Tuesday, March 22, 2011

ceritera baju nikah DAN sanding

Posted by nikct at 3/22/2011 07:45:00 AM
alkisah, seminggu selepas kami bertunang, mak dan makcik saye dah mengheret saye pegi Jalan TAR, precisely JAKEL Jalan TAR untuk shopping material untuk baju nikah DAN sanding. bila saya kata DAN, ia perlu dibaca collectively, di mana baju nikah DAN baju sanding adalah sama. taknak pembaziran, kata saye.

saye tengok kat JAKEL Jalan TAR tu penuh dengan pasangan-pasangan yang shopping baju nikah (or tunang??) together-gether. pasangan saye takde. kesian dia. tak turut same dalam aktiviti membuat persiapan ni. *sedih* tapi takpe! surprise la sket kan? kalau dia dah tau apa nak pakai, baik kawen je terus, buat ape nak tunggu 3 bulan lebih ni lagi! (stetmen nak nyedapkan hati) ;P

mengapa saye pilih untuk tidak menukar baju? sebab, kami nikah dan sanding hari yang sama. selalunya orang tempah baju nikah dan sewa baju sanding. tak nampak pelik? untuk nikah tak berapa minit kamu tempah, tapi kemuncak eventnya, kamu sewa? lagipun, ape barang pakai baju-baju sewa ni :P plus, baju sewa mahal ok. baik kamu tempah skali je macam saye nih, setel!

dan, tak perlu terkejar-kejar di hari persandinganmu. tetamu tak perlu tertunggu-tunggu sampai jam 2 petang semata-mata nak tengok kamu (silap-silap ade yang dah balik dulu, tak kuasa pun nak tunggu kamu). kan dah lari konsep? walimah ni bukan nak bagi makan semata-mata, tapi nak mencanangkan sekampung yang kamu ni dah kahwin (canang bukan lah bermaksud kenduri besar-besaran sampai 1 Sepang tau kamu nak kawen). so bila dah jemput, seeloknya bagi saye, jangan la dilambatkan masa nak jumpa dengan tetamu. kalau boleh, seelok-eloknya, jumpa la dengan para tetamu yg hadir. ni dari pagi sampai ke petang busy nak siap, alih-alih audience yang tinggal kanak-kanak je! haha

uih panjang na explanation aku. kesimpulannya, nak jimat duit, jimat masa, jimat tenaga, semua pun jimatlah! kan tu yang dituntut agama? hee.

maka, sampai je JAKEL besau kat Jalan TAR tu, kami pun terus naik tingkat 3 (kalau tak silap, bahagian kain pengantin ni la). mak aii, punye la banyak. taktau nak amek mana satu.

asalnya nak cari material kaler cream. pilih punya pilih punya pilih, nah kau, cream la sangat! haha pilihan yang dipilih ni, saye boleh kate cubaan berani mati. macam tak pernah je orang pakai gabungan warna ni untuk dibuat baju kawen??

lepas tu terus pegi Medan MARA semula (tadi tak dimasukkan dalam cerita sebab masih tak relevan). ingatnye nak survey harga upah jahit baju ni la, dan bincang design macam mana. alih-alih, nah kau! letak terus kat Galeri Mas Kassim tu!

masa survey mula-mula kedai ni, ada jugak kami tanya-tanya, berapa harga baju yang dorang bagi sewa? "kite bagi RM3,000.00. tapi sebab kawan-kawan (owner butik ni geng plak ngan makcik gue), kite bagi RM1,800.00 la sume skali"

Gulppppp~~

RM1,800.00 after diskaun tu pun takleh blah weh. hello, sewa kot???? tapi cantek memang cantek. hasil keje p*ndan dan si l*mb*t ni memang cantik dan kemas.

bila kami bawak kain untuk tanya upah jahit dia, dia serba salah nak letak harga, sebab dia kan geng makcik aku. "haihh kenapa korang bawak dia (makcik aku) nii. kan dah serba salah nak letak harga ni. selalunya saya open resit dengan harga RM*,000.00 tau."

siap kami pegi buat-buat minum kopi dulu, then datang balik serabut kan kepala dia semula (haha), dia bagi RM*50.00 je, siap dengan "tolong" buat veil dan kasut.

alhamdulillah, rezeki. total semua harga kain + upah jahit lebih kurang = harga sewa baju (selepas diskaun). so, kenapa perlu sewa?? kan dah bazir tu namanya?

dan tanggal 19 Mac haritu, kami pergi fitting baju tu, Alhamdulillah design yang simple but nice seperti yang aku nak. terus angkut bawak balik. kasut je tak settle lagi. minggu depan insyaAllah boleh pegi amek. bayar terus siap-siap sume! hah, dah boleh kawen la kiranya, coz baju dah siap!!

haha tapi kena tunggu incik sailor balik la kan :| huhu~

so, tudung je la tinggal tak setel lagi. lain sume, tunggu hari je :)

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea