Thursday, August 2, 2012

hidup rempits! :D

Posted by nikct at 8/02/2012 02:33:00 PM
sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dah namanya pon 'menara' gading kan, nak nak plak uitm, mcm2 bukit nak kena daki, bukit tonggek la, tangga batu caves laa, so aku kena banyak menapak la nak ke kelas dan keluar berjambi-jimba (bukan ke library ye.. library akan dijejak bila nak potostat, nak pinjam buku n bila kawan2 ajak stadi sesama dekat nak exam hahaha bajet pandai la sangat). puas jugak merayu mak bapak aku bg bawak motor ni. sama macam aku mintak nak amek lesen moto la jugak payahnya huhu almaklumle aku ni sorang je anak pompuan dorang. bongsu lak tu. sebagai seorang ibu (ececeh skang dah jd ibu la kau hahaha) aku paham la jugak sikit2 perasaan dorang (sbb anak aku kecik lagi, mana nak paham perasaan dorang 100% lagi hehe)

last last dorang bagi la jugak aku bawak motor kriss warisan bapakku tu ke uitm.....

setelah berpenat lelah aku buat muka kesian camni (tp opkos la aku lg comey kottt hahaha)
maka bermulalah episod aku merempitkan diri ke mana sahaja muahahaha tp aku anak yg baik, mak bapak aku pesan jgn merempit keluar shah alam. penggunaan motor terhad dalam shah alam SAHAJA. tp ada la jugak kadang2 langgar perintah berkurung tu n pi jusco bukit raja klang tu. bukan apa, blaja ni stress weyyy. kadang2 kita perlu mencari liburan, tgk wayang ke kan. kat shah alam pulak takde cinema. so, nak buat cane, demi memaintainkan result exam setiap sem, tepaksa la aku tgk muvie (terbaekkk alasan haha). tp bukit raja klang tu dekat je ngan shah alam. kiranya dia border shah alam - klang la hehehe

eksiden? penah la kan.. tak rempit la kalo xpenah eksiden hahahah ehh tp masa tu bukan aku yg bawak.. kalo aku bawak kompem x eksiden kot :P haha benda nak jadi. yg bawak moto tu p buat u-turn kat tempat tak sepatutnya, rupanya ada lori nak p terus kat belakang kami. maka, terempuh la lori tu ngan side mirror moto aku. punyala aku nak menyelamatkan keadaan, aku pegang gak motor ni taknak bg jatuh.. mmg la motor tak jatuh. aku pun tak jatuh. tp lutut aku lebam n betis aku sedikit terobek la. haha tak la robek. terhiris je. tp heran gak, aku taktau camne leh dpt kecederaan tu. tak kesahla janji aku masih bernapas harini. alhamdulillah.

pada suatu hari, tiba-tiba je mak aku kol tanya aku nak kereta apa. ahh sudah.. biarla betol???? mak aku ni, jenis aku mintak telepon pon sampai ke sudah dia tak penah beli utk aku, last2 aku beli sendiri, ni pulak tiba2 nak bagi kete? ape celop toqqqq???

"guna kereta la. selamat sikit. naik motor tu, eksiden la apa la.. balik naik tren pun selalu lambat. sampai 3 jam nak sampai drp shah alam je pun. malam2 pulak. risau chek"

alhamdulillah. pucuk dicita kereta yg datang hahahaha aku cakap, angkat kancil cukup laa chek. aku kira2 jugak, dorang tak penah bg hadiah sebesar ni, kiranya aku antara pecaya ngan tak lagi la masa tu. n aku pikir gak bapak aku tu pesara polis je, mak aku lak surirumah je, mana nak mampu bagi aku bmw merc bagai kan (ewahh ada niat gak tu). tetiba mak aku cakap lak,

"chek rasa xselamat la kete kancil ni. lagipun kancil kecik. xmuat nak letak barang"

loh, nak letak barang ape? aku taktau nak letak apa dalam kete. bila dah keje ni baru la aku letak kasut utk pakai ke opis ngan blazer. n macam2 lagi la yg mana aku tak rasa relevant nak pakai, aku bawak masuk dlm kete, sampai kesudah tak kuar2 hahahaha

maka akhirnya,
tadaaaaaa.....
inilah kereta pertamaku (ada yg kedua ke??? memang ni satu-satunya ponnn.. buat masa ni la hahaha). sebenanya aku order kete kaler hitam. tp sampai je hari nak mengambiknya, cina tu pegi eksidenkan kete tu. peghh dah siap reg. JPJ dah wey. plat no.WPN1841. bapak aku cukup kenan ngan no. ni sbb ni no.badan dia dulu. kami pon tunggu dia sampai kat kedai tu n serah kunci je. tiba-tiba dapat tau eksiden lak. inilah yg dinamakan kalo dah jodoh tak ke mana. kalo xjodoh tu, memang tah kemana-mana la jawabnya huhuhu

masa tu aku masih baru dalam dunia perundangan. budak hingusan tak habis belajar lagi. mula2 cina tu pujuk nak betulkan mana yg kemek tu je la kan.. aku macam hampir2 nak terima.. bila balik tu, Allah bukak mata bukak hati ni seluas-luasnya, logiknya la kan.. kalo kita beli roti, roti tu kena makan tikus masa kat kedai tu lagi, mesti kita dapat ganti roti yg baru or dapat duit balik kan? apelagi kalo dah dia langgar kete tu sampai kemek camtu, mestila aku layak dapat yg baru kan?? aku kol lecturer sana sini tanya. memang kompem boleh dpt yg baru.

bila kita mintak yg baru, mula la dorang pun panas punggung la. tp kami buat keras je. camne pon kami tetap ngan pendirian kami. kami nak yg baru!! itu hak kami!! last2 dapat jugak. tp kaler orenggg sebab hitam out of stock dah. dgn new registration no. WPP 1853.

alhamdulillah sampai ke harini masih elok, masih rock n roll sbb bunyi ekzos dia.. peghh mengaum!! rata2 org naik kete aku sume tanya aku modified ke kete tu. jawapannya memang tak laaa.. aku nak korek duit celah bedah mana.. baik aku makan drp menghabiskan duit menyolekkan kete. haha asalkan ada rupa kete cukup la kan hehehe

...ok sambung balik cite masa kat uitm tu. maka berakhirlah dunia rempitku. dan bermula la dunia drift plak hahaha mula2 dapat kete ni, motor kena tarik laa.. sedih. kalau dulu kelas kul 8.30 pagi, aku bangun kul 8, 8.25 betolak p klas, parking kat depan kelas betol2. bila abes klas pon aku la org petama kuar, capai motor n terus balik hostel, aku rasa aku la antara yg pertama jumpa katil berbanding kengkawan len kat klas tu hohoho tetapi, kini bila dah ada kete, lepas subuh dah siap nak gi kelas 8.30 tu, parking tudiaaaaaa jauh nok mapuh sbb parking yg dekat2 ramai org dah amek awal2. lagipun kete kan, sedekat mana je pun kau mampu nak park ye dak? berpeluh2 nak sampai kelas. waktu rehat tak cukup sbb sampai bilik lambat (padahal org lain tak balik pon. aku je ngengada lebih nak tido gak tghari tu ahaha).

maka, aku merayu lagi sekali kat mak bapak aku utk bawak semula motor ke uitm. kali ni, motor pon ada (utk p kelas), kete pon ada (utk balik rumah or ke destinasi luar drp shah alam). kelassssss kau nik. dua2 pon hado. bajet anak jutawan apa?? hahaha adala dlm 2-3 tahun jugak aku hidup ala-ala anak raja brunei hehehe dulu boleh la.. skang aku dgr sapa2 duk asrama mmg langsung takleh bwk masuk kete dah. siap kena clamp pepagi buta bila pak gad buat projek mega. prosidur apply sticker pon dah strict. ohoho selamatttt.. syukur sangat masa aku belaja dulu tak sekejam itu muahahaha (mungkin wujudnya org macam aku yg menyukarkan mereka di kemudian harini?? haha sori la ye adeks adeks muahahaha)

i really miss my uni life. sumenya manis dan indah.. dan mudah.. huhuu
skang dah 3 tahun aku tak guna motor sepenuhnya. lepas habis belajar la kiranya. rindu zaman bawak motor kat uitm. rindu meredah hujan nak p kelas. rindu beli makanan kat kengkawan time lunch or dinner, kuar potostat bahan2 ilmiah. sumenya dengan motor berjasa tu. huhuu rindunyaaa nak merempit!!!

*sori gambar moto byk jasa tu xpenah diambik huhuhu.. dan skang abg aku amek guna plak. menyesal lak rasanya!!

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea