Thursday, March 15, 2012

keseriusan keterlupaan

Posted by nikct at 3/15/2012 12:05:00 AM

orang kate time preggy ni lah sindrom pelupa tu kuat gila. sejauh mana kebenarannya, wallahualam la. tp sikit sebanyak benda tu makin menjadi semenjak dua menjak ni. awal2 haritu macam ok je.


lepas balik daripada kenduri haritu, awal pagi selasa tu, dgn konfidennya aku bersiap nak pegi opis. masa bersiap, nampak planner atas laptop. "eh kenape aku bawak balik planner ni? ermmm.... saje je kot. takpela japgi bawak la p opis"


bila dah bertolak sekangkang kera, barulah teringat, aku tertinggal planner tu kat rumah. ok. "takpela, harini pegi opis je pon, bukan court. so xguna pon la planner tu".


tiba-tiba,


dgn kuasa Allah, tetiba aku teringat, bos suruh aku pegi workshop kat glenmarie, shah alam hari selasa n rabu, sehari lepas balik drp kenduri kaklong. sebab tu la aku bawak balik planner tu. sbb kat dlm tu aku letak details workshop tu, map ke workshop tu, yg paling penting, akta yg nak dibincangkan dlm workshop tu.


sebab tu la aku bawak balik planner tu. T_T kenapa aku boleh lupa? selalunya benda2 yg boleh melarikan diri aku dari opis, aku takkan lupa. tp kali ni aku dah lupa. lupa selupa-lupanya.


so aku kena jugak patah balik ambik planner tu. aku xtau event tu kat mana. xingat pukul brp mula. yg paling penting xdak langsung material, xkan nak pegi lenggang pungkoq je kan?


dah patah balik, isi minyak dulu. dah tinggal 1 bar dah. aku lupa nak topup minyak coz aku ingat ada lagi. bila bapak aku kata kena tambah, aku heran. aku rasa banyak lagi. pastu baru teringat, haritu masa nak pegi airport pon bapak aku cakap dah blink blink. alahai... isi minyak. balik rumah. ambik planner. nak gerak dah, tetiba teringat, lesen dah mati seminggu lepas!!! T_T nak je gamble pegi je workshop tu dulu tp takot kena tahan, kena saman. aku ni jenis kalo dah ingat, baik buat. kalo x, betol2 la ape benda buruk yg aku terpikir tu akan betol2 jd. huh. jam dah dekat 8.30am. event mula 9.30am. sepang ke shah alam tu. kat mana glenmarie aku pon xtau lagi ni. jemm betol lah. huh


dah setel renew lesen kat pejabat pos, baru ingat touch n go xtopup lagik. alaa, tadi kan pegi petrol pump isi minyak. camne ko blh lupa nak topup touch n go skali? T_T


rase penat sgt dah nak berenti banyak2 kali ni. dah pukul 9lebih dah mase tu. tp nanti kang jem kat tol, lagi penat kan. so nak xnak kena jugak berenti lg.


aku sampai ke tempat tu pukul 10.30am. parking sikit punya jauh dgn tempat workshop. sbb xtau tempat tu kat mane kan.


bila aku pegi tempat tu, aku tgk nama event ni tak tersenarai pon dalam list bilik2 meting tu. aku tanya staf, dia kata cuba check kat ballroom. pegi ballroom, org tu kata event ni dah tukar hari. harini (rabu) dgn jumaat.


ya Allah. sakitnya hati ni. aku call ofis, tanya dorang hantar emel time aku cuti tu ke? p.a bos aku cakap dia hantar emel hari isnin, yg mana aku cuti. ok fine, sape suruh aku cuti kan. "eh tapi dia hantar emel ni pukul 5.44pm" kate p.a bos aku.


-_-" kalo aku kerja pon, tu dah memang time aku balik keje dah kot? marahnyeeeeeeee tak terkata. balik sesia je. geram punya pasal aku makan xmeal kfc, add on cheesy wedges lagi. hamek kau. geram tau!!!


so harini aku pegi la workshop yg telah ditangguhkan dan dimaklumkan lewat kat aku tu kan. end up, aku tengok org yg hantar emel kat aku tu pon rupanya preggy jugakkkk!! terus aku rasa, ok, org ngandung memang camni. mungkin dia lupa nak send emel tu awal2.


so, boleh x nak kate yg memang org ngandung ni ada sindrom pelupa gila tahap dewa? T_T


Published with Blogger-droid v2.0.2

2 comments:

awin h said...

oh. so true..tapi kes kau ni berat..hahaha

nikct said...

mungkin makin besar makin berat hahaha

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea