Friday, July 9, 2010

perjalanan 2 budak perempuan

Posted by nikct at 7/09/2010 01:00:00 PM



Alhamdulillah. tu je yang mampu saye rumuskan sepanjang perjalanan kami berdua ke KK. saye pegi dengan Balqish, 2 orang je. tapi, Alhamdulillah, gunung ke, laut ke, pantai ke, darat ke semua kami berjaya jejaki dengan selamatnya.

paling menarik dlm trip ni adalah ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu. ye, 2 orang budak yang tak berapa nak cukup sifat ni berangan berbulan-bulan lamanya nak naik gunung tu. akhirnya masanya tiba la jugak. berbekalkan semangat yang kuat, nak bekalkan kebolehan fizikal yg kuat, tak boleh, sebab.. ye la kan, weekdays kerja, weekends kenduri kawen, so fizikal agak out la masa tu hehe

perjalanan bermula di Timpohon Gate pada 4 Julai 2010. James (mountain guide kami) kata Timpohon ni bermaksud pondok tempat org duduk2 dalam bahasa Kadazandusun, disebabkan ramai sangat orang yang duduk dulu kat situ sebelum mulakan perjalanan naik ke Gunung..dalam pukul 9.00pagi tu, kami mulakan perjalanan. perjalanan hari pertama melibatkan 6 KM perjalanan, menuju ke Laban Rata. mula2 agak laju la, ye la bukan nak laju mana pun, tapi mula2 kan, siapa yg tak excited? langkah demi langkah kami hayun, makin lama makin mengah la mak. mane tak, altitud (ke latitud ntah?) dah mula berubah. sbb oksigen dah mula kurang. tapi mengah sbb tak fit pun ye. hello, puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara kot.

perjalanan mula dengan trail bertangga. oke la lagi. tapi bg balqish, agak susah sbb tangga tu tinggi, ada lebih tinggi dari paras lutut dia pun ada. mmg sukar la bg dia. tapi, still dia teruskan sampai ke penghujungnya ok. mat-mat salleh pun ade yg baru sampai KM1 mintak nak patah balik. ini menunjukkan bahawa Malaysia Boleh! hehe tibe2.. bila sampai KM4, trail mula nak susah, mmg James pun kata KM4 ke KM5 adalah trail paling getir, sebab ia melibatkan trail berbatu, makin tinggi dan oksigen pun kurang. kat sini bukan takat fizikal, tapi mental kena asah tajam2. part yg paling best ialah sepanjang perjalanan ni, saye tak berpeluh. menjadikan perjalanan sangat selesa dan kekal bergaya haha

tiba di KM6, kami sampai di Laban Rata, tempat kami akan bermalam sebelum memulakan perjalanan ke puncak esok pg. Laban Rata penu, so kami ditempatkan di Gunting Lagadan, lebih kurang 0.7KM dari Laban Rata. takpe la janji ada tempat nak tidur. problemo : dinner will be served at Laban Rata. dan hari hampir malam. jalan pulak, mmg buat aku pikir 3-4 kali la nak turun ke Laban Rata semata-mata utk dinner je. maka, aku ambik keputusan utk stay kat dorm je, makan packed lunch tadi. roti + cheese, telur rebus. hmm roti + cheese, dan telur rebus. amatlah tak sedap dimakan begitu saje. berbekalkan sedikit ilmu komando (hahaha), saye belah telur tu dan selitkan dalam roti cheese tadi. ala2 scramble egg with cheese la jadinya. bedal je la, dharuriyyat =D haha

cuaca, sejuk yang amat. kebetulan masa kami sampai tu, hujan turun. saye rasa hujan la sbb bunyi mcm hujan. nak tengok keluar, kirim salam je la. nak cecah kaki ke lantai pun, ya ampun. walaupun anda berstokin 2 lapis, belum tentu kaki anda boleh tahan kesejukan lantai di dorm Gunting Lagadan itu. walaupun anda berjaket tebal, bersarung tangan, berselimut 2 lapis, belum tentu dapat menahan kesejukan di Gunting Lagadan. saye cilok selimut selapis lagi dari katil atas, memandangkan takda sape2 check in ke dorm tu lagi. baru la selesa sikit nak makan or nak tidur. ye semua saye buat dalam selimut berbondong-bondong itu. SUPER sejuk oke.

kepala belah kanan masa tu berdenyut2, taktau kenapa. saye makan 1 bijik paracetamol, dan tidur. pukul 1.30 am saye bangun, sbb James kata nak datang pukul 2. siap2 nak teruskan ekspedisi. bila saye keluar menghayunkan berus gigi, saye tengok orang lain dah siap pakai jaket tebal2, bermafla, berskaf dan berheadlight. juga sedang stretching. woww, semangat apam, kate saye. saye tak pedulik kan mereka. terus saye siap2. berjaketkan jaket bapak saye, yang saye guna masa final LLB dulu, yang sejuk air cond DSB pun ia boleh tahan sikit2 je la, dan bersarung tangan ice skating Sunway Pyramid. ye saye mmg gila. tp sebenarnya saye sgt tak jangka keadaan boleh jd SUPER sejuk di atas tu. sbb selama ni saye panjat gunung bertshirt SUKSIS pun dah cukup. tak perlu tongkat kayu, sarung tangan, head light jadah semua tu. tapi bila tgk org dress up macam tu, saye dah mula cuak. semua kelengkapan tu saye ada. tp, tak berapa nak sempurna. takpe, perjalanan mesti diteruskan. chaiyokk!!

tepat jam 2.30pg, gate di belakang dorm kami dibuka. maka mula la perjalanan. perlahan2 kami daki tangga. perjalanan lebih kurang 1km melibatkan tangga (lagi2 tangga), lepas tu baru trail berbatu dan bertali pulak. lebih kurang 3km jugak la kena daki pagi2 buta ni, sbb nak tengok matahari terbit, kalau sempat la kan. so kami daki la pelan2. sekali lagi saye ingin menyatakan bahawa cuaca adalah sangat SUPER sejukk. berkali2 angin datang menghembus kami. bila angin datang menyapa, saye tak gerak, sebab terlalu sejuk. dlm hati saye kata "kat mana nak menyorok ni, luas terbentang pulak batu2 ni. kalau boleh sorok pun belum tentu panas. sbb batu kan sejukk".

mental memang tercalar dah masa ni. sebab jalan tak habis2, bila nak sampai puncak ni? td James ckp lepas check point terakhir (Sayat-Sayat), makna dah dekat lah tu, dlm 1km lg. puncak2 lain dah nampak, Donkey Peak, ape peak tah lagi, tapi kami semua menuju ke Low's Peak, puncak tertinggi di Asia tenggara tuh. habis selawat dah pun tak sampai2 lagi. perasaan masa tu lah. snickers 2 bar aku rembat sepanjang perjalanan ke puncak pagi ni. sbb rasa mcm takde tenaga dah nak langkah kaki ni.

setelah mental dah calar, kaki dan betis terutamanya dah naik sakit, baru la kami hampir tiba ke destinasi. puncak tu cinonet je. puncak Mat Cincang lagi besar la. dah la berbatu je. tapi yang penting kami dah sampai la kan. berbondong-bondong lah orang (termasuk la warga mat salleh, korea, jepun, china dan MPKj) yang naik sekali ngan kami nak duduk kat puncak tu menikmati cahaya matahari yang dah terbit tu, ala kami terlambat beberapa minit je. so masa tu matahari dah keluar sikit je la hehe lepas ambik gambar segulung dua, saye mula menggegel pulak. angin makin sejuk. dan orang yg berbekalkan peralatan tak berapa nak sempurna ni kena la turun cepat.

sepanjang perjalanan turun saye jadi syiok sendiri. kebanyakan gambar yg saya ambil masa turun tu adalah self-timer. takpun, saye mintak tolong orang, tah sape2, tak kira bangsa dan kewarganegaraan utk ambikkan haha mana boleh lepas peluang ambik gambar kat tempat yg dah dicita-citakan utk ditawan sekian lama.

perjalanan turun juga sebenarnya lebih mencabar. terutama bila pakai kasut cap ayam je la kan hehe sakit kaki, sebab bila menurun, kaki kita akan ditekan ke depan. mmg sedap la sakitnye beb. so nasihat saye sapa2 nak panjat gunung, sila bawa sandal gladiator dan pakai masa turun, baru masyukk huhu

sampai di Gunting Lagadan, kami siap2 dan terus turun ke Laban Rata utk breakfast. hei, terlupa pulak, kami tawan puncak tu tanpa makan malam oke. huh. terbaikk. bila sampai Laban Rata, budak2 muda mountain guide semua tepuk tangan macam menanti2 ketibaan kami. tahniah bertalu2 la beb. hei, 2 budak perempuan boleh sampai puncak tertinggi di Asia Tenggara la weh.. Alhamdulillah la kan..

dan lepas breakfast, mula la perjalanan nak turun gunung pulak. mak aih, memang mencabar kepala lutut la weh. menggegel kepala lutut ni nak sampai ke bawah nu tau. sakitnya, sampai hari ni la (9 Julai 2010) masih terasa. mcm orang beranak jalan la saye boleh kata haha


CREDIT TO :


  1. BALQISH yang sangat2 gigih nak sampai ke puncak gunung dan berjaya turun dengan selamat. weh minah, we did it!!!! aku rasa nak tampar je kau sbb rasa mcm sangat bermimpi!!!!

  2. dan juga JAMES mountain guide yang cool gila dan sangat membantu bila mental dah calar :)

    dah turun gunung, kami ke pulau pulak. Manukan dan Sapi. saye suka Pulau Sapi. best snorkeling di sana. ikan2 byk, ada belang2, ade kecik, besar, menyerupai batu, mcm avatar pun ada! dan saye jumpa NEMO :) batu2 karang sangat la cantik, dan air sangat la jernih. tp yg menyakitkan mata bila ade jugak sampah dlm laut tu. ee, takde kesedaran sivik langsung ke? pantai situ sangat la cantik, sampai hati korang buang sampah kat situ dan mencacatkan pemandangan? huh.. geram!

    ada jugak pegi Monsopiad Cultural Village. Monsopiad ni bukan nama etnik ke apa, Monsopiad ni orang, pendekar pertama kaum Kadazandusun yang jd headhunter. seronok main2 je la kat sana. kalau nak banding dengan Sarawak Cultural Village, memang jauh lagi besar Sarawak punya la.

    kemudian kami pergi makan Lokan di Salut. saye dan Balqish dua2 tak berapa nak makan kategori siput ni. tapi org dah bawak la kan. maka kena je la makan. makan lokan ni buat saye teringat mamat theodore (in house guide dlm Monsopiad Culture Village td) masa dia makan ulat sagu tu..walaupun saye tak jamah pun ulat tu bila di offer, tp tetap terasa mcm saye sedang kunyah ulat tu bila makan lokan ni. hello, saye ni kerang pun tak makan la kan. tetiba nak suruh saye makan lokan. lokan tu apa at the first place pun saye tak tau hahahaha.

    tp trip kali ni merevolusikan saye di mana saye makan la seafood, termasuk lokan mase trip ni. hei tapi, ayam tetap jadi pujaan hati oke. seafood tetap tak sedap, kecuali sotong dan udang celup tepung. lain, saye boleh makan, tp kalau tak terdesak, mmg saye tak berapa nak makan. uhh.. selain lokan, kami pergi makan ikan bakar di Filipino Market. sangat2 sedap cicah kicap + bawang + cili api + mangga. peghhhh meleleh air liur bila teringat kesedapan kicap tuh huh

    hari terakhir baru la kami pergi shopping. beli kueh mueh tradisional je byk. sbb sblm ni dah dtg dan dah beli souvenir. maka saye rasa tak perlu kali ni. dengan kaki yg tak berapa nak pulih ni, malas saya nak beli byk2. huhu

    OVERALL : saye sangat suke trip ni, especially part naik gunung DAN sampai ke puncak, dan snorkeling di Pulau Sapi. sangat2 best. InsyaAllah, lain kali nak pergi lagi, kalau ada rezeki la :)

    terima kasih yang mendoakan keselamatan pergi dan balik kami :)

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea