Wednesday, March 16, 2011

waktu mujarab utk berdoa

Posted by nikct at 3/16/2011 02:18:00 AM
antara waktu mustajab doa ialah waktu sepertiga malam iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :" Allah akan turun di setiap malam pada langit yang terendah iitu ketika sepertiga malam terakhir lalu dia berfirman "sesiapa yang berdoa kepadakau aku kabulkan. siapa yang meminta kepadaku aku berikan dan sesiapa yg memohon ampun kepadaku aku ampunkannya(hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

waktu antara azan dan Iqamah antara waktu yang mustajab doa. sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan oleh sesetengah ornag Islam.

selain pada itu, waktu sujud antara waktu yang mustajab doa. ianya sama ada sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. spt sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi. dalilnya hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda "kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya ialah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa(riwayat muslim) selepas solat fardhu.

iaitu selepas kita mengerjakan solat yang wajib lima waktu termasuk solat jumaat. Allah berfirman maksudnya " dan bertasbihlah kamu di malam hari dan setelah selesai solat."(Qaf : 40) oleh itu, Imam Syafi'e menganjurkan bagi imam dan makmumnya serta org yg solat sendirian memperbanyakkan zikir,wirid dan doa selepas selesai solat fardhu.

pada waktu khusus, iaitu pada satu detik pada setiap malam dan hari jumaat. hadis Abu Hurairah r.a. pernah menyebut tentang hari Jumaat dengan sabdanya : " di dalamnya ada satu saat (yang mustajab) tidaklah seorang muslim yang kebetulan waktu itu mendirikan solat(atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu hajat melainkan Allah pasti mengabulkan permintaannya.Nabi mengisyaratkan dgn tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu. di dalam hadis muslim dan Abu Daud dijelaskan:" iaiu waktu antara duduknya imam(khatib) sehingga selesai solat( jumaat)". Inilah riwayat yang paling soheh dalam hal ini.

wallahua'lam..

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea