Thursday, September 10, 2015

Umrah & Ziarah - Part 1 : TURKIYE

Posted by nikct at 9/10/2015 05:20:00 PM
Warning : Entry ni banyak sangat gambarnya...64 keping!

Date : 19 April - 3 Mei 2015
Travel Agent : Andalusia
Ahli rombongan : Mama, Abah, Izni, Ma Chek & Tok Nik

General comment : Kami pilih buat Umrah dan Ziarah asalnya sbb kos haha kos untuk Umrah sahaja RM6k++. Kalau ambik pakej Umrah & Ziarah, tambah RM1k je lg, pastu ko dah dapat pegi tgk negara org jugak (haha niat asal mcm salah je.. xbaik kan kikiki)

Overall trip ni worth every cent sbb ia membuka mata dan minda kita yang selama ni duk terperuk kat Malaysia ni. Sbb tu orang kata pergi la melancong tgk negara orang. Tgk budaya, agama, sejarah dorang supaya jd muhasabah diri. Walau bagaimanapun, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Apa2 pun Malaysia tetap di hati.

So, basically Turki adalah sebuah bandar yang sangat2 bersih, udara segar, pemandangan cantik (maybe sbb spring masa tu), orangnya ramah.

Mazhab berbeza dengan kita. Mula2 terkejut tgk penampilan dorang masa solat tp itulah mazhab dia, so kita hormat je la.

Masjid2 walaupun banyak, orang2 Turki ni suka meriahkan masjid dengan bacaan quran (masa tu bukan bulan puasa pun), aktiviti mcm usrah etc.

Disebabkan cuaca best, orang2 Turki ni suka berpicnic walaupun taman tu terletak tgh2 bandar. Beriadah dengan family.

Orang Turki (or Jabatan Warisan dia, at least) pandai menjaga artifak zaman dulu2. Buktinya di sekeliling bandar, walaupun bandar membangun tp Walls of Constantinople (dinding yang dibina pada zaman Constantin untuk melindungi seluruh bandar Constantinople - kini Istanbul) masih berdiri teguh, tidak diusik pun walaupun jd laluan utama hari2.

Makanan Turki sungguh sihat berbanding Malaysia. Dorang makan daging bakar yang diperap rempah ngan minyak zaitun, sayur (salad la kot) perah2 ngan lemon, minum susu yogurt masam tanpa flavor or coloring. Ada sekali pegi restoran makan nasik lauk ikan kukus je kot tp ikan dia rasa manis maybe sbb fresh. Pastu ada jumpa kebab ikan. Kalau kebab Malaysia buh mayonis, dorang buh yogurt masam n cuka n salad. No sauce. Sihat sangat kan? Bagus sgt2 tp dlm hati rindu nasi lemak Malaysia hahahaha

Keterangan lanjut tgk gambar je la. Cerita banyak2 bukan boleh imagine pon ek haha

Otw nak naik flight

Day 1 : menuju Busra

Bursa terletak di Turki belah Asia. Haa Turki ni terbahagi kepada 2 benua, Asia dan Eropah. 1 trip semua I sapu, Asia, Europe and Middle East. Hebat tak uolsss

Nak ke Bursa kena naik feri.

Pemandangan sekitar Bursa. Mcm NZ lak

Restoran ni mcm KFC la kat Malaysia ni hahaha tgk la muka aku yg terkejut dengan makanan depa. Tapi daging tu sedap. Dia perap camna tah. Cukup rasa

Ni la restorennya. Izz tido lak. Jet Lag mungkin

Masjid di Bursa

Seni khat banyak ditonjolkan dalam masjid2 di seluruh Turki. Banyak sangat masjid yang dilawati so iols lupa kebanyakan nama masjid huhu

Silk Market. Matawang Turki adalah Lira. Masa ni 1 Lira = RM2. Skrg xtau la. Masa masuk kedai sutera ni aku beli tudung 10 Lira je sbb tu paling murah haha

sightseeing


Izz dengan mutawwif dari Andalusia. Ustaz Fawwaz

Geram je orang ni tgk izz, tak duk diam dalam masjid. Dapat2 terus cium

Ahli rombongan

Dalam feri ada kafe. Ni je la mampu nak beli pun. Acah2 nak merasa megi cap Turki 

Sambung lawatan ke Turki belah Europe pula

Jambatan yang menghubungkan Turki Asia dan Turki Europe

Pelajar Malaysia di Turki. Tgk dari jauh dah saling mengenali hahaha

Tourist Guide kami, Mustofa

Motif : nak ambil gambar ngan bunga lawa

Jumpa Heliza dgn Ustaz Syed Kadir dgn isteri dia, Salima AF

Izz ambik berkat bergambar dgn Ustaz

...dan Heliza haha

Ramah tamah orang turki. Ckp ngan depa mcm ayam ngan itik. haha

Izz & Tok Nik depan Blue Mosque


Kereta peronda Metropolitan

Big Bus Istanbul. Ambik gambar je xnaik pun

Org ni mcm pelik apa benda ni. So aku tgh explen la tu ahaha

Blue Mosque dari luar

Hagia Sofiya

Trem tengah jalan. Kat Malaysia takdak tu yang peghak sket haha

Dia pon nak posing

Izz & Abah area2 Hagia Sofiya

Hagia Sofiya dari luar

Izz dan tulipssss

Izz dgn Ustaz

Berlatar belakangkan Bosphorus

Auwww gambar nii. Inside Topkapi Palace. Muzium yang dalamnya banyak bangunan bersejarah sbb asalnya istana


Di luar Topkapi Palace

Dgn driver & Mustofa

Blkg tu tak igt dah masjid apa haha




Naik bot melewati Bosphorus

Senyum sampai telinga toknik bejalan sampai Turki


Tengok tulip tp dia tengok dalam mimpi adoiii

family portrait

anak tido mcm2 perangai mak bapaknya haha

kat turki kan dorang makan minum sihat. So kalo nak jus, dorang freshly squeeze from the fruit itself. Sedapnya. Harga ada la RM10 kot kalo buah delima tu. 

Bagel. Roti tawar je. sihat kan kan kan hehe

Masjid mana dah ni lupa dah haha..ke ini Blue Mosque? Im confused

Make friends

Rombongan keseluruhan

Izz tgh "ashu meme" lagi masa ni. kat kedai tepi masjid pon jadi haha

dalam bas. Bas xde bas buruk2 kat sana. Yg rombongan ni Mercedez Benz ok. Driver pun smart pakai baju kemeja tau. Dorang kan Europe so tamadun pun moden macam Europe

Hagia Sofiya (sebut Aya Sofya): Gereja yang diubah jadi Masjid selepas kota Constantinople ditakluk oleh Kerajaan Uthmaniyyah (Ottoman Turks) diterajui Sultan Mehmet II. Skrg jadi Muzium tp terdapat permohonan dari kaum Muslim untuk menjadikan Muzium ini sebagai Masjid semula.

Grand Bazaar. Takde apa brg mahal. Beli tshirt je haha

Spice bazaar. Beli kurma kot kat sini



So, kalau ada peluang, tolong lah pergi Turki sbb Turki best!!

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea