Thursday, September 10, 2015

Umrah & Ziarah - Part 1 : TURKIYE

Posted by nikct at 9/10/2015 05:20:00 PM 0 comments
Warning : Entry ni banyak sangat gambarnya...64 keping!

Date : 19 April - 3 Mei 2015
Travel Agent : Andalusia
Ahli rombongan : Mama, Abah, Izni, Ma Chek & Tok Nik

General comment : Kami pilih buat Umrah dan Ziarah asalnya sbb kos haha kos untuk Umrah sahaja RM6k++. Kalau ambik pakej Umrah & Ziarah, tambah RM1k je lg, pastu ko dah dapat pegi tgk negara org jugak (haha niat asal mcm salah je.. xbaik kan kikiki)

Overall trip ni worth every cent sbb ia membuka mata dan minda kita yang selama ni duk terperuk kat Malaysia ni. Sbb tu orang kata pergi la melancong tgk negara orang. Tgk budaya, agama, sejarah dorang supaya jd muhasabah diri. Walau bagaimanapun, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Apa2 pun Malaysia tetap di hati.

So, basically Turki adalah sebuah bandar yang sangat2 bersih, udara segar, pemandangan cantik (maybe sbb spring masa tu), orangnya ramah.

Mazhab berbeza dengan kita. Mula2 terkejut tgk penampilan dorang masa solat tp itulah mazhab dia, so kita hormat je la.

Masjid2 walaupun banyak, orang2 Turki ni suka meriahkan masjid dengan bacaan quran (masa tu bukan bulan puasa pun), aktiviti mcm usrah etc.

Disebabkan cuaca best, orang2 Turki ni suka berpicnic walaupun taman tu terletak tgh2 bandar. Beriadah dengan family.

Orang Turki (or Jabatan Warisan dia, at least) pandai menjaga artifak zaman dulu2. Buktinya di sekeliling bandar, walaupun bandar membangun tp Walls of Constantinople (dinding yang dibina pada zaman Constantin untuk melindungi seluruh bandar Constantinople - kini Istanbul) masih berdiri teguh, tidak diusik pun walaupun jd laluan utama hari2.

Makanan Turki sungguh sihat berbanding Malaysia. Dorang makan daging bakar yang diperap rempah ngan minyak zaitun, sayur (salad la kot) perah2 ngan lemon, minum susu yogurt masam tanpa flavor or coloring. Ada sekali pegi restoran makan nasik lauk ikan kukus je kot tp ikan dia rasa manis maybe sbb fresh. Pastu ada jumpa kebab ikan. Kalau kebab Malaysia buh mayonis, dorang buh yogurt masam n cuka n salad. No sauce. Sihat sangat kan? Bagus sgt2 tp dlm hati rindu nasi lemak Malaysia hahahaha

Keterangan lanjut tgk gambar je la. Cerita banyak2 bukan boleh imagine pon ek haha

Otw nak naik flight

Day 1 : menuju Busra

Bursa terletak di Turki belah Asia. Haa Turki ni terbahagi kepada 2 benua, Asia dan Eropah. 1 trip semua I sapu, Asia, Europe and Middle East. Hebat tak uolsss

Nak ke Bursa kena naik feri.

Pemandangan sekitar Bursa. Mcm NZ lak

Restoran ni mcm KFC la kat Malaysia ni hahaha tgk la muka aku yg terkejut dengan makanan depa. Tapi daging tu sedap. Dia perap camna tah. Cukup rasa

Ni la restorennya. Izz tido lak. Jet Lag mungkin

Masjid di Bursa

Seni khat banyak ditonjolkan dalam masjid2 di seluruh Turki. Banyak sangat masjid yang dilawati so iols lupa kebanyakan nama masjid huhu

Silk Market. Matawang Turki adalah Lira. Masa ni 1 Lira = RM2. Skrg xtau la. Masa masuk kedai sutera ni aku beli tudung 10 Lira je sbb tu paling murah haha

sightseeing


Izz dengan mutawwif dari Andalusia. Ustaz Fawwaz

Geram je orang ni tgk izz, tak duk diam dalam masjid. Dapat2 terus cium

Ahli rombongan

Dalam feri ada kafe. Ni je la mampu nak beli pun. Acah2 nak merasa megi cap Turki 

Sambung lawatan ke Turki belah Europe pula

Jambatan yang menghubungkan Turki Asia dan Turki Europe

Pelajar Malaysia di Turki. Tgk dari jauh dah saling mengenali hahaha

Tourist Guide kami, Mustofa

Motif : nak ambil gambar ngan bunga lawa

Jumpa Heliza dgn Ustaz Syed Kadir dgn isteri dia, Salima AF

Izz ambik berkat bergambar dgn Ustaz

...dan Heliza haha

Ramah tamah orang turki. Ckp ngan depa mcm ayam ngan itik. haha

Izz & Tok Nik depan Blue Mosque


Kereta peronda Metropolitan

Big Bus Istanbul. Ambik gambar je xnaik pun

Org ni mcm pelik apa benda ni. So aku tgh explen la tu ahaha

Blue Mosque dari luar

Hagia Sofiya

Trem tengah jalan. Kat Malaysia takdak tu yang peghak sket haha

Dia pon nak posing

Izz & Abah area2 Hagia Sofiya

Hagia Sofiya dari luar

Izz dan tulipssss

Izz dgn Ustaz

Berlatar belakangkan Bosphorus

Auwww gambar nii. Inside Topkapi Palace. Muzium yang dalamnya banyak bangunan bersejarah sbb asalnya istana


Di luar Topkapi Palace

Dgn driver & Mustofa

Blkg tu tak igt dah masjid apa haha




Naik bot melewati Bosphorus

Senyum sampai telinga toknik bejalan sampai Turki


Tengok tulip tp dia tengok dalam mimpi adoiii

family portrait

anak tido mcm2 perangai mak bapaknya haha

kat turki kan dorang makan minum sihat. So kalo nak jus, dorang freshly squeeze from the fruit itself. Sedapnya. Harga ada la RM10 kot kalo buah delima tu. 

Bagel. Roti tawar je. sihat kan kan kan hehe

Masjid mana dah ni lupa dah haha..ke ini Blue Mosque? Im confused

Make friends

Rombongan keseluruhan

Izz tgh "ashu meme" lagi masa ni. kat kedai tepi masjid pon jadi haha

dalam bas. Bas xde bas buruk2 kat sana. Yg rombongan ni Mercedez Benz ok. Driver pun smart pakai baju kemeja tau. Dorang kan Europe so tamadun pun moden macam Europe

Hagia Sofiya (sebut Aya Sofya): Gereja yang diubah jadi Masjid selepas kota Constantinople ditakluk oleh Kerajaan Uthmaniyyah (Ottoman Turks) diterajui Sultan Mehmet II. Skrg jadi Muzium tp terdapat permohonan dari kaum Muslim untuk menjadikan Muzium ini sebagai Masjid semula.

Grand Bazaar. Takde apa brg mahal. Beli tshirt je haha

Spice bazaar. Beli kurma kot kat sini



So, kalau ada peluang, tolong lah pergi Turki sbb Turki best!!

Izni : 3 tahun

Posted by nikct at 9/10/2015 12:56:00 PM 0 comments
Ok Izni Abqary dah 3 tahun (yeayyy). Alhamdulillah.

DAN Izni tak de adik lagi. Tlg jangan tanya, tlg jgn assume bila aku nak mengandung lagi or bila Izz nak dpt adik lagi. THANK YOU!

Tahun ni Izni dah ke Tadika. Setakat ni dia ok. Alhamdulillah Tadika tak la perfect tp asalkan takde insiden dipukul, dimarahi, bergaduh dan adegan tarik2 kain tudung sebelum ke school tu kira ok. Exam pertengahan tahun dapat no.4 even 1 bulan xpegi school masa tu haha comel je. Pastu hari sukan Izz dpt 2 gold medal untuk acara sepak bola dan junjung pundi kacang :'D

Tahun ni jugak 2 kali Izz admitted to Hosp, dalam masa sebulan pulak tu. Masa tu kita tau sape yg betul2 baik bersimpati dan sape betul2 takde hati perut time kita susah. Siap cakap tanggungjawab jaga anak ni tanggungjawab suami isteri sama2. HA HA HA. Lucu la kau ni.

Izni seorang anak yang baik, mendengar kata, soleh. Sungguh menyejukkan mata n hati mama. Minta maaf kalau mama selalu marah izz. Mcmana mama marah pun Izz tetap menempel ngan mama. Minta maaf ye Izz, mama marah pun sbb sayang, bukan benci. Ok sob sob emosi pula.

Izni : from left 1yo, 2yo & 3yo
Till then, daa..

Dokumen bagi tujuan permohonan Visa (UMRAH)

Posted by nikct at 9/10/2015 12:11:00 PM 0 comments
Assalamualaikum. Lama tak berblog haha

Ok pendek cerita, tahun lepas pegi Umrah dengan Andalusia.

So berikut adalah prosedur nak apply Visa bagi tujuan Umrah yang aku sendiri lalui. Untuk yang pergi dengan bapa tiri, adik beradik etc, boleh refer www.andalusia2u.com untuk maklumat lanjut.

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Visa (wajib bawa dokumen asal masa submit permohonan) :


  1. Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan berserta 6 muka surat kosong. 
  2. 4 keping gambar berwarna berukuran 6 cm x 4 cm berlatar belakangkan warna putih. Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap) manakala lelaki tidak digalakkan memakai songkok atau yang menutupkan kepala.
  3. Kad suntikan ACYW135 @ Surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta.  


DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU PENGESAHAN JABATAN/AGENSI BERKAITAN (wajib submit salinan yang telah disahkan sahaja) :

  1. Untuk wanita yang sudah berkahwin (dalam kes ni, aku) - Salinan sijil nikah (perlukan cop pengesahan JABATAN AGAMA NEGERI & WISMA PUTRA) 
  2. Untuk wanita bawah 45 tahun & lelaki bawah 18 tahun bermahramkan bapa (dalam kes ni, Izni)- Salinan Sijil lahir (COP JPN & WISMA PUTRA) 

Kesimpulannya, untuk lelaki umur 18 tahun ke atas, dorang perlu submit dokumen wajib je (pasport, gambar ngan kad vaksin). Tp untuk perempuan ngan budak bawah 18 tahun, kena submit sekali dokumen sokongan (contohnya sijil kahwin, sijil lahir etc).

So step dia mula2 bawa dokumen asal + photostat copy dan pegi dapatkan pengesahan Jabatan/Agensi berkaitan dulu (Jabatan Agama Negeri atau JPN), lepas tu baru ke Wisma Putra untuk dorang sahkan dokumen tu  telah disahkan oleh Jabatan/Agensi berkaitan (dalam bahasa Arab pulak).

Pastu submit semua dokumen ni ke pihak Andalusia (Travel Agent) untuk dorang uruskan permohonan Visa. Dalam setengah hari semua urusan ni selesai. Lepas tu tunggu je la, kalau ada apa2 travel agent akan call maklumkan la (xcukup dokumen etc)

p/s : Agak efisyen juga Jabatan/Agensi Kerajaan skrg ni (baca : tahun lepas 2014)

Next : Umrah dan Ziarah
Semoga bermanfaat. Till then...daa

Wednesday, June 11, 2014

HAI!

Posted by nikct at 6/11/2014 05:06:00 PM 0 comments
Assalamualaikum wbt

Punya la lama aku tak hapdet blog. Dah lebih 1 tahun weh.. to be exact, 1 tahun 4 bulan.. masyaAllah...

terlalu banyak yang dah terjadi dalam 1 tahun 4 bulan nih..

Aku dah tukar Jabatan, balik ke Jabatan asal.. Alhamdulillah sabar tu buahnya indah..
Izni Abqary anak soleh dah nak masuk 2 tahun 1 bulan..
Husband aku masih kerja kapal...berkali2 sign on and off dah drp tahun lepas haha tp skang sambil2 tu buat kerja online, blogger katanya..
Kami suami isteri dah pegi menunaikan umrah..
Kenit dah ramai kawan.. thanks kat suamiku yang rajin membela iteww
Wan kena stroke tp alhamdulillah mild je so skang dah sihat walafiat..

Mungkin di lain entri boleh cerita lanjut tp mungkin juga tidak hahaha kerana life must go on jd kita cerita benda yg current udah la malas nak korek cerita lama...unless ia adalah satu ilmu bermanfaat untuk dikongsikan...gituuu..

yg pasti teknik penulisan blog aku dah failed la.. kena asah semula.. kalo ada masa eheheh

Monday, September 2, 2013

Back to normal routine

Posted by nikct at 9/02/2013 02:41:00 PM 6 comments
Bila abah sign on semula (15 Ogos 2013), balik lah mama ke pangkal jalan. Kembali merewang meroyan tak tentu pasal kat blog huhuhu T_T

Sepanjang abah sign off yg lalu, selain drp puasa dan raya, sempat lagi kami mengembara Cuti-Cuti Malaysia anak beranak. Selain dr urusan kerja, mama memang ambik cuti khas untuk spent time ngan kesayangansss mama dua orang nih.

Macam biasa, picture speaks a thousand word.. hehe (walhal malas) muahaha (Sori tak tersusun coz dah lupa susunan rentetan peristiwa haha)

riadah pagi bawak izz jalan2 kenal dunia. haha

kami ke Kota Kinabalu, Sabah sebab mama ada conference kat sana. Lepas habis conference kami pecut pi Kundasang, merehat2kan minda yg seteres dek conference berupa torture tu haha


ke taman tasik titiwangsa. tiba-tiba jumpa kudaaa..
ke beach wedding kawan abah kat lumut, perak.

singgah menara condong, teluk intan. makan-makan angin je. haha

ke kuching, sarawak atas urusan kerja jugak. tp sebelum tu makan angin lg. ai kembung la perut asek makan angin jak hahaha alang-alang ke kuching, kami ke Pasar Serikin dekat Bau, Sarawak. rembatla sebidang tikar sarawak buat ole-ole hehe

balik kampung haritu opah n tokayah ajak berpicnic. maka berendamlah dalam sungai anak iols. hehe
mama amek cuti untuk ke Langkawi!! kami pegi island hopping, shopping, makan n jalan sepuas-puasnya!! lepas ke langkawi, kami singgah Wang Kelian & Padang Besar kat Perlis! Lepas tu sambung berjambi jimba kat Ipoh pula (sebab mama ada meeting kat sana).
Lepas Ipoh, kami naik cameron highlands untuk kali ke berapa taktau dah. sat bagi depa ni pikiaq dulu.. hahaha
ke melaka untuk wedding uncle faiq dan aunty fathin. sebelum tu lepas balik dr sabah kami terus ke melaka untuk wedding aunty fad & uncle faris
raya mega project : family portrait. sayang korang ketat-ketat, abah n izz :')

sesudah 5 hari raya, abah dapat panggilan dari laut. huhuhu T_T


kejap sangat rasanya 2 bulan abah cuti ni. baru 2 minggu abah pegi, dah rasa macam 20 tahun (hiperbola metafora). nak tunggu abah genapkan 2 bulan untuk off lagi skali, masyaAllah. dugaan sangat rasa.

Ya Allah, lindungilah ketua keluarga kami dalam mencari rezeki halal untuk kami. Aaminn....


Perkahwinan

Posted by nikct at 9/02/2013 02:01:00 PM 1 comments
Perkahwinan,
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua,
Bukan juga sampai tua
Ia perjanjian sampai mati.

Perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Jesteru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Tika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.

Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman & takwa,
Untuk belajar meniti sabar & redha Allah SWT,
Kamu bukanlah Saidina Abu Bakar R.A,
Tidak setegas Saidina Umar R.A,
Tidak sewara' Saidina Uthman R.A,
Pun bukan segagah Saidina Ali R.A,
Jesteru, kamu adalah suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.


semoga kasih ini mekar hingga syurga, insyaAllah. demi Allah aku sayangkanmu, suamiku.

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea