Saturday, May 26, 2012

hadiah 10th monthsary (belated) :D

Posted by nikct at 5/26/2012 02:43:00 PM
teka teki teka tekuk,
last last baby kuar on 17th.

presenting our little caliph,
MUHAMMAD IZNI ABQARY BIN MOHD KHAIRIL IZHAM :)
ramai kata namanya susah nak disebut, panjang, terbelit lidah bagai.
well, tgk la nama mak pak dia pulak :D

Muhammad - sempena nama Nabi s.a.w
Izni - Kebenaran
Abqary - yg kuat, yg bijaksana, yg indah

nama panggilan, Izz. bermaksud = kekuatan.
(amboi nama panggilan pon nak ada maksud ka hahaha)

semoga nama ni menjadi doa pada peribadinya. aminnn...

sebenarnya fenin nak bg nama ni. macam macam variasi nama dah kami usulkan.
tp yg ni jugak terpilih.
kami berdua personally nak jugak nama Izni ni sebab....

Izham + Norazlini = Izni :)

macam zaman cinta monyet lak nak gabung gabung nama.
bajet lambang cinta sejati la al kononnya kann.
ehh biarlah. hehe :P

selepas dilahirkan, beberapa amalan sunat telah dijalankan, antaranya,
bertahniq (belah mulut)
bercukur dan memberikan nama pada hari ke-7 kelahiran :)
aqiqah, belum tau bila nak buat lagi.
mungkin sebelum, mungkin selepas bapaknya naik kapal.

semoga dengan kelahiran ini ia akan mengukuhkan lagi kasih sayang antara kami hingga ke syurga.
dan semoga Izz menjadi anak yg soleh, yg baik, menyenangkan hati kedua ibu bapanya, menjadi muslim sejati, yg taat perintah Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya, dunia akhirat.

aminnn :)

sayanggggg Izz :)

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea