Friday, September 11, 2015

Umrah & Ziarah - Part 2 - Saudi Arabia

Posted by nikct at 9/11/2015 09:43:00 AM
 Selepas ke Turkiye, kami pun dibawa ke bumi Madinah dan Makkah.

Bila cakap pegi umrah ni ramai tanya senang ke bawa anak..insyaAllah dipermudahkan. Mujur dia xmengamuk sepanjang jalan pun dah syukur Alhamdulillah. Mana taknya, flight KL-Istanbul dah 11 jam, Istanbul-Madinah 3 jam setengah. Pastu Madinah-Makkah (by bus) 5 jam pulak.

Untuk umrah masa tu Izz tak potty train lg, orang kata takde masalah kalo nak bawa anak pakai pampers tp kena make sure dia dipakaikan pampers baru sebelum mula tawaf dan tak boleh kencing berak. Kalo x kena bayar dam pula sbb syarat sah tawaf ketika buat Umrah adalah suci dari najis. Kitorang tak konfiden la pulak dia xkencing xberak masa tu. So kami ambil sistem giliran. Bawa izz ke Masjidil Haram lepas solat isyak je untuk tawaf sunat (tawaf sunat tak terikat dengan ihram etc so senang). Masa solat Alhamdulillah xsusah pun, letak je dia kat depan kita insyaAllah takde apa2.

So untuk bawa anak2 ke Madinah & Makkah, digalakkan. Susah sikit tu biasa la sbb orang ramai amat tp insyaAllah, tawakal pd Dia dan semua OK je :)

Bab makan kat Arab ni toksah la nak risau. Untuk budak2 pun. Depan masjid je dah ada mall kat Menara Jam tu. Masuk situ beli la nak apa, buah ke, susu ke, roti ke..yg takde mak bapak je utk dijual hahaha

Overall, saya nasihatkan yg sihat bertenaga muda remaja semua untuk pegi perform Umrah dan rasai sendiri pengalaman. Sblm pegi selalu tgk je gambar Kaabah tu rasa mcm besar sgt sbb tgk orang sekeliling mcm semut je. Tp masjidilharam takde la besar mana, tawaf 7 pusingan tu sekejap ya amat. Saya nasihatkan pegi time muda bertenaga sihat remaja ni bukan apa, yg meletihkan tu sbb crowd je. Saya takleh bayang musim haji mcmana. Umrah je pun dah bersesak. Kalau dpt buat haji di usia muda pun lg bagus. Sbb kita ada kudrat lg. Sehari nak buat banyak2 kali ibadat pun boleh. Berbanding dgn org tua kudrat dorang terbatas.

Lepas umrah kita singgah menara jam pastu makan nasi arab sampai lebam hahaha :P

ok layan gambor dulu. Malas nak tempek byk2 arini sbb malas nak transfer gambar dr hp.



Izz lepas tawaf sunat. Dia pun tido je masa bawa tawaf tu. Utk tawaf sunat ni mmg mama khaskan doa utk Izz je. Semoga membesar jadi anak yg soleh, penyejuk mata & hati mama abah...semoga lembut hati nak terima suruhan Allah & nasihat mama abah. Semoga dikurniakan kesihatan yg baik, akal yang cerdas dan bdn yg cergas untuk berjihad di jalan Allah.

Incik Sailor : selesai Umrah

Masa ni otw dari Madinah ke Makkah

Kami lepas Umrah

Saye lepas Umrah. Alhamdulillah dpt buat 3 kali Umrah untuk trip ni

Izz di Jabal Rahmah tempat Nabi Adam bertemu semula dengan Hawa selepas 100 tahun terpisah

Makkah under construction. Masjid dan bangunan sekitar dibangunkan dengan sungguh pesat

1 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea