saye jawab "ala amek kat sini la chek, dah hati chek memang kat JAKEL ni awal-awal lagi pon".
so, proses tawar menawar bermula. berdasarkan pengalaman di JAKEL Jalan TAR sebelum ni, memang adatnya ialah, nak beli kena tawar. kalau tak, rugi nak mampus. dorang boleh bagi harga lebih kurang SEPARUH daripada harga yg ditawarkan asalnya. ok? maka dapat la harga mati yang sembelih pun takkan mati dah sebab memang dah mati harga tu.
"saya tak boleh kurangkan lagi dah kak, ni memang harga paling rendah saye bagi kat akak. akak nak beli kain untuk buat langsir kan? saye akan bgtau dorang suruh bagi harga terbaik utk akak". gitu la katanya. kalau sebenarnya dia tipu? wallahu'allam. tak baik bersangka buruk. betul la tu harga mati kot. oke la ni, bedroom set utk pengantin pada harga RM*50 je kot? kalau mintak butik andaman buatkan, aku rasa upahnya dan sewanya saje dah beratus jugak. ini boleh pakai sampai rabak la kiranya!
beralih ke tingkat bawah, nak beli kain buat langsir pulak. pilih nye pilih nye pilih, jumpa la yg berkenan di hati. 1 untuk background, 1 lagi netnya. harga untuk semua? lebih kurang seratus je. jahit sendiri (mak saye la, bukan saye yg akan jahit hehe).
total = lebih kurang 1/2k je untuk bedroom set + langsir. bedroom set simpan dulu. langsir on the way~~ :)
Tuesday, March 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment