*makanan hospital, adat la kan*
aku dah 32 weeks preggy dan kemarin aku admit hospital sbb bleeding.
mula2 pegi ER, brader tu tanya, "apa masalah?"
"saya mengandung n ada keluar darah"
"dah berapa minggu?"
"dekat 32 minggu"
"ok duk dulu. nanti kami panggil"
tetiba xsempat duduk brader tu panggil balik. "berapa minggu puan cakap td?"
"32"
"eh ni kena terus pegi dewan bersalin ni"
"tp saye baru 7 bulan"
"7 bulan pon ade org bersalin skang ni"
"erk.."
cuaknye hanya tuhan je tau. nak bersalin dah ke? beg hospital xbawak niii.... erkkkk!!
tp lepas check up, doc kata kalo pendarahan yg dialami tu bersekali dgn rasa sakit (contraction), or pergerakan baby kurang drp 10, or pendarahan tu bersekali dgn cecair (ketuban), or uri ke bawah, maka boleh jd tanda-tanda nak bersalin tu dah datang.
utk kes aku, belum lagi (setakat ni). alhamdulillah. dah la kapal incik sailor baru gerak keluar pg kemarin jugak. sempat sms dia n msg delivered. at least dia tau berita ni segera la. kalo emel, silap2 xsampai langsung. lagi aku sedeh. kalo dia tau, even dia xleh balik lagi, n xde disisi, at least dia boleh sama2 tlg doakan.
tapi, pengalaman yg xleh lupa sepanjang duk kat wad bersalin tu, adelah prosidur speculum (xtau camne eja) yg boleh tahan sakitnya. dan jugak dengar kekecohan kat labor room, dgn nurse jerit "push push push!!!". dan jugak pengalaman tgk newborn baby dibersihkan. dibawak kuar. alahai. geram nak cubit. nurse situ selambe je cubit. macam cubit cekodok. isk3 suka suki je. xberani aku nak cubit, sbb nampak fragile sgt. nurse dah biasa, bole la nak buat mcm cekodok pon. huhu
doc bg 2 pilihan, admit 1 malam, kalo xde pape boleh balik, or balik, kalo ade pape, dtg balik. aku pilih balik, sbb, mcm2 hal nak setel ni. so doc discharge as soon as doc sahkan xde pape yg serius setakat ni. tp doc discharge dgn pesanan penaja yg berkali2 diulang dengar, "kalau sakit terus dtg balik ok". ok doc. noted that..
tp semalam bleeding balik.. risau la.. 1st baby... terus ke dewan bersalin balik n terus kena tahan wad. dorang nak observe dulu. sakit, still nil. baby still ok. ape yg xkena ni? stakat ni dah 2 kali kena cucuk ubat matangkan peparu baby. pedihnya bila fluid tu dicucuk masuk, aduiyaaiii. sodap gile!! stakat ni xde pape lg.
keje kat opis, komitmen ngan court n kursus sume tbengkalai. ok la, better drp benda ni jd masa aku kat luar, lagi aku panik. xtau nak watpe. alhamdulillah still got parents yg sgt helpful.
semoga baby kuar bila dia betul2 ready. semoga Allah melindungi anak dalam kandungan ni daripada segala jenis penyakit. dan sembuhkanlah dia, tiada penyembuhan yg lebih baik drp penyembuhanMu. ya Allah bagi la kami suami isteri kekuatan menghadapi dugaan dan cabaran ini. aminn..
pada yg membaca entri ni, tolong doakan kami selamat n dipermudahkan semua. terima kasih!!
2 comments:
semoga selamat n dipermudahkn urusan, insyaallah smua slmt...(",)
amin..........
Post a Comment