Tuesday, September 25, 2012

yang terbaik utk anak

Posted by nikct at 9/25/2012 12:51:00 PM

utk keadaan yg saja2 dan suka2, pd hemat saye memberi anak minum susu tepung seolah2 bagi anak makan megi. ye la, makanan yang diproses kan? mesti lah ada pengawet sbb nak bg susu lembu tu bertahan lama duk dlm tin kat atas rak2 supermarket tu. melainkan wujudnya keadaan tak mengizinkan, kecemasan sbb susu kering, under prescription, itu lain la.

dan jgn ditanya kenapa bg susu badan. seolah2 bertanya tuhan kenapa wujudnya susu badan. tuhan tak wujudkan susu ni saja2. inilah nikmat yg penuh hikmah. kat negara mat salleh dorang perah, jual susu badan, komersilkan. berebut beli, nak bg yg terbaik kat anak. susu tepung dibeli atas preskripsi dokter je. kenapa kat sini kita yg berugama Islam pakat duk pulun beli susu lembu yg diproses kilang? lg sedih, ada fahaman bahawa susu tepung lebih baik drp susu badan? apekah @_@

sila baca jadual di atas utk maklumat lanjut. bandingkan khasiat susu badan, susu fresh dan susu tepung. banyak yg kurangnya susu tepung ni kan?? renung2kan..

saye bukan anti susu formula cuma bg saye anak yg berusia bawah 2 tahun tak sesuai diperkenalkan dgn makanan yg diproses kilang. perutnya terlalu muda nak terima makanan kilang tu. kita yg dah tua ni perut dah matang. perut dia tak matang, baru nak berkembang biak. seharusnya kita bg benda yg elok la. seelok-elok makanan yg dia boleh consume seawal ni adalah susu badan. fresh, sihat, cukup nutrisi, insyaAllah.

ya Allah perbanyakkan susu badanku agat ianya cukup utk anakku utk dia menyusu hingga umurnya 2 tahun. ya Allah aku berniat melakukan ini keranaMu, utk mematuhi syariatMu. permudahkanlah ya Allah. amin ya rabbal alamin.

Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea