Monday, June 28, 2010

kisah keagungan untuk masa depan yang cerah

Posted by nikct at 6/28/2010 04:38:00 PM 0 comments
entri kali ni nak memperli seseorang. saye dah boring dengar 'cerita keagungan' yang sama berulang-ulang kali. lebih muak dari makan macaroni cheese kat williams! sumpah tak tipu. nak bermegah-megah, tapi cerita tak de la nak betul mane pun. ape kau ingat kami OKU ke? kami tak 'buta' dan kami tak 'pekak' jugak lagi. mungkin ada yang percaya, tapi saye? NO WAY! bole jalan daa awak tu! muahahaha

sakit T_T

Posted by nikct at 6/28/2010 04:35:00 PM 0 comments
sakit yang teramat sangat. berdenyut-denyut! mcm org pregnant pun ade *macam tau2 plak camne org pregnant rase hahaha* menyesal angkat barang berat2. tapi kalo x angkat camne nak pindahkan brg2 tu? takkan nak pakai kren pulak kan. maka, menanggunglah. duduk lama tak bole, jalan membongkok, rukuk sakit, picit pun tak membantu. adoi, ape je sume tak kena! sakitlah!!

No Matter What, I Still Love You

Posted by nikct at 6/28/2010 02:31:00 PM 0 comments
No matter what our troubles, I still love you,
As though a part of me were also you.
Life isn't easy, but I know without you
There will be bitterness in all I do.
I feel the broken heaven in my heart,
The blight that will outlast the years of healing,
The darkness underneath all time and art,
The pain that from within there's no concealing.
We were so much in love when we first met,
A river that would reach, in time, the sea.
We ought not let despair turn to regret,
But be through choice what love chose us to be.
No love can last except it be through will.
Were wastelands in our path, I'd love you still.

Sunday, June 27, 2010

..no entri..

Posted by nikct at 6/27/2010 11:20:00 PM 0 comments
tak de apa nak karutkan malam ni..
hanyalah kekecewaan.. dan kesakitan..
ya, saya kecewa dengan kamu..
sbb kamu dah kecewakan saye..
dan saye sakit..
sakit emosi dan sakit fizikal..
emosi saye tak stabil..
dan pinggang saye sakit, berdenyut-denyut..
its ok, im fine..
im doing just fine..
good night..

p/s : i love u..

Friday, June 25, 2010

saye ada 1 penyakit :P

Posted by nikct at 6/25/2010 04:10:00 AM 0 comments
tapi tak la serius mana. cuma penyakit saya ni mampu buat org lain kecik hati. saye berpenyakit tidur awal. haha. serius tu. lepas tu saya akan terjaga jam beberapa pagi, dan berpikir, camne boleh tidur awal td? serius, saye boleh lupa mcm mana saye boleh tertidur. haha. mmg la, nak mati kecik pun kan, siapa peduli utk ingat?

tapi, ade org pedulikan saye. maka saye dikatakan telah menambah poin utk dia merajuk. hololololo jgn la merajuk lagi. sbb awak tiut dan sekshiiiiii sekali bila merajuk, sungguh ni! :P

sori ek incik yg tiut lagi sekshiiiiii. jangan le majuk :D

Wednesday, June 23, 2010

awak, jangan le majok :P

Posted by nikct at 6/23/2010 08:50:00 PM 2 comments
hai awak..
awak majok ye..
awak, jgn la majok..
kite bkn sengaje xnak btau awak..
tp,
kite malu,
kite segan nak btau awak >.<"

awak jgn la majok..
kite tau awak akan tau jugak 1 hari nanti..
sbb tu kite duk diam2 xbtau awk..
biar je awk tau sendiri..

awak,
awak majok lagi ke?
jgn le..
mmmuuuaahxxx!!!
kite sayang awak..
jgn majok eh

:P

renung-renungkan dan selamat beramalllllllll~! :)

Posted by nikct at 6/23/2010 11:32:00 AM 0 comments
Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.


Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

p/s : saya tak anti-syria, tp saye rasa pelik dgn org pakai tudung syria DAN berbonggolkan ban di belakangnya. serius pelik!

ape kau nak kesah?

Posted by nikct at 6/23/2010 10:04:00 AM 0 comments
ade seorang manusia ni, ade satu penyakit. mari saye bagi 1 situasi yg saye selalu alami.

Situasi 1 (bila ambik sepinggan penuh) : "oi nik, banyak nye ko ambek makanan?"

Situasi 2 (bila tak makan sbb dah kenyang, biasanya) : "ai nik, tak makan? diet ke? *sambil berwajah sinikal*

Situasi 3 (bila ambik sikit drp biasa, bkn la sikit sesuap dua, 10 suap jugak la) : "ai nik, sikit nye ko makan? jage badan ek?" *sambil berwajah sinikal, lagi*

kesimpulannya : aku perlu makan banyak, sikit or tak makan langsung?

ye saye berbadan besar..
ye saye tak secantik awak..
ye saye buruk perangai makan banyak..
ye saye hina bila tak makan or makan sikit..

tapi..

ape kau nak kesah? perut aku. kalau kau nak diet, diet lah! ape ku kesah? at least aku tak bazir mknn yg aku amek. aku habiskan. aku sederhana je orgnya. bukan kaya raya nak di buang2 makanan tu. aku sayang makanan. aku bersyukur tuhan bagi aku kehidupan dan deria rasa utk menikmati makanan. aku adik beradik dididik secara tak langsung utk habiskan ape yg kami ambik utk makan. maka, aku kesiankan kau yang tak diberi sepenuh didikan sedemikian.

lagipun, tgk gaya hidup jugak. kalau tak makan, tak eksesais, takde maknanye jugak!

p/s : mak aku kata, rugi la hidup kalau berkiblatkan kecantikan je, nak jaga badan je. bila mati nanti menyesal.

Sunday, June 20, 2010

mana kan sama, Kelantan nan satu-satunya :)

Posted by nikct at 6/20/2010 12:28:00 PM 0 comments




masa cuti wesak haritu aku balik Kelantan, kampung yg dah 2 tahun aku tak balik2 hehe tak byk berubah Kelantan ni, masih mengekalkan tradisi nya. ada la tambahan satu dua mall, tp tu kat kL pn ada. aku tak cari tu, aku cari santapan rohani aku *begitew* untuk reward diri aku sendiri la. aku nak tudung murah, ngan makanan yang takde kat kL je kali ni. aku borong tudung, dengan harga yg amat puashati, dengan kualiti yg aku nak. RM8.50 je.. cit, kat kL mane nak cari?
makanan? ohh Kelantan lah syurganya. nasik kukus + ayam goreng berempah (Zaeman punye nyummeyhhh!!), akok, jala mas, buah tanjung, roti jala, saleh (aku tak tau nak eja camne haha), jering rebus (mkn ngn kelapa parut, peghhhh mengancam!!), nasik dagang, nasik kerabu, nasik berlauk, murtabak diraja, keropok lekor, ketupat dakat (ke dakap entah hehe).. dan mcm2 lagi la! mmg konfem sgt kenyang, dan harganya sgt2 murah! kenyang sampai ke tulang la beb! :D
walaupun saya dilahirkan di kL, dan susah nak mengaku Kelantan ni kampung saya, tapi saya suka Kelantan. Saye tak ngaku Kelantan sbb saye takde jatidiri org Kelantan. nanti kalau tibe2 saye kate saye org Kelantan, tapi tak reti nak kecek Kelantan, kan ke malu utk Kelantan?
tapi, Kelantan, I love you. especially the foodssss! it rawks! :)

ehem :)

Posted by nikct at 6/20/2010 11:57:00 AM 0 comments

cubaan pertama......... :P

........macam tak berapa nak berjaye je hehe :D

cubaan kedua...... :D

.............tak tau la berjaya ke tak :D



p/s : nasib la sape yang merasanye muahahahahahaha :P

detox foot patch

Posted by nikct at 6/20/2010 10:04:00 AM 2 comments










gambar2 ni aku amek dlm tempoh 1 minggu guna detox foot patch ni. scaryyy~~

dulu aku pakai produk jepun, brand "K" tu. mahal giler! skrg aku dah jumpa yg lain, versi lg murah. setakat pemakaian aku selama 2 minggu ni, aku rasa badan ni ringan la, walaupun aku ni berat haha tp serius! badan rasa ringan, joging pun tak rasa susah nak angkat kaki utk melangkah jauh la. aku pun dah tak berape nak liat nak bangun pagi. tak mudah letih, penat mmg penat la buat kerja seharian, tp takde la rasa nak terjelopok je (betol ke tak vocab aku guna tu? haha!) mayb sbb byk gile toksik dlm badan kan, so tu yg malas je. setakat penggunaan lebih kurang 2 minggu, mmg foot patch ni still penuh dengan sisa-sisa toksik tu la. berkilat-kilat! tah hape la aku mkn selama ni kan. mknn yg tak disediakan bersih, sayur mayur, buah2 yg kena sembur racun bagai, ada food additive, belum kira fast foods (memandangkan aku penah keje kt fast foods restaurant 1 bulan, bygkan 1 hari 1 set fast food depa sumbat kat aku), memang pengurangan kadar kehitaman kat foot patch ni amatlah kecil. kat tepi2 tu je. yg kat tgh2 ni, still hitam legam! ni gambar2 yg aku amek hasil dari aku sendiri yep, bkn amek kat mana2 kat intenet! :)

budak bandor jumpe bendang ;)

Posted by nikct at 6/20/2010 09:01:00 AM 2 comments
biarkan gambar2 berbicara dlm entri kali ni :)
saujana mata memandang :)


adik yang bajet macho haha :D

farhan yang perasan hensem :P


aku menunggumu ohhh.. aku menunggu (",)


budak pungkoq besaq :D

Monday, June 14, 2010

woww..

Posted by nikct at 6/14/2010 02:18:00 PM 0 comments
aku selak2 fb org hari ni, tah sape2 tah punye profile aku main nengok je. kalau ada gambar, aku tgk la jgk gambarnya. tibe2 aku terlawat sorang minah ni punya profile. 'N' bukan nama sebenar. ayu orgnya. cute je ngan baju kurung cotton, ala2 anna rafaeli la. she is in a relationship with someone, nama dia 'D Singh', juga bukan nama sebenar.

Oh, aku bajet kan boipren dia ni letak nama bukan2 la kot, nama samaran. ada org tak letak nama sebenar dia kat fb, saja je kot. so aku assume si 'D Singh' ni pun sama la. aku view profile si 'D Singh' pulak. eh2, betol2 singh la mamat tu.

eh tapi aku bukan nak kutuk inter-religion relationship ni. tapi aku kagum dgn cinta dorang. kira apa yg berlaku dlm movie 'Talentime' tu bukan la rekaan semata-mata. aku tau mmg benda ni ada berlaku dlm masyarakat kita kat Malaysia ni, tp jarang2 kan berlaku? so melihat sendiri sesuatu yang agak jarang berlaku terjadi depan mata, baru la kita akan sedar bahawa perasaan yg tuhan cipta dan bagi kat kita tu sgt2 indah. kate org 'cinta tu buta' la. ada yg menafikan pepatah tu, tp ada jugak betulnya. betol tak?

kepada cik 'N' bukan nama sebenar, wa tabek same lu la der.. lagi baik jika anda dpt menarik dia menyelami agama Islam kita, jgn vice versa mudah mudahan. ye la, besar ganjarannya kan? saye doa yg terbaek utk kalian. Amin :)

sepi seorang perindu

Posted by nikct at 6/14/2010 09:32:00 AM 2 comments
chewahh! tak menahan! hahaha tapi serius weh, aku sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt rinduuu kat incik sailor. terlalu teramat tersangat rindu! 3 bulan stengah dah kami tak jumpa, dan dah seminggu lebih tak borak dgn dia. tapi, Alhamdulillah skang kami bole berhubung melalui e-mel. kalo dulu, maunye kena tunggu dia sampai ke port dulu, or at least ke perairan la, baru leh sms. tu pun sms je lah. mak aih, memang bekobar-kobar la tunggu dia sampai ke port.

penah sekali tu, kapal delay, ya Allah cuak dan kerisauannya tu, tak tau nak gambarkan camne dah. sms tak deliviered2, kalau ikut kira-kira kapal ptt sampai hari tu. tapi, still no news. tp bila dpt delivery report je, aku rase nak melompat2 la. kira bole flying without wings! haha tu over ye.

bila dah bole emel ni, ada hari tu haru jugak bila server dia down. bila dah boleh contact melalui e-mel ni, lagi la kite rasa nak amek tau pasal dia je, kan. sukar nak gambarkan perasaan kerisauan, plus rinduuuu yg amat sgt ni. tapi takdela sampai tahap jadi sepi. tapi poyo la, bole e-mel dia TAK LEBIH 3000 karakter je 1 hari. aiyoh, kena limitkan jugak ape nak e-mel kat dia tu yg leceh pulak tuh. isk. mayb mahal kot caj satu2 e-mel tu nak dihantar ke laut? tak tau la tu.

secara keseluruhannya, cinta dia tak penah menyepikan aku, setakat ni la. walaupun aku selalu je kena tinggal, tak de la sampai tahap sepi ke, sangap ke. rindu tu biasala. ele orang lain berjauhan ngan boipren gelpren seminggu dua pun dah keces gila kan. apetah lagi kami ni. dah la lama tak dpt nak jumpa. at least 6 bulan baru leh jumpa. dan bila dpt nak dgr suara pun belom tentu lg. kerja dia bahaya pulak tu. kureng2 benjol la, lecur la, luka la. haihh mane tak risau kan?

skang ni yg buat rindu ni sedikit terubat ialah family dia. adik2 dia, yg menghiburkan hati bila2 aku rindu kat bangah dorg..hehe

saye rindu sgt2 boipren saye. oh masa, cepat la berlalu~~~

Wednesday, June 9, 2010

minggu bermakna

Posted by nikct at 6/09/2010 08:19:00 PM 0 comments
selama ni secara seriosa aku pegi kerja main2 la jugak.
tapi hari ni, dan semalam agak bermakna jugak la.
pagi aku masuk ofis,
buat kerja2 berpatutan sikit,
siapkan hutang2,
then petang pegi sambung bicara pulak.
hmm ape hal ni?
rajin semacam?
hairan bin ajaib!
biarkan, jangan tegur ^^

Sunday, June 6, 2010

lega~~~~~

Posted by nikct at 6/06/2010 05:25:00 PM 2 comments
tadi aku hampir kehilangan antara benda paling berharga dalam hidup aku. fuhh. dah la incik sailor baru je keluar port hari ni. then benda tu pulak nak hilang.

aku tengah siap2 nak gi kenduri kawen, musim kawen kan skang. bila dah siap, baru aku perasan cincin aku hilang. damn! itu cincin bukan sembarang bai, cincin tu penuh nostalgia, memori, kenangan dan bagai lagi. hati aku dah bagai dilanda tsunami dah. macam2 aku pikir. antaranya :

  1. camne aku nak bagitau dia ni?
  2. kalau aku bagitau benda alah ni ilang, dia boleh terima ke?
  3. ape aku perlu buat?
  4. perlu ke aku bagitau dia?
  5. is it okei with him if I tell him now, means while he is sailing?

bad idea kan? so aku kena berusaha cari dulu, walaupun tadi dah cari. kat tempat2 biasa aku letak, atas fon, meja aksesori, atas katil. damn, takde. camne nih... mana lagi aku letak selain dari tempat2 tu..

mak aku pulak dah menyeru2 nak pegi makan kenduri. takpe la aku pegi kenduri dulu.

masa makan kenduri aku terpikir, kejap lagi mak ayah aku nak ajak pegi Seremban 2 pulak. hati dah makin lama makin tak sedap. camne ni.....

lepas makan, aku cakap kat mak aku aku nak balik umah nak tukar baju sebelum pegi Seremban 2. naasib baik dia kata dia pun nak balik, sbb nak pegi toilet haha mak aku nih...

sampai rumah memang aku selongkar abes la, angkat laptop, karpet, tilam dan segala bagai yang agak2 aku boleh angkat, aku angkat je.. takde lagi..

mak aku dah panggil2 lagi. adoi, cincin tak jumpe lagi. camne nih. aku tak tenang la nak keluar camni.. adoi... takpe la, aku cincai2 siap, terus keluar balik, nak pegi seremban 2 pulak.

on the way ke Seremban 2, aku tak renti2 pikirkan menda alah tu. ishh..mati la aku camni. nak buat camne ni. memang sumpah aku langsung tak ingat mana aku letak, tapi mmg selalunya atas fon, atas katil or atas meja, tak pun laptop. tapi semua aku dah angkat, takde. mana cincin ni? heran aku..

tibe2 teringat balik,

tadi sebelum keluar..
aku tengah main fesbuk..
pastu mak aku panggil2..
aku off laptop..
lepas off, aku tutup laptop aku..
masa tutup, aku rase laptop aku macam tak bape tutup..
so aku tekan lagi skali bagi dia betul2 tutup..

pastu aku terpikir, agak2 nye cincin aku dalam laptop tu kot, sbb tu dia macam tak bape nak tutup.. oke, aku macam lebih positif cincin aku ade kat situ, sbb dah aku cari2 kat tempat lain memang takde. kat mana lagi kalau bukan dalam laptop tu? kan.. masa angkat laptop tu mesti la tak nampak pape sebab aku angkat untuk cari cincin kat bawah laptop, bukan kat dalam dia. yes, aku yakin dan pasti, cincin aku ada dalam tu. balik nanti aku nak bukak itu laptop.

sampai je rumah, bukak lampu, try bukak laptop. semacam sikit, tak se'smooth' pembukaan laptop macam sebelum2 ni. sah, ko mmmg ada kat dalam ni kan cincin. bukak2... ALHAMDULILLAH~~~~ fuhhhhh lega mak nyah! :D

sori ek incik sailor? saye akan cuba tak cuai dah pasni hehehehehe ^^

sayonara, mr.love

Posted by nikct at 6/06/2010 12:06:00 PM 0 comments
3 Jun incik sailor sampai di port.

4 Jun birthday incik sailor.

5 Jun incik sailor meninggalkan saye lagi selama 2 minggu.

next destination : japan. nak ikot laa~! ='(

semoga selamat dalam pelayaran dan dipermudahkan. amin.

Saturday, June 5, 2010

hampir 3 bulan.. tapi, Alhamdulillah :)

Posted by nikct at 6/05/2010 10:06:00 AM 0 comments
bukan kandungan ke ape ye, jangan salah paham pulek :D dah hampir 3 bulan incik sailor pegi naik kapal. and yesterday was his birthday. nothing much I can do here. dah lama tak jumpa, and sempena hari jadi dia pulak saye tak tau nak buat apa. so tak buat pape la sebab dia jauh.huh, faham tak perasaan tu?

ye saye bole sabar. tp, semalam birthday dia. like any other people, i want to celebrate his birthday. i want to be by his side on a very meaningful day for him, at least. :

tak pe la, at least he is here on his birthday. asalnya 3hb lagi T5 dijadualkan akan keluar. so, Alhamdulillah dia ada di sini untuk saye wish birthday dia. Alhamdulillah dia masih sihat walafiat pada hari lahirnya. Alhamdulillah semua selamat dan baik2 je setakat ni. dan Alhamdulillah dia masih menyayangi saye pada hari jadinya. Alhamdulillah :)

Wednesday, June 2, 2010

email dari jauh

Posted by nikct at 6/02/2010 11:27:00 PM 0 comments
biasa la dapat email kan. ape yang nak kecoh sgt? haa tu kalau dapat email spam, tak pun notification dari facebook memang la kita pikir camtu. tapi, kalau dapat email dari orang yang kite rindu? hee.. lu pikir la sendiri nabil! :D
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea