![]() |
Izni Abqary (4 yrs)...and Amni Illiyeen (4 mths) |
Friday, December 23, 2016
Disember 2016
Wednesday, June 11, 2014
HAI!
Punya la lama aku tak hapdet blog. Dah lebih 1 tahun weh.. to be exact, 1 tahun 4 bulan.. masyaAllah...
terlalu banyak yang dah terjadi dalam 1 tahun 4 bulan nih..
Aku dah tukar Jabatan, balik ke Jabatan asal.. Alhamdulillah sabar tu buahnya indah..
Izni Abqary anak soleh dah nak masuk 2 tahun 1 bulan..
Husband aku masih kerja kapal...berkali2 sign on and off dah drp tahun lepas haha tp skang sambil2 tu buat kerja online, blogger katanya..
Kami suami isteri dah pegi menunaikan umrah..
Kenit dah ramai kawan.. thanks kat suamiku yang rajin membela iteww
Wan kena stroke tp alhamdulillah mild je so skang dah sihat walafiat..
Mungkin di lain entri boleh cerita lanjut tp mungkin juga tidak hahaha kerana life must go on jd kita cerita benda yg current udah la malas nak korek cerita lama...unless ia adalah satu ilmu bermanfaat untuk dikongsikan...gituuu..
yg pasti teknik penulisan blog aku dah failed la.. kena asah semula.. kalo ada masa eheheh
Monday, September 2, 2013
Back to normal routine
Sepanjang abah sign off yg lalu, selain drp puasa dan raya, sempat lagi kami mengembara Cuti-Cuti Malaysia anak beranak. Selain dr urusan kerja, mama memang ambik cuti khas untuk spent time ngan kesayangansss mama dua orang nih.
Macam biasa, picture speaks a thousand word.. hehe (walhal malas) muahaha (Sori tak tersusun coz dah lupa susunan rentetan peristiwa haha)
![]() |
riadah pagi bawak izz jalan2 kenal dunia. haha |
![]() |
kami ke Kota Kinabalu, Sabah sebab mama ada conference kat sana. Lepas habis conference kami pecut pi Kundasang, merehat2kan minda yg seteres dek conference berupa torture tu haha |
![]() |
ke taman tasik titiwangsa. tiba-tiba jumpa kudaaa.. |
![]() |
ke beach wedding kawan abah kat lumut, perak. |
![]() |
singgah menara condong, teluk intan. makan-makan angin je. haha |
![]() |
balik kampung haritu opah n tokayah ajak berpicnic. maka berendamlah dalam sungai anak iols. hehe |
![]() |
Lepas Ipoh, kami naik cameron highlands untuk kali ke berapa taktau dah. sat bagi depa ni pikiaq dulu.. hahaha |
![]() |
ke melaka untuk wedding uncle faiq dan aunty fathin. sebelum tu lepas balik dr sabah kami terus ke melaka untuk wedding aunty fad & uncle faris |
![]() |
raya mega project : family portrait. sayang korang ketat-ketat, abah n izz :') |
![]() |
sesudah 5 hari raya, abah dapat panggilan dari laut. huhuhu T_T |
kejap sangat rasanya 2 bulan abah cuti ni. baru 2 minggu abah pegi, dah rasa macam 20 tahun (hiperbola metafora). nak tunggu abah genapkan 2 bulan untuk off lagi skali, masyaAllah. dugaan sangat rasa.
Ya Allah, lindungilah ketua keluarga kami dalam mencari rezeki halal untuk kami. Aaminn....
Perkahwinan
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua,
Bukan juga sampai tua
Ia perjanjian sampai mati.
Perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Jesteru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.
Perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Tika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.
Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman & takwa,
Untuk belajar meniti sabar & redha Allah SWT,
Kamu bukanlah Saidina Abu Bakar R.A,
Tidak setegas Saidina Umar R.A,
Tidak sewara' Saidina Uthman R.A,
Pun bukan segagah Saidina Ali R.A,
Jesteru, kamu adalah suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.
![]() |
semoga kasih ini mekar hingga syurga, insyaAllah. demi Allah aku sayangkanmu, suamiku. |
Friday, May 31, 2013
kepulangan..
menggigil sejuk kat opis td. p pasar tani, bila kena panas, sejuk xreda lg. sampai pasar tani, mcm nak pitam plak. pegi gerai buah, sambar setangkai anggur. byr, terus mkn. terduduk kat tepi longkang, tgu ofismate. bila dia nampak, terus diajak ke klinik. pukul 1 tghari, di hari jumaat. klinik ada, doktor xde. klinik ke 3 pegi baru ada. syukur xde org. drive mcm org nak beranak je rasa. cuma contraction je xde. bernafas kot mulut, sakit bdn, makin lama makin sejuk even x pasang aircond di tgh hari remba.
doktor check, suhu bdn agak tinggi (39degree), kulit pucat, lain mcm dah katanye. darah diambil. result, platlet kurang sikit. tp xleh suspek denggi lg since platlet masih xjatuh mendadak n xde simptom lain (bintik merah).
lps doktor check, tunggu ubat kat luar. mencangkung tepi kaki lima. xlarat benar. Carol Bee tlg uruskan, A to Z. setel semua, carol belikan air, terus mkn ubat. hantar carol balik ofis, minta dia tlg ambikkan beg susu.
bgtau husband yg tgh keje. dia xreply, sampai la 2.30. dia tanya ok x. mungkin dia baru naik lunch, aku pikir. bgtau dia dpt time slip. bole balik. drive sendiri. dia minta org tlg hantar. tp camne org tu nak balik opis semula? dia tanya nak dia tlg ambik ke?? amboi mrh sgt sampai perli nak suruh dia ambikkan. aku ckp, xpe, blh drive slow2. td p 3 klinik pun bole. ape ade hal. dia kata ok, drive leklok.
lepas carol hantar beg, dia call. masuk voicemail. aku call semula. dia tanya kat mana, dah gerak ke. aku ckp, dah, kat luar opis dah. dia kata xpe la, igt nak p ambik. aku tanya kenapa plak nk dtg ambik? kat mana ni? dia gelak2. then suruh izz bckp. tp xde pun suara izz. dia suruh izz ckp lg, ada la bunyi 1, 2 seken. aku tanya ada mana ni? kat rumah la, jwb dia. tipu!! dia kata ye, ni suara izz ni, then gelak2 lg. aku ckp, tipu.. tah2 suara dr video izz. dia gelak, pastu ckp, xpe la. balik la, bwk kete leklok.
xpuas hati lg, aku tanya thru sms, kat mana? dia reply, xde la, saje je nak bg smgt. dgr suara xlarat je. ckp la dah balik. ok la, nak turun p keje dulu. take care, katanye. ala, jahatnye.... tipu je ke... huhuhu
sesampai di rumah, chek tgh masak kat dapur. izz dah sepahkan ruang tamu. mungkin dia tido skang. masuk bilik, xde jugak. mungkin kat dapur tlg ma chek masak. xkesah la. nak campak sume beg n baring atas tilam. drive pun mcm nak tido je td. efek ubat, mungkin.
tibe2......
2 lembaga keluar dr langsir hujung bilik.....
ye, mereka adalah....
Izz dan.... abah!!!!
finally my marine engineer cum my housemate, my roomate, my soulmate, my imam, my hero, my partner in crime, my everything suda balik.
surpriseeeeeee, katanye...
badan yg longlai jd ceria. aaaaaaaaaaaaa nak jerit sepuas hati tp xmampu. kenapa x bgtau nak balik???????? senyum je dia. haih...
welkam back, abah :')
alhamdulillah...
Friday, May 24, 2013
Izni : 1 tahun
haha entri yg lambat masuk. xpe janji masuk dr xmasuk langsung haha
alhamdulillah izz dah 1 tahun!! hoyeeaaaa *clap clap clap* jatuh pd hari jumaat, maka mama cuti semata2 nak together2 dgn izz di hari bermakna dia. kalau ikutkan kalendar hijrah dah genap setahun masa 7 mei haritu. kalendar hijrah bermakna bg mama sbb tu la kayu ukur brp lama mama, secara eksklusif menyusukan izz. so misi 1 tahun hijrah n gregorian telah berjaya mama lepasi! alhamdulillah syukur.
tp,
izz meragam sikit masa bday dia. mungkin sbb abah jauh di mata. dia rindu abah dia. huhu tu la juga sbb utama kenapa mama sanggup amek cuti. izz dah lama berjauhan ngan abah. at least di hari lahirnya, biarla mama ada kat sisi dia utk hepikan dia. tp izz masih kurang hepi.
so mama decide nak bawak kua jalan la. toknik kata tunggu dia balik solat jumaat. lepas toknik balik, kami bawak izz ke kedai cina ah wey *yg bg bunting free tuu* utk ambik gmbr pasport. saje, buat kenangan. hehe. tgk je la gambar pasport dia, sirius gilaa haha jenuh mama n ma chek suruh izz senyum, saje dia buat muka sirius tu. buat2 xdgr kami duk acah2 dia. cess.. bertuah pnya anak hehe
lps tu, bawak izz p tesco. jalan2 sambil ma chek beli brg dapur. izz jumpa kwn, berjalan sesuka hati, bergurau senda ngan toknik n naik kete control, kaler pink!! deym. yg tu je ada remote org tu kata. yg lain sume kena drive sdri. mana izz reti. masam balik la muka dia hahaha
balik tu, izz tido awal, di hari lahirnya. haha ape daa izz. mlm masih muda. hahaha. penat kot. even sekejap, jd la. huhu
mama plak xde benda nak bg kat izz.. mama bg susu je la yg fresh dr ladang :D kebetulan tghari tu masa izz tgh tdo, mama kena serangan seram sejuk 1 badan, nak demam. so insyaallah susu yg dihasilkan penuh antibodi terbaik utk izz. specially given by Allah to izz on your special day, syg. mano nak cari tu. alhamdulillah rezki kan? hehe
21 mei 2013, abah dpt turun buat medical. sakit mata katanye. mama pun skali lg amek cuti (e.l, pg tu sempat p roundtable discussion on competition policy kau..hah) terus pecut balik rumah, siap2, ambik izz n ke melaka berdua je ngan izz. huhu ni trip ke 3 kot travel ngan izz je ke melaka. dah 1 tahun kan mana nak duk dlm carseat lama2. thx kpd upin n ipin la bjaya bg izz duk diam kejap. bila berbunyi lg mula la mama cari mcm2 idea nak bg izz stay still dlm carseat. haha
alhamdulillah selamat sampai at 2.30pm, makan2, jln2, beli mainan (tmsuk basikal budak kecik tu) mama pow abah beli utk bday izz hahaha izz mula2 jumpa abah malu2 kucing, tsengih2 mcm kerang bucuk hehe lpstu mama nak ambik pun dia xnak. melekat ngan abahhhhh je. suka sgt dia jumpa abah haritu. rindu abah la kot selama ni ek.. huhuhu sbr la syg. abah keje camtu, nak wat cmne. sikit je lg nanti abah balik la. nanti izz buli la abah hari2 masa abah cuti tu hehehe
maka,
selamat hari lahir izz. mama xde kek nak bg kat izz sbb izz xleh mkn lg. tp mama ada susu yg plg berkhasiat insyaallah di dunia ini utk izz. n mama n abah dh berusaha sedaya upaya utk bg izz hepi di hari lahir izz. semoga sihat tubuh bdn, cerdas akal, jauh drp musibah yg xbpenghujung n dirahmati Allah swt..
Tuesday, April 30, 2013
hari pekerja yg perlu bekerja
tapi bukan aku.. incik sailor.. huhu sian... kalo org kapal bercuti, mcm best je dgr, cuti sampai berbulan2. tp hakikatnya, tau x yg org2 kapal ni kerjanya 7 hari seminggu (hari ke 7 half day, kalo takde pape la.. kalo x, mmg straight seminggu tanpa cuti). kerja dr pg sampai lewat petang. kalo kapal problem, keje la sampai problem tu setel. penah lost contact dgn incik sailor sampai 2, 3 hari. rupanya kapal problem. jantung dah berkecai dah masa tu. syukur dpt kabar lps tu.. huhu kerja berat, spanar tu saiz sedepa pun ada. yg sejengkal pon xreti guna, sedepa apetah lg? haha parts kat kapal tu pulak bukan 5 kilo, 10 kilo. tp 1 tan, 2 tan, bertan tan lg. nak alih, silap2 haribulan, jari tersepit. hancur jari. kuku pun terkoyak. silap sikit, boleh melecur sana, terbakar sini, buta biji mata.. silap2 melayang nyawa.. ingat x tragedi Bunga Alpina?? kerja mcm nak terkuar ta*i berbulan bulan lamanya. berjauhan anak bini, famili.. kerja atas kapal 24 jam sehari terdedah bahaya. mana ada dokter, bomba, 911 nak tlg. survival sama sdri je la..
sbb tu la gaji dorang lebih, cuti dorang lama.
Selamat Hari Buruh, incik sailor! terima kasih atas segala pengorbananmu. selamat kerja di hari esok. kuatkan semangat, yukenduit!! mmmuuuaahhxx!!
Saturday, April 6, 2013
setelah abah pergi...
biasanya bila abah pergi baru la izz master 1 kebolehan. contohnya masa abah pegi dulu, barulah izz boleh bergolek, mengengsot, merangkak dan yg terbaru, berjalan dan berdiri sendiri.
izz pernah cuba2 jalan masa nak masuk 10 bulan haritu sampai la hari abah pegi 29 Mac tu, cuma masa tu dia prefer merangkak drp bjalan n bila jalan pun dia teragak2 nak jalan sbb mcm gayat lg. tp xsampai 1 minggu abah pegi, dia mula berani bjalan. dr sofa ke sofa, sofa ke kabinet tv, sofa ke meja makan n terbaru sofa ke dapur.
lebih baru harini, dia dah mula jln dari dapur sampai pintu dpn! n dia dah boleh berdiri sendiri tanpa apa2 sokongan drp mana2 sofa atau kaki kerusi.
alhamdulillah. abah dia dah bilang awal2, naik kapal ni mesti dia baru boleh jalan. tup tup xsampai seminggu. last time lagi la, sehari lepas sign on baru la izz tu nak mengengsot.
inilah dia life as seafearer's wife n son, abah xde nak melalui moment2 bermakna mcm ni selalu. tp kalo diberi pilihan dia pun taknak bjauhan dgn keluarga, terlepas moment2 ni dgn sengaja. sape tak sedih bjauhan dgn family, tambah2 time anak nak besar, makin pjg akal n banyak akl hari2. dah masih belum rezeki dia nak duduk sebumbung dgn kami. dah rezeki dia utk cari rezeki kat lautan. kami kena la redha.
huhu..
Saturday, February 16, 2013
warded
2nd time warded, 1st time kat KPJ. sebelum ni pegi klinik n hosp govt je. tp utk sakit mcm aku ni, dorg asek bg painkiller, xrefer2 kat pakar, so amek inisiatif sdri terus jumpa pakar kat sini. dlm setahun dah 3 kali kena, mana tahan bhai. mesti kena buat sumthing utk identify apa yg xkena ngan belakang aku ni. tulang ke, saraf ke ape ke, misterius sampai la warded ni.
doc suruh aku undergo physio n perform MRI utk tgk lebih detail apa yg xkena.. 1st day physio sangatlah xmembantu, mungkin sbb pertama kali, xkan nak terus baik kan.. hover sangat iols ni haha bila dah undergo 3rd n 4th treatment, baru la sakit tu lega sikit tp sengal tu masih ada. so hari ketiga aku kat sini, dorg buat MRI. sumpah boring buat MRI. 45min ke sejam aku kena baring kaku, xleh gerak kalo x kena ulang balik. mana nak garu gatal lg, kebas2 sebab sejuk lg. dah la xleh tido sbb bunyi mesin tu bisinggg. tobat wehh..
so lps doc tgk report MRI tu, alhamdulillah katanya xde kaitan dgn disc. yeayyy. cumanya liquid kat disc tu dah decrease. sbb tu la sakit bila gerak. sbb pelicir dah xde. so lepas ni kena berhati2 angkat barang. kena pastikan belakang tu kekal tegak masa tunduk utk ambik brg. camne caranya? bend ur knees then pick d things up lor.. dan harini undergo 1 more physio treatment before discharge.
cuma doc xleh nak bg aku ubat tahan sakit yg kuat sbb katanya aku menyusu badan. yg ni mmg bagus la, sbb selama ni aku dgr hosp private x breastfeeding frenly. dia prescribe pcm je sbg ubat thn sakit aku. tu pun sebijik. thumbs up la dr. surendra masilamoney, pakar ortho kat sini. sangat alert dgn keadaan patient dia.
disebabkan aku warded jugak, aku 1st time xtido dgn izz.. huhu rindunya kat dia.. dan disebabkan izz masih breastfeed, maka perkara spt warded ni adalah cabaran nak menjayakan target penyusuan sepenuhnya 2 tahun ku.. huhu
mujur incik sailor dah pulang. tp kesian la coz dia kena ulang alik. rutinnya, incik sailor akan dtg bawa izz, dengan 1 cooler box siap dengan ice, 1 cooler bag dgn ice pack. aku kat spital ni plak, kena pam susu setiap 3 ke 4 jam skali, simpan dlm cooler box berisi ais. so bila incik sailor sampai dgn izz, tugas aku menyusukan izz secara direct spjg dia ada disisi. incik sailor akan ganti cooler box, bawak blek cooler box yg kat spital ni, susu yg dah siap diperah disimpan dlm cooler bag berisi ice packs.
komplikated xbunyinya? haha nak seribu daya xnak seribu dalih. sakit2 belakang pun kena gagahkan jugak nak menyusu izz, nak pam susu utk izz. mcmana pun izz kena dtg jugak hari2 sbb mama dia ni risau dia nursing strike, means xmo nyusu direct sbb dah syiok nyusu botol. so rutin harian terbalik sikit la. siang nyusu direct, malam baru pam. cabarannya, malas nak bangun mengepam tgh2 malam. haha. tp so far alhamdulillah gagahkan diri jugak bgn sekali setiap tgh malam, demi mencapai misi. kalo kat rumah, haremmm. kat rumah harapkan izz je la tlg pam. haha
sesampai di rumah, bukak peti ais, tgk stok yg tinggal.. subhanallah, alhamdulillah. kalo time keje xsebyk ni stok yg aku dpt. rupanya inilah hikmahnya sakit yg allah bg. spjg 4 hari 3 malam bmalam kat hospital, dgn sakit ni, aku merajinkan diri mengepam susu sbb takut milk supply utk izz xcukup. hasilnya aku dah berjaya memperbanyakkan stok. alhamdulillah. setiap yg berlaku ada hikmahnya..
"maka nikmat tuhan yang mana engkau dustakan?"
thanks yg family n frens yg dtg melawat.
thanks love coz susah payah ulang alik jaga org sakit n jaga izz time wife awok ni sakit, sampai awok pon sakit, demam seseme bagai in d endnya.. sian tp teharu :') hahaa
till then, ciao..
Friday, February 8, 2013
abah dah balik dan Genting, kami datanggg!! :))
![]() |
izz dan abah yang hepi |
![]() |
izz eksited sampai berdiri beberapa seken :') |
![]() |
family portrait :') |
![]() |
Genting adalah hadiah 1st wedding anniversary (bertarikh 16/7/2012) gila belated kannn hahaha so sambut 1st wedding anniversary dengan packed dinner je sbb penat travel |
![]() |
weeeeeeeeeeee |
aktiviti kami hanyalah fokus pada indoor theme park. tu pun tak ambik pakej. since izz bukannya sesuai nak main semua benda dan takkan la mama n abah nak tinggalkan izz pulak semata2 nak pegi berjambi jimba? haha mmg tak arrr..
hari kedua kami naik cable car n lepas tu jengah2 jugak outdoor themepark tu. tp cuaca sangat lah tak sesuai utk keluar lama sbb kabus tebal dan sangatttt sejuk so kami decide nak bawak izz pegi Kids Spa. tp macam tak sesuai lg utk izz main kat dlm tu. otw nak pegi Kids Spa tu, nampak antique car. dulu masa aku kecik2 penah naik benda alah ni. so macam best la utk bawak izz jalan2 naik antique car, pusing 1 outdoor themepark tu. so kami pun masuk la tanya akak (ke adik??) tu, brp harga tiket nak naik antique car nih.
dia kata, kena beli tiket outdoor RM68 baru boleh naik kete nih. tp dia kata lagi kalo kami beli tiket outdoor skang sgt tak berbaloi sbb cuaca sangat tak mengizikan untuk main benda2 lain. aku tanya la takkan takde jual tiket ala carte macam indoor tu? dia kata takde. kuciwa. sobs sobs. takkan nak beli tiket outdoor utk naik kete tu je kan? gilo apo..
then akak tu tanya "akak nak naik ke?" aku jawab "haah". then dia kata "kalo camtu akak masuk je lah kak"
"heh? takyah bayar ke?"
"TAKYAH KAK"
hihi. terus senyum lebar2, ucap terima kasih banyak2. dan doakan dalam hati. ya Allah permudahkanlah urusan harian dia, murahkan rezeki dia. amiinn :))
![]() |
day 2 : inilah antique car tu. Izz jd drivernya. tgkla sirius gila muka dia hahaha |
till then, adios.
Friday, January 18, 2013
no idea
alahai. kena pikir jalan lain pulak.. dah la susah nak pikir ni... isk....
8 bulan
harini p check up kat klinik. nurse tanya brp bulan? aku jwb 8. dia tgk je izz, then ckp "cepat kan budak besar??" nurse pun mcm tak caya, apetah lg mama dia?? haha
makin aktif, skang dah meniti, imbang badan drp berdiri utk duduk smula, merangkak laju mcm berlari, boleh tunjukkan emosi bilamana dia pantang disekat nescaya protes kalo disekat2 perilakunya, suka tiru apa org buat (nak minum air guna cawan bila nampak org minum air, nak cuba tune volume radio kete lepas org tune jugak. mungkin x dia suka gigit muka org sbb tiru gaya org yg slalu overdose cium dia?? hahaa), dah tau tepuk tgn bila dgr lagu tepuk amai2.
dulu masa 4 bulan, abah balik. skang dah 8 bulan, abah xbalik lg.. huhuhu rindu abah. balik la sblm ketinggalan byk lg perkembangan izz ni... T_T
Tuesday, January 15, 2013
12.30am-5.30am
sebabnya, anak soleh budak bertuah tu mula pentingkan main dari tidur. gerammmmmmm nak gigitttttttttttttttt gigitttttttttttt gigiiiiiiiiiiiittttttttttttttt je diaaaaaa sebab taknak tido bila mana sume kanak-kanak lain dah tido. hahaha 12.30am baru dia tido, itupun jenuh paksa tido. buh dalam stroller taknak, buai taknak, dukung taknak. nak merataaa je keje dia skang.
ironinya, 5.30am dia dah bangun. budak ni makan maajun ape?? tepuk dahi bhaiii haha
budak baru nak up, kata incik sailor. haha hamboi. bila la laki aku ni nak balik, xsabaq2 nak pass baton kat dia hahaha
mungkinkah perangai ini ada kaitan dengan peralihan bulan?
apapun, syukur alhamdulillah :)
Sunday, January 13, 2013
menghitung hari
harini 13 januari, 7 hari lagi genap 2 bulan abah pegi. rinduuuu tak tergambar ngan kata2 dah weiii. mengharapkan si dia dpt pulang dlm masa terdekat. walaupun incik sailor udah bilang jgn mengharap tp sikit sebanyak nak jugak mengharap. 2 bulan xbersua muka mesti la rinduuu. hai lah kalo incik sailor kena belayar 6 bulan mcm dolu2 lg camne la. dulu boleh lak tahan, skang 2 bulan pon xtahan haha mungkin sbb dah tau, dah set mind yg incik sailor p 2 bulan je, so bila dah nak sampai masa, dgn sendiri perasaan tu jd xsabo2.. kalo dulu dah set mind 6 bulan, bila dah masuk bulan ke 5 baru xsabo2.. pendek kata lama ke xlama, asalkan dia nak balik, mesti la xsabo2.. sbb dah lama berjauhan maaa. huwaaa i miss u my lalingggg :')
Friday, January 4, 2013
entri #1 @ 2013
apa pun mengharapkan semoga tahun ni lebih baik daripada tahun2 sebelumnya, aamiinn, insyaallah.
*saja je nak hapdet entri #1 di 2013 ni. hahaha
kbai!
Monday, December 31, 2012
2012
![]() |
Muhammad Izni Abqary @ Day 4 |
![]() |
Muhammad Izni Abqary @ 6 months |
kedua, menyambut ulangtahun perkahwinan yg pertama 16 Julai lepas. tapi sambut dengan ucapan je la since incik sailor tengah sign on kapal masa tu. harap2 tahun ni ada rezeki menyambut wedding anniversary bersama-sama.
ketiga, transaksi jual beli rumah dah 80% selesai yang mana urusan pindahmilik dah dibuat kat pejabat tanah sepang beberapa bulan lepas. lega la, sebelum ni pening dengan status rumah terawang2 sebab takde khabar berita lamaaa drp masa mengandung sampai la dah bersalin dah pun. lepas ni pening nak bayar hutang la pulak.
apepon, cepat sangat masa ni dirasakan berlalu. sedar tak sedar hari demi hari dan skang tahun demi tahun meninggalkan kita.
semoga tahun baru ni menjadikan kita lebih baik dari tahun tahun sebelumnya. aamiinn.
Thursday, December 20, 2012
takde rezeki
susu merudum. pg td pam dpt 3oz je.. tak sempat nak buat sesi ke 2 lg, sbb tibe2 dpt tau incik sailor dpt trun darat sekejap. minta izin bos utk e.l.. pecut ke melaka. xsempat sampai lg incik sailor kena naik bot utk balik ke kapal semula. melaka jemm sgt harini xtau knapa. bila dia bgtau kena naik bot 2.45pm, airmata berjurai tak henti. ya allah aku rindu dia, tlg aku. tp rezeki tu takde. bot jalan jugak. aku masih stuck dlm traffic jem. sedihnya hanya allah tau. harini genap 1 bulan dia pegi. peluang ada tp rezeki tu xde. sedih sangat. n aku sampai kat jeti jam 3.10pm. masih mencari2 bot, mana tau masih ada kelibatnya. tp xde.. sedihnya.
kalau takde rezeki tu, takde la. allah tahu la tu hikmahnya.. tp, sedih sgt rasa..
syg i miss u...
3d & 4d scan
aku buat kat vision college, kelana jaya. masa tu dah masuk minggu ke 30 dah rasanya (kena buat sebaik2nya 26-30 weeks pregnancy, syukur ada rezki buat appointment last minute sbb ada org cancel appointment dia). kos rm90 je. scan dekat sejam. selagi tak nampak muka selagi tu sonographer tu suruh ejas kedudukan n siap suruh berjalan lagi, sbb nak bg nampak jugak muka baby tu. alhamdulillah izz bg kerjasama jgk.
masa tu niat nak scan nak surprisekan incik sailor. dia kat korea ke jepun tah masa tu. kebetulan haritu kapal masuk port. gatal je tangan ni nak sms tgh scan anak dia tp ku tahankan aje. agak rushing haritu sbb pg tu check up kat klinik, then ptg 3d scan, malam tu plak flight to penang. sume travel alone. no hubby at sisi made u strong u know. try it if u dont believe me haha fuhh so no wonder anak skang pun agak hyper jugak haha
lepas scan terus print kat kedai gambar area tu jugak. org kedai tu tanya ada ke teknologi camni sbb dia tak penah tgk imej 3d scan nih. dik nun, belakang kedai kau je haa. pi tanya budak2 vision college ni eh bila ko dah preggy nti hehe lepas dah print, pos kat abahnyeeee n bila abah sampai port, abah dpt parcel dia, abah bukak n abah tekejut teharu tehepi sampai tunjuk kat kwn2 dia sama.. yeayy mission accomplishedddd.
sebelom ni mcm penah cite dah kot tp kali ni nak share imej yg dah jd realiti pon (thank u Allah). nak share seblom ni takut terlalu awal, apa2 boleh jd selagi benda tak jd lg kan.. paham2 la. kalo xpaham buat2 paham sajok.
okei maka sesapa yg nak scan 3d & 4d scan (3d tu gambar, 4d tu video. konsepnya sama je cuma bila dia snap, jd 3d. bila dia record, jd 4d) dgn kos yg sangat mampu berbanding klinik lain boleh la google je vision college n call n buat appointment k. tak susah nak cari, dekat belakang giant kj je :)
Saturday, December 8, 2012
Izni Abqary : after 6 months 3 weeks 1 day
alhamdulillah. masa ni cepat je rasanya berlalu. rasa mcm baru je buat urine test, tgk2 positif. incik sailor peluk saye masa lepas tgk result sama2 tahun lepas. harini, cinta hati yg saye usung selama 9 bulan 11 hari tu dah nak masuk 7 bulan dah.
masa mula Izz lahir, dia sorang budak yg baik (harini pon masih baik, alhamdulillah aamiinn). malam yg pertama lepas dia tgk dunia, dia diam je. tido dengan nyenyak sekali. mama dapat rehat secukupnya lepas operate tu. alhamdulillah. bila masuk hari kedua, Izz mula merap (meragam). masa tu mama n abah yg cetek ilmu ni xtau nak buat apa. lama dipujuk, xberenti lagi, baru terpikir nak bagi susu. bila nangis lagi, baru terpikir nak tuka lampin dsb.
ilmu tu perlu sebenarnya. kelas mengandung tu perlu sebenarnya. tp kekangan kerja, xpergi2 sampai ke sudah. akhirnya, cetek ilmu keibubapaan. tp alhamdulillah, pengalaman mengajar. maafkan mama n abah eh Izz. sian Izz kena jd bahan eksperimen mama abah huhuhu
lepas dah balik rumah baru la mama surf internet, belajar sikit2 pasal penjagaan baby, keibubapaan, susu ibu dsb. kami tinggal rumah sendiri, berpantang sendiri. taknak nyusahkan mak aku la, dia dah tua tp mak aku datang hari2 bawak lauk. plus, incik sailor tgh cuti, bleh la dia jaga jugak. plus lg, mak aku dah 26 tahun xjaga budak. lauk pantang pun dia dah lupa. haha
ingat lagi hari mula2 balik tu, kami xtau nak mandikan izz camne. nurse yg dtg umah tu la tlg ajar incik sailor mandikan baby. drp taktau apa2, sampai jd expert dah skang ni. hehe
izz membesar dr hari ke hari. mama tak perasan bila izz besar sbb hari2 mama tgk izz.. tp bila tgk gambar, nampak jgk la perbezaan tu. betul la kata mak aku, budak membesar time dia tido. hurmm.. tentang itu, izz ni xberapa nak besar jgk la sbb dah dekat 7 bulan berat baru nak capai 7 kg kot. dia xbanyak tido. masa awal2 lahir dia byk tido siang, malam berjaga. lepas habis pantang, dia tido tengah mlm dlm kul 1 pg camtu, sampai pg. bila dah 3 bulan baru dia mula tido kul 11 mlm. skang kul 10 mlm pun dah tido.. tp siang, dia tdo 3 kali, setiap kali setengah jam je. kiranya org yg menjaganya mmg xsempat watpe la. dia tido tu sekadar bg can utk penjaganya masak, makan, p toilet n semayang. haha kijam sungguh ini budok.
perkembangan izz, alhamdulillah cargas jugak budok ni. mampu angkat kepala dlm tempoh 24jam dilahirkan, angkat kaki masa 2 bulan, meniarap sebelum 3 bulan, bergolek2 sebelum 4 bulan, mengengsot masa 5 bulan, merangkak masa 6 bulan, skang duk menonggeng, duduk, cuba berdiri (dengan bantuan meja n kerusi ofkos). sesapa yg jaga dia nescaya bepeluh jugak la nak layan kerenah dia. haha
alhamdulillah. cergas badan dan cerdas akal budok izz nih. sakit, setakat ni izz penah demam 2x (sekali lepas cucuk 5 bulan, sekali lg masa beralih bulan 6 bulan haritu). sore throat n sesema sekali (terjangkit dr org) tp alhamdulillah semuanya baik dlm sehari dua. tiap kali sakit mama abah risau gak, terpikir nak bawa p klinik n mkn ubat. tp kami tangguh dulu. bila tangguh, esoknya izz dah baik, maka xjd la p klinik. ubat pun xmkn la. mama xnak bg ubat kat izz n pantau je keadaan izz dulu. xnak sikit2 sakit terus bg ubat nti dah besar x imun ngan ubat lak.. mama yakin susu ibu mampu ubatkan izz.
bercakap pasal susu ibu ni, yes. izz masih menyusu secara eksklusif sampai harini (yeaayyyy mama dah dapat diplomaaaa weeee). mama harap dpt ebf izz sampai 2 thn. walaupun bunyinya mustahil dan gesaan org sekeliling kuat suruh izz mkn, tp mama yakin, dan abah pun sokong, susu ibu yg terbaik utk izz. niat aku nak ikut tuntutan syariat. tu je. semoga dipermudahkan la.
jd, selagi ada rezeki titisan mutiara ni, selagi tu izz akan disusukan secara ekslusif. melainkan, stok susu seharian xcukup utk menampung demand izz setelah segala usaha dibuat ataupun izz berkeinginan nak makan setelah ada gigi (kajian menunjukkan bila gigi tumbuh menunjukkan perut baby matang, wallahuallam), maka aku akan bagi. selagi mampu aku akan cuba nak bg eksklusif sbb aku nak tau jugak apa hikmahnya tuhan suruh kita susukan anak dgn sempurna selama 2 thn. walaupun tak paksa, tp nak tau gak kan apa hikmahnya galakan drp Allah swt ni. mudah mudahan Allah perkenan hajatku ini. aamiinn.
allahuakbar. kalifah kecil ni dah nak menganjak 7 bulan. ya allah, besarnya nikmat Mu ni. aku masih lagi leka, kadang2 alpa lagi. astaghfirullah. semoga Kau jdkan kalifah kecilku ini kalifah yg berguna utk agama dan negara. yg cerdas akal fikiran, cergas tubuh badan, yg petah tutur kata, fasih menghafaz quran dan sunnah. semoga kalifah kecil ini menjadi anak soleh yg mendoakanku dan suamiku saat kami telah kembali padaMu. permudahkanlah perjalanan mendidik kalifah kecilku ini. hanya padaMu mampu ku mohon pertolongan. ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Besar.
Monday, December 3, 2012
longgaq baq hang
semenjak dua menjak ni makin longgar le cincin di jari ai ni.. bukan nak kata ai kurus, idak ye. ada lemak tersembunyi yg berjaya ku sembunyikan muahaha longgar dlm entri ni terpakai kat jari jemari yg comels2 ni dan jugak pergelangan tangan je k? hehe
tapiiii walaupun cincin melonggar, jam pulak mengetat!! :(
lalu disuruhnye oleh incik sailorku utk menguruskan kembali mana yg telah ketat tu. hukhuk camne nak kurus. nafsu makan tinggi serakah hahaha
semalam hari ahad chek bikin pulut durian n mihun sup. humang aii my peberet la tuuu. lepas mkn pulut, mkn mihun, lps mkn mihun, mkn pulut. begitu lah seterusnya sampai mata tutup. waduh2..
bila bgn nak pegi keje td, lapa yg amat seolah2 tak makan seminggu la pulak. rasa mcm nak pitam tak stabil gitu. brekpes kat umah xnyempat. maka bila sampai opis, tapau mihun n kuetiaw grg, telur mata siap. makan tak toleh kiri kanan dah.
lepas dah makan tu, tiba2, baru perasan yg jam yg mengetat tu dah melonggar mcm gelang gitu. wahhh seronok mak jemahhh!! :')
tapiiii, bak kata erra fazira, yg terindah hanya sementara gituuu..
menjelang lunch, aku bantai nasi ayam penyet + big mac medium set (haa kau mcm orang tak makan 3 hari kan) n semua tu habis. habis tauu. aku tak membazir amalan syaitan tp aku tamak haloba muahaha. pastu apelagi, jam mengetat semula laa. alahai!!
now, 9.32pm, setelah bantai nasik sepinggan lepas balik keje td, cincin masih melonggar.. melonggar yg boleh tercicir kalo tak hati2 haha tp jam, xtau la. jadah aku nak pakai jam memalam niii kan.
kesimpulan yg aku dpt, betapa banyak mana aku makan, tp kalo tak makan nasik (semalam kan makan pulut n mihun je), mmg boleh melonggar la. kalo hari2 makan nasik, saiz pergelangan tgn masih boleh menten.
ohh ye.. dgn syarat menyusu badan la utk dpt keajaiban melonggar dgn mudah ni. kalo tak, aku rasa saiz badan aku dah macam kontena kot?? ahahaha
breastfeeding is d best, both for baby n mummy :)
p/s incik sailor suruh simpan cincin sbb takut tercicir. ohh tergamak dia. mmg la niat dia baik. tp bg aku cincin risik, tunang, n hadiah ni, mana bole simpan gitu je?? kalo nak belit ngan benang, buruk plak. apekah kekdahnya utk menjauhkan kejadian keciciran?? hurmm.... :(