Friday, August 5, 2011

Journey to 16.07.2011 :)

Posted by nikct at 8/05/2011 02:41:00 PM
harini baru ada masa untuk mengupdate blog ni properly. ye la lunch hour di bulan puasa pada hari jumaat pulak tu, aku nak buat ape??? today's update : our BIG DAY event on 16th July 2011 :)

nikah & majlis kahwin pada hari sabtu. saye apply cuti pada hari jumaat. kenape jumaat? panjang kisahnye, tp pendek cerita sebab kerja (ade sesuatu telah ditetapkan pada 13-14 Julai) dan tamatnya kontrak pada 30 Jun 2011 dan renewal of the contract yang menjadikan cuti tibe2 dah jadi pendek (cuti sebelum2 ni burn), dan perlu diingat kami ada lagi 1 majlis iaitu bertandang pada 3 September 2011 ni, lepas raya. mana nak raya lagi, nak kahwin lagi.

maka saye apply la hari jumaat.

tetibe,

saye dimaklumkan bahawa sesuatu yg ditetapkan pada 13-14 Julai tu akan ditangguhkan. Alhamdulillah rezeki nak kawen ni hahaha maka saye mengawalkan cuti saye ke hari khamis (14 Julai). kenape tak ambik hari rabu? sebabnye dah dinyatakan di atas. baki cuti dah jadi pendek mendadak.

bila cuti 14 Julai tu, saya selesaikan perkara remeh temeh yg perlu dibuat di saat akhir. iaitu :

1. ambil bantal nikah dan menikmati sauna dan urutan badan di butik pengantin berhampiran rumah saye. sepatutnya bantal tu di ambil pada 13 Julai 2011. tapi akak tu cakap ade orang lain sewa, dia janji hari ni (14 Julai) boleh ambik. setibanya kat butik, haihh malas nak cerita. tp kena cerita jugak supaya beringat la bahawa kerja kahwin ni lah dia dugaannya. sampai ke minit2 terakhir ni pun nak diduga. masa tu emosi xstabil so senang nak marah org. siapa jadi mangsa? siapa yg cari pasal tu la.

saye pegi butik tu around 10am. untuk ambik bantal nikah tu dan dptkan servis spa skali la. tetiba staff dia kate mmg bantal tu org yg sewa skang ni tak sempat nak pulangkan esok (15 Julai). kejadahnye aku nak pakai 16 Julai ni.

"kan saye dah book benda ni sebelum org tu. macam mana boleh bg kat dia pulak??? dah tau saye nak guna 16 Julai dan saye nak datang ambik 13 Julai lagi, kenapa bagi dia kalau dia tak mampu nak pulangkan??? kalau duk dekat takpe jugak, ini duk jauh. saye nak pakai ape 16 Julai ni??????"

haa cuak la budak pompuan kat butik tu. dgn suara macho aku gertak2 sket, dah kelam kabut call bos dia. last2 boss dia sendiri call bagitau akan sewa from kawan dia. haa boleh pon. lega chekkkk.

dah xde mood nak bersauna & berurut dah sebenanye lepas tu. tapi sebab nak kawen kan, n banyak lagi dugaan yg xdiduga bakal menerjah, maka layankan je la. setel di butik tu, balim rumah untuk bermandi-mandian ala spa kat rumah (jimat kos punye pasal la ni hahaha).

2. Pergi ke Majlis Perbandaran Sepang bagi urusan tambahan barangan sewaan. sebelum ni dah setel tapi tetiba nak tambah pulak lagi.

3. lepas tu saye pegi ke seri kembangan untuk pegi ambik aksesori yg nak disewa tu. tanjak la, crown la, rantai, keris n bagai tu laa. sambil discuss pasal bila diorang ni nak pegi pasang pelamin. akak tu bagitau malam je boleh sbb siang diorang sume kerja. pemasang pelamin ni kiranya part timer la, siang2 buat kerja lain.

4.pergi bank dan draw duit utk buat payment kepada vendor2 pada tarikh majlis nanti. lepas draw duit, tetiba nampak kedai yg ade buat bunting. sebelum ni discuss dengan incik laki nak buat bunting ni tapi sampai ke sudah tak sempat n kemudiannya dilupai haha tetiba nampak tu, terus la tanye tokei kedai tu. saye penah kerja dgn dia lepas SPM dulu, kat kedai gambar. skang dia dah quit kerja tu n buat bisnes sendiri.

"ah wei kalau nak buat bunting berapa lama siap???"

"u mau bila amoi?? kalau u order harini isnin boleh siap"

"aiyoo. cepat lagi tak boleh ke?"

"u mau pakai hari ape amoi??"

"hari sabtu ni..."

"itu macam sekarang jugak u kena kasi gambar, jumaat siap"

"berapa harga?"

"u mau berapa?"

"1 saje hahaha"

"selalu RM80. kawan2 kasi RM70 la"

"ok nanti malam saye datang okeiii"

"u kasi cepat tau nanti tak sempat"

"okei2"

so malam tu jugak la saye hantar gambar utk buat bunting n explen kat dia la design macam mana saye nak. saye nak sesimple yg bole je. siap buat design dlm soft copy lagi kasi apek tu. pastu saye nego la lagi,

"ah wei, kita kawan lama, RM50 je 1 bunting tak boleh ka? saye mau design simple je maa.."

"u jemput saya pergi makan tak?"

"haa mesti la mau jemput. ni i bagi u my kad kahwin ni. u mesti mau datang punye la"

"oke2 cincai2 kasi u la"

5. kemudian pergi rumah caterer tu utk hantar kad jemputan (dekat je, caterer kampung je ambik, tapi sedappp dia masak), dan ambik alas meja untuk pasang esoknya kat dewan.

keesokannya, rutin bertambah parah lagi. last minute touch up ni yg seksa ni :

1. beli fresh flowers utk hantaran sikit & hand bouquet. pagi tu hujan renyai2 tapi lamaaaa sangat. so KL jemmmmm sangat. tp kami sampai ke kedai bunga jam 10.00 pagi lebih kurang.

nak buat hand bouquet upah kedai sampai RM70. bunga nye sejambak RM6.50 (hand bouquet masa nikah) & RM16.00 je. so utk menjimatkan keadaan saye pon beli la segulung riben less than RM10 kot?ikat2 je la. nanti2 je la pikir ape hasilnye.

2. pegi rumah maksu utk ambik telur rebus dan tolong masukkan telur rebus dalam sampul. done after solat jumaat.

3. gerak pulang. otw ke Sepang singgah Putrajaya ambik pengapitku, fatiya.

4. setibanya Nik Azhar dan hulubalangnya, maka mula la kerja memasukkan barang2 mknn dalam goodie bag. saye buat simple je. makcik saye bagi telur rebus, saye tambah biskut tedi bear dan abg saye yg baru tiba tu sponsor sumi. kerja ni berakhir lepas maghrib. dengan tenaga kerja 4-5 orang je. termasuk anak buah kot? ni yg betol2 buat la. kalau yg budak2 tu, dah boring je terus cabot. bertuahnye anak buah. hahaha!

5. pegi kedai ah wei utk ambik bunting.sampai kedai nampak ada 2 bunting ah wei gantung depan kedai.

"ah wei kenapa ada 2?? 1 lagi u mau buat sample gantung depan kedai ah??"

"tak la amoi, ni kasi u la dua2."

"wahhh pastu berapa harga u mau charge??"

"tade la. kasi u FREE.."

"hah?? biar betol ah wei?? dua niiii"

"tak pe la. u panggil i makan kan?? i pergi makan laa"

macam tu la baik budinya si ah wei ni. malu dengan dia. tapi anggap je la rezeki kahwin lagi. alhamdulillah. thank u ah wei!!

hasilnya??? tadaaaaaaaaaaaaa....... :))

sempoi je kan? simple2 sudaaa. kang kalo berat2 sangat kang orang tak nampak plak kami yg comel ni hahahaha :D
6. pegi ke rumah akak buat kek. saye mintak dia buat hantaran cupcakes dan wedding cake skalik. malam ni pegi ambik hantaran cupcakes dan bayar balance . takut besok pagi2 tak sempat sebab dah nak nikah jam 9.30. sape nak mengambik pulak persoalannya? masing2 sibuk.

7. hantar cupcakes ke rumah. kak ipar sume sebok decorate dulang hantaran. saye dah mula buat sikit2 sebelum2 ni, yg mane pakai artificial flowers saye dah buat. yg fresh ni mintak tolong dorang la. saye punye tangan xde seni hahaha.

8. pegi ke dewan. dewan ade orang guna utk main badminton. ok saye sewa jam 9 malam kenape ade orang main badminton niii???? brader tu cakap dorang main sampai jam 12. abes orang nak setup pelamin ni nak pasang pelamin kul bape????

bincang nye bincang, penjaga dewan bagi kami masuk. brader badminton sume simpan2 barang. mula la aktiviti kemas susun meja kat dewan pulak. dibantu oleh anak buahku paan dan kawan2 nya dalam 4-5 orang. kami mula dekat pukul 10 jugak la. penjaga dewan cakap kami boleh pakai sampai pukul berapa pun sebab brader2 badminton td dah ambik masa kami.

para pemasang pelamin dan penghias meja makan pengantin sampai jam 10 lebih. ini satu hal ni. tapi malas nak layan kepanasannnn kang aku jadi meroyan pulak. tak bole tak bole. gua kena cool sebab xsampai 12 jam nak kawen.

jam 11.30p.m satu nombor tak dikenali telefon. nama dia ikhwan. dia ditugaskan oleh Aiman (Photo Phrenzy Studios) utk cover majlis nikah & sanding kami. hati ni geram tak terkata tp nak buat mcm mana. saye dah tak berdaya dan majlis dah hampir sesangat2!!! terpaksa pendam dulu utk kebaikan semua. (akan datang la cerita bila ada masa, entri KHAS, SPECIAL untuk PHOTO PHRENZY STUDIOS!!!)

semua skali siap jam 1.00 a.m. mak aihh. rase nak terbaring je kat atas pentas dewan tu. penat tak terkata ni drp pagi ke sana sini. kena tunggu sampai pelamin n meja makan siap baru bayar kat vendor ni. org tu cakap lagi bagus kalau pengantin sendiri ada so that ape yg xpuas hati bole bgtau there n then. tp saye dah penat, ku katakan oke je lah. surrender dah masa tu. apa nak jadi, jadi lah.
pelamin yg siap 1 pagi (dnshima bridal)

9. after bayar diorang, pulang ke rumah. mula belek hand bouquet pulak. nilah hasilnya bila potong memotong dan susun menyusun bunga dilakukan jam 1.30 pagi ;) :

bunga tangan masa nikah
utk sanding (abaikan urat2 yg timbul kat tgn tu hahaha)
oke la tu daripade togel je tangan yg huduh ni kan?? hahaha

10. mandi. siap nak berinai pulak. inai ni kami pakai inai daun. import daripada Selama Kedah (bakal suami bawak la mase tu hahaha). tumbuk2 tambah air teh sikit, perahan limau nipis sikit. then nak pakai pukul 2 pagi tu baru la decide utk tambah nasik pulak memandangkan campuran tu sangat cair dan berair. kesian fatiya pakaikan inai sampai jam 3 pagi dan tapak tangan dia merah mengalahkan pengantin!!! hahahaha.


jam 3 pagi : tido.

jam 5 pagi : bangun.

ini lah harinya. yg dinanti-nantikan. yg dihitung-hitung. yang dikira-kira. tolak darab tambah bahagi = harini lah. 16 Julai 2011.

wuhuuu~~~

saye pegi dapur, makan beberapa suap bubur kacang yg masih tak bersantan (sebab mak aku tak bubuh lagi tp dah lapa aku bedal je lah hahaha)

selesai solat subuh, kakak2 ipar touch up barang hantaran lagi. maksu datang dgn kakak dia, maksu tolong pape yg patut utk hantaran.

kakak makeup sampai. muka dimekapkan hingga hampir jam 9. suke sangat dengan makeup akak ni sbb ok la, tak over gila. thanks kak fadh sbb dah mentransformasikan saye menjadi sebegini cunnnnn (perasan sikit) di hari perkahwinan saye :)

fadnaturalmakeup.blogspot.com :)
siap pakai baju nikah (merangkap baju sanding jugak hehe). pakai tudung, dan veil. final touch up.

melangkah masuk kereta camry Nik Azhar. dan tiba di perkarangan Surau Desa Vista jam 9.20 (barangkali).

duduk diam2 sampai tok kadi nikahkan kami.

Alhamdulillah. yang lain2 ape yg jadi pada haritu, macam nak cerita tp tgk la mood hari2 mendatang. utk sementara waktu, saye kongsikan ini, sekitar majlis kami. ni yg saye kutip2 drp photog ikhwan dan kawan2 yg hadir.

guestbook hardcover buat kat UPM. kos RM 25 termasuk paper.

frame RM5.00 je, kat kedai RM5 (hahaha) dan magic color pen, emm RM2.50? gitu la. letak skali ngan guestbook.

wedding cake kami (bake-me-cupcake.blogspot.com)

dewan di akhir majlis

antara tetamu yg hadir dan ambik gambar dengan kami (pipi lenguh senyum sepanjang hari tp saye hepi!!)

kat pelamin pun ade ambik gambar ofkos!!

haha gini la gayanye org yg disambung contract!! :D

kami yg gembira sbb majlis ALHAMDULILLAH berjalan lancar, dengan izin NYA :)
its not the end of our love story. its the beginning of our married life (lah pulakkkkk!!!!)


THANK YOU ALLAH. TERIMA KASIH SEMUA!!!

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea