Friday, May 31, 2013

kepulangan..

Posted by nikct at 5/31/2013 06:04:00 PM 1 comments

menggigil sejuk kat opis td. p pasar tani, bila kena panas, sejuk xreda lg. sampai pasar tani, mcm nak pitam plak. pegi gerai buah, sambar setangkai anggur. byr, terus mkn. terduduk kat tepi longkang, tgu ofismate. bila dia nampak, terus diajak ke klinik. pukul 1 tghari, di hari jumaat. klinik ada, doktor xde. klinik ke 3 pegi baru ada. syukur xde org. drive mcm org nak beranak je rasa. cuma contraction je xde. bernafas kot mulut, sakit bdn, makin lama makin sejuk even x pasang aircond di tgh hari remba.

doktor check, suhu bdn agak tinggi (39degree), kulit pucat, lain mcm dah katanye. darah diambil. result, platlet kurang sikit. tp xleh suspek denggi lg since platlet masih xjatuh mendadak n xde simptom lain (bintik merah).

lps doktor check, tunggu ubat kat luar. mencangkung tepi kaki lima. xlarat benar. Carol Bee tlg uruskan, A to Z. setel semua, carol belikan air, terus mkn ubat. hantar carol balik ofis, minta dia tlg ambikkan beg susu.

bgtau husband yg tgh keje. dia xreply, sampai la 2.30. dia tanya ok x. mungkin dia baru naik lunch, aku pikir. bgtau dia dpt time slip. bole balik. drive sendiri. dia minta org tlg hantar. tp camne org tu nak balik opis semula? dia tanya nak dia tlg ambik ke?? amboi mrh sgt sampai perli nak suruh dia ambikkan. aku ckp, xpe, blh drive slow2. td p 3 klinik pun bole. ape ade hal. dia kata ok, drive leklok.

lepas carol hantar beg, dia call. masuk voicemail. aku call semula. dia tanya kat mana, dah gerak ke. aku ckp, dah, kat luar opis dah. dia kata xpe la, igt nak p ambik. aku tanya kenapa plak nk dtg ambik? kat mana ni? dia gelak2. then suruh izz bckp. tp xde pun suara izz. dia suruh izz ckp lg, ada la bunyi 1, 2 seken. aku tanya ada mana ni? kat rumah la, jwb dia. tipu!! dia kata ye, ni suara izz ni, then gelak2 lg. aku ckp, tipu.. tah2 suara dr video izz. dia gelak, pastu ckp, xpe la. balik la, bwk kete leklok.

xpuas hati lg, aku tanya thru sms, kat mana? dia reply, xde la, saje je nak bg smgt. dgr suara xlarat je. ckp la dah balik. ok la, nak turun p keje dulu. take care, katanye. ala, jahatnye.... tipu je ke... huhuhu

sesampai di rumah, chek tgh masak kat dapur. izz dah sepahkan ruang tamu. mungkin dia tido skang. masuk bilik, xde jugak. mungkin kat dapur tlg ma chek masak. xkesah la. nak campak sume beg n baring atas tilam. drive pun mcm nak tido je td. efek ubat, mungkin.

tibe2......

2 lembaga keluar dr langsir hujung bilik.....

ye, mereka adalah....

Izz dan.... abah!!!!

finally my marine engineer cum my housemate, my roomate, my soulmate, my imam, my hero, my partner in crime, my everything suda balik.

surpriseeeeeee, katanye...

badan yg longlai jd ceria. aaaaaaaaaaaaa nak jerit sepuas hati tp xmampu. kenapa x bgtau nak balik???????? senyum je dia. haih...

welkam back, abah :')

alhamdulillah...


Friday, May 24, 2013

Izni : 1 tahun

Posted by nikct at 5/24/2013 02:03:00 PM 1 comments

haha entri yg lambat masuk. xpe janji masuk dr xmasuk langsung haha

alhamdulillah izz dah 1 tahun!! hoyeeaaaa *clap clap clap* jatuh pd hari jumaat, maka mama cuti semata2 nak together2 dgn izz di hari bermakna dia. kalau ikutkan kalendar hijrah dah genap setahun masa 7 mei haritu. kalendar hijrah bermakna bg mama sbb tu la kayu ukur brp lama mama, secara eksklusif menyusukan izz. so misi 1 tahun hijrah n gregorian telah berjaya mama lepasi! alhamdulillah syukur.

tp,

izz meragam sikit masa bday dia. mungkin sbb abah jauh di mata. dia rindu abah dia. huhu tu la juga sbb utama kenapa mama sanggup amek cuti. izz dah lama berjauhan ngan abah. at least di hari lahirnya, biarla mama ada kat sisi dia utk hepikan dia. tp izz masih kurang hepi.

so mama decide nak bawak kua jalan la. toknik kata tunggu dia balik solat jumaat. lepas toknik balik, kami bawak izz ke kedai cina ah wey *yg bg bunting free tuu* utk ambik gmbr pasport. saje, buat kenangan. hehe. tgk je la gambar pasport dia, sirius gilaa haha jenuh mama n ma chek suruh izz senyum, saje dia buat muka sirius tu. buat2 xdgr kami duk acah2 dia. cess.. bertuah pnya anak hehe

lps tu, bawak izz p tesco. jalan2 sambil ma chek beli brg dapur. izz jumpa kwn, berjalan sesuka hati, bergurau senda ngan toknik n naik kete control, kaler pink!! deym. yg tu je ada remote org tu kata. yg lain sume kena drive sdri. mana izz reti. masam balik la muka dia hahaha

balik tu, izz tido awal, di hari lahirnya. haha ape daa izz. mlm masih muda. hahaha. penat kot. even sekejap, jd la. huhu

mama plak xde benda nak bg kat izz.. mama bg susu je la yg fresh dr ladang :D kebetulan tghari tu masa izz tgh tdo, mama kena serangan seram sejuk 1 badan, nak demam. so insyaallah susu yg dihasilkan penuh antibodi terbaik utk izz. specially given by Allah to izz on your special day, syg. mano nak cari tu. alhamdulillah rezki kan? hehe

21 mei 2013, abah dpt turun buat medical. sakit mata katanye. mama pun skali lg amek cuti (e.l, pg tu sempat p roundtable discussion on competition policy kau..hah) terus pecut balik rumah, siap2, ambik izz n ke melaka berdua je ngan izz. huhu ni trip ke 3 kot travel ngan izz je ke melaka. dah 1 tahun kan mana nak duk dlm carseat lama2. thx kpd upin n ipin la bjaya bg izz duk diam kejap. bila berbunyi lg mula la mama cari mcm2 idea nak bg izz stay still dlm carseat. haha

alhamdulillah selamat sampai at 2.30pm, makan2, jln2, beli mainan (tmsuk basikal budak kecik tu) mama pow abah beli utk bday izz hahaha izz mula2 jumpa abah malu2 kucing, tsengih2 mcm kerang bucuk hehe lpstu mama nak ambik pun dia xnak. melekat ngan abahhhhh je. suka sgt dia jumpa abah haritu. rindu abah la kot selama ni ek.. huhuhu sbr la syg. abah keje camtu, nak wat cmne. sikit je lg nanti abah balik la. nanti izz buli la abah hari2 masa abah cuti tu hehehe

maka,

selamat hari lahir izz. mama xde kek nak bg kat izz sbb izz xleh mkn lg. tp mama ada susu yg plg berkhasiat insyaallah di dunia ini utk izz. n mama n abah dh berusaha sedaya upaya utk bg izz hepi di hari lahir izz. semoga sihat tubuh bdn, cerdas akal, jauh drp musibah yg xbpenghujung n dirahmati Allah swt..




Saturday, May 11, 2013

Siesta Shoppe

Posted by nikct at 5/11/2013 01:58:00 AM 0 comments

utk makluman kwn2 kami suami isteri ada buat bisnes kecik2 je, demi sesuap nasik (gitew). kami ada :

1. kain cotton vietnam pd harga serendah RM60/pasang
2. half moon sakura shawl pd harga serendah RM45/sehelai
3. custom made hardcover guestbook
4. breastpump (Medela, Avent, Rumble Tuff, Spectra, Unimom)
5. AQEELA Muslimah Wear

for more info boleh ke :

fb page : Siesta Shoppe
blog : siestashoppe.blogspot.com
emel : siestashoppe@gmail.com
whatsapp : 0193140812

pd yg sudi tgk2 la k. kalo dpt tlg promote pd kwn2 lain pun itu dah bonus utk kami.

terima kasih utk masa anda :)

Thursday, May 2, 2013

diluah mati mak, ditelan mati bapak..

Posted by nikct at 5/02/2013 02:11:00 PM 0 comments
begitu la yg sedang melanda diriku ini. lama dah aku pendam. tp tak bole jgk. serba salah rasanya nak luahkan pun. perit je rasa. tp sampai bila nak pendam? bila dah luah pun, boleh selesai ke masalah? ke lg serabut?


inilah asam garam kehidupan. manusia macam2 ragam. kita sendiri pun banyak ragam. nak menyesuaikan ragam orang ngan ragam kita, memang ambik masa nak terima.

hmm semoga Allah memudahkan simpulan kesulitan ni. semoga segalanya segera berakhir tanpa perlu melukakan mana-mana pihak...
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea