Thursday, March 31, 2011

sana sini good news

Posted by nikct at 3/31/2011 09:00:00 PM 0 comments
lately banyak berita baik di sekeliling. ada yang disahkan jawatan dalam perkhidmatan, ada yang transfer. aku? masih di port lama. masih sama. sakit hati sedalam-dalam sakit, rabak, hancur, luluh, berderai, sedih gile tahap taktau nak cakap. bayangkan orang lain dah move on, ko langsung takde progress. ko rase ape perasaan yg patut aku rase?

dugaan apekah ni. redhakanlah hati ku ini ya Allah...

bye-bye memoir :)

Posted by nikct at 3/31/2011 01:33:00 PM 0 comments
kau dan aku, kita berbeda.
hidup lah dengan jalan yg kau pilih kerna aku bahagia dgn jalan hidupku kini.
semoga berbahagia :)

Wednesday, March 30, 2011

teharunyeee :')

Posted by nikct at 3/30/2011 10:19:00 PM 0 comments
T5 dah gerak keluar. petang tadi ada masalah. incik sailor terpaksa turun awal. mulanya dia kata kena turun pukul 5, tapi tiba-tiba masa tengah sembang ngan dia, dia dapat call, ada emergency. so dia pun turun la. taktau pukul berapa akan naik. yg pasti kapal nak kuar time maghrib nanti.

tunggu punye tunggu, pukul 5 lebih tak naik-naik. hmm harapan la nak naik masa ni. mungkin incik sailor akan pegi belayar tanpa saye sempat ucap bye-bye properly kat dia :(

tibe-tibe,

dalam pukul 5.40pm ringtone lagu "kimia" berbunyik :))))

"pukul berapa nak turun balik? ingatkan dah tak naik dahhh~~~"

"lepas makan turun la"

"bila nak makan?"

"tengah makan la ni.."

"makan kat mane?"

"bilik"

"aik boleh tapau ke?"

"ambik makanan then makan je la kat bilik."

"bukan kena makan kat tempat selalu makan tu ke?"

"dah tu nak cakap ngan sayang, tapau la."

ahh :') teharunye. setiap masa, saat, detik dan ketika dihargai sampai camni sekali. sanggup makan kat bilik semata-mata nak cakap ngan tunang dia ni. sanggup makan sambil dengar kite membebel, sebelum turun mencelan buat kerja pulak. kite tacing dengan awakkk. kite teharu gile :') lupe kejap kesedihan yg melanda bile ingat betapa suweetnyeeee awak ni :))

sayang kamu, Mohd Khairil Izham. muahx! ;)

sedih gila. gila pon tak sedih camni tau :(

Posted by nikct at 3/30/2011 09:57:00 PM 0 comments
selama ni memang tak semangat utk bangun pagi dan buat rutin harian yg sama, setiap kali weekdays la. stress sangat dengan apa yg diri sendiri dah pilih utk buat. stress dgn environment. hanya rakan-rakan senasib je la yg akan hilangkan semua stress tu. yg bagi semangat utk meneruskan perjuangan ni.

tapi, akan ada rombakan yg boleh dikatakan besar-besaran yg akan bg impak yg sangat besar terhadap environment harian.

Sedihnya :'((
sedih gila. gila pon tak sedih mcm ni ok.

Tuesday, March 29, 2011

surpriseeeee :')

Posted by nikct at 3/29/2011 09:03:00 PM 2 comments
hehe sepatutnya kapal T5 sampai harini di perairan Bintulu. incik sailor bagitau dalam 2 minggu lepas la. so bila dah agak incik sailor akan sampai harini, maka semalamnya, rutin harian dijalankan seperti biasa. duk kat pejabat pun, kejap-kejap tengok emel. hati ni rindu gile la kat incik sailor, macam runsing resah gelisah tak duduk diam punye rindu tu, buat ape pon tak kena, katenye.

tapi sampai mase makan, kena la makan <---- makan tetap no.1 dalam keadaan sebegini pun la kan :P

pegi la turun kafe, bawak purse dengan hp je. pilih-pilih lauk, bayar, then naik dan terus tuju ke pantri untuk makan.

tibe-tibe, sedang saye menyuapkan nasik ke dalam mulut dengan lahapnye, hp bebunyik. tengok la sape tepon. takde nama. unknown. tapi no.mcm familiar.

tengok, tenung, renung, dan ingat betol-betol, betol ke no.yg aku tengok ni??

incik sailor dah sampai dengan selamat ke Bintuluuuu!!!!!yeayyyy, Alhamdulillah :))

"nape kol kat no.lagi satu tak angkat?"

"kan haritu bagitau sampai Bintulu 29 Mac?? tak sangka la plak sampai awal!!!"

"sampai hati kan, nampak sangat tak tunggu kita. punya la kita ugut captain suruh bawak kapal laju2, alih-alih ni yg kita dapat"

geget kang incik sailor nih. nade ehhh :P patut la rindu mcm nak rak, rupenye ade org sampai Bintulu sudaaa. heheeeeee :))

"bila dapat tau kapal sampai awal???"

"daripada haritu lagi, mase kapal kuar tu"

"nape tak bagitau nak sampai awal????"

"dah tak tanye, camne nak bagitau"

"sampai hati kan buat kite camni, punye la kite bgtau dia kite rindu macam nak gila kat sini..."

"saje, nak bagi surprise. surpriseeeeeee~~"

surprisenyeeeeee. kite gegham gile awak tau tak??? ;D

3rd konvokasi :)

Posted by nikct at 3/29/2011 08:02:00 PM 0 comments
inshaAllah, pada 18 Mei 2011 nanti :)
tapi, incik sailor macam tak balik lagi je masa tu :(
harap-harap dia dah balik,
tapi,

"jangan la mengharap, dah la tengah bulan, mayb tak balik lagi tu"

dah 2 konvokasi, chek dan wan je yang setia di sisi. takde bf pun lagi.
skang dah ade tunang ni, nak jugak merasa, konvo dengan tunang.

walaupun mustahil, tapi harap-harap....

dah la besday, anniversary pun tak pernah merasa sekali. harap-harap merasa la kali ni.... :'(

Sunday, March 27, 2011

catering.

Posted by nikct at 3/27/2011 09:49:00 PM 0 comments
isu catering ni pada asalnya saye rasakan dah setel. tiba-tiba sesuatu datang mengganggu fikiran. tak rasa nak cerita lagi. biarlah setakat ini. mudah-mudahan dapat jalan penyelesaian. aminnnn...

trend.

Posted by nikct at 3/27/2011 08:39:00 PM 0 comments
dah jadi satu trend apabila menghadiri majlis kahwin orang, para tetamu (terutamanya rakan-rakan) akan tanya "bila turn kau pulak?"

kalau dulu tu soalan cepumas.

tapi sekarang, tu soalan tak mencabar minda dah :P

just wait and see je la. bila tiba masanya saye tepon ke, sms ke, tiba-tiba mintak alamat rumah tu, pempaham je lah. ataupun invite through fb je mungkin, siapa tau? tungguuuu. zasssss~ :D

day 100 : still here loving you!

Posted by nikct at 3/27/2011 05:10:00 AM 0 comments
100 hari yang lalu, incik sailor meninggalkan saye, untuk pegi menjalankan tugasnya di lautan sane. tak sangka dah 100 hari (mcm orang berpantang la pulak hehehe).

ape perasaan 100 hari tanpa dirinya? rindu, of course menggunung! cinta? of course, makin mendalam! :)

woww, dah 100 hari berlalu, tak pernah sesaat pun berjumpa dari hari itu. how I miss him beriberi much! :|

us - 100 days ago.
sayang, wherever u are, plis be safe. i love u so much, and I miss u like crazy. be home safely ok? huuuu. bila t5 nak sampai balik ni. ohh masa, cepat la berlalu. diri ni terlalu rinduuu! :(

ya Allah tabahkan lah hatiku melalui hari-hariku tanpanya disisi. ya Tuhanku, kuatkan hatinya nak menempuhi onak duri sepanjang pelayarannya. semoga Kau lindungi dia dan krew yg lain daripada apa2 bencana yg memudharatkan mental dan fizikal mereka. amiinnnn....

Saturday, March 26, 2011

;(

Posted by nikct at 3/26/2011 07:48:00 PM 0 comments
  1. im not feeling well since last tuesday
  2. i miss my incik sailor so badly
  3. i hate my job

entah la?

Posted by nikct at 3/26/2011 09:31:00 AM 0 comments
kemungkinan akan ada perubahan besar yg akan berlaku dalam kerjaya. sedihnya, ia bukannya apa-apa mengenai pengesahan dalam jawatan, tetapi lebih kepada.. persekitaran.

perasaan? inilah yang saye nanti-nantikan! nak merasa sendiri pengalaman tu. tapi, kemungkinan berlaku, kemungkinan tak sama banyak. banyak faktor yg mempengaruhi.

dan jugak, family. tapi tak boleh nak expect la sampai mati aku keje kat sini. keje gomen pulak tu, mesti ada naik turunnya, pasang surutnya. bagi aku yg takde kuku, takde taring ni, hanya perlu menurut perintah je la. harap-harap family faham. lagipun, memang ini yang aku sangat-sangat nak. bukan apa, masa kat universiti aku macam survival la jugak. boleh duduk hostel. tapi bila kerja, keadaan jadi macam time skola rendah balik. mungkin sebab aku tinggal dengan mereka, aku anak bongsu, the one and only girl pulak tu, so mereka manjakan aku. memang tu yang mak bapak selalu buat kat anak-anak, nak pulak anak yg sama level dengan aku ni.

tapi, sejujurnya aku kata, aku suka life kat uni aku. bukan nak kata aku terlalu enjoy menikmati kebebasan tu. tapi, aku suka bila aku boleh buat sendiri. suka gile ok! rasa berdikari sangat.

sekarang masuk fasa kerja pulak, aku harap mereka faham.

Friday, March 25, 2011

hanimuuuuuunnnn :)

Posted by nikct at 3/25/2011 08:44:00 PM 0 comments
inshaAllah :)
haha saye tau adalah menjadi masih TERlalu awal nak cakap pasal ni ok. tapi, saye dah book tiket untuk pegi hanimuuuuuunnn seawal 25 Mac 2011. weeeeee~~~ nape awal sangat? dapat deal yg best, sape tak nak book?? 1 sen je ok?? Alhamdulillah rejeki :)

Thursday, March 24, 2011

tukang angkat gambo

Posted by nikct at 3/24/2011 11:27:00 PM 0 comments
fuhh bukan sonang nak kawen bai. sume nak kena amek kira. kali ni kita cer cite cer cite pasal OP utk majlis kami ni nanti la. meh saye nak bagitau prinsip saye mengenai urusan jual beli ni : saye SUKA benda murah tapi berkualiti ye (sape yang tak suke kan? gilo la orang tu! haha)

so, saye pun start la survey2. kesimpulannya : no money no bisnes AND no quality! setelah mencari2, teringat la sorang brader photog nih, dia penah distribute business card masa saye dan incik sailor sama2 attend wedding kat Johor haritu. selongkar punye selongkar purse usang tu, jumpa la 1 kad. "PhotoPhrenzy". cari website dia, view then ask for price quotation.

dipendekkan cerita, harga dia bagi, nice. gambar pun boleh tahan. and dia pun ok. then buat appointment, jumpa face-to-face, angkut membe (fatiya) skalik, for 2nd opinion. biasala, kalau nak pilih tempat makan ke, even makanan pun boleh amek masa berejam, apekan pulak nak amek keputusan terbaik utk big event dalam hidup sendiri ni kan???

let's not talk about the price. tapi, OP utk majlis nikah + sanding di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang is already settled! :)

yang memeningkan kepala setakat ni ialah OP utk majlis di Kg.Sg.Itam Luar, Serdang, Kedah nih. takpe takpe still got time maa nik, be cool~ (fuhhh)

day 97 : Mohd Khairil Izham, I Miss Youuu~!

Posted by nikct at 3/24/2011 10:47:00 PM 0 comments
dah 97 hari incik sailor di sana. sesungguhnya saye rindu incik sailor saye. macam-macam jadi kebelakangan ni. crew accident, tsunami kat jepun, emel keparit. terasa perjalanan incik sailor kali ni sangat la panjang, pikiran ni naik runsing, hari-hari macam-macam pikir. dan masih tinggal beberapa hari lagi untuk incik sailor sampai pulang ke perairan Bintulu.

harap-harap semuanya dipermudahkan dan apa-apa yang memudaratkan fizikal dan mental incik sailor dan krew dijauhkan, mintak simpang sangat-sangat. ya Allah. hati ni risau. lagi resah bila tak dapat emel dia. bila dapat, lega memang lega. tapi memikirkan nasib kerja dia yang tak tentu masa, dengan macam-macam masalah dan kerenah tu, kesian sangat-sangat. semoga tuhan beri ketabahan ke atas dirinya.

bila dah masuk bulan ketiga tak berjumpa ni, tengok orang lain bahagia pun jadi sayu tau :( ikutkan hati, nak je berlagak jadi anak raja kejap, pegi je fly ke Bintulu tu bila kapal masuk port, then balik bila kapal keluar semula. haa dapat la kitorang jumpa at least 2 minggu sekali. tapi tu kalau saye anak raja. tapi bukan aku, kata kerispatih. huhuu.

counting the days for incik sailor to be homey. really miss him, so badly! :|

Tuesday, March 22, 2011

make up

Posted by nikct at 3/22/2011 08:48:00 PM 0 comments
27 Mac 2011, saye telah book mak andam (MUA) yang saye jumpa online je (gila gamble!). saye google natural makeup then puffffff!!! keluarlah nama fadh natural makeup (lebih kurang la)

ni antara hasil sentuhan tangan kak (taktau la kak ke dik ke saye tak penah jumpa lagik!!) fadh, cantik kan? tak la macam makeup pengantin melayu tipikal tu hehe plus, harga dia murah je. cantik plus murah, memang terus la berbaloi-baloi untuk terus di book!! :P apepun, kena pegi test makeup dulu untuk puaskan hati, setakat ni boleh buat preliminary komen je la. memang semua yg dia make overkan nampak cantik. cantik dan murah, itu faktor yang penting ye :)




bedroom set DAN langsir

Posted by nikct at 3/22/2011 08:30:00 PM 0 comments
selepas 2 minggu kami ditunangkan(wah efficient gile okei), mak saye dan kakak ipar saye (Kak Nor) heret saye ke JAKEL lagi. tapi kali ni di Shah Alam pulak. phew~ JAKEL saje!

misi : untuk beli set bilik tidur dan juga kain langsir bilik pengantin. gitewwww.

maka pagi-pagi lagi la kami dah bangun menuju ke Jusco Bukit Raja dulu. kononnya nak meluaskan lokasi survey bedroom set, katanya Nik Sarimah la. sudahnya, tak sampai setengah jam, dia ajak pegi JAKEL Shah Alam untuk melaksanakan misi tersebut. sesampai di sana, terus tuju ke tingkat set bilik tidur pengantin.

akak kat JAKEL ni memang semua rajin-rajin okei. rajin bukak satu-satu bedroom set yang kami tanya-tanya. sampai aku cakap "kak takyah la bukak, kang nanti penat nak lipat balik. baru tanya je ni. belum tau nak yang mana lagi." dia kata "takpe ni memang kerja saye". aduhai, takpe la kak, saye takde anak teruna pun nak jodohkan ngan akak - tak la cakap depan-depan dia camni, bermonolog je la hehe.

pilih punya pilih punya pilih, then jumpa la satu yg berkenan di hati Nik Sarimah. makanya saye setuju aje lah. dia tanya jugak, "nak yg ni ke, yang kat Jusco?" saye jawab "ala amek kat sini la chek, dah hati chek memang kat JAKEL ni awal-awal lagi pon".

so, proses tawar menawar bermula. berdasarkan pengalaman di JAKEL Jalan TAR sebelum ni, memang adatnya ialah, nak beli kena tawar. kalau tak, rugi nak mampus. dorang boleh bagi harga lebih kurang SEPARUH daripada harga yg ditawarkan asalnya. ok? maka dapat la harga mati yang sembelih pun takkan mati dah sebab memang dah mati harga tu.

"saya tak boleh kurangkan lagi dah kak, ni memang harga paling rendah saye bagi kat akak. akak nak beli kain untuk buat langsir kan? saye akan bgtau dorang suruh bagi harga terbaik utk akak". gitu la katanya. kalau sebenarnya dia tipu? wallahu'allam. tak baik bersangka buruk. betul la tu harga mati kot. oke la ni, bedroom set utk pengantin pada harga RM*50 je kot? kalau mintak butik andaman buatkan, aku rasa upahnya dan sewanya saje dah beratus jugak. ini boleh pakai sampai rabak la kiranya!

beralih ke tingkat bawah, nak beli kain buat langsir pulak. pilih nye pilih nye pilih, jumpa la yg berkenan di hati. 1 untuk background, 1 lagi netnya. harga untuk semua? lebih kurang seratus je. jahit sendiri (mak saye la, bukan saye yg akan jahit hehe).

total = lebih kurang 1/2k je untuk bedroom set + langsir. bedroom set simpan dulu. langsir on the way~~ :)

ceritera baju nikah DAN sanding

Posted by nikct at 3/22/2011 07:45:00 AM 0 comments
alkisah, seminggu selepas kami bertunang, mak dan makcik saye dah mengheret saye pegi Jalan TAR, precisely JAKEL Jalan TAR untuk shopping material untuk baju nikah DAN sanding. bila saya kata DAN, ia perlu dibaca collectively, di mana baju nikah DAN baju sanding adalah sama. taknak pembaziran, kata saye.

saye tengok kat JAKEL Jalan TAR tu penuh dengan pasangan-pasangan yang shopping baju nikah (or tunang??) together-gether. pasangan saye takde. kesian dia. tak turut same dalam aktiviti membuat persiapan ni. *sedih* tapi takpe! surprise la sket kan? kalau dia dah tau apa nak pakai, baik kawen je terus, buat ape nak tunggu 3 bulan lebih ni lagi! (stetmen nak nyedapkan hati) ;P

mengapa saye pilih untuk tidak menukar baju? sebab, kami nikah dan sanding hari yang sama. selalunya orang tempah baju nikah dan sewa baju sanding. tak nampak pelik? untuk nikah tak berapa minit kamu tempah, tapi kemuncak eventnya, kamu sewa? lagipun, ape barang pakai baju-baju sewa ni :P plus, baju sewa mahal ok. baik kamu tempah skali je macam saye nih, setel!

dan, tak perlu terkejar-kejar di hari persandinganmu. tetamu tak perlu tertunggu-tunggu sampai jam 2 petang semata-mata nak tengok kamu (silap-silap ade yang dah balik dulu, tak kuasa pun nak tunggu kamu). kan dah lari konsep? walimah ni bukan nak bagi makan semata-mata, tapi nak mencanangkan sekampung yang kamu ni dah kahwin (canang bukan lah bermaksud kenduri besar-besaran sampai 1 Sepang tau kamu nak kawen). so bila dah jemput, seeloknya bagi saye, jangan la dilambatkan masa nak jumpa dengan tetamu. kalau boleh, seelok-eloknya, jumpa la dengan para tetamu yg hadir. ni dari pagi sampai ke petang busy nak siap, alih-alih audience yang tinggal kanak-kanak je! haha

uih panjang na explanation aku. kesimpulannya, nak jimat duit, jimat masa, jimat tenaga, semua pun jimatlah! kan tu yang dituntut agama? hee.

maka, sampai je JAKEL besau kat Jalan TAR tu, kami pun terus naik tingkat 3 (kalau tak silap, bahagian kain pengantin ni la). mak aii, punye la banyak. taktau nak amek mana satu.

asalnya nak cari material kaler cream. pilih punya pilih punya pilih, nah kau, cream la sangat! haha pilihan yang dipilih ni, saye boleh kate cubaan berani mati. macam tak pernah je orang pakai gabungan warna ni untuk dibuat baju kawen??

lepas tu terus pegi Medan MARA semula (tadi tak dimasukkan dalam cerita sebab masih tak relevan). ingatnye nak survey harga upah jahit baju ni la, dan bincang design macam mana. alih-alih, nah kau! letak terus kat Galeri Mas Kassim tu!

masa survey mula-mula kedai ni, ada jugak kami tanya-tanya, berapa harga baju yang dorang bagi sewa? "kite bagi RM3,000.00. tapi sebab kawan-kawan (owner butik ni geng plak ngan makcik gue), kite bagi RM1,800.00 la sume skali"

Gulppppp~~

RM1,800.00 after diskaun tu pun takleh blah weh. hello, sewa kot???? tapi cantek memang cantek. hasil keje p*ndan dan si l*mb*t ni memang cantik dan kemas.

bila kami bawak kain untuk tanya upah jahit dia, dia serba salah nak letak harga, sebab dia kan geng makcik aku. "haihh kenapa korang bawak dia (makcik aku) nii. kan dah serba salah nak letak harga ni. selalunya saya open resit dengan harga RM*,000.00 tau."

siap kami pegi buat-buat minum kopi dulu, then datang balik serabut kan kepala dia semula (haha), dia bagi RM*50.00 je, siap dengan "tolong" buat veil dan kasut.

alhamdulillah, rezeki. total semua harga kain + upah jahit lebih kurang = harga sewa baju (selepas diskaun). so, kenapa perlu sewa?? kan dah bazir tu namanya?

dan tanggal 19 Mac haritu, kami pergi fitting baju tu, Alhamdulillah design yang simple but nice seperti yang aku nak. terus angkut bawak balik. kasut je tak settle lagi. minggu depan insyaAllah boleh pegi amek. bayar terus siap-siap sume! hah, dah boleh kawen la kiranya, coz baju dah siap!!

haha tapi kena tunggu incik sailor balik la kan :| huhu~

so, tudung je la tinggal tak setel lagi. lain sume, tunggu hari je :)

Monday, March 21, 2011

bilakah?

Posted by nikct at 3/21/2011 10:52:00 PM 0 comments
secara seriusnya, saye sendiri pun taktau bila bermula :D tau-tau, semua follow the flow je, Alhamdulillah dah masuk ke fasa pertunangan. sedih kena buat persiapan sensorang okei. tapi takpe, nak kawen punye pasal i harus la kuatkan semangat yaww!!!

saje nak coret dlm blog supaya bakal laki nampak hasil usaha keje kite :P (sebenarnye tengah sabar menanti emel dari laut masuk. tp nampaknya emel dah sesat dlm laut kot, tak sampai-sampai lagi nih) -_-"

sabor je la.. huhuhuuu~

Sunday, March 20, 2011

Persoalan perkahwinan : bersanding

Posted by nikct at 3/20/2011 04:09:00 PM 0 comments
Tiba-tiba rasa nak tau hukum hakam adat bersanding. dewasa ni macam-macam pesen org bersanding. sampai kadang-kadang terasa ngeri. apepun terima kasih en.google atas pertolongan anda. sekadar renungan kita bersama, yang mana baik, kita sama-sama amalkan.

"Bersanding ialah duduk bersebelahan antara pasangan suami dan isteri yang baru dikahwinkan si atas pentas khas yang dihias indah. Pasangan pengantin itu berpakaian kemas dan lengkap, diapit dan dikipas oleh dua orang khas di sebelah kiri dan kanan pengantin untuk tontonan orang ramai. Amalan bersanding merupakan suatu adat dan tradisi dalam masyarakat melayu. Asal amalan ini ialah suatu unsur dan pengaruh daripada budaya dan amalan agama Hindu dan animisme dan bertapak dalam tradisi masyarakat Melayu secara turun temurun.


Hukum dan perbahasan.

Jika dinilai pada maksud sebenar bersanding seperti yang diterangkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tersebut maka ianya adalah HARUS. Sekadar pengantin lelaki dan perempuan duduk bersebelahan maka tiada masalah padanya. Cuma jika dibahaskan daripada sudut adat dan budaya yang diamalkan sekarang seperti disediakan pelamin yang mahal, wanita berhias berlebih-lebihan serta tidak menutup aurat , adat bertepung tawar dan sebagainya maka perkara seperti ini perlu dibahaskan satu persatu secara terperinci.


Pelamin

Berkenaan dengan pelamin yang mahal maka ianya tidaklah dituntut di dalam Islam. Walaupun kita kaya sekalipun maka tetap disarankan agar kita bersederhana di dalam berbelanja.Ramai yang menggunakan hujah bahawa pelamin sebegini perlu dilaksanakan sebagai kenang-kenangan untuk masa hadapan dan sebagainya. Hujah-hujah sebegini tidaklah boleh diterima pakai kerana lebih menjurus kepada hawa nafsu. Hukum dan saranan Baginda sallallahu alaihi wasallam sepatutnya lebih kita turuti.

Tetapi jika cuma disediakan tempat untuk bergambar bersama pengantin dan tempat tersebut dihias dengan seadanya, maka beberapa adab perlu diraikan.Antaranya ialah tidak berlaku percampuran bebas antara lelaki dan wanita, wanita wajib menutup aurat di hadapan lelaki yang ajnabi( yang boleh dikahwininya) dan begitu juga golongan lelaki ,wajib bagi mereka menutup aurat di hadapan wanita ajnabiah. Jika kesemua perkara ini diraikan maka tiadalah masalah padanya.

Kesimpulan tentang hukum pelamin ini ialah kita melarang berlakunya pembaziran dan percampuran lelaki dan perempuan yang berlaku seperti zaman sekarang. Tetapi jika semua perkara tersebut boleh kita elakkan maka hukumnya adalah HARUS.

Sebelum kita membahaskan lebih panjang sebaiknya kita memahami apakah yang dimaksudkan dengan membazir. Di dalam bahasa arab terdapat dua kalimah yang digunakan iaitu الإسراف dan التبذير. Sebahagian ulama mengatakan bahawa kedua-dua kalimah ini maksudnya adalah sama.

Al-Imam al-Jurjani rahimahullah mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).
Kata Guru kami yang mulia, Yusri Rushdi Al-Sayyed Jabr Al-Hasani di dalam satu kuliah beliau:

“Contoh mudah bagi al-Israf ialah seperti kita memerlukan untuk seminggu kehidupan kita sebanyak sekilo daging,tetapi kita membeli sebanyak 2 kilo daging maka ini dinamakan Israf.Manakala al-Tabzir ialah kita mengeluarkan walau sedikit wang untuk membeli perkara yang diharamkan maka ianya dikira al-Tabzir.Seperti membeli sebatang rokok yang berharga 50 qurush(matawang mesir lebih kurang 30 sen Malaysia) maka ini dinamakan al-Tabzir”
Kedua-dua perkara yang kita sebutkan ini adalah dicela dan tidak dituntut di dalam Islam. Jika berlebih-lebihan didalam perkara yang harus seperti contoh yang kita berikan tidak dituntut maka lebih-lebih lagi jika perkara itu menjurus kepada haram.


Bertepung tawar dan menabur beras kunyit

Ini merupakan adat turun-temurun yang dilakukan ketika majlis persandingan dilangsungkan. Sepanjang pembacaan saya tentang perkara ini , antara tujuan dilakukan perkara ini ialah untuk menambahkan semangat berdasarkan kekuningan padi kepada kedua pengantin. Terdapat juga jampi dan mentera yang tidak difahami bahasanya dengan tujuan menghalau roh-roh jahat dam sebagainya.

Jika perkara sebegini dilakukan maka hukumnya jelas HARAM. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:


عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.

Maksudnya: "Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu katanya: Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam."

Perkara-perkara sebegini wajib ditegah berlaku di dalam masyarakat Muslim.

Alternatifnya, kita boleh melaksanakan majlis doa selamat bagi mendoakan kepada kedua pengantin agar dipelihara oleh Allah taala daripada sebarang kecelakaan. Maka ini sangat-sangat dituntut di dalam Islam.


Wanita berhias dan tidak menutup aurat

Bersanding dikatakan tujuannya adalah untuk mempertontonkan pengantin kepada hadirin. Perkara ini berbalik kepada hukum asal melihat wanita bagi lelaki ajnabi.Menurut para ulama, lelaki ajnabi diharamkan melihat wanita ajnabi walaupun bukan dengan tujuan syahwat. Ini jika tiada sebab yang mengharuskan bagi seorang lelaki tersebut melihat kepada wanita ajnabiah. Jika mempunyai sebab yang dibenarkan syarak seperti meminang, di dalam majlis pengajian, berubat dan ketika jual beli maka tiadalah masalah untuk lelaki ajnabi melihat kepada wanita ajnabiah.

Jika ada golongan yang mengatakan bahawa tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua-dua pengantin. Maka kita katakan, tiadalah masalah jika kita ingin memperkenalkan kedua-dua pengantin kepada orang yang hadir dengan syarat adab-adab yang kita sebutkan sebelum ini diraikan . Jika perkara ini diraikan maka syarak tidaklah menghalang perkara ini dilaksanakan.

Masalah aurat juga perlu dititik-beratkan oleh pengantin dan orang ramai yang hadir.Firman Allah taala di dalam surah al-Nur ayat 31:
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: "dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala, wahai orang-orang yang beriman , supaya kamu berjaya."

Ayat ini sangat jelas menunjukkan arahan daripada Allah taala supaya menutup aurat.


Etika Pemakaian

Antara syarat-syarat pakaian bagi wanita dan lelaki ialah:

1. Mestilah pakaian tersebut daripada jenis yang menghalang daripada orang mengetahui warna kulitnya. Ini bermakna, seseorang tersebut tidak boleh memakai pakaian yang nipis sehingga orang boleh mengetahui warna kulitnya.

2. Mestilah pakaian tersebut menutup keseluruhan aurat lelaki dan wanita tersebut.

3. Mestilah pakaian yang dipakai tidak membolehkan orang mengetahui bentuk tubuh dan auratnya iaitu tidak ketat.

Kebanyakan orang pada zaman sekarang tidak memahami masalah menutup aurat ini dengan baik. Maka mereka melakukan kesilapan dalam keadaan mereka tidak sedar. Ketiga-tiga syarat yang kita sebutkan perlulah diraikan kesemuanya. Jika kurang salah satu daripada syarat-syarat tersebut maka seseorang tersebut masih dikira tidak menutup aurat. Kita mendapati ada golongan yang berpakaian ketat dan bilamana kita melarangnya maka mereka mengatakan bahawa yang penting orang tidak mengetahui warna kulit . Maka ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak faham syarat-syarat berpakaian yang diletakkan oleh syarak.

Maka para pengantin dan orang ramai perlulah meraikan perkara ini. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah berkenaan make-up pengantin. Berhiaslah sekadarnya, berpadalah dengan kecantikan asli yang diberikan Allah kepada kita. Tidak perlu membazir wang menjemput juru solek bagi mengkaburi mata orang lain . Malah kita bimbang termasuk di dalam ayat Allah taala di dalam surah al-Ahzab ayat 33:
وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى

Maksudnya: Janganlah kamu bertabbarruj sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah pada zaman dahulu.

WARNA PAKAIAN

Masalah warna pakaian juga menjadi perbahasan dikalangan orang ramai. Adakah syarat-syarat tertentu bagi warna pakaian bagi wanita? Menurut Syeikh Ali Jum’ah Hafizahullah di dalam kitabnya Fatawa Asriyah(Fatwa semasa) warna tidaklah ditetapkan oleh syarak bagi wanita cuma yang wajib bagi mereka ialah mengikut syarat-syarat yang diletakkan oleh syarak di dalam etika berpakaian .

Syarat berpakaian ialah seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

Pendapat yang mengatakan bahawa wanita perlulah memakai warna yang gelap-gelap agar manusia tidak memandang kepada mereka tidaklah terlalu tepat. Ini kerana ada terdapat golongan manusia yang menyukai warna yang gelap. Maka mereka tetap akan memandang kepada wanita yang berpakaian gelap.


Kesimpulan

Setelah kita membahaskan hukum bersanding ini , penulis mengharapkan sidang pembaca dapat memahami dengan sebaiknya tentang perkara ini. Hukum asalnya adalah harus.Cuma perkara-perkara yang berlaku disebaliknya yang menyebabkan ianya menjadi haram seperti bertepung tawar, jampi serapah, percampuran bebas wanita dan lelaki, membuka aurat dan pembaziran. Jika kesemua perkara ini dapat kita elakkan maka tiadalah masalah bagi kita meraikan adat tersebut.Jika perkara yang kita sebutkan ini tidak dapat diraikan maka hukumnya tetap menjadi haram. Wallahu a’lam.

(Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)"

p/s : pikir-pikir, boleh applikasi terhadap majlis tunang jugak nih..

1 down but more to come :')

Posted by nikct at 3/20/2011 08:01:00 AM 0 comments

:')

Friday, March 18, 2011

semangat!!!

Posted by nikct at 3/18/2011 09:36:00 AM 0 comments
2 lagi fail dan aku akan merdeka (sementara) daripada Key Performance Indicator!!!! gambateh kudasaiii Nik Sitiiiiiiii~~~ :D

fb.

Posted by nikct at 3/18/2011 06:11:00 AM 0 comments
apsal fb je pulak yg lembab ni?? tgh upgrade ke ape?? takyah la, kami dah selesa dgn ape yg ada harini.. asal dpt tanye kabar 1 same lain cukup laaa, takyah la buat application pelik2 lg, i ni bute IT....!!! :|

Thursday, March 17, 2011

mcm taknak jemput je?

Posted by nikct at 3/17/2011 10:13:00 PM 0 comments
ade sorang kenalan. dah kahwin. tak jemput. fine la kan. orang taknak jemput kita. then tetiba, kat event fb, ada invitation ke dia punya majlis bertandang. ooo, tak jemput kenduri belah dia, tapi jemput belah sana eh. okeiiii. then aku tengok la kat mane tempat event akan dilansungkan. guess what? its not within Selangor, KL, N9 or Melaka, tapi luar daripada kawasan-kawasan tu! yg herannya, kenapa majlis belah dia yg dekat ni dia tak jemput, tapi yg di luar kawasan tu baru nak jemput?

its either,
  1. dia lupa nak jemput time majlis belah dia (yg mana masih boleh dimaafkan), OR
  2. taknak jemput? (alasan ni menyedihkan dan menyiatkan hati ok)

macam-macam manusia ni. semoga bahagia ke akhir hayat hendaknya. amiiinnnn.

perasaan ini.

Posted by nikct at 3/17/2011 07:14:00 AM 0 comments
bila nak menuju ke sesuatu tempat untuk mencari rezeki, perasaan ini akan timbul. perasaan yg tak senang. tak suka dengan apa yg diri sendiri sedang buat. perasaan yg sangat tak sedap. tak tau kenape? tiap-tiap hari fikir "ape yg aku tengah buat ni???". nak pulak banyak "datelines" kena kejar kan skang ni. so, bila pergi ke sesuatu tempat tu, saye memang tak gemar, rase rimas, tak sedap hati dan macam-macam lagi!

sabar la hati. asek susah hati je. kang dapat banyak penyakit baru tau.

ya Allah, Kau permudahkanlah bagiku urusan harianku, juga Kau permudahkanlah segala sesuatu yg bagi Mu elok untuk diriku, kehidupanku dan agamaku. sesungguhnya Kau Maha Mengetahui. amiiinnnn...

3 months and counting! :|

Posted by nikct at 3/17/2011 07:06:00 AM 0 comments

dah masuk 3 bulan incik sailor di sana.
dah 3 bulan berjauhan.
dah 3 bulan tak jumpa.
dah 3 bulan hati ni rinduuuu sangat.

sabar la. sekurang-kurang 3 bulan lagi hati ni kena sabar :

huh?

Posted by nikct at 3/17/2011 06:50:00 AM 0 comments
ade seseorang yg saye jumpa smlm. dia kata tak bagus la saye menulis kisah cinta dalam blog. nanti dah kawen saye cerita masalah rumah tangga pulak kat sini, satu dunia baca. tak manis la. katenye.

malas nak jawab (sebab ranking dia). dia ingat saye cerita semua ke?

apa yg saye tulis, bukan semua. bukan semua apa yg saye dan incik sailor lalui, saye tulis. ade batas. ade limit. saye masih waras. dah kawen pun, takdenye saye nak cerita hal dalam kain ke, dalam kelambu ke kat sini. yg mana patut cerita, saye cerita. yg bagi saye relevan la. yg tak relevan, hal-hal peribadi, saye tak letak sini ok.

dan tolong la faham, incik sailor saye kejenye ke laut. bila dia ke laut, saye tak dapat kontek dia! berminggu-minggu saye tak dapat bercerita macam pasangan lain buat HARI-HARI!

saye hanya perlukan satu medium untuk meluah perasaan, rase rindu bagai. orang lain lagi selamber je letak kisah cinta kat blog, takde hal pon? hanya sebab dia tau blog saye ni tulis kisah cinta, dia rase tak elok. hello, bukak mata luas-luas dan tengok la blog-blog lain. lagi dahsyat ade, lagi sweet pun ade!

memang la bole luah kat kawan, tapi kawan pun ade hal masing-masing, bukan la 24 jam, 7 hari seminggu nak dengar cerita cinta saye. kang muntah pulak dorang kalo hari-hari dengar benda yg same!

keces!

Wednesday, March 16, 2011

prinsip emo.

Posted by nikct at 3/16/2011 06:53:00 PM 0 comments
kadang-kadang, sampai ke satu tahap, kita perlu berpegang pada 1 prinsip ni :

DONT KNOW,
DONT WANNA KNOW,
NO NEED TO KNOW.

-the end-

waktu mujarab utk berdoa

Posted by nikct at 3/16/2011 02:18:00 AM 0 comments
antara waktu mustajab doa ialah waktu sepertiga malam iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :" Allah akan turun di setiap malam pada langit yang terendah iitu ketika sepertiga malam terakhir lalu dia berfirman "sesiapa yang berdoa kepadakau aku kabulkan. siapa yang meminta kepadaku aku berikan dan sesiapa yg memohon ampun kepadaku aku ampunkannya(hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

waktu antara azan dan Iqamah antara waktu yang mustajab doa. sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan oleh sesetengah ornag Islam.

selain pada itu, waktu sujud antara waktu yang mustajab doa. ianya sama ada sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. spt sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi. dalilnya hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda "kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya ialah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa(riwayat muslim) selepas solat fardhu.

iaitu selepas kita mengerjakan solat yang wajib lima waktu termasuk solat jumaat. Allah berfirman maksudnya " dan bertasbihlah kamu di malam hari dan setelah selesai solat."(Qaf : 40) oleh itu, Imam Syafi'e menganjurkan bagi imam dan makmumnya serta org yg solat sendirian memperbanyakkan zikir,wirid dan doa selepas selesai solat fardhu.

pada waktu khusus, iaitu pada satu detik pada setiap malam dan hari jumaat. hadis Abu Hurairah r.a. pernah menyebut tentang hari Jumaat dengan sabdanya : " di dalamnya ada satu saat (yang mustajab) tidaklah seorang muslim yang kebetulan waktu itu mendirikan solat(atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu hajat melainkan Allah pasti mengabulkan permintaannya.Nabi mengisyaratkan dgn tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu. di dalam hadis muslim dan Abu Daud dijelaskan:" iaiu waktu antara duduknya imam(khatib) sehingga selesai solat( jumaat)". Inilah riwayat yang paling soheh dalam hal ini.

wallahua'lam..

runsing.

Posted by nikct at 3/16/2011 02:10:00 AM 0 comments
runsingnya. dah pukul 2 pagi dan incik sailor tak balik-balik lagi, sejak turun jam 6.30 petang tadi. dia dan rakan-rakan sedang berusaha mengerjakan motor yg seberat 1 tan tu, utk dipasang balik. berat tu. 1 tan utk dikerjakan dengan beberapa tulang 4 kerat. saye harap ia dipermudahkan. dan dijauhkan daripada apa-apa perkara yg tak diingini. amiinnn..

Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku segala kerunsingan dan kedukaan. :|

Tuesday, March 15, 2011

Dialog Rasulullah SAW dengan Iblis laknatullah Part 2

Posted by nikct at 3/15/2011 06:30:00 PM 0 comments
Berikut adalah sebahagian lagi dialog di antara Nabi Muhammad dengan Iblis. yang ni versi panjang sikit, tapi jika anda mampu bertahan untuk membacanya, nescaya ia menginsafkan anda. inshaAllah, mudah-mudahan.

Nabi : Bagaimana caramu memperlakukan makhluk Allah?

Iblis : Ada beberapa cara :

- Terhadap wanita kugiatkan nafsunya hingga merenggangkan kedua pahanya kepada laki-laki yang bukan suaminya. Dengan begini terjadilah perzinaan.

- Sebagian kulalaikan dari zakat, dan kuberdayakan dengan makanan dan minuman haram serta perbuatan maksiat.

- Sebagian aku lalaikan dengan harta kekayaan sehingga dengan itu mereka berbuat maksiat.

- Antara kaum laki-laki dan kaum wanita kuperdaya imannya hingga berbelok dan lemah. Dengan demikian lebih mudah bagiku menarik mereka ke jalan maksiat. Kusenangkan mereka di tempat-tempat hiburan dengan minuman keras. Dan bila rasa malu telah hilang karena mabuk maka hilang pula akal dan pikirannya, saat itu kutaburkan syahwat di antara mereka sehingga terbukalah pintu-pintu maksiat yang besar.

- Dan apabila mereka terlanjur melakukan maksiat-maksiat besar lalu ingin bertaubat dan mulai beribadah lagi maka kukerahkan segala taktik supaya mereka menangguhkan taubat dan ibadahnya.

- Sebagian kumasuki hatinya supaya mereka beramal dengan riya (supaya dipuji orang) dan ujub (mengagumi amalnya sendiri). Penghasutan ini berlaku siang dan malam.

Nabi : Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekarjaan yang tak memberimu faedah malah menambah kutuk dan laknat bagimu di akhirat.

Iblis : Ini dikarenakan oleh hawa nafsu, takabbur, hasad dan dengki sehingga menjatuhkan aku kedalam kehinaan. Aku telah beribu-ribu tahun menjadi pemimpin segala malaikat melakukan tasbih dan ibadah kepada Allah sampai datanglah firman Allah kepada kami:

"Aku hendak menciptakan seorang khalifah di dunia".

Dan setelah Adam tercipta, kami diperintahkan sujud kepadanya. Semua malaikat sujud tetapi aku tidak dengan alasan aku lebih mulia daripada Adam karena aku diciptakan dari api sedang Adam dari tanah. Dan karena kesombonganku Tuhan murka. Aku diusir dan dilaknat sampai hari kiamat. Wajahku yang dulunya bercahaya dan cakap sirna menjadi buruk dan keji, sedangkan Adam ditetapkan menjadi khalifah dan bertempat tinggal di surga bersama istrinya Siti Hawa. Mereka bergembira ria didalamnya sehingga dendamku menjadi-jadi. Melalui Hawa tipu dayaku berhasil. Mereka memakan buah larangan, lalu Allah murka dan menurunkan mereka di tempat yang terpisah di bumi. Setelah sekian lama baru mereka bertemu kemudian mempunyai anak laki-laki dan perempuan. Lalu kuhasut pula anak Adam yang bernama Qobil agar membunuh saudaranya Habil. Aku belum puas sampai disitu, aku akan terus memperdaya anak cucu Adam hingga hari kiamat. Namun setelah engkau di utus, segala rayuan dan bujukan yang kulakukan terhalang karena mereka Engkau ajak menganut agama Islam. Dahulu sebelum engkau dilahirkan, aku dan tentara-tentaraku bebas naik kelangit mencari rahasia-rahasia tentang nasib manusia atau tulisan yang menyuruh manusia beribadah dengan ganjaran surga. Maka apabila aku turun kubisikkan pada mereka dengan cara yang bertentangan sehingga mereka tersesat. Tetapi sejak engkau dilahirkan, golongan iblis tidak lagi di perbolehkan naik kelangit. Pintu-pintu langit dijaga ketat oleh malaikat-malaikat dan bila aku dan tentaraku bersikeras menerobosl langit, para malaikat membidik dengan panah-panah berapi. Banyak tentaraku yang terbakar karenanya.

Nabi : Apa yang lebih engkau dahulukan dalam memperdayakan manusia?

Iblis : Pertama-tama kupalingkan imannya supaya mengubah iktikadnya dari mukmin kepada syikrik, baik dari perkataan, perbuatan maupun niat di hatinya. Jika tidak dapat kupalingkan dengan cara ini aku mengubah cara dengan mengurangkan pahalanya supaya lama-kelamaan terjerumus dalam tipu dayaku.

Nabi : Bagaimana keadaanmu bila ummatku menegakkan sholat?

Iblis : Seluruh tubuhku gemetar , lemah lunglai sendi-sendi tulangku. Maka aku perintahkan anak buahku menghalang-halangi dan menggoda orang lslam yang akan sholat. Setiap orang dengan berpuluh-puluh setan. Sebagian menaiki badan orang yang sholat itu agar berat dan malas. Sebagian lagi membisiki hatinya agar was-was sehingga kadangkala terlupa rakaat yang dikerjakan. Sebagian lagi menaiki telinganya sehingga ia mendengarkan orang-orang yang bercakap-cakap, bunyi-bunyian dan sebagainya dari perbuatan yang sia-sia. Sebagian lagi menduduki belakangnya agar tak tahan duduk dan sujud lama, sehingga ingin cepat selesai.

Nabi : Bagaimana keadaanmu apabila ummatku berpuasa karena Allah semata?

Iblis : Inilah suatu bencana dan kesedihan yang amat sangat aku rasakan karena apabila masuk bulan Ramadhan maka memancarlah cahaya Arsyi dan Kursy serta seluruh malaikat menyambutnya dengan kegembiraan. Bagi orang islam yang berpuasa akan mendapatkan karunia yang besar dari Allah. Dosa-dosanya diampuni oleh Allah. Yang paling menyakitkan hatiku adalah seluruh isi langit dan bumi ikut memohonkan ampunan bagi orang-orang yang berpuasa. Setinggi-tingginya yang capai oleh orang yang berpuasa adalah dibebaskan oleh Tuhan setiap hari dalam bulan Ramadhan seribu pembebasan dan azab api neraka. Semua pintu neraka ditutup rapat dan semua pintu surga dibuka lebar-lebar dan berhembuslah angin sepoi-sepoi dari bawah Arsyi melalui surga. Setiap awal bulan puasa, malaikat turun atas perintah Tuhan menangkapi kami. Mereka membelenggu dan merantai kaki dan tangan kami dengan besi yang panas lalu memasukkan kami kebawah bumi yang sangat dalam dengan azab yang sangat keras sampai ummatmu selesai berpuasa barulah kami dibebaskan. Semua itu dimaksudkan agar kami tidak dapat mengacau ummat yang sedang berpuasa sehingga mereka berpuasa dengan perasaan gembira.

Nabi : Cobalah terangkan perbuatanmu pada ummatku dikamar mandi?

Iblis : Orang islam apabila tidak mengucapkan perlindungan ketika memasuki kamar mandi niscaya kugosokkan najis ketubuhnya tanpa dia sadari tapi apabila dia mengucapkannya aku lari.

Nabi : Bagaimana perbuatanmu terhadap ummatku apabila mereka melakukan persetubuhan dengan istrinya?

Iblis : Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, derhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang.

Nabi : Bagaimana caranya agar dapat menolak tipu dayamu?

Iblis : Segeralah bertobat dengan sungguh-sungguh setelah melakukan perbuatan dosa.

Nabi : Siapa saja yang lebih engkau sukai?

Iblis : Lelaki atau wanita yang dalam masa 40 hari tidak mencukur bulu ari-arinya, maka duduklah aku mengecilkan diri seperti kutu busuk. Aku juga berbuai-buai pada ketiak orang-orang yang tidak mencabuti atau mencukurnya.

Nabi : Siapakah yang paling akrab denganmu?

Iblis : Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat.

Nabi : Apakah yang dapat menghancurkanmu?

Iblis : Banyak berdzikir, bersedekah secara sembunyi-sembunyi, taubat dan membaca Al-Qur`an.

Nabi : Apakah yang dapat memecahkan matamu bila kamu melihat?

Iblis : Orang beri`tikaf di mesjid, orang yang taat kepada kedua orang tuanya dan membantu keduanya dalam soal makanan dan pakaian.

Nabi : Apakah yang menyebabkan kamu terbelenggu?

Iblis : Apabila pedagang tidak curang dalam perdagangannya.

Nabi : Bagaimana perasaanmu apabila ummatku memberi salam kepada temannya?

Iblis : Rasanya pecah dadaku. Bila mereka bertemu yang seorang memberi salam dan yang lainnya menjawabnya aku menangis sedih karena keduanya mendapat ampunan setelah berpisah.

Nabi : Siapa temanmu yang setaraf denganmu?

Iblis : Bila berjumpa laki-laki dengan wanita maka wanita itu kududuki kuduknya dan kuhias wajahnya sehingga nampak bertambah ayu dan menawan. Dan Apabila mereka sampai berzina maka merekalah yang setaraf denganku.

Nabi : Dimanakah kamu bertempat tinggal?

Iblis : Dirumah-rumah berhala, batu-batu besar dan tempat-tempat yang dianggap keramat. Apabila mereka datang kesana aku pengaruhi hatinya agar bertambah yakin kepada benda-benda yang dikeramatkan sehingga bertambah musyriklah mereka.

Nabi : Dimanakah kamu selalu berkumpul?

Iblis : Ditempat hiburan dimana laki-laki dan wanita bercampur baur.

Nabi : Apa yang kamu kerjakan dimesjid-mesjid?

Iblis : Mengacau hati orang yang shalat. Dan yang kutakuti adalah yang tidur disana.

Nabi : Mengapa begitu? Padahal yang sedang bermunajat kepada Allah kamu tidak takut. Bukankah yang tertidur itu dalam keadaan tak sadar dan tak melihat apa-apa?

Iblis : Orang yang sholat itu mudah aku perdaya karena sebagian besar mereka jahil dan tak tahu hakikat syariat agama tetapi yang tertidur sebagian besar adalah mereka yang tahu tentang syariat agama. Bila ia terbangun aku khawatir ia menegur dan memperbaiki sholat orang-orang yang kugoda.

Nabi : Apa yang kamu sukai dan kau puji dari seseorang?

Iblis : Suara orang-orang yang bernyanyi, bersajak diiringi bunyi-bunyian. Sedangkan orang-orang yang bernazam dan bersalawat dengan suara yang bagus kurang mengenakkan aku.

Nabi : Siapakah yang menjadi temanmu yang paling kau sukai?

Iblis : Para penipu dan para pemakan harta anak yatim

Nabi : Sebab apa kau gelapkan manusia?

Iblis : Kugelapkan hati manusia karena mereka:

- Makan dan minum dari hasil yang haram.

- Lambat bangun sehingga meninggalkan shalat subuh.

- Terlalu mengenyangkan perut sehingga malas mengerjakan shalat dan ibadah.

Nabi : Siapa yang menggembirakanmu?

Iblis : Orang-orang kaya yang bakhil bersedekah dijalan Allah. Orang-orang yang tak mau mengeluarkan zakat, mereka hanya mau mengeluarkan dengan imbalan tenaga sedangkan familinya banyak yang miskin dan berhajat pada sedekah.

Nabi : Siapa saja yang menggemukkan dan menyuburkanmu?

Iblis : Orang-orang yang hasad (dengki), orang-orang yang tidak mempelajari hukum-hukum agama dan wanita-wanita yang tidak menjaga kehormatannya.

Nabi : Bagaimana keadaanmu apabila ummatku bershalawat kepadaku?

Iblis : Itu berarti sama dengan membelah mukaku karena mereka sangat ingat kepadamu.

Nabi : Apabila ummatku berpuasa Ramadhan dan ditutup dengan shalat Id maka Allah berfirman: "Wahai malaikat-malaikat-Ku, setiap yang bekerja tentu menuntut upah, dan hamba-Ku yang berpuasa sebulan, lalu mereka keluar berhari-raya, mereka menuntut upahnya. Aku persaksikan kepadamu bahwa Aku telah mengampuni dosa-dosa mereka". Allah berfirman lagi: " Wahai ummat Muhammad pulanglah kerumah masing-masing, sesungguhnya Aku ampunkan semua dosamu yang lalu dan yang akan datang dan Aku gantikan dosa-dosamu dengan kebajikan". Bagaimana perasaanmu ya iblis?

Iblis : Aku memekik sekuat-kuatnya sehingga anak buahku berdatangan. Kukatakan kepada mereka: "Wahai tentara dan pengikutku, yang menyebabkan aku berduka cita adalah karena Allah telah mengampuni ummat Muhammad pada hari ini. Wahai tentaraku tidakkah kamu mengetahui bahwa Allah menerima puasa ummat Muhammad dan Allah sangat mengasihi dam merakhmati serta mengabulkan segala permohonan mereka. Allah juga telah mengampuni dosa mereka. Maka hendaklah kamu goda mereka agar mereka malas beribadah dan kembali durhaka serta mengerjakan berbagai kemaksiatan. Dengan begitu Allah murka sehingga diturunkan bala bencana. Bila sudah demikian rianglah aku.

Nabi : Siapa saja pendukungmu?

Iblis : Orang yang tidak bertaubat dari dosanya apalagi bila ia bangga dengan dosanya. Tetapi orang yang mengucapkan Laa ilaaha illahllah dan istighfar akan membinasakanku. Orang yang bersiul-siul, karena sewaktu aku diusir kedunia aku mengembara dengan bersiul-siul. Itulah hiburanku. Tetapi orang yang adzan akan menghalangiku karena malaikat hadir bersama mereka.

Nabi : Apakah ikhtiarmu dan usahamu atas ummatku setelah aku diutus menjadi Rasul Allah untuk menyelamatkan Bani Adam dari kesesatan kepada jalan Allah?

Iblis : Aku akan berusaha sungguh-sungguh dalam menarik Bani Adam kejalan maksiat. Akan kujadikan laki-laki dan wanita bergaul dengan bebas supaya senang dan mudah aku menggoda mereka kepada maksiat. Aku tidak akan berhenti menjerumuskan mereka selama nyawa dikandung badan.

Sunday, March 13, 2011

dialog Rasulullah dengan Iblis laknatullah

Posted by nikct at 3/13/2011 08:32:00 PM 0 comments
Diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal daripada Ibnu Abbas r.a : "Ketika kaimi sedang duduk dan berbincang bersama-sama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansyar, terdengar suatu pangilan seseorang dari luar rumah : "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk?

Rasulullah bersadba : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?" Kami menjawab : "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Baginda menjelaskan bahawa yang di luar itu adalah iblis laknatullah. Umar bin Khatab mencelah : "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah!" Nabi menahannya sambil mengatakan bahawa Allah memberinya (Iblis) kesempatan terus hidup sehingga hari kiamat.

"Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk itu. fahamilah apa yang hendak dikatakannya dan dengar dengan baik-baik!" sabda Nabi Muhammad.

Ibnu Abbas r.a berkata : "Apabila pintu dibuka, ternyata dia kelihatan seperti seorang lelaki tua yang cacat sebelah matanya. Di janggutnya terdapat tujuh helai rambut seperti rambut kuda, taringnya seperti taring babi dan bibirnya seperti bibir lembu.

Iblis berkata : "Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin." Rasulullah SAW lalu menjawab "Salam hanya milik Allah SWT. Sebagai makhluk terlaknat, apa yang kamu mahu?"

Iblis menjawab " Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kehendakku, namun kerana terpaksa". "Siapa yang memaksamu?" Tanya Rasulullah. "Seorang malaikat utusan Allah menemuiku sambil berpesan : "Allah SWT memerintahkan untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu bagai debu yang ditiup angin."

"Aku sekarang sudah di hadapanmu. tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku selain daripada cacian musuh."

Orang yang paling dibenci iblis

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada iblis : "Kalau kau benar-benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?" Iblis segera menjawab "Kamu, kamu dan orang seperti kamu adalah makhluk Allah yang paling aku benci."

Rasulullah : Siapa selepas itu?

Iblis : Pemuda yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah SWT

Rasulullah : Lalu siapa lagi?

Iblis : Orang alim dan warak

Rasulullah : Selepas itu siapa lagi?

Iblis : Orang yang selalu bersuci (dalam keadaan ada air sembahyang)

Rasulullah : Siapa lagi?

Iblis : Seorang fakir yang sabar dan tidak pernah mengeluhkan kerana kemiskinannya kepada orang lain.

Rasulullah : Apa tanda kesabarannya?

Iblis : Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluh kerana kedaifannya kepada orang selama tiga hari, Allah akan beri pahala orang-orang yang sabar.

Rasulullah : Selanjutnya siapa yang engkau benci?

Iblis : Orang yang bersyukur.

Rasulullah : Apa tanda kesyukurannya?

Iblis : Ia mengambil kekayaan dari tempatnya dan mengeluarkan juga dari tempatnya.

Amalan yang menyakiti iblis.

Rasulullah kemudian bertanya apa perasaan iblis ketika melihat umat baginda hendak mendirikan solat.

Iblis : Aku merasa seram sejuk dan gementar.

Rasulullah : Mengapa?

Iblis : Sebab, setiap hamba yang bersujud sekali kepada Allah, maka Allah akan mengangkatnya satu darjat.

Rasulullah : jika umatku berpuasa?

Iblis : Tubuhku merasa terikat.

Rasulullah : Jika mereka menunaikan fardu haji?

Iblis : aku seperti orang gila.

Rasulullah : Jika ia membaca al-Quran?

Iblis : Aku merasa meleleh laksana timah di atas api.

Rasulullah : Jika ia bersedekah?

Iblis : Laksana orang itu membelah tubuhku dengan gergaji.

Rasulullah : mengapa jadi begitu?

Iblis : Sebab dalam sedekah ada empat kentungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau darinya.

Rasulullah : Apa yg dapat memukul kepalamu?

Iblis : orang yang solat berjemaah

Rasulullah : Apa yang paling mengganggumu?

Iblis : Majlis para ulama

Rasulullah : Bagaimana cara makanmu?

Iblis : Dengan tangan kiri dan jariku

Rasulullah : Di manakah kau menaungi anak-anakmu pada musim panas?

Iblis : Di bawah kuku manusia.

Manusia yang menjadi teman iblis

Rasulullah kemudian bertanya kepada iblis siapa lagi yang menjadi teman-temannya. Lalu iblis menjawab : "Pemakan riba"

Rasulullah : Siapa sahabat karibmu?

Iblis : Orang yang melakukan zina

Rasulullah : Siapa teman tidurmu?

Iblis : Pemabuk

Rasulullah : Siapa utusanmu?

Iblis : Tukang sihir

Rasulullah : Apa yg membuat kamu gembira?

Iblis : bersumpah dengan cerai

Rasulullah : Siapa kekasihmu?

Iblis : Orang yg meninggalkan solat Jumaat.

Rasulullah : Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?

Iblis : Orang yg meninggalkan solat dengan sengaja.

Demikianlah sebahagian daripada dialog Rasulullah SAW dengan iblis. Semoga dijadikan iktibar, pedoman dan renungan kita bersama.

Ya Allah! Ampunilah dosaku, kesalahanku, kebodohanku dan segala sesuatu yang melampaui batas dan segala yang Engkau lebih mengetahui daripadaku.

tepuk dahi!!

Posted by nikct at 3/13/2011 12:06:00 PM 0 comments
melihatkan gelagat manusia yg semakin irrational (TAK rasional, dalam konteks ni, LANGSUNG TAK RASIONAL!), buat aku tepuk dahi dan mengangkat tangan, memohon kepada Ilahi semoga dijauhkan daripada sifat-sifat tak masuk dek akal tu. nak menangis aku tepuk dahi ni tau tak?? means, sangat-sangat tak rasional okkkk!!!

setakat ini part 2.

Posted by nikct at 3/13/2011 11:27:00 AM 0 comments
kapal dan incik sailor alhamdulillah setakat malam tadi ok. tapi ada beberapa orang krew yg tak berapa ok, after insiden tersepit dek mesin seberat 1 tan! ada sorang krew ni, hujung jarinya dan kuku macam dah tergantung (macam nak tercabut kot?), nampak tulang. ya Allah. kesian budak tu. speed kapal dah naik, means kapal akan sampai awal sehari, seperti yg dijadualkan sebelum ni. sampai sini, budak tu akan dihantar utk undergo medical treatment. meanwhile sementara nak sampai, kena la dia tahan sakit tu, yg saye boleh bayangkan teramat lah sakit. kalau kulit kita ni tersiat biasa pun, kita dah melepuh kepedihan, ape lagi la yg sampai tahap isi tergantung tu?? membayangkan pun dah ngeri. apa lagi merasanya sendiri. semoga luka tu dijauhkan daripada sebarang jangkitan. semoga dia mampu bertahan. kesian sangat kat dia. semoga mereka kuat! amiiinnnn.. harap-harap semua berjalan lancar, dan hari ni lebih baik dari hari-hari sebelumnya. amiiinnnn...

Saturday, March 12, 2011

setakat ini.

Posted by nikct at 3/12/2011 09:34:00 PM 0 comments
setakat ini, Alhamdulillah, semua masih dalam keadaan yang baik. semoga semuanya baik-baik je, incik sailor ke, krew ke, or kapal ke, harap-harap semuanya baik-baik je, bukan je dalam perjalanan nak sampai sini, tapi jugak dalam setiap perjalanan pegi dan balik ke semua destinasi pada bila-bila masa pun!! insyaAllah, dengan izinMu ya Allah..

mendidik diri.

Posted by nikct at 3/12/2011 08:42:00 AM 0 comments
dulu saye suka meminta-minta. maka saye perlu mengajar diri untuk tidak meminta-minta, bersyukur saja dgn apa yang ada. "tangan yg memberi lebih mulia dari tangan yg menerima." oleh itu, belajarlah untuk memberi lebih daripada meminta-minta. seorang kawan pernah berkongsi, bahawa apabila kita memberi dengan ikhlas, Tuhan akan beri ganjaran yg berlipat kali ganda lagi dari apa yg kita dah beri. jadi, jangan mengharapkan apa-apa pemberian org. tolong jangan. bersyukur dengan apa yg dah diberi. sekurang-kurang, masih ada rezeki. Alhamdulillah...

dulu saye suka lebih dari orang lain. kini saye sedar, manusia dijadikan tuhan berbeza-beza, maka kemampuan juga berbeza. maka saye perlu belajar utk bersyukur dengan apa yg ada, apa yg mampu saye sendiri capai. perasaan akan jadi tak tenang bila kita fikir kita ni kurang dari orang lain. setiap masa takkan cukup.

dulu saye suka minta simpati. saye perlu belajar utk buang tabiat buruk ini dan berdiri atas kaki sendiri. susah mana pun hidup, jangan harapkan simpati orang lain. selagi boleh berdikari, boleh ikhtiar sendiri, maka berusahalah!

dulu saye ALPA. TERLALU ALPA. saye perlu bangkit dan sedar, siapa pemilik hakiki. saye perlu banyak belajar memperbaiki diri. banyak sangat kelemahan yg tak terzahir oleh kata-kata. hanya Tuhan tahu betapa berdosanya diri ini. setiap hari, setiap masa melakukan dosa. saye perlu belajar dan terus belajar, utk menjadi manusia terbaik utk agama, family dan orang-orang yg saye kasihi.

saye taknak dgn kekurangan, ketaksempurnaan, kejahilan, kealpaan, dan dosa saye ni membuat Tuhan dan juga orang-orang di sekeliling saye kecewa dgn saye.

ya Allah, bantulah aku. berikanlah aku petunjukMu. tanpa Mu, aku akan sesat. dan terus hanyut dalam keindahan duniawi. T_T

Golongan yang mendapat naungan.

Posted by nikct at 3/12/2011 08:31:00 AM 0 comments
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu :

1) imam (kepala atau pemimpin) yang adil.

2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.

3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid.

4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.

5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)

6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya.

7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."

Friday, March 11, 2011

risau makin risau :|

Posted by nikct at 3/11/2011 07:27:00 PM 0 comments
tsunami alert ke atas lebih kurang 19 negara, after Japan bergegar sekali lagi (8.9 skala richter kali ni) dan mencetuskan tsunami hingga memutuskan talian telefon di beberapa daerah di Jepun. T5 sedang dalam perjalanan balik ke Malaysia. hati ni risau yg tak terhingga. ya Allah. jauhkanlah segala malapetaka dan bala bencana yang buruk ke atas krew T5. kasihanilah mereka, Kau yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. ya Allah risaunya... tenangkan dan redhakanlah hatiku dengan ketentuan ini ya Allah...

lamanya masa ni berlalu. T5, be home safely please... :'(

Thursday, March 10, 2011

hinanya aku :'(

Posted by nikct at 3/10/2011 10:09:00 PM 0 comments
Di saat aku ditimpa bencana, aku seringkali memohon kepadaMu.. Ketika bencana itu hilang, aku melupakanMu. Telah terlalu banyak janji- janji manis ku tabur padaMu.

Aku sering memungkiri janji-janjiku padaMu. Betapa hinanya aku disisiMu…

Ku akui aku seringkali membiarkan diri ini tewas pada pautan nafsu. Aku biarkan diri ini tertipu dengan benda yang dipanggil fitrah.. Aku biarkan diri ini tenggelam dan alpa dalam nikmat dunia yang palsu.. Aku telah jadikan semua itu sebagai puncak dan matlamat pencarianku.. betapa hinanya aku disisiMu.

Aku telah menjadi semakin berani. Berani meletakkan nasib ditangan ku sendiri..Berani meletakkan diriku dalam golongan yang rugi. Mengorbankan segalanya untuk benda yang tidak pasti.. Betapa hinanya aku disisi Ilahi.

Ya ALLAH…janganlah Kau condongkan hatiku kepada kesesatan setelah Kau beri hidayah..Kau penuhi permohonanku dan mudahkanlah perlaksanaan keperluanku. Kau bantulah aku dalam memperbaiki amal ibadahku padaMu.. Kau bersihkanlah hatiku dari noda dan dosa..janganlah Kau tolak untuk memenuhinya sedangkan Engkau telah memberiku jaminan untuk itu. Janganlah Kau tutup pintuMu sedangkan Engkau telah memerintahkan aku mengetuknya.

Anugerahkanlah aku segala sesuatu yang mendatangkan kebaikan di dunia dan di akhiratku dan masukkanlah aku ke dalam golongan yang berbuat baik kerana permohonan yang ku pohon dariMu dan yang mendapat hasilnya dari memohonnya dariMu, yang mendapatkan Kurnia dariMu kerana bertawakal kepadaMu dan yang mendapat perlindungan kerana melindungkan diri di bawah naunganMu.

Wednesday, March 9, 2011

semoga baik-baik sayang :|

Posted by nikct at 3/09/2011 09:28:00 PM 0 comments
no news since this afternoon. lepas tengok berita TV3, bertambah kerisauan saye. tak mampu nak dizahirkan terlalu nyata, ada hati yg perlu dijaga. hanya mampu berdoa, semoga semuanya baik-baik saja. insyaAllah.. amiiiinnnn :|

semua yg berlaku ada hikmahnya.

Posted by nikct at 3/09/2011 09:21:00 PM 0 comments
tiba-tiba dapat berita kematian seorang pelatih PULAPOL Jalan Semarak meninggal dunia setelah mengalami simptom-simptom H1N1. 18 yang lain turut dijangkiti. sehingga PULAPOL ditutup. pelatih semuanya dikuarantin. termasuk pelatih Inspektor yang baru menjalani latihan 9 hari yg lalu.

apa yg aku boleh kata skrg ni, setiap sesuatu ada hikmahnya. sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui segala sesuatu.

ya Allah, jauhkanlah malapetaka dan penyakit bagi mereka yg sedang menjalani latihan tersebut. sesungguhnya Kau Maha Mengasihani. kasihanilah mereka, kasihanilah ahli keluarga dan orang-orang tersayang mereka yang sangat risaukan kesihatan mereka kini.

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk

Posted by nikct at 3/09/2011 08:36:00 AM 0 comments
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.

Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan *menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? *

semoga bermanfa'at

Oleh:Admin Muslimah sholehah Andhika Al-Banjari Mtp

Tuesday, March 8, 2011

esok : suatu lakaran sejarah hidup! :|

Posted by nikct at 3/08/2011 07:01:00 PM 0 comments
besok pagi saye akan ke Seremban untuk melakarkan sejarah baru dalam hidup saye!! sejarah yg tak penah masuk dek akal dan tak penah terlintas dalam pikiran yg saye perlu melakukannya jua!!!

saye antara 4 orang yang 'bertuah' dipilih untuk menyampaikan taklimat suatu pindaan Akta. pindaan Akta okei ini bukan main-main!!!! selama ni buat presentation depan kelas pun gagap dan GAGAL, camne nak bagi taklimat, nak educate orang-orang dalam jumlah kumpulan yg besar pulak tu???

okei saye mesti figure out how to handle the situation and how to overcome problems!! danggggg...

ya Allah, permudahkan urusanku, lancarkan tutur kata ku, tetapkan hati ku, teguhkan pendirian ku.. amiiinnnn :|

Monday, March 7, 2011

1 year, 1 month AND counting :)

Posted by nikct at 3/07/2011 07:22:00 PM 0 comments

satu-satunya perkara yang menggembirakan hati yang sedih pilu harini ialah monthsary kami. dan yang paling best, saye dapat wish kepada incik sailor sendiri malam tadi (tp menggunakan khidmat sms je la huhu), since T5 menjengah port Niigata semalam :)

happy 13th monthsary sayanggggg. semakin hari semakin cinta ini mendalam. walau dipisah lautan biru, walau kami jarang bertemu. alhamdulillah. masih bersama dan semakin cinta. jarak inilah yang mengukuhkan lagi ikatan kasih antara kami. gitewwwww :P

terima kasih cinta hati utk 13 bulan yg sangat indah dan bahagia ni!! kite sayang awak lagi dan lagi dan lagi DAN lagi. harap-harap takkan muak ;P awaklah penyangga kegembiraan harian kite, tau tak?? mmmuuaahxx!! lufyu~~~ :)

(satukan kami dalam redhaMu Ya Allah..amiiinnn)

mood harini

Posted by nikct at 3/07/2011 05:57:00 PM 0 comments
  1. takde mood nak buat keje (ape nak tulis dalam diari ni???). bukan harini je, sepanjang masa dalam tempoh bekerja ni memang takde mood hati yg girang pun bila buat keje. hmm bila mood nak sampai ni??? takde motivasi utk meneruskan kerja dgn semangat. bukan pe, semua keje yg kite buat kena smash je, mane tak down?? macam mana nak ada semangat?? hmmmm :|
  2. rindu incik sailor sangat sangat sangat sangattttt. tibe-tibe dapat tau T5 akan delay. tarikh asalnya pun dah boleh dikatakan sebagai delay, skang delay lagi kapal yg tengah delay tu. tensen aku. rindu giler~~~ :'(
kesimpulannya : mood harini = sedih ;(

Saturday, March 5, 2011

not a good person :'(

Posted by nikct at 3/05/2011 07:57:00 PM 0 comments
saye bukan orang yang baik. saye orang yang jahat. senang naik angin dengan orang yg tak sepatutnya. kenapa saye macam ni. saye dah besar. patut boleh bezakan baik buruk. kenapa saye tak boleh bersabar??? saye bingung. tak tau apa jawapan, apa penyelesaiannya. perkara ni lama berlarutan. ada masanya saye ok, ada masanya saye tak boleh terima, terlalu tak boleh terima keadaan ni. apa yg seharusnya saye buat????

ya Allah... tolong lah aku... kenapa aku macam niiii..... :'(

nasik tak cukup.

Posted by nikct at 3/05/2011 05:41:00 PM 0 comments
pengajaran untuk diri sendiri dan juga rakan-rakan yang nak buat kenduri. pastikan makanan yang dihidang mencukupi untuk jemputan. kita dah jemput tetamu datang dari jauh ke, dekat ke, kena bagi makan cukup-cukup. bukanlah nak suruh membazir. ala kadar cukup la, tapi kena pastikan semua tetamu dapat makan. kalau makanan tak cukup, tuan rumah malu, tetamu pulak hampa, semua jadi kesian. isk isk isk. pengalaman mengajar. huhu

claim dah masuk!!! (akhirnya)

Posted by nikct at 3/05/2011 11:32:00 AM 0 comments
Alhamdulillah, akhirnya. pagi tadi saye mimpi Aimi (colleague) bagitau yang claim dia dah masuk. antara percaya atau tidak, saye pun check la jumlah duit yg ada dalam account maybank saye. daripada RM20++ jadi RM+++. claim bagi bulan JANUARI dah masuk!!!

tak pernah selambat ni tau. tak baik betol orang tu hold-hold duit kami. kami claim ape yang patut. bila dah advancekan duit pegi outstesen espeseli, kamu kena la bayar balik on time! kami buat claim pun on time, harap kamu dapat masukkan on time la jugak T_T

walaupun kurang dari jumlah yang di claim (nanti akanku kejar orang kewangan tu!!), tapi saye tetap bersyukur. sekurang-kurang hutang broadband dan bil tepon dah langsai :)

Alhamdulillah. tak la aku tergaru-garu kepala nak mencari sumber nak menambahkan duit dalam akaun bagi melangsaikan hutang. heheh :P

kesempurnaan hati yang dilukai :)

Posted by nikct at 3/05/2011 11:01:00 AM 0 comments
"Sebagaimana kita menginginkan yang terbaik buat diri sendiri, begitulah juga sewajarnya yang kita lakukan/berikan kepada orang di sekitar.

Tetapi, dengan satu ingatan. Jangan pula mengharap balasan yang sama, 100% , terhadap apa yang telah diberikan itu, kerana bila pemberian mengharap balasan, maka dibimbangi tiada lagi keikhlasan padanya.

Justeru itu, tidak hairan mengapa Rasulullah SAW diiktiraf oleh ALLAH SWT sebagai semulia-mulia insan. Setelah sekian banyak hinaan, cacian dan penderitaan yang dialami, baginda tetap tampil menyebar salam beserta senyuman.

Tujahan batu-batu, diganti dengan kalungan doa, lemparan najis, diganti dengan untaian budi.

Firman ALLAH SWT :

Maksudnya : “Dan sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad ) benar-benar berbudi pekerti yang agung.” ( Surah al Qalam ayat 4 )

Justeru itu, mari bersama kita usahakan, walau kasih tidak dihargai, kita tetap memberi. Walau khidmat tidak dipeduli, kita terus mencurah bakti.

Ingatlah, andai satu ketika kita tidak mengenal erti kehancuran, kita tidak akan pernah tahu apa yang membuatkan kita utuh dan teguh untuk hari-hari seterusnya.

Yakinlah :

ALLAH mahu mendidik kita, DIA ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-NYA, yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati-hati yang mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Hati yang sering dilukai lalu sembuh setelah dirawat dengan zikir kepada ilahi, adalah hati yang indah, bercahaya dengan kasih dan sayang dari Yang Maha Esa. Walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, reda dan bersedia memaafkan menjadi ‘antiseptik’ yang menahan luka itu dari dijangkiti kuman dendam yang membawa derita berpanjangan.

Akhirnya, bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.

Terus memuhasabah diri ini……

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI."

alhamdulillah. kerana satu peristiwa luka itulah, saye menghargai orang di sekeliling saye. Kerana luka jugalah, diri ini mendekatkan diri padaNya. syukur hati ini dilukai suatu ketika dulu, syukur juga hati ini telah diubati setelah sekian lama muhasabah diri dan berusaha sendiri. dan atas keizinanNya, saye bahagia dan gembira dengan hidup saye kini. alhamdulillah. :)

terima kasih Ummu Husna atas perkongsian bermakna itu. :)

today : 1 month ago v(^_^)v

Posted by nikct at 3/05/2011 08:45:00 AM 0 comments

harini genap sebulan kami ditunangkan. perasaan? ofkos saye gembira, wanita mane tak hepi baiii... ditunangkan dengan pilihan hati yang disayangi la katanye. hehe. tapi selalunya kan lelaki takde masa family berbincang dan sarung cincin tu, dan hanya akan masuk hanya bila semua urusan dah setel. kan?

..dalam kes kami, incik sailor memang terus takde la! incik sailor tengah belayar di lautan sane masa tu. menuju ke Tai Chung, Taiwan kalau tak silap. hukhuk hati ni terpaksa redha dan tabah. selalunya orang amek gambar dengan tunang lepas semuanya selesai. tapi saye kena la sabar. tak semua yang kita nak, kita akan dapat. kan?

even cincin risik ni pun incik sailor tak pernah tengok. haha. dia lagi kesian. dia tak tau apa-apa pun yang jadi masa tu.

majlis ni melibatkan ahli keluarga semata-mata. alhamdulillah berjalan lancar. mungkin ada cacat celanya tapi alhamdulillah, ia bermula dan berakhir dengan baik :)

saye dinasihatkan agar tidak menguar-uarkan berita pertunangan ni sebab dikatakan tak elok or tak baik mencanang-canang sangat pertunangan ni. tapi, hati kawan-kawan nak kena jaga jugak. so, saye bagitau jugak la. alhamdulillah kawan-kawan faham :)

ermm.. orang kata kalau dah tunang ni, banyak cabarannya. dalam kes kami ni, cabarannya : jarak (setakat ni). yang mana benda ni dah mula dibiasakan dari masa couple lagi. so, nak taknak kena SABAR dan terus SABAR. :) tapi cabaran ni bagus jugak. in terms of menjadikan hati ni lebih tabah. ye la, tunang takde di hari pertunangan pun, kena tabah. persiapan buat sorang-sorang pun, tabah la jugak. huhu!

DAN cabaran ni turut menggamit rindu! DAN JUGA, bila hati ni semakin rindu, maka cinta ini makin mendalam sebab semakin sayang! (gitewwwwww) hanya yang pernah merasa je tau macam mana rasanya cabaran cinta jarak jauh dan sukar dihubungi ni. SO, cabaran yang dilalui setakat ni, alhamdulillah boleh diterima baik oleh hati. thank you Allah :)

haritu sempat tanya incik sailor, "so lepas ni nak pakai annyversary yang mana pulak ni??".

dia kata "dua-dua, couple ngan tunang".

"waaaa.. banyaknye? dah la beza 2 hari je ponnn"

"takpe la. tak lama je lagi. nanti dah kawen kita pakai yang kawen je. so, sekarang ni la masanya nak wish utk sume-sume tu"

hehe. happy 1st monthsary for our engagement! love u, sayang! v(^_^)v

Friday, March 4, 2011

:'(

Posted by nikct at 3/04/2011 09:57:00 PM 0 comments
kesian incik sailor. kalau semalam saye tak dapat emel dia, harini dia pulak tak dapat emel saye :'( kite baik-baik je sayang. jangan la risau. susah hati kite camni ;(

hope evrything gonna be fine soon. REALLY soon! :(

sharing is caring :')

Posted by nikct at 3/04/2011 07:36:00 PM 0 comments
When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I've got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes.

Suddenly I didn't know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce. I raised the topic calmly.

She didn't seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why?

I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn't talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Jane. I didn't love her anymore. I just pitied her!

With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company.

She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Jane so dearly. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now.

The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn't have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Jane.

When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again.

In the morning she presented her divorce conditions: she didn't want anything from me, but needed a month's notice before the divorce. She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month's time and she didn't want to disrupt him with our broken marriage.

This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day.

She requested that every day for the month's duration I carry her out of our bedroom to the front door ever morning. I thought she was going crazy. Just to make our last days together bearable I accepted her odd request.

I told Jane about my wife's divorce conditions. . She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully.

My wife and I hadn't had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mommy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don't tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outsidethe door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office.

On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn't looked at this woman carefully for a long time. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her.

On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me.

On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn't tell Jane about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger.

She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily.

Suddenly it hit me... she had buried so much pain and bitterness in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head.

Our son came in at the moment and said, Dad, it's time to carry mom out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life. My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day.

But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn't noticed that our life lacked intimacy.

I drove to office.... jumped out of the car swiftly without locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind...I walked upstairs. Jane opened the door and I said to her, Sorry, Jane, I do not want the divorce anymore.

She looked at me, astonished, and then touched my forehead. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Jane, I said, I won't divorce. My marriage life was boring probably because she and I didn't value the details of our lives, not because we didn't love each other anymore. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death do us apart.

Jane seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away.

At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card. I smiled and wrote, I'll carry you out every morning until death do us apart.

That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed - dead.

My wife had been fighting CANCER for months and I was so busy with Jane to even notice. She knew that she would die soon and she wanted to save me from the whatever negative reaction from our son, in case we push thru with the divorce.-- At least, in the eyes of our son--- I'm a loving husband....

The small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank. These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves. So find time to be your spouse's friend and do those little things for each other that build intimacy. Do have a real happy marriage!

If you don't share this, nothing will happen to you.

If you do, you just might save a marriage.

Many of life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.

Cuti-Cuti Cinta :D

Posted by nikct at 3/04/2011 07:17:00 PM 0 comments

tiba-tiba teringat. saye dan incik sailor penah merancang untuk tengok muvie "Cuti-Cuti Cinta". hahaha! bukan ape, aku nak tengok Farid Kamil tu je. yang incik sailor pulak kejelesan (kot?), so dia nak tengok Nora Danish tu la kononnya.

nak dijadikan cerita, kami tak dapat tengok muvie tu sama-sama. sebab? panggilan ke laut dah tiba. incik sailor terpaksa naik kapal sebelum muvie ni sempat menjengah ke pawagam pun. :(

sedih je mase tu. takpe la, boleh beli VCD/DVD muvie-muvie yang teringin tengok dengan incik sailor dan tengok sama-sama ngan dia lepas kawen nanti :)

peniaga melayu yang tipikal part 2

Posted by nikct at 3/04/2011 08:21:00 AM 0 comments
wahai peniaga melayu tipikal, pelanggan melayu sekarang ni dah tak bodoh dan berakal. pelis take note of that yaa. if nak meniaga buat cara nak meniaga. kalau takde passion nak meniaga, kami pelanggan-pelanggan melayu yang dah moden dan sedar akan hak kami sebagai pengguna boleh bila-bila masa je angkat kaki! dalam dunia ni kami tak hadap sangat kau tu! kalau kau tolak rezeki, itu masalah kau! banyak lagi peniaga yang boleh bagi servis jauh lebih baik dan passionate daripada kau!!

kalau camni la gayanya, camne nak maju? nak bagi rezeki, kau taknak. ofkos customer akan angkat kaki kalau jumpa orang macam kau nih! nyahh kau dgn bisnes-bisnes kau daripada pandangan mata aku nih!!!

mode : geram yang amat!! agrrhhhh!

weeeee :)

Posted by nikct at 3/04/2011 07:15:00 AM 0 comments
6.18am tadi dapat khabar dari lauttttt. akhirnya. alhamdulillah. harap-harap sistem tak keparit lagi. :)

manusia ni biasala bila dah dimanjakan dengan kemudahan, akan menjadi ngada-ngada! kejap je pun dah takleh nak berenggang dengan sistem tu. kejap-kejap check emel. bila takde pape mula la freak out. cet!

takpe dulu dah merasa susah, bilamana sistem ni masih takde suatu ketika dulu, azab menunggu sesuatu yg tak pasti tu aku dah rasa. dah la kapal gerak macam sipot! lebih 1 minggu baru dapat khabar berita. tu pun sms je yg termampu. kalau nak dgr suara kena tunggu lebih 2 minggu, paling cepat la tu. hukhuk..

sekarang boleh kata hari-hari la dapat khabar (kalau sistem tak keparit). alhamdulillah. sekarang la masanya untuk mengada-ngada sebab, sukahati aku la nak mengada pun, dengan tunang aku bukan dengan orang lain!! (ok tiba-tiba jadi emo hahaha)

sayang, kite sayanggggg awak. mmmuuaaahhxx! :)

Thursday, March 3, 2011

day 74 : miss u so much, love u even more!

Posted by nikct at 3/03/2011 11:49:00 PM 0 comments
pejam celik pejam celik, rupanya dah 74 hari incik sailor onboard. rasa macam dah lagi lama, tapi baru 74 hari? hurmmmmmm...

nak kata macam pungguk rindukan bulan pun tak camni. kurang-kurang bulan ada jugak kat depan mata pungguk! :P

lain kisahnya dgn aku ni, bulan takde menunjukkan tanda-tanda kemunculan pun. tah mane bulan pegi pun taktau. kat mane bulan ni secara spesifik skang ni, lagi la aku taktau.

bila laa dapat ketemu si buah hati pengarang jantung aku tu? awal-awal tahan la lagi, nanti akan masuk ke stage "terasa nak deting ngan dia" pulak, haa lagi haru mase tu! :( lame wei, 74 hari tu kalau anak ayam tu dah pandai main kejar-kejar wei!

setiap hari, setiap masa akan teringat lawak-lawak sengal dia dan apa saja benda-benda sengal yang penah kami buat sama-sama. hurmmm..

incik sailor sayanggg, sesungguhnya kite rinduuuuu awak sangat-sangat skang ni. apa agaknya khabar awak skang ni, kite tak tauuuu :( kite harap awak baik-baik saje di lautan sana. take care, tak sabar nak dengar perkhabaran dari kamuuuuuu!! huhu :|

semakin rindu ni mendalam, semakin cinta ni lagi kuatttt sangat kat awak! >.<"

gudnite, love!

macam sekolah pulak..

Posted by nikct at 3/03/2011 02:10:00 PM 0 comments
kat ofis ni, kami tak boleh bukak website fb, twitter, dan bagai lagi la. untuk fb (yg lain tak tau la) hanya boleh dibukak pada jam lebih kurang 1.00 petang, dan akan diblock semula jam 2.10 minit petang. lepas tu boleh bukak semula jam 5.40 petang onwards.

macam kat sekolah pulak. kalau nak block, block la terus! huh..

tak bersyukur pulak. hehe :P

Wednesday, March 2, 2011

semua tak kena, yg kena kau sorang je lah!

Posted by nikct at 3/02/2011 09:29:00 PM 0 comments
bagi orang yang berperangai seperti di atas, pepatah Melayu berikut boleh diguna pakai :

"paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih."

manusia suka cari silap orang lain, tu tak dinafikan la kebenarannya. tapi sejauh mana kita handle sikap suka cari salah tu, bergantung pada individu tu sendiri. kalau asek kondem orang lebih-lebih, DAN secara spesifik kita kondem orang lain, cuba la renung-renung, diri kita ni pulak macam mana?

umpamanya,

kau cakap, "eh eh. orang tu gila sebab pakai baju warna merah."

tapi kau tak sedar masa kau tengah cakap tu, kau pun tengah pakai baju warna merah!

nak kutuk, kutuk la. tapi cermin-cermin diri tu jugak. hukum yang basic teramat pun kau GAGAL, camne?

renung-renungkan dan selamat termenungggg!!! :)

terima kasih abang level 4!! :)

Posted by nikct at 3/02/2011 02:47:00 PM 0 comments
aku ni memang ada masalah pengurusan masa sejak dari duluuuuuu lagi. suka bersiap-siap last minit dan suka sampai ke satu-satu tempat pada minit-minit terakhir!

al-kisah, perkara yang sama berlaku lagi harini. jam dah 8.26am tapi tayar kereta duk bergolek lagi tengah jalan nuu. haihh bila nak berubah aku pun tak tau? tapi dulu masa training SUKSIS aku la antara manusia awal yang akan sampai kat tempat latihan!

oke berbalik kepada cerita asal. masuk je parking, terus matikan enjin kereta, terus bergerak menuju ke lif. utk makluman lif ada 1 je, ni pun lif servus. ada lagi 1 lif tapi selalu high rank officer yang naik lif tu, so takmau la.

tiba-tiba,

pada jarak 10 meter, aku nampak pintu lif dah nak tutup! aku cuma sempat kata "err..!"

pastu ada 1 orang brader ni, dengan baik hatinya telah menekan butang lif tu dan ianya kembali terbuka. langkah 1000 la aku pastu sebab nak cepat!

akhirnya aku berjaya punch kad pada jam 8.28am. waa... awal ni. hehe :P

thanks abang level 4! jasamu dikenang!!
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea