Friday, September 14, 2012

lesen

Posted by nikct at 9/14/2012 02:53:00 PM
lepas SPM dulu, aku memang nekad nak amek lesen motor. sebab, murah dan mudah. tp mak aku tak bagi amek lesen motor. bila mak tak bagi amek lesen motor, aku takde duit la nak amek lesen kan. tp degil punya pasal, aku keje kat kedai potostat dekat ngan umah aku. dapat je 1st gaji terus quit hahaha sbb aim nak duit utk dapatkan lesen je. materialistik kan hahaha

so aku pon mulakan la pengajian belajar memandu. mula2 amek test L. dah lulus, baru mula belajar bawak motor. mak aku pulak lepas dah nampak aku dapat lesen L, baru suruh aku amek lesen kete plak -,-" awat tak kebor awal2.. huh katany6a alang2 aku dah amek lesen moto, biar la ada lesen kereta sama. huh. takpe la, mak sponser lesen kete tu hehehe
aku bawak lagi macho la hahaha
ade berapa jam tah kena belajar. seperti yg kita semua sedia maklum (or pada sesapa yg penah amek lesen motor), korang mesti tau, yang bila nak amek lesen moto ni, ko kena buat benda-benda alah ni :

meniti - kena buat lebih datipada 8 saat rasanya. less than that, fail muahaha

pusingan lapan - aku ingatkan kecik naa la pusingan 8 nye, rupanya macam ronabot sudaa haha

ini apetah namanya. pusing2 kon la gitu

emergency brake
sebenarnya nak cite pasal kejadian masa tgh training bawak motor, masa kat emergency brake tu laa. dah namanya emergency brake kan, bila disuruh tekan brek aku tekan la macam betol2 ada benda emergency telah berlaku hahaha *skema*

tengah syiok tekan pedal brek tu, tibe-tibe ade benda melantun, tolak balik kaki aku yg tengah tekan brek td. aku brek guna brek tangan la. berenti sambil wat muka terpinga-pinga dan inosen seolah-olah taktau ape sdg berlaku.. er, memang taktau pon. haha

instructor yg duk kat luar litar tu pon dtg tgk aku ngan motor. dia check2 tgk, rupanya.. pedal brek patah!! hahahahaha sampai dia kata "sepanjang 5 tahun aku keje sini tak penah lagi brek patah. ni la 1st time kejadian brek patah ni. ganas gila kau ni"

er, tah2 brek motor yang berusia sekurang2 nya 5 tahun drp tarikh encik bekerja yg dah memang sampai masa nak patah kottt hahaha *denial*

haha mmg kenangan la menda alah ni. lepas drp tu, aku tak berani nak buat brek emergency betol2. brader tu ckp asalkan aku brek sebelum line tu dah cukup utk buat aku lulus hahaha dahtu jgn la bagi nama "EMERGENCY BRAKE" kalo brek biasa je pun dah buat aku lulus! huh

iktibarnya, buatlah sesuatu berpada-pada dan bersederhana je. jangan terlalu bersungguh kerana mungkin akan mengundang padah! haha :D

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea