Friday, April 27, 2012

free ALL channel?

Posted by nikct at 4/27/2012 04:27:00 AM 0 comments

terbaca kat fb, depa pakat share astro bukak sume channel dia kpd sume customer semata2 utk menghargai customer lepas dorang menang jenama pilihan rakyat Malaysia.


betul ke x wallahu'allam. skang 4.30 pg agak ngeri la nak turun bawah n test kebenaran khabar angin tu.


kalo betol, jom pakat layan. ohh, sehingga 6 Mei tau!! :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 26, 2012

12th check up : ok :)

Posted by nikct at 4/26/2012 09:00:00 AM 2 comments
hiyeayyy semalam check up yg ke doblas!! rutin mingguan dah mula drp last week lagi. bagus la klinik gomen ni, dah la free, bagi follow up kaw2 punye. puashati pulak dgn servis depa. xde la rasa janggal as newbie (newbie ke??? dah nak meletop dah weh toksah perasan hahaha)

belah pagi masuk opis. petang pegi check up. tengahari tak berani nak makan banyak sangat n minum air manis sbb nanti air kencing tak pas, tak pasal2 aku kena tunggu lagi. padahal kalo dapat balik awal, opkos la aku seronot beronot-ronot kan.. so makan mihun sup n air kosong je.

alhamdulillah sume ok. berat dah naik sampai 18kg bro. peghh.... bp, hb n urine ok. phewww. bole balik awal yeayyy hahaha

tp semalam kena jumpa doc. prosidurnya memang 36-37 weeks kena jumpa doc kot. doc intebiu sket2, sume ok. then doc scan. sume biasa je sampai la part yg paling best iaitu jantina baby. doc tanya "dah tau jantina baby??"

"doc sebelum ni ada bagitau"

"ok, so memang nampak jelas kat sini jantina baby. selalunya dah 37 weeks susah nak nampak dah sebab saiz baby dah besar tp kali ni your baby show off pulak"

amboi.. show off ye.. hahaha nak tegelak tengok. dah agak dah doc mesti tanya soklan pasal jantina tu sbb masa tu skrin menunjukkan sesuatu yang sangatlahhh obvious. hahaha hepi dia dapat tayang eh.. isk3 anak sapa la ni :P

minggu depan check up hospital la pulak. 3rd May. fenin makkk, jap hospital jap klinik. ape-ape la labu, asal baby sihat n selamat. Alhamdulillah, cukup la tu :)

masa nak balik mintak doc surat pengesahan EDD*, plan nak cuti dah next week. nak habiskan masa berjimba ngan laki ai. bye2 opis!! muahahaha!!! :D

*EDD - estimated date of delivery

Tuesday, April 24, 2012

deting ;)

Posted by nikct at 4/24/2012 01:25:00 AM 0 comments
ohh my... penat gilessss rasanya skang ni. semalam baru balik dari melaka then harini masuk opis. touch up submission. petang ke seremban pulak, part heard case. esok pagi ke shah alam untuk submission tu. petang ke seremban semula. dan kalau tgk ticker seblah tu, lebih kurang doploh hari je lagi bhai. mcm banyak keje opis tak tersetel lagi. dan baru tadi bos emel (jam 12.20 AM ye dia emel), suruh pegi meeting lagi, dikala sume orang kat opis tu pegi conference kat lumut, perak nu pulak. ohh my.. bila la nak cuti ni. ai tak sabau okkk

ok sebenanya bukan nak merungut pot pet pot pet pasal apa aku buat ke mana aku pegi pada hari ini yang pastinya sangattttlahhh membosankan tu. boringggg~~ yea i knoe.

semalam after dah abes kursus (sebenanye kemarin lagi habis, semalam check out je muahaha), lepas dah kemas barang, check out bagai, kami pon simpan barang-barang dalam kete. then kami mengambil keputusan agak gila la jugak dengan berjalan kaki daripada hotel tu untuk menyusuri beberapa tempat-tempat tarikan pelancong. wahh gitu. kami pulak jadi pelancong di negara sendiri haritu. coti-coti malaysia la kate kau...

melaka street map :)
  • kami mulakan dengan bismillah (ecececewaahhhh hahaha)
  • pastu daripada hotel (Mahkota Hotel) berhadapan Mahkota Parade (bertanda L dalam map atas nih) kami bergerak menuju ke Menara Taming Sari yang terletak seberang jalan tuh. menara tu tinggi 80 kaki kot. yg tak best bila duk dalam tu, takbleh nak berdiri nak amek gambar. memang kena dukkk je. boringgggg!!!
  • lepas dah melawat menara tu, kami gerak menuju ke kawasan Muzium Samudera, dalam 500 meter kot jaraknya.. takde la pulak dalam map ni. apa punya map. tak user frenly langsung... huh.. singgah shopping jap kat pasar depan muzium tu. kami dah macam pelancong daripada jepun since sume barang yang ada kat jepun incik sailor borong kat sini. lagi murah katanye. hahaha apedaaa... kalo tau awal2 xyah beli ape pon kat jepun tu, beli kat melaka je. dekat dan murah. huh..
  • lepas tu kami bercadang nak pegi stadthyus yg bertanda 1 dalam map tp tetiba incik polis kat balai yg bertanda D tu pulak panggil2 kami suruh makan cendol. mula-mula tolak sbb takut termakan kat kenduri kawen org tanpa dijemput tp pakcik tu kata "meh la, cendol ni untuk semua. sambutan hari polis ni". aku bilang "oo bole la jugak, bole hilang haus". incik polis tu cakap "haa minum cendol kompem hilang haus dikk" hahaha ada-ada je pakcik polis nih..
  • lepas dah pekena cendol, kami ubah hala tuju menuju ke A Famosa yg bertanda 5 dalam map. dah sampai situ, kami panjat Bukit St.Paul kot namanya (bertanda 4). ala yg kat belakang atas bukit dekat A Famosa tu laa. naik semput mak jemah tp ku gagahkan jua. rindu hiking n joking sangat kan.. haa amekkk kauuu!!
  • turun daripada bukit tu kami menuju ke Stadthuys, pastu pekena air kelapa n goreng pisang sattt kasi isi perot n hilangkan haus. almaklum la melaka sangat la pemes dgn cuaca panasnya.
  • dah puas bergambar kat situ kami tuju ke Jonker Street (yg bertanda 9 dalam map). pekena pulak cendol Jonker 88 kat situ. mak aii gula melaka dia memang pure terasa ke tekak ok!!
  • balik tu kami lalu kat jalan belakang jonker street, ada nampak la nyonya baba house (bertanda 10).
  • pastu kami ke jeti pelabuhan melaka tu, dekat2 la ngan tempat bertanda B dalam map.
  • then kami lalu semula balai polis tadi untuk pulang ke hotel, terserempak dgn incik polis FRU yang jaga sekor kuda nama Lasso kot. sempoi gila pakcik tu jalan ngan kuda takyah pegang tali pon. kuda tu ikut je arahan dia. mungkin dia babysit kuda ni dari tecik kot?? sempat la amek gambor skeping dua ngan Lasso..
  • lalu semula dataran pahlawan, mahkota parade dan kemudian, tadaaaaaa... sampai semula kat parking lot hotel.
masuk2 kete terus flat rasanya hahaha tp best la dapat kuar peluh camtu. tp yang tak best muka burn daa... aiyakkk. cair mekap makkkk hahahaha :D

best gila dapat deting. pasni taktau la sempat lagi ke tak nak berdeting ngan incik sailor. insyaAllah masa tu deting bertiga la pulak. kalo zaman bujang org kata yang ketiga tu adalah syaitonirrojimmmmm tp skang tidak lagi. ape tunggu lagi sila la kawen cepat2 :P

dalam kepenatan ada kehepian. hehehe

Friday, April 20, 2012

bulan kursus

Posted by nikct at 4/20/2012 08:39:00 AM 5 comments

april adalah bulan kursus sepanjang bulan. masuk opis 2-3 hari je. gila x? dah terlebeh2 dah kursus ni. sepatutnya setahun kena attend kursus 7 hari, tp KSU tetapkan 10 hari kursus (macam... blerghhh). tp walau apa pun jua, kursus utk 2012 dah terlebih2 cukup.


dimulakan dgn induksi umum & khusus early sampai mid april haritu. now kursus bahagian undang-undang sampai hujung wiken ni. then sepatutnya kena pegi conference pendakwaan minggu depan kat lumut, perak tp skang dah nak masuk zon merah (most preggers beranak between 37-40 weeks) maka aku mintak exemption. kalo x jadi anak lumut la anak aku hahahaha


dgn kes2 masih berjalan lg kat court. sooo tired tp nak wat camne. kena kuat semangat n diri ni so boleh setel mana yg patut sebelum maternity leave.


tik tok tik tok....

dup dap dup dap...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, April 19, 2012

11th check up : engaged! :)

Posted by nikct at 4/19/2012 10:57:00 AM 0 comments
semalam pegi check up kat spital. lama gila nak tunggu, biasa la, hospital gomen. apepon aku akan tegar dan redha kat sini jugak since ni je yg paling dekat dengan sepang yang takde hospital, tp ada F1 circuit, airport terbesar bagai tu. huh.

pegi pukul 8.30, doc panggil pukul 11.15. naik letih pinggang, lenguh kaki sume. penat menunggu bukan penat berdiri ke ape. berat naik 1.4 kg drp last check up. total naik berat badan aku dah 16.4 kg nih. waduh waduh. habis la.. boleh ke nak turunkan balik ni? adoiyai. bp n urine ok, normal. kaki dah mula bengkak tp doc kata kalo takde hbp tu, means normal la tu. im gaining weight ok, kalo xbengkak tu mcm xnormal la pulak.

then doc suruh baring. dia pegang perut n bagitau yg kepala baby dah engaged (engaged bermaksud dah masuk ke laluan yang sepatutnya la, bukan bertunang ye) dan insyaAllah tidak akan bertuka posisi lagi. memang patut 36 weeks ni kepala baby dah engaged pon. alhamdulillah setakat ni baik2 je.

bila doc scan, tgk2 saiz baby dah menjangkau 38 weeks. advance 2 weeks nampaknye. hepi tgk dia membesar dengan sangat pesat dlm perot hehe doc bgtau estimated weight dia 3.2kg. gulp!! last 3 weeks kot check up, dia hanya 2.1kg n now in 3 weeks time dia berjaya gain 1.1kg? huh.. dah tau dah ikot baka sapa ni hahahaha

next check up kat hospital 3rd May. next week follow up check up kat KK Salak. waa dah start weekly antenatal check up nih. tgk ticker pon kata 25 hari je lagi. macam tak percaya je sume ni sedang terjadi...

(AMAIGADDDDDDDD!!!)

asalkan semuanya ok, im hepi. Alhamdulillah :)

Tuesday, April 17, 2012

last monthsary berdua ;)

Posted by nikct at 4/17/2012 09:13:00 AM 0 comments

semalam monthsary yg ke 9 wedding kami. aik dah 9 bulan kawen? ok minus incik suami p belayar, jd 5 bulan. hahaha bole pulak kira mcm tu.


anyway, kami xpenah sambut monthsary. anniversary couple pon xpenah sempat nak sambut sbb incik sailor duk atas kapal mase tu. monthsary, selalunya kami wish2 je. birthday pun, xpenah sambut kat luar berdua. sama ada celebration dah belated (sbb masa tu xkawen lg so susah nak jumpa sbb incik sailor org utara nun jauh di kedah sana), ataupun mase tu dah telalu penat (masa bday aku lepas kawen tu baru dapat tau preggy, so baru nak mula alahan2 tu). so secara teknikalnya kami xpenah sambut apa2 tepat pada masanye, melainkan hari raya je la. hehe


tetiba semalam diri ni gatal2 lepas wish monthsary, p ajak incik suami deting2 pulak. maklum le, bulan depan insyaAllah dah bertiga. masa berdua ni tak penah nak sempat untuk merasa celebrate apa2 pd tarikh hari kejadian secara berdua. so, semalam je la masanye. so mcm mana pon plan kena jadi jugak. gituu..


ye semalam hari kerja. ye saye memang penat lg. baca entri bawah ni anda akan tau saye masih penat. tp demi spesel day ni ku gagahkan jua. plannya simple je. kua makan2 n tgk wayang. balik. dah.


tapiii... tetiba teringat janji ngan chek (mak aku) nak pegi umah dia jap. dia mcm rindu aku. tak habis2 suruh pegi rumah dia, tandanya rindu la tu kan? tp dia xngaku secara terang2an la hehehe so pegi kejap. sempat lg dia goreng mee. kenyang xpasal dah kat situ. siap2, pegi alamanda pulak (alamanda je terdekat memandangkan kami sama2 nak flat dah ni).


dah siap beli online tiket ni senang. pegi2 amek tiket je, terus masuk nonton cite battleship. katanye best gile, wajib tgk. tp.. ok la, out of 5 star, aku bg 3 1/2 ke 4 star la. xseperti yg dihebohkan.


habis pukul 11.15 dah memang ngantuk tahap gaban. tetido dlm kete. sampai umah pon mamai je. haha.


incik sailor kate "waa malam ni baru la rasa mcm bebas merdeka sket". mungkin sbb lepas kawen, lagi2 lepas preggy kami xbyk kuar sgt. kuar jugak tp bukan melakukan aktiviti sosial la, lebih fokus kpd komitmen gitu.


haa pada yg suka kua2 bersosial tu sila la buat persiapan awal. hang igt senang ke nak kawen? byk komitmen nak kena buat tau lepas kawen. xsempat nak bersosial sgt. haha. sian my laling. bukan nak kate laki aku ni kaki sosial. kaki sosial yg aku maksudkan kat sini pon bukanla yg pegi clubbing cucuk2 langit tu. dan laki aku bukan jenis suka kua bersosial sgt pon tp kita manusia bese ni kadang2 nak take a break jugak. kann.


wow.. pasni monthsary bertiga pulak insyaAllah. hehe


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, April 16, 2012

impak maksima

Posted by nikct at 4/16/2012 09:57:00 AM 0 comments

setelah hampir 2 minggu x masuk opis, akhirnya bila masuk opis otak jadi tepu. kosong, kosong, kosong.. bak kata najwa latif. impaknya, aku langsung tak ingat ada lg ke x keje2 pending yg ditinggalkan seblom pegi kursus haritu. er, mcm takde. tp betol ke aku da habiskan? hurmm... musykil kuasa kuda kat situ..


setakat ni skrin PC ni dah tembus dah aku tenung dr td. blurrrrnye. mcm mamai pon ade. betol ke aku kat opis ni? isk. kronik naa ni. mungkin kepenatan balik kampung xhilang lg. ditambah plak dgn ketepuan otak yg dah karat sbb lama xmasuk opis, tu yg blurrr nak mati tu..


ya Allah. sabar nik sabar. japgi sampai la apa2 seru tu. buat masa ni, hibernate jap. hihi


Published with Blogger-droid v2.0.2
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea