Saturday, June 30, 2012

kenit, get well soon!!

Posted by nikct at 6/30/2012 09:41:00 AM 0 comments

kenit sakit. ceri-beri beberapa hari lepas. sampai harini masih ceri-beri tp xbedarah dah la. kenit ni bila xbg lepas, dia mengiau nak kuar. bila bg kuar, tah hape hape dia makan. sbb tu dia ceri-beri bedarah. sbb makan makanan yg xbaik utk usus dia. sudahnya, doc suruh kenakan perintah berkurung selama 1 minggu kat kenit. kesian dia. bila dengar dia merintih tu bg la jugak kuar, tp under supervision la. pg ni dia keluar, makan rumput2, then muntah keluar bendalir putih pulak. mungkin rumput yg dia makan tu mengeluarkan benda racun dlm makanan yg dia makan seblom ni.


harap2 kenit kuat dan cepat sembuh. kesian kenit. pasni kuar jgn la makan sembarangan lg kenit syg oi... huhu


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, June 28, 2012

no, thanks!

Posted by nikct at 6/28/2012 09:10:00 PM 1 comments
sepanjang hidup aku, aku tak pernah memiliki walau 1 pun credit card. kenapa? tak pecaye?

sebabnya mudah je. macam dalam gambar atas ni la. konsepnya, aku taknak berbelanja luar kawalan dan kemampuan. guna debit card n m2u tu selalulah. berbelanja jugak tp masih dalam lingkungan kemampuan. sebab guna duit yang sedia ada dalam akaun. kalau credit card ni, konsepnya ambik dulu bayar kendian kan. wooo bahaya bahaya bahaya. untuk org macam aku teramatlah bahaya.

orang kata kalau takde kad ni susah. nak bayar tiket flight la, hotel la. zaman skang tak susah dah. tiket flight pakai m2u bole (untuk airasia la, yg lain tak mampu der hahaha). hotel, pakai cash je la.

perancangan perbelanjaan tu penting. so taknak susah buat la kira-kira awal-awal. asingkan siap-siap.

itu cara saye. setakat ini, berdasarkan prinsip ni, saye menolak kad kredit dalam perbelanjaan harian saye. tp, cara orang mungkin berbeda. dan mungkin esok prinsip ini berubah, sape tau? :)

see u soon!! :D

Posted by nikct at 6/28/2012 08:46:00 PM 0 comments




setelah 2 bulan, 3 minggu dan 4 hari bercuti, iaitu setelah 1 bulan dan 2 hari mujahid kecik dilahirkan, abah sahut seruan laut. tp kali ni bukan laut dalam. hehe. berjauhan, tp 'berdekatan'. alhamdulillah rezki baby Izz. :)

'dekat' pun rindu jugak. hewhew.. 2 months more, at least.

ya Allah permudahkan urusan hariannya. aminnn..

Sunday, June 24, 2012

dulu... sekarang... :D

Posted by nikct at 6/24/2012 12:42:00 PM 0 comments
belah kiri dengan tengah dah selesai. yg belah kanan coming soon bulan 8 ni. good luck liza!
4 orang dari 5 Beta nak dapat anak tahun ni. yg dalam pengetahuan lah! hahaha
dulu,
membesar ngan kawan2
pi skolah sama2
kadang2 gaduh
kadang2 gelak ketawa
kadang2 nangis sama2


sekarang,
grad sama2
kawen sama2
beranak sama2
membesarkan anak pon sama2

how time flies :D

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, June 21, 2012

puasa

Posted by nikct at 6/21/2012 12:52:00 PM 0 comments

yeah ramadhan dah dekat. ganti puasa x abes lagiiii. so yeah.. harini hari ke 2 puasa (dah puasa masa preggy 1 hari je berjaya. pastu xlarat. aku wonder mereka2 yg posa n preggy, it must b tough for them to complete it rite)


semoga berjaya menghabiskannya seblom ramadhan menjengah semula ye nik.


aja aja fighting!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, June 17, 2012

hepi birthday sayang :)

Posted by nikct at 6/17/2012 07:42:00 PM 0 comments
takde apa yang lebih membahagiakan melainkan dapat buat insan yang kita sayang senyum gembira di hari paling bermakna buat dirinya *gitewwwwwwwwwww*
surpriseeee!!! heheee
alhamdulillah semuanya berjalan lancar. saspek utama berjaya disurprisekan hahaha thanks to my nephews (paan n fikri), my niece alya, my parents n also my babyyy (xmembantu ape pon budak tecik nii hahaha) coz bekejasama sepakat membawa berkat gila2 dalam menjayakan rancangan ni.

sape kata orang dalam pantang takleh buat surprise beday partayyy?? haha

semoga Allah mengurniakan usia yang panjang dan kesihatan yang baik utk mengumpul harta akhirat. semoga cinta kita sampai sorgaaa.. aminnn :)

hari bapak dan Izz 1 bulan! :)

Posted by nikct at 6/17/2012 07:27:00 PM 0 comments
harini Izz genap 1 bulan, dan harini jugak hari bapak. Selamat Hari Bapak utk abah. 

Abah sayang Izz macam menatang minyak yang penuh.... xcaye??

abah hanya dapat rehat bila Izz tido mase awal2 Izz lahir.. sian abah jaga malam utk Izz. Izz plak hepi je dpt layanan 1st klas dr abah. sori abah, Izz xpenah pikir lak susah payah abah layan kerenah Izz.. huhu

abah ajar gaya tido bebas kat Izz... :P

abah layan kerenah Izz bila Izz boringgg.. abah hepikan Izz

ape lagi eh? jap pikir...

haa.. palinggggg cool bila abah ajar Izz guna hp :D

abah dodoikan Izz sampai abah pon tetido skalik ;)

hmm.. ape lagi ye?


haaaa.... yg paling penting, hari2 abah mandikan Izz :) from zero to hero. drp xtau pape, abah belaja mandikan Izz sampai abah dah pro la skang.. tahniah abah!! Izz reallyyyyy proud of youuuuu!!

tenkiu abah utk segalanya. lebiuuuu :')
Abah dah nak pegi keje dah tak lama lagi. Izz ngan mama mesti akan sangat-sangat rinduuuu kat abah nanti. forget us not ok abah? mesti Izz terasa ketiadaan abah. kejap sangat abah ada dengan Izz. Izz baru sebulan abah dah kena sahut seruan bahtera di lautan sinun. sobs sobs. Izz harap Izz kuat nak hadapi ni sume. hukhuk... semoga abah sentiasa dalam peliharaan Allah swt. aminnn... selamat hari bapak, abah... Izz sayang abah ketat-ketat macam mama jugakkkk.


SELAMAT HARI BAPAK UTK SEMUA BAPAK-BAPAK :)

terutama sekali......

bapak saye... yang cool!!
dan tak ketinggalan bapak mertuakuuuu... juga yg cool!! :D

ya Allah kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihi ku dari kecil lagi. ampunkan dosa-dosa mereka, kurniakan mereka kesihatan yang baik, umur yg panjang dan permudahkan urusan mereka dunia akhirat.. aminnn

Saturday, June 16, 2012

akikah Muhammad Izni Abqary bin Mohd Khairil Izham

Posted by nikct at 6/16/2012 09:14:00 PM 0 comments
bluwekkkkk... hahaa

8 Jun 2012 - tarikh majlis akikah bg Izz. haritu ingatkan nak buat lepas abahnye turun kapal lagi skali, memandangkan banyak dah abah perabis kali ni. tp abahnya sendiri nak buat kali ni, kami layankan aje hehe

alhamdulillah majlis berjalan lancar. Izz pon tido je sepanjang majlih haha thank you Allah, thank you famili mertua, sume saling tolong menolong drp awal perancangan sampaiii la ke penghujung majlih. sori banyak2 xdpt menolong apa2 kali ni..

belah sini, insyaAllah lepas raya kami buat doa selamat sempena kelahiran Izz, dan jugak housewarming kot?? hehe tunggu la abahnya turun kapal lagi sekali. sesekali ku rasa teringin... (mcm lagu shimot la pulop) nak jemput kengkawan menjengah ke teratak usang kami. hehe. insyaAllah, ada rezeki sampai la jemputan tu.

Published with Blogger-droid v2.0.4

set tilam babyyy

Posted by nikct at 6/16/2012 06:25:00 AM 0 comments


ohh ini sebenanye aku dah order lebih kurang 3 bulan lepas kot? custom made set tilam kekabu for baby. masa pilih kain tu, xtau jantina baby lagi. tau tp xkompem. sbb tu la 1 design bunga2, 1 lg design stripe. ala baby bukan kesah ape pon. kita buat dia hahaa sedapnyeeee la tilam kekabu nih. tilam kat supermarket bukannya dipebuat drp kekabu. tah drp ikatan kimia apekebendatah. xsedap wat tido. kekabu gak best. idop kekabu!! agi idop agi ngelabann!! *tibeeee haha

crdt to qhasehmama.blogspot

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, June 14, 2012

terbukti aku kuat tido

Posted by nikct at 6/14/2012 08:08:00 PM 0 comments

ok pada yg betul2 kenal aku, memang tak disangkal dangkal lagi yg aku ni memang kuat tido orangnya kan. dalam kelas memang femes abes la sampai lecturer ingat kat aku bukan sebab aku ni best student ke, cleverest student ke ape, tp sbb aku SELALU tido dalam klas dia hahaha


betapa melaratnya kekuatan mata aku utk tido ni tak bole disanggah lagi bilamana benda ni terjadi tanpa gagal pada 17 Mei 2012, hari Izz dilahirkan.


alkisah,


pada hari Izz nak dilahirkan tu, aku dah merasa contraction sejak 24jam yg lalu sebelom tu. tp start tgh malam tu sakitnya menjadi2. doc check, baru bukak 2 cm. nurse advice amek ubat tahan sakit since mmg xde kemungkinan nak terberanak mlm tu. "supaya kamu ada tenaga nak teran esok. kasi rehat la malam ni, tido cukup2", katanya. mula2 aku tolak. nak bertahan selagi bole lah kononnya.


last2 dah pukul 2 pg (17 mei - hari kejadian) tu aku memang xtahan dah. so aku request ubat tahan sakit. maka tidurlah aku drp 2.30pg sampaiiii la 6.30pg.


dah 6.30 tu doc dtg check bukaan. dah 4cm. terus ditolaknya aku ke labor room. ubat tahan sakit plak dah xlaku masa tu. huiyoo rasa dia, mcm 3-4kali ganda senggugut. nak lepaskan rasa sakit tu, tgn incik sailor la jd mangsa. hahaha!! sori sayang, I know u r strong maa. kate sailor hihi :P


lepak labor room sampai 10.30 pagi, nak tunggu bukaan tu bukak lebih luas katanya. nak sampai 10.30 pagi tu, bape kali aku genggam tgn si dia. sampai 1 tahap sakit tu dtg tiap 5 minit. aku dah penat, tido xcukup. so aku hanya akan amuk tiap kali contraction jek. lepas sakit dah reda, aku tido balik. laki ai pon felik, pempuan ni sakit ke idak? gamaknye la kan.


bila dah takde tenaga sesangat tu, sbb xmakan ape pon dari malam td, aku mintak la kat hubby nak makan kurma nak bg tenaga, plus nak bg senang beranak. laki ai pon pusing la amek beg, kuarkan kurma, kopek kuarkan bijiknya. bila dia pusing balik, tengok2 aku dah tido. hahaha


to cut the story short, disebabkan baby punye heartbeat dah decrease, depa tolak aku masuk operation room. aku macam dah kena bius plak mase tu, terawang2 dalam mimpi hahaha bila pakar bius dtg n explen nak perform bius n bla bla bla, aku sekali lagi tetido. yg aku sedar masa doc tu kejut n cakap "nik awak faham x ape sy explen td?". aku, being mamai, jawab "haa, faham2". "kalo,paham awak sign sini". aku amek pen n trus sain je. xpedulik ape dah mase tu.


dalam OR pon, aku tido. bius separuh badan dah jd macam seluruh badan lak sbb aku tido sepanjang operation in progress. sedar2 je doc bius tu kejut aku "nik, nik. bangun. dengar suara sape tu". aku dengan mamainye dengar suara baby teriak then jawab "suara baby saye ke tu?". "iye nik". pastu aku tido balik. haha betuah punye mak kan aku ni? :D


last skali, doc tu kejut lagi skali "nik, diorang nak tunjuk kat u baby u ni". lepas dorang tunjuk Izz, aku tido semula.


so dalam hari nak melahirkan anak sulung pun aku boleh bantai tido, maka event ape je sekalipon yg bole menghalang aku dr tido? hahaha :D


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, June 13, 2012

menu berpantang : untung laa mak n mak mertuaku OHSEMMM!!

Posted by nikct at 6/13/2012 12:28:00 PM 0 comments

dah aku bilang betapa ohsemmmmmmnyaaaa mak aku. semalam mak aku bikin roti jala khas utk aku. hahaha n mak mertua aku pon ohsemmmmm gilaaa sbb masak banyak benda best masa balik kampung haritu. mula2 dia masak ikan haruan (goreng, black pepper, masak asam, stim) pastu agaknya dia tgk muka aku dah betukar jd ikan haruan kot (baca : dah cemuih dgn menu sama), dia bikin cucur kentang, ayam kampung bakar, sambal ikan bilis, sambal paru. peghhhhh.. sape kate berpantang xbanyak benda bleh makan? hehehe


utk roti jala, mcm biasa, telur xdimasukkan la opkos. hanya tepung, serbuk kunyit, minyak sapi sket, garam n air je dibancuh sebelum diliraikan atas ceper. makan pulak dgn kari ayam. peghhhhh!!! terangkat!! xmakan nasik pon xpe!! hahaa


isunya sama ada kari ayam tu bleh makan ke? traditionally xleh, sbb gatal. medically boleh. tp kazen hubby ku kata yg buat gatal tu kulit ayam. kalo masak buang kulit, xde masalah..


ooo patut la lauk kat spital dia masak xde kulit. hahaha *duhh nik, hospital kot, kalo dia masak ngan kulit tu, dah jd kfc la pulopp hahaha* ok ayat yg sepatutnya : ooo patut la hospital bg makan ayam after operate haritu hahaha


utk cucur kentang, buh je tepung, ubi kentang, ikan bilis ngan cili kering. n garam n air opkos. huihh teringat2 kesedapannya sampai harini *meleleh ayaq liuq cheq nihhh baq hangggg*


n tengahari nih mak aku siap masak sambal ikan tenggiri n kuah tumis daging. peghh.. camnih beranak tiap taun pon xpe!! :P


verangan ko nak beranak tiap taun. sorang pon failed lagi. hahaha :D


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, June 2, 2012

anugerah tidak ternilai

Posted by nikct at 6/02/2012 07:37:00 PM 6 comments

bergelar isteri kepada lelaki yg dicintai adalah anugerah Ilahi yg tidak ternilai. apatah lagi apabila dapat melahirkan zuriat baginya.

dunia ternyata lebih indah, bila si dia dipinjamkan untuk mengisi kekosongan hati <3

love u guys ketat2, abah n izz :)

Published with Blogger-droid v2.0.4
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea