Monday, September 2, 2013

Back to normal routine

Posted by nikct at 9/02/2013 02:41:00 PM 6 comments
Bila abah sign on semula (15 Ogos 2013), balik lah mama ke pangkal jalan. Kembali merewang meroyan tak tentu pasal kat blog huhuhu T_T

Sepanjang abah sign off yg lalu, selain drp puasa dan raya, sempat lagi kami mengembara Cuti-Cuti Malaysia anak beranak. Selain dr urusan kerja, mama memang ambik cuti khas untuk spent time ngan kesayangansss mama dua orang nih.

Macam biasa, picture speaks a thousand word.. hehe (walhal malas) muahaha (Sori tak tersusun coz dah lupa susunan rentetan peristiwa haha)

riadah pagi bawak izz jalan2 kenal dunia. haha

kami ke Kota Kinabalu, Sabah sebab mama ada conference kat sana. Lepas habis conference kami pecut pi Kundasang, merehat2kan minda yg seteres dek conference berupa torture tu haha


ke taman tasik titiwangsa. tiba-tiba jumpa kudaaa..
ke beach wedding kawan abah kat lumut, perak.

singgah menara condong, teluk intan. makan-makan angin je. haha

ke kuching, sarawak atas urusan kerja jugak. tp sebelum tu makan angin lg. ai kembung la perut asek makan angin jak hahaha alang-alang ke kuching, kami ke Pasar Serikin dekat Bau, Sarawak. rembatla sebidang tikar sarawak buat ole-ole hehe

balik kampung haritu opah n tokayah ajak berpicnic. maka berendamlah dalam sungai anak iols. hehe
mama amek cuti untuk ke Langkawi!! kami pegi island hopping, shopping, makan n jalan sepuas-puasnya!! lepas ke langkawi, kami singgah Wang Kelian & Padang Besar kat Perlis! Lepas tu sambung berjambi jimba kat Ipoh pula (sebab mama ada meeting kat sana).
Lepas Ipoh, kami naik cameron highlands untuk kali ke berapa taktau dah. sat bagi depa ni pikiaq dulu.. hahaha
ke melaka untuk wedding uncle faiq dan aunty fathin. sebelum tu lepas balik dr sabah kami terus ke melaka untuk wedding aunty fad & uncle faris
raya mega project : family portrait. sayang korang ketat-ketat, abah n izz :')

sesudah 5 hari raya, abah dapat panggilan dari laut. huhuhu T_T


kejap sangat rasanya 2 bulan abah cuti ni. baru 2 minggu abah pegi, dah rasa macam 20 tahun (hiperbola metafora). nak tunggu abah genapkan 2 bulan untuk off lagi skali, masyaAllah. dugaan sangat rasa.

Ya Allah, lindungilah ketua keluarga kami dalam mencari rezeki halal untuk kami. Aaminn....


Perkahwinan

Posted by nikct at 9/02/2013 02:01:00 PM 1 comments
Perkahwinan,
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua,
Bukan juga sampai tua
Ia perjanjian sampai mati.

Perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Jesteru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Tika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.

Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman & takwa,
Untuk belajar meniti sabar & redha Allah SWT,
Kamu bukanlah Saidina Abu Bakar R.A,
Tidak setegas Saidina Umar R.A,
Tidak sewara' Saidina Uthman R.A,
Pun bukan segagah Saidina Ali R.A,
Jesteru, kamu adalah suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.


semoga kasih ini mekar hingga syurga, insyaAllah. demi Allah aku sayangkanmu, suamiku.

Friday, May 31, 2013

kepulangan..

Posted by nikct at 5/31/2013 06:04:00 PM 1 comments

menggigil sejuk kat opis td. p pasar tani, bila kena panas, sejuk xreda lg. sampai pasar tani, mcm nak pitam plak. pegi gerai buah, sambar setangkai anggur. byr, terus mkn. terduduk kat tepi longkang, tgu ofismate. bila dia nampak, terus diajak ke klinik. pukul 1 tghari, di hari jumaat. klinik ada, doktor xde. klinik ke 3 pegi baru ada. syukur xde org. drive mcm org nak beranak je rasa. cuma contraction je xde. bernafas kot mulut, sakit bdn, makin lama makin sejuk even x pasang aircond di tgh hari remba.

doktor check, suhu bdn agak tinggi (39degree), kulit pucat, lain mcm dah katanye. darah diambil. result, platlet kurang sikit. tp xleh suspek denggi lg since platlet masih xjatuh mendadak n xde simptom lain (bintik merah).

lps doktor check, tunggu ubat kat luar. mencangkung tepi kaki lima. xlarat benar. Carol Bee tlg uruskan, A to Z. setel semua, carol belikan air, terus mkn ubat. hantar carol balik ofis, minta dia tlg ambikkan beg susu.

bgtau husband yg tgh keje. dia xreply, sampai la 2.30. dia tanya ok x. mungkin dia baru naik lunch, aku pikir. bgtau dia dpt time slip. bole balik. drive sendiri. dia minta org tlg hantar. tp camne org tu nak balik opis semula? dia tanya nak dia tlg ambik ke?? amboi mrh sgt sampai perli nak suruh dia ambikkan. aku ckp, xpe, blh drive slow2. td p 3 klinik pun bole. ape ade hal. dia kata ok, drive leklok.

lepas carol hantar beg, dia call. masuk voicemail. aku call semula. dia tanya kat mana, dah gerak ke. aku ckp, dah, kat luar opis dah. dia kata xpe la, igt nak p ambik. aku tanya kenapa plak nk dtg ambik? kat mana ni? dia gelak2. then suruh izz bckp. tp xde pun suara izz. dia suruh izz ckp lg, ada la bunyi 1, 2 seken. aku tanya ada mana ni? kat rumah la, jwb dia. tipu!! dia kata ye, ni suara izz ni, then gelak2 lg. aku ckp, tipu.. tah2 suara dr video izz. dia gelak, pastu ckp, xpe la. balik la, bwk kete leklok.

xpuas hati lg, aku tanya thru sms, kat mana? dia reply, xde la, saje je nak bg smgt. dgr suara xlarat je. ckp la dah balik. ok la, nak turun p keje dulu. take care, katanye. ala, jahatnye.... tipu je ke... huhuhu

sesampai di rumah, chek tgh masak kat dapur. izz dah sepahkan ruang tamu. mungkin dia tido skang. masuk bilik, xde jugak. mungkin kat dapur tlg ma chek masak. xkesah la. nak campak sume beg n baring atas tilam. drive pun mcm nak tido je td. efek ubat, mungkin.

tibe2......

2 lembaga keluar dr langsir hujung bilik.....

ye, mereka adalah....

Izz dan.... abah!!!!

finally my marine engineer cum my housemate, my roomate, my soulmate, my imam, my hero, my partner in crime, my everything suda balik.

surpriseeeeeee, katanye...

badan yg longlai jd ceria. aaaaaaaaaaaaa nak jerit sepuas hati tp xmampu. kenapa x bgtau nak balik???????? senyum je dia. haih...

welkam back, abah :')

alhamdulillah...


Friday, May 24, 2013

Izni : 1 tahun

Posted by nikct at 5/24/2013 02:03:00 PM 1 comments

haha entri yg lambat masuk. xpe janji masuk dr xmasuk langsung haha

alhamdulillah izz dah 1 tahun!! hoyeeaaaa *clap clap clap* jatuh pd hari jumaat, maka mama cuti semata2 nak together2 dgn izz di hari bermakna dia. kalau ikutkan kalendar hijrah dah genap setahun masa 7 mei haritu. kalendar hijrah bermakna bg mama sbb tu la kayu ukur brp lama mama, secara eksklusif menyusukan izz. so misi 1 tahun hijrah n gregorian telah berjaya mama lepasi! alhamdulillah syukur.

tp,

izz meragam sikit masa bday dia. mungkin sbb abah jauh di mata. dia rindu abah dia. huhu tu la juga sbb utama kenapa mama sanggup amek cuti. izz dah lama berjauhan ngan abah. at least di hari lahirnya, biarla mama ada kat sisi dia utk hepikan dia. tp izz masih kurang hepi.

so mama decide nak bawak kua jalan la. toknik kata tunggu dia balik solat jumaat. lepas toknik balik, kami bawak izz ke kedai cina ah wey *yg bg bunting free tuu* utk ambik gmbr pasport. saje, buat kenangan. hehe. tgk je la gambar pasport dia, sirius gilaa haha jenuh mama n ma chek suruh izz senyum, saje dia buat muka sirius tu. buat2 xdgr kami duk acah2 dia. cess.. bertuah pnya anak hehe

lps tu, bawak izz p tesco. jalan2 sambil ma chek beli brg dapur. izz jumpa kwn, berjalan sesuka hati, bergurau senda ngan toknik n naik kete control, kaler pink!! deym. yg tu je ada remote org tu kata. yg lain sume kena drive sdri. mana izz reti. masam balik la muka dia hahaha

balik tu, izz tido awal, di hari lahirnya. haha ape daa izz. mlm masih muda. hahaha. penat kot. even sekejap, jd la. huhu

mama plak xde benda nak bg kat izz.. mama bg susu je la yg fresh dr ladang :D kebetulan tghari tu masa izz tgh tdo, mama kena serangan seram sejuk 1 badan, nak demam. so insyaallah susu yg dihasilkan penuh antibodi terbaik utk izz. specially given by Allah to izz on your special day, syg. mano nak cari tu. alhamdulillah rezki kan? hehe

21 mei 2013, abah dpt turun buat medical. sakit mata katanye. mama pun skali lg amek cuti (e.l, pg tu sempat p roundtable discussion on competition policy kau..hah) terus pecut balik rumah, siap2, ambik izz n ke melaka berdua je ngan izz. huhu ni trip ke 3 kot travel ngan izz je ke melaka. dah 1 tahun kan mana nak duk dlm carseat lama2. thx kpd upin n ipin la bjaya bg izz duk diam kejap. bila berbunyi lg mula la mama cari mcm2 idea nak bg izz stay still dlm carseat. haha

alhamdulillah selamat sampai at 2.30pm, makan2, jln2, beli mainan (tmsuk basikal budak kecik tu) mama pow abah beli utk bday izz hahaha izz mula2 jumpa abah malu2 kucing, tsengih2 mcm kerang bucuk hehe lpstu mama nak ambik pun dia xnak. melekat ngan abahhhhh je. suka sgt dia jumpa abah haritu. rindu abah la kot selama ni ek.. huhuhu sbr la syg. abah keje camtu, nak wat cmne. sikit je lg nanti abah balik la. nanti izz buli la abah hari2 masa abah cuti tu hehehe

maka,

selamat hari lahir izz. mama xde kek nak bg kat izz sbb izz xleh mkn lg. tp mama ada susu yg plg berkhasiat insyaallah di dunia ini utk izz. n mama n abah dh berusaha sedaya upaya utk bg izz hepi di hari lahir izz. semoga sihat tubuh bdn, cerdas akal, jauh drp musibah yg xbpenghujung n dirahmati Allah swt..




Saturday, May 11, 2013

Siesta Shoppe

Posted by nikct at 5/11/2013 01:58:00 AM 0 comments

utk makluman kwn2 kami suami isteri ada buat bisnes kecik2 je, demi sesuap nasik (gitew). kami ada :

1. kain cotton vietnam pd harga serendah RM60/pasang
2. half moon sakura shawl pd harga serendah RM45/sehelai
3. custom made hardcover guestbook
4. breastpump (Medela, Avent, Rumble Tuff, Spectra, Unimom)
5. AQEELA Muslimah Wear

for more info boleh ke :

fb page : Siesta Shoppe
blog : siestashoppe.blogspot.com
emel : siestashoppe@gmail.com
whatsapp : 0193140812

pd yg sudi tgk2 la k. kalo dpt tlg promote pd kwn2 lain pun itu dah bonus utk kami.

terima kasih utk masa anda :)

Thursday, May 2, 2013

diluah mati mak, ditelan mati bapak..

Posted by nikct at 5/02/2013 02:11:00 PM 0 comments
begitu la yg sedang melanda diriku ini. lama dah aku pendam. tp tak bole jgk. serba salah rasanya nak luahkan pun. perit je rasa. tp sampai bila nak pendam? bila dah luah pun, boleh selesai ke masalah? ke lg serabut?


inilah asam garam kehidupan. manusia macam2 ragam. kita sendiri pun banyak ragam. nak menyesuaikan ragam orang ngan ragam kita, memang ambik masa nak terima.

hmm semoga Allah memudahkan simpulan kesulitan ni. semoga segalanya segera berakhir tanpa perlu melukakan mana-mana pihak...

Tuesday, April 30, 2013

hari pekerja yg perlu bekerja

Posted by nikct at 4/30/2013 10:35:00 PM 0 comments

tapi bukan aku.. incik sailor.. huhu sian... kalo org kapal bercuti, mcm best je dgr, cuti sampai berbulan2. tp hakikatnya, tau x yg org2 kapal ni kerjanya 7 hari seminggu (hari ke 7 half day, kalo takde pape la.. kalo x, mmg straight seminggu tanpa cuti). kerja dr pg sampai lewat petang. kalo kapal problem, keje la sampai problem tu setel. penah lost contact dgn incik sailor sampai 2, 3 hari. rupanya kapal problem. jantung dah berkecai dah masa tu. syukur dpt kabar lps tu.. huhu kerja berat, spanar tu saiz sedepa pun ada. yg sejengkal pon xreti guna, sedepa apetah lg? haha parts kat kapal tu pulak bukan 5 kilo, 10 kilo. tp 1 tan, 2 tan, bertan tan lg. nak alih, silap2 haribulan, jari tersepit. hancur jari. kuku pun terkoyak. silap sikit, boleh melecur sana, terbakar sini, buta biji mata.. silap2 melayang nyawa.. ingat x tragedi Bunga Alpina?? kerja mcm nak terkuar ta*i berbulan bulan lamanya. berjauhan anak bini, famili.. kerja atas kapal 24 jam sehari terdedah bahaya. mana ada dokter, bomba, 911 nak tlg. survival sama sdri je la..

sbb tu la gaji dorang lebih, cuti dorang lama.

Selamat Hari Buruh, incik sailor! terima kasih atas segala pengorbananmu. selamat kerja di hari esok. kuatkan semangat, yukenduit!! mmmuuuaahhxx!!

penyusuan sepenuhnya : komen saya

Posted by nikct at 4/30/2013 06:37:00 PM 0 comments
setakat ni Alhamdulillah masih susukan izz secara eksklusif lagi. hati ni xyakin nak bg dia makan lg. desakan org sekeliling kadang2 boleh buat jiwa ni goyah. pastu cepat2 betulkan pendirian balik. bila goyah, cepat2 ingat balik ayat ni :
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu" Al-Baqarah ayat 233

tapi perlu dibaca jugak ayat seterusnya :

"Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada)."

dan seterusnya :

"Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya)."

maksudnya di sini, ibu2 hendaklah menyusukan anak2 selama 2 tahun genap, bagi mereka yg nak menyempurnakan penyusuan itu. tapi, suruhan ini tidak diwajibkan, memandangkan Allah swt tidak membenarkan keadaan di mana si ibu menderita kerana anaknya. Dan kalau nak berhentikan penyusuan tu pun boleh, dengan syarat, setelah persetujuan dicapai oleh kedua2 suami isteri.

so, kalau rasa susah2, berbincanglah dengan husband, sama2 setuju, bolehlah penyusuan tu dihentikan.

penghentian/penceraian penyusuan (weaning) pula bermaksud : 
The gradual process of moving your baby from a diet that consists exclusively of breast or infant milk to one that includes solid foods.

so, adakah pemberhentian penyusuan yang dinyatakan dalam al-Quran bermaksud weaning off macam definition kat atas ni?

aku cuba cari sirah-sirah nabi berkaitan penyusuan ni. yang aku dapat, sejarah nabi disusukan oleh ibunya, kemudian seorang hamba, dan kemudian Halimatussaadiah, sebab ibu Rasulullah saw ditakdirkan kering susunya. dan juga keajaiban2 yang ibu susuan baginda dapat lepas ambik baginda jd anak susuan. sama ada baginda diberi makan berselang seli dengan susu, tak pernah dinyatakan pulak. tapi kalo skali baca ayat al baqarah kat atas ni, kalo ambik maksud secara literal, terang-terang ibu2 digalakkan menyusukan sehingga 2 tahun genap untuk penyusuan sempurna.

eh bukan kena bagi makan bila anak umur 6 bulan ke?

itu saranan WHO. WHO kata:

"Exclusive breastfeeding is recommended up to 6 months of age, with continued breastfeeding along with appropriate complementary foods up to two years of age or beyond."

rekomen je hokey. dolu2 depa suruh susukan secara eksklusif sampai 4 bulan je lepas tu dah boleh introduce solid foods. tp kajian terbaru depa menunjukkan, baby 6 bulan pulak baru ready untuk terima solid foods ni, maka depa pinda saranan depa ni kepada 6 bulan pulak... haa nampak tak kajian manusia ni tak berapa nak tepat. boleh berubah dari semasa ke semasa, bergantung pd penemuan baru. 

disebabkan saranan2 depa ni la, nak ubah mind set rakyat malaysia ni cukup susah cukup payah. ada yg kata

"oo anak 4 bulan dah boleh makan". 
"ni anak akak dulu umor 3 bulan dah makan, asek melalak je. bg makan baru la dia senyap"
"anak ko ni dah lapar ni. tgk mulut dia terkumat kamit tgk orang makan. kesian. bg la dia makan"
"minum susu badan tak berkhasiat la. dah lepas 6 bulan ni boleh campur dah ni"

dan macam2 lagi tarbiyah yg tak pasal2 aku dapat free.

my child. my choice.

aku baca quran, secara literalnya maksud nya aku digalakkan menyusukan anak aku selama 2 tahun genap untuk menyempurnakan penyusuan tu.

kalau aku introduce solid foods, bermakna aku sedang (secara perlahan-lahan) menceraikan susu ke atas anak aku.

susu aku production alhamdulillah mencukupi untuk dibekalkan kat Izz, selagi susu masih cukup, aku tak rasa anak aku perlu diperkenalkan dengan makanan lagi. dan aku tak rasa terbeban langsung untuk menyusukan anak aku sepenuhnya sampai ke hari ini.

walaupun Izz terkumat kamit tgk orang makan, aku anggap dia sedang meniru mimik orang mengunyah. dia dlm proses belajar. sbb tu dia pun mengunyah. dia pun sebok nak kerumun nak tgk kita makan. kalo kita sibuk buat kerja pun dia sibuk ikut nak tgk apa kita buat. so time makan, dia pun sibuk sama la. so bagi aku, itu normal.

maka, tolonglah, jangan ajar saya dan paksa saya bagi anak saya makan.

saya nak bagi yg terbaik utk dia. saya ni tak baik, tp saya hanya nak yg terbaik utk dia.

saya yakin susu saya cukup segala mak bapak punya zat dalam setiap titik yg dia minum. dan saya doa susu tu jugak lah yg akan jd penawar segala penyakit, baik dari segi zahir, mahupun batin.

MELAINKAN, ditakdirkan suatu hari nanti, saya kering susu, bekalan tak cukup, dan takde sapa sudi menjadi ibu susuan anak saya, saya sendiri akan perkenalkan homemade solid foods pd dia.

ya Allah, permudahkanlah perjalanan penyusuan sepenuhnya ke atas Izz.

aamiin...

ust don pun dikatakan disusukan selama genap 2 tahun. masyaAllah.... cekalnya ibu beliau... semoga Kau cekalkan hati ini juga nak menghadapi pelbagai dugaan.... semoga niatku ini menjadikan anak yg disusukan ni seorang yang berakhlak mulia, beramal soleh, menjadi anak yg soleh dunia akhirat yg mendoakan ibu bapanya pabila kami sudah tiada.. aamiinn

Thursday, April 18, 2013

say NO to baby walker

Posted by nikct at 4/18/2013 10:56:00 AM 0 comments

sumber : baby centre Malaysia

Bermula April 2007, Canada telah mengharamkan penjualan walker bayi. Data UK juga mencadangkan bahawa lebih banyak kemalangan dan kecederaan berlaku berhubung walker bayi daripada peralatan bayi yang lain. Ini sebab walker membolehkan bayi bergerak lebih laju (bayi boleh mencapai kelajuan satu meter setiap saat dengan satu lonjakan), mencapai ke tempat lebih tinggi dan memudahkan akses kepada pelbagai bahaya. Kebanyakan kecederaan disebabkan kejatuhan apabila walker tertonggeng dan bayi terpelanting jatuh ke bawah tangga atau merempuh perabot, alat pemanas elektrik atau ketuhar.

Terdapat juga kemungkinan risiko bertambah di mana bayi anda akan mengalami kebakaran dari objek-objek seperti lilin dan minuman teh yang panas. Walker membolehkan bayi menjangkau racun-racun domestik, seperti minyak wangi, ubat cuci mulut, atau alkohol, yang dahulunya tidak dapat dicapai olehnya. Ramai orang menyangkakan yang apabila bayi ralit dengan 'kereta' kecilnya, dia adalah selamat dan boleh dibiarkan tanpa jagaan untuk jangka masa yang pendek. Sebenarnya, kawalan berlebihan diperlukan apabila bayi anda berada dalam walker dan bayi lebih selamat jika ditinggalkan atas lantai sahaja dalam bilik.

Walker tidak membantu bayi belajar berjalan. Sebaliknya, menggunakannya dengan berlebihan mungkin akan merencatkan sedikit perkembangan bayi. Bayi perlu meniarap, merangkak, duduk dan bermain atas lantai, untuk membolehkan dia mencapai tahap-tahap utama dalam perkembangannya.

Meskipun statistik-statistik yang ada membimbangkan, pelarangan penggunaan walker sama sekali mungkin tidak realistik. Sebilangan pakar merasakan bahawa walker sepatutunya direka bentuk untuk bayi berusia lebih daripada sembilan bulan yang sudah pandai duduk dan merangkak, dan dipasangkan sekatan kelajuan.

Jika ada sesiapa mencadangkan walker untuk bayi anda, pertimbangkanlah alternatif lain atau lebih baik, biarkan dia bersenam dengan baik atas lantai seperti berlaku di masa-masa dahulu. 

* izz memang takde walker sbb mama dia yakin dia takkan nak duduk dalam tu. pernah skali izz diletakkan dlm walker sepupu dia, xsampai 5 minit dia dah nak terjun keluar. sebelum ni mama digesa utk beli walker bg kat izz, katanya nak senangkan kerja. ternyata tak jugak. dah dia taknak duduk dlm tu watpe la mama abah dia nak bazir duit beli kan? katanya jugak nak bg izz cpt jalan. tak jugak.. izz mula btatih masa 9 bulan lebih n xsampai 11 bulan dah bjalan dgn fasih (fasih?) tawaf sekeliling rumah. so xyah nak pcaya dakyah2 palsu ni.

biarlah baby kita bkembang maju ikut kemampuan dan pkembangan yg sepatutnya. kalo dia nak, galakkan. taknak, jgn paksa. dont worry, dia takkan ketinggalan pun. pkembangan baby berbeza. mungkin izz dh blh jln tp dia xde gigi lg. haha syukur part xde gigi lg tu hahaha n sebenarnya setiap hari baby akan struggle utk buat sumthg. usahanya kecil, kita mungkin xperasan, or xnampak tp ianya usaha tbesar bg baby kita utk melangkah setapak demi setapak dlm hidup dia. sigh.. ni la consnya bila mama bkerjaya ni. tertinggal bykkkk. tp compare to abah, lg kesian. so, bsyukur je la. janji sihat dan cerdas dan cergas.

alhamdulillah.

so pls, say no to baby walker k? byk cons dr pro nya..

til then. ciao

Saturday, April 6, 2013

setelah abah pergi...

Posted by nikct at 4/06/2013 05:37:00 PM 0 comments

biasanya bila abah pergi baru la izz master 1 kebolehan. contohnya masa abah pegi dulu, barulah izz boleh bergolek, mengengsot, merangkak dan yg terbaru, berjalan dan berdiri sendiri.

izz pernah cuba2 jalan masa nak masuk 10 bulan haritu sampai la hari abah pegi 29 Mac tu, cuma masa tu dia prefer merangkak drp bjalan n bila jalan pun dia teragak2 nak jalan sbb mcm gayat lg. tp xsampai 1 minggu abah pegi, dia mula berani bjalan. dr sofa ke sofa, sofa ke kabinet tv, sofa ke meja makan n terbaru sofa ke dapur.

lebih baru harini, dia dah mula jln dari dapur sampai pintu dpn! n dia dah boleh berdiri sendiri tanpa apa2 sokongan drp mana2 sofa atau kaki kerusi.

alhamdulillah. abah dia dah bilang awal2, naik kapal ni mesti dia baru boleh jalan. tup tup xsampai seminggu. last time lagi la, sehari lepas sign on baru la izz tu nak mengengsot.

inilah dia life as seafearer's wife n son, abah xde nak melalui moment2 bermakna mcm ni selalu. tp kalo diberi pilihan dia pun taknak bjauhan dgn keluarga, terlepas moment2 ni dgn sengaja. sape tak sedih bjauhan dgn family, tambah2 time anak nak besar, makin pjg akal n banyak akl hari2. dah masih belum rezeki dia nak duduk sebumbung dgn kami. dah rezeki dia utk cari rezeki kat lautan. kami kena la redha.

huhu..


Monday, March 25, 2013

:)

Posted by nikct at 3/25/2013 03:21:00 PM 0 comments
semoga dipermudahkan. aamiinnn

Thursday, March 21, 2013

lalai

Posted by nikct at 3/21/2013 10:33:00 AM 0 comments
ya Allah
sbg hambaMu, aku lalai
berulang kali buat salah
 tiada noktah

tapi,
walaupun aku lalai
tetap Kau curahkan rezeki, rahmat, kesihatan dan segala2 yang baik
Kau sayangkan aku walaupun aku selalu terlupa
selalu berdosa
dan lalai

Allahuakbar
Astaghfirullah
lalainya aku

ampuni aku
matikanlah aku dalam iman..

Wednesday, March 20, 2013

bahasa jiwa bangsa

Posted by nikct at 3/20/2013 02:34:00 PM 0 comments
selalunya kita mentertawakan dan mempersendakan peribahasa org dulu2.. contohnya "biar mati anak, jangan mati adat", "harapkan pagar, pagar makan padi" dan "melepaskan batuk di tangga". bagi kita semuanya tak masuk dek akal sbb tak kena dgn maksud yg disampaikan. ade ke patut adat didahulukan, anak tak diutamakan?? ada ke patut dikatanya pagar makan padi? n apa kaitan melepaskan batuk di tangga dengan buat kerja separuh jalan??

so bila kena hantar jadi peserta Kursus Penyegaran Bahasa Melayu, baru lah paham semua peribahasa tu.. alkisah....

"biar mati anak, jangan mati adat"
bermaksud orang yang kuat berpegang kepada adat.

istilah "anak" dalam peribahasa ini bukanlah merujuk kepada anak orang, tetapi sirih. ye, sirih yang digunakan ketika meminang anak dara orang tu. so, maksud peribahasa ni ialah, biarpun sirih kat tepak tu dah habis, upacara meminang tu hendaklah diteruskan jugak. katanye...

"anak" yang dimaksudkan. tinggi sungguh bahasa orang dulu2 ni ek..
 


"harapkan pagar, pagar makan padi"
bermaksud harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula yang merosakkannya.

sebenarnya terdapat kekeliruan ejaan jawi (pa, ga, ro) bila diterjemahkan ke rumi menjadi PAGAR. walhal ianya merujuk kepada burung PEGAR (burung perosak tanaman).

inilah pegar yang diharap2kan tu..



"melepaskan batuk di tangga"
bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai.

 ini pun sama kes dengan PEGAR tadi, kekeliruan ejaan jawi ke rumi. yang dirujuk sebenarnya adalah BATOK, sepertimana dalam gambar kat bawah ni haa

inilah batok
kan bila nak naik ke rumah kat kampung2 kena jirus kaki dengan air? haa kita guna batok ni la untuk jirus air ke kaki. so peribahasa "melepaskan batok di tangga" melambangkan orang yang lepas basuh kaki, terus melepaskan batok ni kat tangga. patutnya letak elok2 la kan. so mmg betul la, orang tu dikira buat kerja tak habis la maksudnya.

*kalau tak pegi kursus ni kirim salam la aku nak tau semua ni. hahaha

Thursday, February 28, 2013

Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Sirajuddin, Gemas NS

Posted by nikct at 2/28/2013 11:40:00 PM 0 comments

hari senin haritu aku ke PPP Gemas ni, lawatan Kementerian dgn pihak industri ke sana. tujuannya nak menjalinkan usahasama sgn industri utk bg peluang pekerjaan kpd bekas2 banduan yg sertai program ni. secara ringkasnya :

1. aku menahan sebak tgk dorang kawad senyap. sbb... itu jiwa aku.... walaupun aku nekad, rupanya selepas beberapa tahun dah move on, bila tgk org kawad, xsangka boleh dtg perasaan tu... speechless...

2. kat kem ni banduan buat persediaan utk menghadapi dunia luar. ditempatkan dlm kem tentera dan diuruskan oleh jab.penjara. byk kursus2 kemahiran, latihan kerohanian, jasmani, fizikal diterapkan. which is very very good. dorang bertani, ternak ikan, potong rumput, hias taman, bertukang, jd pramusaji, technician, imam, bilal n d list goes on..

3. wakil ayam penyet AP sangat dedicated. mereka xdijemput tp menawarkan diri utk join aktiviti ni, sbb nak mencari tenaga kerja bg menggantikan pekerja asing di premis2 dorang. rep dia siap ckp "kami akan bg semuanya kat korang, tempat tinggal, makan, trening, gaji n layanan sama rata. 1 je syarat, korang jgn bgtau korang ni banduan. takde istilah banduan dlm kamus hidup saya" dan ucapan dia ni betul2 menyuntik semangat para ODS (org diselia) bila mendpt tepukan plg gemuruh kat dwn tu.. haha ambitious n highly self motivate person he is..

4. ada 400+ banduan kat sini. terdiri drp mcm2 pesalah. 302, 326, 376, 378, 392, 395 KK sume ade. tp ppl deserve 2nd chance kannn. sedangkan warga asing yg kita xtau latar belakang pun, kita (sbg negara bkn sbg individu) terima dgn hati yg terbuka, apatah lg dorg ni. doakan je la yg terbaik utk dorg n bg peluang utk dorg buktikan yg dorang betol2 dah insap.

5. gemas sangat JAUHHHHHHHHHHHHHH


teksi dan rim

Posted by nikct at 2/28/2013 11:05:00 PM 0 comments

sekali tgk mcm xde kaitan teksi ngan rim tayar nih. semua kereta pon ada rim. tak semestinya teksi je kan?

utk org yg xtau apa2 pasal kenderaan mcm aku ni, lawatan ke puspakom hari selasa lepas betol2 membantu golongan orang kurang upaya, ehh...ilmu.. mcm aku ni

walaupun lawatan tu tiba2 je aku disuruh pegi, alhamdulillah ilmu baru dpt belajar. mcm skolah2 plak kena p buat lawatan. haha lawatan ni puspakom buat utk terangkan pd pihak kementerian prosedur2 pemeriksaan kereta kat puspakom, terutama yg berkaitan pemeriksaan kenderaan bg tujuan sewa beli kereta.. haa gitu skemanya hahaha

ok berbalik pd teksi dan rim. pegawai puspakom u ckp, utk teksi, akan ada 1 test tambahan, berbeza dgn kenderaan biasa or lori2. iaitu, test utk meter teksi. macamana test? dorang golek2kan tayar teksi atas platform, then tgk bacaan meter tu sama ada selari dgn piawaian yg ditetapkan ke idak.

so, dikatakan kalo seseorang pemandu teksi menukar rim tayar teksinya, maka penukaran rim tersebut akan mengakibatkan pusingan tayar menjadi lari, i.e cepat, lalu mempercepatkan jugak meter teksi tu gerak.. sepatutnya dorang bleh diambil tindakan sbb benda tu salah. katanye lah..

pastu, dorang tunjuk jugak cara2 utk test cermin gelap (tinted) tu. dikatakan pemilik kedai kete selalu claim yg tint tu menepati piawaian JPJ. mmg betul, kalo buat test kat filamen je, mmg la pass. tp masalahnya, bila JPJ buat test tgh jln, yg dia ukur adalah filamen tint dan juga cermin. maka formulanya adalah cermin kereta + filamen = piawaian JPJ 70/50 tu. bukan filamen semata2 k.. cthnya kete peugeot 308, kadar kegelapan cerminnya je dah 60, so kalo tambah tint lagi, konpem failed bhai..

so, moralnya, jgn naik teksi yg rim tayarnya ditukar dan xpayah nak tinted sangat lah kete tu. tinted, boleh mmg boleh, cuma kena ikut piawaian JPJ lah eh hehe

sekian :)

Saturday, February 16, 2013

warded

Posted by nikct at 2/16/2013 11:44:00 AM 0 comments

2nd time warded, 1st time kat KPJ. sebelum ni pegi klinik n hosp govt je. tp utk sakit mcm aku ni, dorg asek bg painkiller, xrefer2 kat pakar, so amek inisiatif sdri terus jumpa pakar kat sini. dlm setahun dah 3 kali kena, mana tahan bhai. mesti kena buat sumthing utk identify apa yg xkena ngan belakang aku ni. tulang ke, saraf ke ape ke, misterius sampai la warded ni.

doc suruh aku undergo physio n perform MRI utk tgk lebih detail apa yg xkena.. 1st day physio sangatlah xmembantu, mungkin sbb pertama kali, xkan nak terus baik kan.. hover sangat iols ni haha bila dah undergo 3rd n 4th treatment, baru la sakit tu lega sikit tp sengal tu masih ada. so hari ketiga aku kat sini, dorg buat MRI. sumpah boring buat MRI. 45min ke sejam aku kena baring kaku, xleh gerak kalo x kena ulang balik. mana nak garu gatal lg, kebas2 sebab sejuk lg. dah la xleh tido sbb bunyi mesin tu bisinggg. tobat wehh..

so lps doc tgk report MRI tu, alhamdulillah katanya xde kaitan dgn disc. yeayyy. cumanya liquid kat disc tu dah decrease. sbb tu la sakit bila gerak. sbb pelicir dah xde. so lepas ni kena berhati2 angkat barang. kena pastikan belakang tu kekal tegak masa tunduk utk ambik brg. camne caranya? bend ur knees then pick d things up lor.. dan harini undergo 1 more physio treatment before discharge.

cuma doc xleh nak bg aku ubat tahan sakit yg kuat sbb katanya aku menyusu badan. yg ni mmg bagus la, sbb selama ni aku dgr hosp private x breastfeeding frenly. dia prescribe pcm je sbg ubat thn sakit aku. tu pun sebijik. thumbs up la dr. surendra masilamoney, pakar ortho kat sini. sangat alert dgn keadaan patient dia.

disebabkan aku warded jugak, aku 1st time xtido dgn izz.. huhu rindunya kat dia.. dan disebabkan izz masih breastfeed, maka perkara spt warded ni adalah cabaran nak menjayakan target penyusuan sepenuhnya 2 tahun ku.. huhu

mujur incik sailor dah pulang. tp kesian la coz dia kena ulang alik. rutinnya, incik sailor akan dtg bawa izz, dengan 1 cooler box siap dengan ice, 1 cooler bag dgn ice pack. aku kat spital ni plak, kena pam susu setiap 3 ke 4 jam skali, simpan dlm cooler box berisi ais. so bila incik sailor sampai dgn izz, tugas aku menyusukan izz secara direct spjg dia ada disisi. incik sailor akan ganti cooler box, bawak blek cooler box yg kat spital ni, susu yg dah siap diperah disimpan dlm cooler bag berisi ice packs.

komplikated xbunyinya? haha nak seribu daya xnak seribu dalih. sakit2 belakang pun kena gagahkan jugak nak menyusu izz, nak pam susu utk izz. mcmana pun izz kena dtg jugak hari2 sbb mama dia ni risau dia nursing strike, means xmo nyusu direct sbb dah syiok nyusu botol. so rutin harian terbalik sikit la. siang nyusu direct, malam baru pam. cabarannya, malas nak bangun mengepam tgh2 malam. haha. tp so far alhamdulillah gagahkan diri jugak bgn sekali setiap tgh malam, demi mencapai misi. kalo kat rumah, haremmm. kat rumah harapkan izz je la tlg pam. haha

sesampai di rumah, bukak peti ais, tgk stok yg tinggal.. subhanallah, alhamdulillah. kalo time keje xsebyk ni stok yg aku dpt. rupanya inilah hikmahnya sakit yg allah bg. spjg 4 hari 3 malam bmalam kat hospital, dgn sakit ni, aku merajinkan diri mengepam susu sbb takut milk supply utk izz xcukup. hasilnya aku dah berjaya memperbanyakkan stok. alhamdulillah. setiap yg berlaku ada hikmahnya..

"maka nikmat tuhan yang mana engkau dustakan?"

thanks yg family n frens yg dtg melawat.
thanks love coz susah payah ulang alik jaga org sakit n jaga izz time wife awok ni sakit, sampai awok pon sakit, demam seseme bagai in d endnya.. sian tp teharu :') hahaa

till then, ciao..



Friday, February 8, 2013

abah dah balik dan Genting, kami datanggg!! :))

Posted by nikct at 2/08/2013 10:59:00 AM 0 comments
alhamdulillah akhirnya pada 30 Januari 2013 penantian 2 bulan 10 hari berakhir. abah balik!!! yahoooooo!! so lepas abah balik, 1 Februari 2013 kami balik ke kampung halaman di Selama, Kedah sampai la 3 Februari (Ahad). Ahad tu kami bertolak dari Selama jam 10.00 pagi dan sampai kat atas puncak Genting jam 3.30 petang. sejukkkkkk gileeee teballll gileeee kabus kat atas sinun yaw!!

izz dan abah yang hepi
izz eksited sampai berdiri beberapa seken :')

family portrait :')

Genting adalah hadiah 1st wedding anniversary (bertarikh 16/7/2012) gila belated kannn hahaha so sambut 1st wedding anniversary dengan packed dinner je sbb penat travel

weeeeeeeeeeee
ok kami menginap kat First World Hotel lps dapat grab Groupon punya deal. RM58.00 je ok untuk standard room!! siap request bilik dengan pemandangan gitu. tp sayangnya, bilik berpemandangan tidak berguna since kabus tebal sepanjang 2 hari kami kat sana.

aktiviti kami hanyalah fokus pada indoor theme park. tu pun tak ambik pakej. since izz bukannya sesuai nak main semua benda dan takkan la mama n abah nak tinggalkan izz pulak semata2 nak pegi berjambi jimba? haha mmg tak arrr..

hari kedua kami naik cable car n lepas tu jengah2 jugak outdoor themepark tu. tp cuaca sangat lah tak sesuai utk keluar lama sbb kabus tebal dan sangatttt sejuk so kami decide nak bawak izz pegi Kids Spa. tp macam tak sesuai lg utk izz main kat dlm tu. otw nak pegi Kids Spa tu, nampak antique car. dulu masa aku kecik2 penah naik benda alah ni. so macam best la utk bawak izz jalan2 naik antique car, pusing 1 outdoor themepark tu. so kami pun masuk la tanya akak (ke adik??) tu, brp harga tiket nak naik antique car nih.

dia kata, kena beli tiket outdoor RM68 baru boleh naik kete nih. tp dia kata lagi kalo kami beli tiket outdoor skang sgt tak berbaloi sbb cuaca sangat tak mengizikan untuk main benda2 lain. aku tanya la takkan takde jual tiket ala carte macam indoor tu? dia kata takde. kuciwa. sobs sobs. takkan nak beli tiket outdoor utk naik kete tu je kan? gilo apo..

then akak tu tanya "akak nak naik ke?" aku jawab "haah". then dia kata "kalo camtu akak masuk je lah kak"

"heh? takyah bayar ke?"

"TAKYAH KAK"

hihi. terus senyum lebar2, ucap terima kasih banyak2. dan doakan dalam hati. ya Allah permudahkanlah urusan harian dia, murahkan rezeki dia. amiinn :))

day 2 : inilah antique car tu. Izz jd drivernya. tgkla sirius gila muka dia hahaha
walaupun 2 hari 1 malam je family holiday trip nih, tp rasa best sesangat. balik2 ofis esoknya terus google destinasi lain lagi. hahahaha. kalo sempat la.. sbb masa suntuk sangat. abah cuti singkat je. ada komitmen lain lagi nak utamakan dulu. huhu

till then, adios.

Friday, January 25, 2013

SSC by Big Eyes Shop

Posted by nikct at 1/25/2013 09:50:00 AM 0 comments
Soft Structured Carrier (SSC) ni ditempah via online dengan owner BES ni. tempah end of 2012 n dapat 2 minggu lepas tu. risau jugak takut izz taknak duduk dalam ni, sebab dia akan mengadap kita kan (izz jenis rimas kan). tp pikir2 kalo kuar jalan2 sorang ke (ni mcm susah sikit since dia mula buat perangai taknak duk dlm car seat plak lately) or nak bf dia and takde nursing room or tak nyempat2 dah nak bf, so rasa benda alah ni perlu jugak camne pon. so masa mula2 sampai, terus cuba. izz ok la mula2, peghak sbb benda baru kan, dia pun kagum sama la haha. kejap lagi mula la dia rimas tp kena pujuk la sbb nak biasakan dia duduk dalam tu. finally dia ok. haa sampai tido mulut tenganga2 duk dalam tu haha

overall, SSC ni best. senang nak pakai sendiri, macam pakai beg skolah tu je, sesuai utk mak2 yg selalu bergerak solo ni. fabrik best, corak comey (sesame street gitu hehe) yg paling penting selamat untuk anak. kalo carrier biasa, kita tgk dia pun mcm tak selesa duk dlm tu sbb bebird dia kena "tekan". plus, ada bantal utk lapik punggung bagi baby yang kecik lagi, macam izz. ada hood utk cover kepala kalo dia tido ke, hujan ke.

comey takkk haha
tu diaa punya luas nganga haha

Saturday, January 19, 2013

goaty goat

Posted by nikct at 1/19/2013 05:40:00 PM 0 comments

susu kambing adalah terbaik antara semua susu selepas susu ibu. islam menggalakkan kita minum susu kambing utk kesihatan. so aku pun nak cuba la. cuma 1 je kekurangan yg aku takleh nak tolerate. rasa kambing dlm susu tu. so aku gugel. rata2 kata susu kambing hi goat sgt sedap dan tak rasa kambing. aku hampir2 nak beli sekotak. tp rasa takut tak minum tu ada. so aku decide nak rasa sepeket dulu.

aku p makan nasik beriyani kat 1 kedai area presint diplomatik di suatu hari jumaat. makan 1 set sekali ngan air fresh oren, so xyah pikir air dah. tp tiba-tiba aku nampak kedai tu ada jual air hi goat ni by peket la. so aku mintak kat mamak tu 1 peket. xnak bancuh lg since makanan aku dtg ngan air. end up, mamak tu kasi free. thank u macha.

harini baru ada kesempatan nak bancuh susu tu. kat peket tu ada tulih "no goat taste". yeah inilah yg aku cari. dgn lafaz bismillah, aku telan seteguk. emm.. ada rasa2 kambing la. aku teguk utk kali kedua, ketiga dan keempat. makin lama makin kuat lak rasa kambing tu. aku ambik coklat, utk hilangkan rasa tu sbb tekak dah makin kembang.

usaha aku gagal. makan ceklat pon rasa lg kekambingan tu. utk 2 teguk terakhir, aku memuhun bapak aku habiskan sbb mmg dah makin kembang dah tekak ni.

the end.

*sape yg bg testimoni takde rasa kambing tu?? tekak korang dah mati deria rasa ke.. huhhh

rimas

Posted by nikct at 1/19/2013 02:37:00 PM 0 comments

kat rumah ada jiran. jiran ni ada anak. anak dia, hari2 akan panggil izz nak main ngan izz. hari2 means dr pg sampai la maghrib pun duk panggil izz lg.. kadang2 terlepas masuk dlm rumah ni.. bila masuk dia pegi je mana2 tempat sukahati dia termasuk bilik2. pernah skali, dlm bulan puasa, time nak buka puasa, budak ni masuk, taknak balik. masa tu dah nak berbuka sangat2 dah. aku suruh balik, nak berbuka dah ni. dia jawab "tak, tak puasa". mmg la ko tak puasa, aku yg puasa ni nak bukak puasa.. blerghhhh

ok lah fine dia budak2.. yg mak bapak budak ni buat apa? kalau anak bising hari2 pg ptg siang mlm panggil anak org tiap2 masa, selagi tak jwb selagi tu dia panggil, then masuk je rumah org suka2 hati, lepak sampai taknak balik, mak bapak budak ni buat apa?? geram sbb SANGAT annoyed la. kalau dtg ptg2 je ke, dtg kejap pastu reti nak balik takpe la..

kenit masuk dlm kawasan pagar dia reti lak bising, kete calar katanya. ni anak kome masuk rumah sampai hati aku ni calar camne?? pls la, buat apa2 ada batasnya. ajar la dia.. kucing ni dah buat kete ko calar, ko nak suruh aku buat apa?? kucing takleh nak diajar sbb dia takde akal. plg2 pun aku leh kurung je dia. tp kalau anak org tu, boleh la nak diajar lg. tlg la ajar anak, at least kalo 3 kali panggil org xjwb tu, ckp kat dia sudah2 la.. ckp kat dia jgn masuk rumah org.. kalo nak masuk, jgn lama2.. dgr azan maghrib, balik la.. ni benda basic... sgt basic.. ironinya, budak ni anak no.4 dia, bukan anak sulung kalo nak kata takde ilmu keibubapaan pon...

tlg la...

Friday, January 18, 2013

no idea

Posted by nikct at 1/18/2013 03:46:00 PM 0 comments
dr bulan lepas pikir nak buat sesuatu utk seseorang. tp nampaknya tak jadi since idea tu ade orang lain dah buat. rase sedih lak. bukan salah dia pun, cumanya idea dia dan aku datang dalam masa yang sama tp dia bernasib baik sbb dapat melaksanakan idea dulu sebelum aku.

alahai. kena pikir jalan lain pulak.. dah la susah nak pikir ni... isk....

8 bulan

Posted by nikct at 1/18/2013 04:01:00 AM 0 comments

harini p check up kat klinik. nurse tanya brp bulan? aku jwb 8. dia tgk je izz, then ckp "cepat kan budak besar??" nurse pun mcm tak caya, apetah lg mama dia?? haha

makin aktif, skang dah meniti, imbang badan drp berdiri utk duduk smula, merangkak laju mcm berlari, boleh tunjukkan emosi bilamana dia pantang disekat nescaya protes kalo disekat2 perilakunya, suka tiru apa org buat (nak minum air guna cawan bila nampak org minum air, nak cuba tune volume radio kete lepas org tune jugak. mungkin x dia suka gigit muka org sbb tiru gaya org yg slalu overdose cium dia?? hahaa), dah tau tepuk tgn bila dgr lagu tepuk amai2.

dulu masa 4 bulan, abah balik. skang dah 8 bulan, abah xbalik lg.. huhuhu rindu abah. balik la sblm ketinggalan byk lg perkembangan izz ni... T_T


Thursday, January 17, 2013

tips pengurusan kewangan cara aku

Posted by nikct at 1/17/2013 11:07:00 AM 0 comments

disclaimer : aku bukan pakar perunding kewangan. saje je nak share. kot2 ada yg nak sort out kaedah menguruskan kewangan, ini salah 1 option yg uols ada.

aku penjawat awam yg tak berapa nak tinggi pangkatnya. gaji bulanan aku bawah 3k.

kaedahnya :

1. tolak siap2 hutang dan apa2 komitmen. cthnya kete, rumah, insuran dsb
2. kira perbelanjaan harian, iaitu : makan, minyak kereta, tol etc
3. bila gaji masuk, keluarkan amaun utk byr hutang piutang, plus perbelanjaan utk seminggu je
4. dinasihatkan mengasingkan akaun claim perjalanan dgn gaji. supaya bila gaji habis baru pegi cari kad atm akaun claim. hehe

so mcm aku, setakat ini :

1. hutang kereta rm405, insuran rm200, plus sedikit saguhati utk chek n wan
2. perbelanjaan harian masa keje rm10, minyak kete rm70 seminggu dan tol xde. alhamdulillah dpt keje dekat putrajaya. boleh menabung sikit. so aku keluarkan rm150 utk belanja 1 minggu
3. so bila gaji masuk, aku keluarkan rm405, plus saguhati chek n wan, plus rm150 utk belanja. yg ni kena disiplin. kena pandai2 belanja dlm tempoh seminggu. genap seminggu lepas gaji kua baru p dera (org kelantan maksudkan draw) duit kat atm. sebelum masuk gaji bulan depan, kalo ada lebih baru leh belanja extra2. hehe

dan setiap hujung bulan alhamdulillah ada extra. kadang bole cecah 1k extra tu. bila kita disiplinkan penggunaan duit, insyaallah ada rezeki lebih nti. nak xnak kena disiplin sbb org mcm aku takleh ada duit lebih dlm purse, nescaya boleh habis dan2 tu jugak, selagi ada duit lebih dlm purse.

so, selamat mencuba ;)

Tuesday, January 15, 2013

12.30am-5.30am

Posted by nikct at 1/15/2013 05:55:00 PM 0 comments
masih di ofis. baru habis meeting. mengantuk sepanjang meeting adalah norma. tapi mengantuk plus pening2 lalat adalah alien.

sebabnya, anak soleh budak bertuah tu mula pentingkan main dari tidur. gerammmmmmm nak gigitttttttttttttttt gigitttttttttttt gigiiiiiiiiiiiittttttttttttttt je diaaaaaa sebab taknak tido bila mana sume kanak-kanak lain dah tido. hahaha 12.30am baru dia tido, itupun jenuh paksa tido. buh dalam stroller taknak, buai taknak, dukung taknak. nak merataaa je keje dia skang.

ironinya, 5.30am dia dah bangun. budak ni makan maajun ape?? tepuk dahi bhaiii haha

budak baru nak up, kata incik sailor. haha hamboi. bila la laki aku ni nak balik, xsabaq2 nak pass baton kat dia hahaha

mungkinkah perangai ini ada kaitan dengan peralihan bulan?

apapun, syukur alhamdulillah :)

Sunday, January 13, 2013

menghitung hari

Posted by nikct at 1/13/2013 10:45:00 AM 0 comments

harini 13 januari, 7 hari lagi genap 2 bulan abah pegi. rinduuuu tak tergambar ngan kata2 dah weiii. mengharapkan si dia dpt pulang dlm masa terdekat. walaupun incik sailor udah bilang jgn mengharap tp sikit sebanyak nak jugak mengharap. 2 bulan xbersua muka mesti la rinduuu. hai lah kalo incik sailor kena belayar 6 bulan mcm dolu2 lg camne la. dulu boleh lak tahan, skang 2 bulan pon xtahan haha mungkin sbb dah tau, dah set mind yg incik sailor p 2 bulan je, so bila dah nak sampai masa, dgn sendiri perasaan tu jd xsabo2.. kalo dulu dah set mind 6 bulan, bila dah masuk bulan ke 5 baru xsabo2.. pendek kata lama ke xlama, asalkan dia nak balik, mesti la xsabo2.. sbb dah lama berjauhan maaa. huwaaa i miss u my lalingggg :')

Friday, January 4, 2013

entri #1 @ 2013

Posted by nikct at 1/04/2013 05:47:00 PM 0 comments
jyeahh alhamdulillah dipanjangkan umur untuk bertemu dengan tahun 2013. alhamdulillah masih bertahan walaupun hampir 2 bulan berjauhan dengan incik sailor. menghitung hari dah ni bila la incik somi nak balik. banyak perancangan dah buat tp mcm biasa la pelaksanaan masih ke laut sbb salah sorang pelaksana masih di laut. hahah!

apa pun mengharapkan semoga tahun ni lebih baik daripada tahun2 sebelumnya, aamiinn, insyaallah.

*saja je nak hapdet entri #1 di 2013 ni. hahaha

kbai!
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea