Sunday, July 29, 2012

allah bayar cash

Posted by nikct at 7/29/2012 10:43:00 AM

di pagi ahad yg indah lagi permai sambil anak tgh tido ni haku teringat satu kesah. kesah benar, tiadalah apa-apa yg tidak benar melainkan benarrr belaka. hahaha


umum mengetahui (umum ke?), kalo x umum pun mana yg kenal aku patut tau la yg ai ni PJJ (perkahwinan/percintaan jarak jauh ye, bukan pendidikan jarak jauh uols) ngan hubby ai. berbulan-bulan kami berjauhan drp mase bercintan cintun lagi.


nak dijadikan cerita, well silap ai jugak la kan, p update apa-apa kat pesbuk. jenuh la ai kena perli balik ngan kengkawan. dah masuk tahap wajib kawin la, gersang la.. kannn.. amboiii sedapnyaaa depa duk ngata kita.. tp ai sabar kan je lah. org yg x alami x rasa apa yg ai dan partners geng kapal yg lain rase.


lepas tuuuu, nak dijadikan cerita, ada antara yg memerli aku kini mengalami nasib yg sama. hahaha sama ke? xberapa nak sama la. ok la tu berjauhan tp bleh berhubung kan. tp cukup la jugak utk buat dia melalak.


haa amek.. god pay u in cash!! rasa la 5% drp apa yg aku rase seblom ni. muahahaha :D


tp alhamdulillah jugak kebanyakan kawan2 aku menyokong, bg kata2 smgt. ada partners geng kapal lain yg kena kutuk kaw2 ngan member2 sdri, mcm2 tuduhan x berasas yg dorang lemparkan kat sailor nih. main perempuan laa, kaki minum laa.


hello, tu mulut berbau longkang yg cakap guna lutut dan tak berlandaskan fakta. kalau seseorang tu kaki perempuan, tak payah keje sbg pelaut pun, keje sebagai drebar teksi ke, tukang kebun ke, even yg menganggur pun, kalo dia nak pasang cawangan, dia pasang jugak!!


so far setau ai, utk company yg laki ai naik kapalnya ni, bila masuk port, mereka ada beberapa jam je utk duk kat port. load cargo, then kapal terus kuar kalo xde pape masalah. beberapa jam yg ada ni lah nak pegi beli barang utk diri sdri, utk kapal lg, makan ape yg dihajati dan pos barang ke ape. haa yg dpt trun darat bukan semua eh. beberapa org je, ada yg kena stay wat keje pon ade. yg mana dpt turun tu, jalan pon kena lajuuu je sbb nak cepat setel hal2 kat darat seblom naik semula ke kapal. pendek kata sms pon xdan la kalo dorang ni tgh menapak cari barang kat darat. dorang xleh lama2 masuk port sbb kos masuk port tu makan belanja berbelas ke berpuluh ribu. kalau delay, maka rugi la company nak menanggung kos 'sewa' port tu. sebab tu sume kena buat cepat. kalo kapal ada problem pon, org2 kat kapal kena marah ngan opis sbb gagal menyebabkan kapal tu kuar drp port on time. so, ko rase org kapal ada masa nak main pompuan? pegi toilet pun xsempat!!


tp opkos la, mcmana lelaki kat darat ni, mcm tu la jugak dorg. dlm setandan pisang, xkan sumenye wangi. ada la yg buat perangai. tp tu kita xtau la apa masalah dia.. sama je mcm lelaki buaya darat yg ada kat darat ni (see, dorang bg istilah buaya darat ok, bukan buaya laut. means buaya kat darat lg banyak dr laut!! haha jk jk)


n bagi tuduhan kaki minom tu, haa ni kalo uols xtau better uols sadap je la eh. FYI (for your info, kot2 ada xtau lagi apa tu fyi), utk kapal company yg incik sailor naik ni, dilarang sama sekali bawak nek minuman keras beralkohol. setiap minggu dorang ni macam budak asrama la. captain kot yg akan buat spot check. haa jgn main2, atas kapal pon ada main spot check tau. kalo kantoi ada bawak minuman keras, even non muslim sekalipun, boleh dikenakan tindakan tatatertib tau. tatatertib dia bukannya berdiri sebelah kaki atas kusi tau, tp melibatkan kegelapan dalam bidang kerjaya dorang. uols paham2 sendiri la.


I hope this entry can educate small minded people out there, if not all, 1% of it pun jadi lah.


ingat, kalo setakat perli2 pun allah bayar cash kat kawan sy tu, apa lagi kalo yg duk mengata, buat tuduhan palsu xberasas tu. nauzubillah!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea