Wednesday, July 27, 2011

keje kawen :)

Posted by nikct at 7/27/2011 11:31:00 AM 0 comments
saye dah mengepos entri-entri yang saye simpan buat pekasam selama ni, semasa proses persiapan perkahwinan saye dan incik sailor dibuat daripada berbulan-bulan lepas.

bole la rujuk pada label "keje kawen :)"

bukan senang nak hidup bahagia ok. fuhh lega my part dah setel.

belah incik sailor belum setel lagi.

kad pun tak buat. rase nak gigit-gigit je itu incik. eeeee!!!

Tuesday, July 19, 2011

air mata seorang isteri :)

Posted by nikct at 7/19/2011 08:54:00 AM 0 comments
alhamdulillah. akhirnya kami telah disatukan. ye saye dan.incik sailor saye. nak cerita apa jadi haritu, tp mungkin pjg sgt. ape saye boleh kate, majlis bjalan lancar, alhamdulillah dipermudahkan.

saye cool je masa akad nikah tu. xnanges pun. bedebar tu adat la. memula rase nak nanges, dah suruh member standby tisu, tp nasib baik xkuar. kalo x hilang macho gua wahahahahaha

tp akhirnya airmata ni menitik jugak. bukan pd hari pernikahan kami. tp esoknya. pabila dia mengimamkan solat subuh. masa tu, rasa bersyukur tak terkata, diberi peluang merasa saat tu, betapa indahnya cinta itu, betapa diri ni rase teharu gile la dgn peluang yg tuhan bg ni.

sumpah aku cinta dia :')
Published with Blogger-droid v1.7.1

Tuesday, July 12, 2011

kamu lucuwww!! :D

Posted by nikct at 7/12/2011 09:20:00 PM 0 comments
yess, kamu. terlalu teramat terrrrrr sangat luccuwww!!! (gelak guling2 sampai tergolek) wakakaka hahahahahaha wuahahahahaahahaha wehuuuuuu!!! :D

terima kasih sbb dah menggeletek saye untuk ketawa. i really need this hahahahahahahahaha! thx a lottttt!!!! :D
Published with Blogger-droid v1.7.1

Monday, July 11, 2011

budak jongos.

Posted by nikct at 7/11/2011 09:01:00 PM 0 comments
dulu jongos je pegi tadika, xtau ape pun. hari2 kena pukul ngan getah paip sebab malas bangun nak pegi kelas.

tibe-tibe naik darjah 1. pun jongos lagi. pegi skola taktau ape ertinya. yg reti hari2 mainnnn je. bangun lambat, lengah2, masuk kelas pun lambat. belaja ape, lagilah taktau. periksa dpt no. teruk2.

naik darjah 2, 3, 4, 5 pastu 6. tak penah duk kelas depan2 pun masa skola. dpt no.1 pun mase duk klas tercorot. cekgu pun nanges tgk result. besok nak exam upsr pun boleh layan piala thomas lagi.

habis skola rendah, naik menengah. mak bapak hantar asrama pun lari balik. nak skola kat skola paling jahat tu jugak. nak ikut kawan2.

tup tup dah naik form 3. blaja kat klas tgh2, arwah cekgu vadivel beriya mengajar maths. gile beriya sampai ketuk kepala sendiri dgn tapak kasut, nak bagi budak ngeri la. mmg ngeri pun. insaf kejap. belaja maths sampai pandai la jugak.

pmr, alhmdulillah. tak la dpt straight A. tak banyak pun A. tp dikira pencapaian terbaik dlm hidup. ye la darjah 1 penah dpt no 20++ kottt. dpt duk kelas no.2 jd la, biarpun kat skolah terjahat je.

hello skolah terjahat ni la yg dicalonkan jd skolah harapan negara okkkkk lepastu.

belaja tak hengat punye susah. budak jongos masuk kelas hayat la katanye. tak nganga aku? kira aku nganga sampai whopper burger king tu pun leh masuk semulut je la. huh.

spm, result tak gempak. same je, maintain mcm pmr. sabjek yg ptt kredit, sume kredit. subject core, boleh tanam 7 kaki ke dlm perot bumi coz mmg gagal!!

kwn sume dapat offer metrik. aku je tak dpt mana2 offer. gila sedih mentang2 subject core aku hancusss takde sape sudi terima.
tetibe ternampak iklan asasi undang-undang kat uitm. apply terus masuk. tak kaji latar belakang. rupa2nya kena belajor dlm inggelish. fully english kate org jawa. peghhhh.

dgn perih jerih dan muke confident buat yakin je stadi kat uitm. anak polis pencen yg bahasa pengantaraan kat umah bahasa melayu, dtg dr skola budak jahat tetibe belajor dlm inggelish. lama jugak aku bersahabat dgn kamus. sampai relai la kiranye. tp xpandai2 jugak kecek inggelishnye.

hari2 ckp kat rumet "aku nak tuka courseeeee".

tetibe je dah habis belaja.

alhamdulillah terus dipanggil interview. gigil2 tengok2 dapat keje. alhamdulillah rezeki.

tetibe terkenal ngan sorang budak. comel je muka. dr cara dia cite, mcm sopannnnn je (masa tu la hahahaha). chat tetiap malam, tetibe tuka2 no. sms pulak. calling2. tetiba ajak jumpe......

tengok2 serasi. kimia sesangat!!

dah lebih setahun lima bulan empat hari (lebih setahun lima bulan empat hari sebab termasuk hari aku jatuh cinta padanya tp tak ingat bila).

.......dan akan disatukan pd hari yang ke setahun lima bulan sembilan hari setelah kami bersama. insyaallah. :)

cepat betul masa berlalu. budak jongos ohh budak jongos.
Published with Blogger-droid v1.7.1

Saturday, July 9, 2011

7 hari lagi : update

Posted by nikct at 7/09/2011 11:26:00 PM 0 comments
hari sabtu dah nak habis. sabtu nextweek dah jd bini orang. cuak x lagi coz xde sapa kat umah ni yg bole bikin suasana cuak tu.

harini peristiwa bersih kat k.l. alhamdulillah, mujur kami xpilih date ni sebagai tarikh nikah kahwin kami. pheww. kalau x, berapa kerat la sedara mara n kwn2 yg dpt dtg kan. kesian kat org yg kawen harini huhu

pagi td pegi nilai 3 lg. dah beli paper bag. yes asalnya xnak pakai paper bag, tp dipertikaikan. malas nak pjg cite maka paper bag terrrrmurah dibeli. alhamdulillah. nasib bek ade stok lg tu.

pastu setakat ni dah update semua vendor. p.a system, m.u.a, akak kek, pelamin, photog, videografer, n kompang. payment yg on going pun setakat ni still on going n xpenah termiss, terlambat etc

cuma geram dgn org pelamin n kek.

sombongnye dorang ni. aku malas nak sound2 kang dorang buat hal kang, majlis aku jugak affected. kite mesti la nak ensure everything lancar kan?

akak kek ni liat naa nak reply sms or email. your cakes better be good kalo x aku sumpah sranah free2 la kan.

n akak pelamin yg mcm kap lam ya nga tu, ya allah. sabarkan lah hati ni. dulu dia jugak mintak book dewan kul 9 mlm nak setup pelamin. skang ni dia nak aku (ye, aku) tanya org dewan, bole tuka ke pg ke x. kalau ckp baik2 xpe ni msg pun mcm kurang aja aku xtau la pehal? sabar3. hmm. terpaksa mengalah utk pastikan sume ok. sabarrrr sgt2 la hati oii.
Published with Blogger-droid v1.7.1

Thursday, July 7, 2011

17 bulan sudaaaa.. :))

Posted by nikct at 7/07/2011 10:26:00 AM 0 comments
17 bulan sudaaaaa kami together-gether. Alhamdulillah.

makin sayangggg. makin dalammmmm. makin dekatttttt. makin hepiiiiiiiiiii sebab makin menggilaaaaaaa. :D

hepi 17th monthsary to u, dahlieeeeeeeee!!! :P

ok dah boleh hitung-hitung hari dah. tambah lagi satu monthsary pasni, insyaAllahhhh hehehe

9 hari lagi huhu~~

alhamdulillah, 2 sekali dapat :)

Posted by nikct at 7/07/2011 10:22:00 AM 0 comments
tengah serabut-serabut memikirkan macam-macam benda nak kena buat, tiba-tiba dalam tempoh 24 jam dapat 2 tawaran yang ditunggu-tunggu untuk masa depan. bukan la tawaran ape sangat, tapi, kiranya aku kena berusaha lagi la kalau nak. tapi orang dah bagi peluang maka harus digunakan sebaiknya kan? nak pulak zaman-zaman skang ni, susah nak dapat tawaran gini.

tapi salah satu terpaksa dikorbankan. sebab kena mengena ngan hari majlis.

takpe la.

yang lagi satu tu pun kena hari majlis jugak tapi still boleh tukar.

alhamdulillah diberi peluang.

tolong la ya Allah Kau permudahkanlah semuanya. tak minat dah ngan bidang ni. sanggup sangat-sangat nak cuba something yang baru. huhuhu!!!
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea