Tuesday, September 25, 2012

promo Astro HD

Posted by nikct at 9/25/2012 05:32:00 PM 0 comments

kesah malas nak layan org astro buat promo on d fon ptg2 yg nyaman nih :

promoter : sy dari astro, nak buat promotion astro HD. akak pakai astro beyond kan?

aku : ye.

promoter : ok akak penah dgr tak pasal astro HD ni?

aku : tak.

promoter : ok. HD ni maksudnya high definition. gambar akan 5 kali lebih cantik dan baik. tp kalo nak ni akak mesti pakai tv berdefinisi tinggi. akak pakai tv LED, LCD x?

aku : tak.

promoter : oo. promosi ni terpakai utk org yang pakai tv tu je. takpelah kak terima kasih.

aku : ok.

dalam hati, YES!! hahaha kijam

Published with Blogger-droid v2.0.4

yang terbaik utk anak

Posted by nikct at 9/25/2012 12:51:00 PM 0 comments

utk keadaan yg saja2 dan suka2, pd hemat saye memberi anak minum susu tepung seolah2 bagi anak makan megi. ye la, makanan yang diproses kan? mesti lah ada pengawet sbb nak bg susu lembu tu bertahan lama duk dlm tin kat atas rak2 supermarket tu. melainkan wujudnya keadaan tak mengizinkan, kecemasan sbb susu kering, under prescription, itu lain la.

dan jgn ditanya kenapa bg susu badan. seolah2 bertanya tuhan kenapa wujudnya susu badan. tuhan tak wujudkan susu ni saja2. inilah nikmat yg penuh hikmah. kat negara mat salleh dorang perah, jual susu badan, komersilkan. berebut beli, nak bg yg terbaik kat anak. susu tepung dibeli atas preskripsi dokter je. kenapa kat sini kita yg berugama Islam pakat duk pulun beli susu lembu yg diproses kilang? lg sedih, ada fahaman bahawa susu tepung lebih baik drp susu badan? apekah @_@

sila baca jadual di atas utk maklumat lanjut. bandingkan khasiat susu badan, susu fresh dan susu tepung. banyak yg kurangnya susu tepung ni kan?? renung2kan..

saye bukan anti susu formula cuma bg saye anak yg berusia bawah 2 tahun tak sesuai diperkenalkan dgn makanan yg diproses kilang. perutnya terlalu muda nak terima makanan kilang tu. kita yg dah tua ni perut dah matang. perut dia tak matang, baru nak berkembang biak. seharusnya kita bg benda yg elok la. seelok-elok makanan yg dia boleh consume seawal ni adalah susu badan. fresh, sihat, cukup nutrisi, insyaAllah.

ya Allah perbanyakkan susu badanku agat ianya cukup utk anakku utk dia menyusu hingga umurnya 2 tahun. ya Allah aku berniat melakukan ini keranaMu, utk mematuhi syariatMu. permudahkanlah ya Allah. amin ya rabbal alamin.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, September 19, 2012

4 months : week 1

Posted by nikct at 9/19/2012 03:58:00 AM 0 comments

"Babies love to check themselves out in a mirror. In fact, faces are your baby's favorite things to see right now. Hold your baby in front of a mirror and watch his delight. He won't understand that it's his own reflection until he's about 7 or 8 months old, but he'll enjoy the view. And the motion of his hands in the mirror will capture his attention."

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, September 18, 2012

genap 3 bulan :')

Posted by nikct at 9/18/2012 05:43:00 PM 0 comments
esok genap 3 bulan incik sailor pegi. dan insyaallah, esok balik la dia yahooooooooo!!!! im extremely super duper double triple hepiiiiiiiiiiiii :))

yea yea.. abah nak balik. yea yeaa!!! hahaha mama ober hepi lagi hahaha

ala,
sedangkan yang pegi keje pagi, balik petang boleh jumpa suami pun rindu,
yang berjauhan sehari dua sebab kursus pun rindu,
yang jd weekend husband and wife pon rindu.

seafearer's wife apetah laaa lagi kannn.

so, kasik can la sama guaaaa..... :D

ok bye nak balik!! tak saba nak jumpe incik sailor besok!!! weeeeeeee :')


wishlist

Posted by nikct at 9/18/2012 11:20:00 AM 0 comments
Polaroid Z340
1st item dalam wishlist sepanjang hayat. macam cara je menda alah ni. tgk sorang colleague pakai ni. terus meleleh air liur. hahaha agak murah. tp mahal maintenance la kot. nak beli paper tu. tapi bole pilih gambar mana nak print since its digital! *setahun print sekeping je la gamaknyeee hahaha*



KIA Forte
erk.. yang ni, masuk wish list jugak, tp terpaksa jatuh no.2. bukan untuk dalam masa yg sangat terdekat sbb mak tak mampoooo lagi la weyyyy!!! hukhukhuk T_T

ok, usaha tangga kejayaan. sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

nama

Posted by nikct at 9/18/2012 11:12:00 AM 0 comments
aku dinamakan Nik Siti Norazlini. ada kisah disebalik penamaan aku. hahaha masing-masing ada cerita kan. bila anak dah lahir, mak bapak pening2 nak bg nama yg terbaik utk anak. sebab, ustaz don kata "nama adalah segala-galanya". sama la macam Izz dilahirkan haritu, masa dalam perut plan nama lain, bila keluar lain, bila nak daftar lain. hahaha sebab banyak sangat pilihan n sbg mak bapak mestila kita nak yg terbaik utk anak. terbaik dari segi maksud dan juga sebutannya.

eh ehh. cerita pasal Izz pulak. haha

bila aku dilahirkan, masa tu dah bertahun-tahun family aku kempunan anak perempuan. selepas abang no.2 dilahirkan, kakak no.3, no.4 dan 5 semuanya takde rezeki nak mengecapi hidup di dunia ni. maka, bila aku yang ke 6 ni nak dilahirkan, doc induce mak aku lebih kurang 36 minggu kot. dalam 8 bulan setengah camtu la. taknak tunggu due date sebab sejarah mungkin berulang.

lepas aku dilahirkan di dunia ni, mula la perdebatan antara mak, ayah dan abang-abang aku berkenaan nama aku. mak aku nak namakan "Nik Siti ..... " (ohh harus dirahsiakan hahaha) tetapi mendapat tentangan hebat daripada ayah dan abang-abang aku. sebab masa tu abang-abang aku dah keje dan masuk U dah pon, so pemikiran dorang pon macam bapak-bapak orang dah la hahaha

so, abang sulung nama Nik Mohd Azlan
yang ke-2 nama Nik Mohamed Azhar

maka yang ketiga dinamakan Nik Siti Norazlini

Azlan
Azhar
Azlini

baru la ngam! kan?

sebenarnya aku lega nama yg dicadangkan oleh mak aku tu dicantas oleh family member yang lain.'
tp dari segi maksud, nama yg mak aku suggest tu lebih baik. berbanding Azlini ni, setakat ni tak penah jumpa dalam mana-mana buku pon. mungkin yang tau bahasa Arab boleh bantu aku mencari maksud ni? er...

*lepas dah berpuluh tahun kakak-kakak aku pegi menghadap Ilahi, tiba-tiba mak aku suruh abang lan tunaikan umrah bagi pihak arwah kakak-kakak aku. baru aku tahu yg kakak-kakak aku dinamakan Nik Siti dan Nik Nor (salah seorang kakak gugur. so takde nama). so sebenarnya nama aku ni digabungkan je. original punya nama hanya la Azlini. huhu

tenanglah kamu di sana wahai kakak-kakak ku. syurga milikmu, pasti. aamiin :')

Saturday, September 15, 2012

baju lobang2

Posted by nikct at 9/15/2012 09:26:00 AM 0 comments

bole dikatakan setiap malam aku bg pakai baju lelobang ni kat izz. sebabnyaaaa.. izz kuat bepeluh. kecuali kalo haritu hujan ke, sejuk ke, baru bole bg pakai baju lengan panjang. kalo nak tgk drama airmata, haa bg la pakai baju tshirt lengan pendek je pon, nescaya pukul 10 mlm nti kena tuka baju sbb dia dah tak selesa ngan tshirt tu.

kdg2 tgh menyusu pun izz bole bepeluh. mungkin metabolisme tinggi kot. aku ada baca, ada org kata benda ni normal. asalkan dia tak meragam etc, so peluh tu ok. mak mertua aku kata kalo dia bepeluh sejuk tu tandanya sihat. so alhamdulillah kalo begitu.

harapnya takde org pikir "nik ni asal uplod gambo je, anak dia pakai baju lelobang. recycle ke" hahaha mmg tak la weh. baju lobang dia ada 7, 6 drpnya SAMA!! hahaha ye la aku mampu uplod gambo malam je la, dah siang aku keje. masa ngan anak tu malam je lah.

dann izz jugak dalam kebanyakan gambo tak pake suar, pake pampers je. haa itu sbb takde suar yg sesuai sgt nak pakai ngan dia dah. suar besa tp ketat kat pinggang. yg buat suar baby ni pon xpandai. buat la besau sket pinggang tu. baby kan pakai pampers. takkan tu tak terpikir kot. isk. so izz pakai gak suar tu, cuma kejap je. time tido mmg tak bg pakai, dah kalo ketat, tak develop la anak aku asek kena cekik ngan suar tu je kan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

mengikut progres :)

Posted by nikct at 9/15/2012 09:07:00 AM 0 comments

"Your baby may amaze you (and himself!) around this age by rolling over from his back onto his front or vice versa. You can encourage this new ability by placing him on his back and wiggling a toy on the side he usually rolls to. Babies love praise, so congratulate him and smile when he manages to roll. When he's on his stomach, you may find that he sometimes rests from his "head-up" position by putting his head down and drawing his knees up under him so that his bottom goes up. He will practise getting both ends of his body up into the air so that he can eventually achieve the hands-and-knees position he'll need for crawling."

email by babycenter.com today at 8.55am

izz sepatutnya lahir 16 Mei haritu. sebab tu dpt emel ni harini. babycenter ni igt izz lahir on time. so inilah progressnya sekiranya izz dilahirkan on time. alhandulillah since last 2 days izz dah ikut progres sptmana yg babycenter ni bagitau. bergolek, rehatkan kepala n tegangkan lutut supaya punggungnya naik. rupanya proses nak merangkak pulak ye. chaiyok izz!!! abah bangga dgr progres izz yg macam2 minggu ni. ohh ye, termasukla suka menjerit jugak skang ni. hahaha apa2 la izz. :D

semoga izz terus kekal sihat, dikurniakan cerdas akal, cergas tubuh badan dan petah tutur kata utk menghafaz al quran nul kareem dan hadis2 nabi. utk jd muslimin yg berguna, betanggungjawab pd agama, pd Allah. insyaAllah. aminn

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, September 14, 2012

lesen

Posted by nikct at 9/14/2012 02:53:00 PM 0 comments
lepas SPM dulu, aku memang nekad nak amek lesen motor. sebab, murah dan mudah. tp mak aku tak bagi amek lesen motor. bila mak tak bagi amek lesen motor, aku takde duit la nak amek lesen kan. tp degil punya pasal, aku keje kat kedai potostat dekat ngan umah aku. dapat je 1st gaji terus quit hahaha sbb aim nak duit utk dapatkan lesen je. materialistik kan hahaha

so aku pon mulakan la pengajian belajar memandu. mula2 amek test L. dah lulus, baru mula belajar bawak motor. mak aku pulak lepas dah nampak aku dapat lesen L, baru suruh aku amek lesen kete plak -,-" awat tak kebor awal2.. huh katany6a alang2 aku dah amek lesen moto, biar la ada lesen kereta sama. huh. takpe la, mak sponser lesen kete tu hehehe
aku bawak lagi macho la hahaha
ade berapa jam tah kena belajar. seperti yg kita semua sedia maklum (or pada sesapa yg penah amek lesen motor), korang mesti tau, yang bila nak amek lesen moto ni, ko kena buat benda-benda alah ni :

meniti - kena buat lebih datipada 8 saat rasanya. less than that, fail muahaha

pusingan lapan - aku ingatkan kecik naa la pusingan 8 nye, rupanya macam ronabot sudaa haha

ini apetah namanya. pusing2 kon la gitu

emergency brake
sebenarnya nak cite pasal kejadian masa tgh training bawak motor, masa kat emergency brake tu laa. dah namanya emergency brake kan, bila disuruh tekan brek aku tekan la macam betol2 ada benda emergency telah berlaku hahaha *skema*

tengah syiok tekan pedal brek tu, tibe-tibe ade benda melantun, tolak balik kaki aku yg tengah tekan brek td. aku brek guna brek tangan la. berenti sambil wat muka terpinga-pinga dan inosen seolah-olah taktau ape sdg berlaku.. er, memang taktau pon. haha

instructor yg duk kat luar litar tu pon dtg tgk aku ngan motor. dia check2 tgk, rupanya.. pedal brek patah!! hahahahaha sampai dia kata "sepanjang 5 tahun aku keje sini tak penah lagi brek patah. ni la 1st time kejadian brek patah ni. ganas gila kau ni"

er, tah2 brek motor yang berusia sekurang2 nya 5 tahun drp tarikh encik bekerja yg dah memang sampai masa nak patah kottt hahaha *denial*

haha mmg kenangan la menda alah ni. lepas drp tu, aku tak berani nak buat brek emergency betol2. brader tu ckp asalkan aku brek sebelum line tu dah cukup utk buat aku lulus hahaha dahtu jgn la bagi nama "EMERGENCY BRAKE" kalo brek biasa je pun dah buat aku lulus! huh

iktibarnya, buatlah sesuatu berpada-pada dan bersederhana je. jangan terlalu bersungguh kerana mungkin akan mengundang padah! haha :D

guling guling macam tenggilingggg :D

Posted by nikct at 9/14/2012 02:15:00 AM 0 comments

alhamdulillah harini Izz bejaya upgrade kebolehan diri hehe haritu sebelum genap 3 bulan Izz da bole meniarap, skang xsampai 4 bulan pulak Izz da bole meniarap dan pusing balik badan dia! tp dia bole meniarap ke sebelah kiri, so bila dia meniarap dan berpusing semula dan terus meniarap dan bergolek lg, jadi macam Izz tgh buat tawaf 1 bulatan hahaha timbul gak pesoalan, kidalkah anak teruna aku ni? tak kesahla janji sehat walafiat aamiiinn..

tilam idok la besa benar. queen size bed je. so 3 kali pusing dah sampai hujung. hahaha kalo siang2 takpe gak nak main ni. ni malam2 time nak tido baru nak buat aksi. Izz ni kan.. mungkin dia tau siang mama keje so dia buat aksi bila malam je la kot? hahaha

haih Izz, patut la resah gelisah. mata nak tido tp badan nak begolek. dr pukul 12.30 sampai la 1.30 aku biar je dia begolek atas tilam ni.

congratulations on your new achievement, son! :D

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, September 13, 2012

Satu Hari Di Hari Raya

Posted by nikct at 9/13/2012 06:30:00 PM 0 comments
woh lama nok mapuh tak update blog hahaha update tp gitu2 je. nak hapdet pasal raya tp xnyempat2!! so, harini menyempatkan jugak diri untuk menghapdet blog. kisah di hari raya. almaklumla, raya 1st utk Izz. even without abah, Syawal kena jugak diraikan. sobs sobs (nada makan hati hahaha)

ok, raya tahun ni kami sambut kat Sepang dulu. husband takdak, kije (sobs sobs again), Nik Azlan & wife pon takde, anak-anak je ada. Nik Azhar & family pon ada. so kasi gegar Sepang dulu la, memeriahkan suasana dengan jeritan dan tangisan Izz dulu hahaha

salam Syawal dari kami dua beranak :)

belom sempat amek gambau family, Izz dah syahid dulu hahaha

xcukup tido lg, so mood tada baik laa hahaha

gambar ma chek n toknik wif cucusss. without Izz sbb Izz dah syahid kan hahaha

the gurlssss

bila dah bangun, ceria pulak dia. suka dpt perhatian abang2 sepupu dia haha

abang fikri paling best sbb dia empuk :D

makcik yg vogue n niece yang mereng.. eh? :P

tgk tu. tido suda banyak tp nguap lg. xsenonoh sungguh hahaha

raya ngan abah thru tab je lah kan Izz kannnn :P

incomplete family portrait. sobs..
kemudian pada sebelah malamnya, kami dua beranak yang comels ni berangkat pulang ke tanah jajahan Selama, Kedah pulak. hehe. dengan menaiki kapal. kapal terbang tau bukan kapal layar. haha semangat berkobar-kobar nak ghaye nih. again, mama macam overrrr hahaha

1st time nak bawak baby naik flight. nebes toksah kata la. macam2 pikir, fobia mcm ape je, selama ni duk pikir takot orang buh dadah dlm beg la, takot org mencopet la. tp skang kena tambah 1 lagi fobia, iaitu takot org amek anak. nauzubillah. alhamdulillah selamat pegi dan balik. syukur sesangat. Izz pulak tak banyak fi'il naik flight. baik je. abang aku pesan suh bagi dia minum susu bila nak take off n landing. takot dia xselesa la telinga bedengung kan. so aku pon try la nak bagi. dia mengamuk marah la aku paksa dia minum susu, sedangkan dia tengah cuba nak menikmati keindahan perasaan ketika menaiki pesawat -,-" walaupun ketika flight kami bergegar sebab belanggar angin kuat, kalo kita ni dah nak gugur jantung kot, dia bole sengih la kan. geram sangat, tp syukur sangat2 Allah permudahkan perjalanan solo mama bawak Izz pulang ke kampong berhari raya gitew. alhamdulillah. terima kasih Allah!

hepi gila ramai org layan dia. haha

trademark. bluwekkk :P

centre of attraction gitew yaww

kesayangan tokayah

mak, bakal mak dan anak dara vogue hehe

epik ni. terjadi acap kali dah hahaha

candid raya dgn family makngah di batu kurau :D

opah nape nak siyes2 ni. kena chill je macam Izz hehe

syahid lagi. senangnye kome tido siang2 ni kan. huh!!

cover depan majalah famili edisi siasat hahaha

siap pegi reunion haji abd rauf gitu.
dengan wanteh

raya kat penang la ni.

penat memang penat jalanraya ni. nak uplod pilih gambar pon penat hahahaha banyak lg sebenarnya tp tak larat la. plus, tak jumpa cari plak di saat aku memerlukan.. dah mcm lirik lagu la pulop haha pendek kata, raya di multiple states ni (Selangor, Kedah, Penang, Perak) sangat OHSEMM. hehe harap2 tahun depan abah ada. boleh raya sakan lagi hehe

bila cuti ni masa memang kejap je dirasakan berlalu. peghh puitis habes la konon. raya ke 6, kami berangkat pulang ke tanah jajahan sepang pulak.
ini budak manyak eksaited naik flight woo. dia tamau tido -,-"
dalam perjalanan pulang pon Izz masih eksaited tak sudah. haha syukur, syukur, syukur. utk ibu tunggal sementara macam ai ni, Allah permudahkan urusan. alhamdulillah sesangat. terima kasih family, family mertua semua. walaupun hari raya kami anak beranak tak lengkap, tp raya tetap meriah dengan ke'havoc'an korang. hehe

utk abah, sabar la banyak2 ye. walaupun puasa dan raya kita tak dapat bersama, tu dugaan kecil je utk kita. kami menunggu abah penuh sabar setiap hari. harap abah pon sabar banyak2 la ye. lebiuuuu abahhhh :')

incik sailor dan kengkawan yang beraya di atas kapal hehe

kami tunggu abah balik ok. we miss u much! :')
ok, nak balik. bye assalamualaikum :)

bongok

Posted by nikct at 9/13/2012 08:59:00 AM 0 comments
pepagi dah buat aku menyirap. SETIAP KALI BUAT EVENT KAT SINI MESTI NAK TUTUP JALAN!! bengang tahap suria baja hitam dah ni. buat event dekat ngan pejabat tu pasai pe?? buat la event kat tempat yg tak sibuk dgn orang nak masuk opis. event management hancus!! konon nak buat kat sini sebab bangunan lawa ke ape? jadahnyaaaaa. dah la tempat tak bape nak luas. pegi la buat event kat tempat luas. dahtu nak tutup tutup jalan. kang bila orang guna jalan tikus, marah. traffic light pon bongok gak. ade ke patut lepas 3 kete je, terus lampu tukar jadi merah. jadah hapeeeeee. orang dah lambat dah niiiiii... eventnya 3 hari lagi woi. tak reti tgk kalendar ke hape. esok lepas org dah balik keje ko set up la khemah 100km pon, tutup la jalan sampai hari isnin pon, ade aku nak kesah ke? ni ko tutup time org nak masuk opis, time org nak balik opis. aku tgk time nak masuk opis td, bukannya pekerja ko datang seawal jam 7 pagi nak set up khemah sume. haremmmm sungguh la. sambutan event tu lebih penting drp pencapaian prestasi n kualiti pekerja!! dah jd defeat d purpose la jadiknya!! agak2 la nak sambut pun biarla berpada-pada. menghabiskan boreh je sume ni.. HUHHHH!!!!!

ya allah menyirap gila hati tubuh badan tangan kepala tangan kaki sume.

ok bole mula keje. bismillahirrahmanirrahim....
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea