Saturday, March 5, 2011

today : 1 month ago v(^_^)v

Posted by nikct at 3/05/2011 08:45:00 AM

harini genap sebulan kami ditunangkan. perasaan? ofkos saye gembira, wanita mane tak hepi baiii... ditunangkan dengan pilihan hati yang disayangi la katanye. hehe. tapi selalunya kan lelaki takde masa family berbincang dan sarung cincin tu, dan hanya akan masuk hanya bila semua urusan dah setel. kan?

..dalam kes kami, incik sailor memang terus takde la! incik sailor tengah belayar di lautan sane masa tu. menuju ke Tai Chung, Taiwan kalau tak silap. hukhuk hati ni terpaksa redha dan tabah. selalunya orang amek gambar dengan tunang lepas semuanya selesai. tapi saye kena la sabar. tak semua yang kita nak, kita akan dapat. kan?

even cincin risik ni pun incik sailor tak pernah tengok. haha. dia lagi kesian. dia tak tau apa-apa pun yang jadi masa tu.

majlis ni melibatkan ahli keluarga semata-mata. alhamdulillah berjalan lancar. mungkin ada cacat celanya tapi alhamdulillah, ia bermula dan berakhir dengan baik :)

saye dinasihatkan agar tidak menguar-uarkan berita pertunangan ni sebab dikatakan tak elok or tak baik mencanang-canang sangat pertunangan ni. tapi, hati kawan-kawan nak kena jaga jugak. so, saye bagitau jugak la. alhamdulillah kawan-kawan faham :)

ermm.. orang kata kalau dah tunang ni, banyak cabarannya. dalam kes kami ni, cabarannya : jarak (setakat ni). yang mana benda ni dah mula dibiasakan dari masa couple lagi. so, nak taknak kena SABAR dan terus SABAR. :) tapi cabaran ni bagus jugak. in terms of menjadikan hati ni lebih tabah. ye la, tunang takde di hari pertunangan pun, kena tabah. persiapan buat sorang-sorang pun, tabah la jugak. huhu!

DAN cabaran ni turut menggamit rindu! DAN JUGA, bila hati ni semakin rindu, maka cinta ini makin mendalam sebab semakin sayang! (gitewwwwww) hanya yang pernah merasa je tau macam mana rasanya cabaran cinta jarak jauh dan sukar dihubungi ni. SO, cabaran yang dilalui setakat ni, alhamdulillah boleh diterima baik oleh hati. thank you Allah :)

haritu sempat tanya incik sailor, "so lepas ni nak pakai annyversary yang mana pulak ni??".

dia kata "dua-dua, couple ngan tunang".

"waaaa.. banyaknye? dah la beza 2 hari je ponnn"

"takpe la. tak lama je lagi. nanti dah kawen kita pakai yang kawen je. so, sekarang ni la masanya nak wish utk sume-sume tu"

hehe. happy 1st monthsary for our engagement! love u, sayang! v(^_^)v

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea