Sunday, December 26, 2010

pandai, tapi...

Posted by nikct at 12/26/2010 07:21:00 PM
semua orang dalam dunia masa kini terlalu teramat tersangat bijak. dunia makin moden, teknologi makin canggih, pemikiran manusia pun makin lama makin pesat. bila cakap mesti nak lebat, dengan hujahan nye, otoriti nye. cakap memang pandai. orang yang tak berapa nak cerdik macam saye ni, memang kalah kalau bercakap dengan orang-orang bijak pandai ni.

tapi,

berapa ramai antara mereka yang bijak pandai ni yang mendirikan solat?

masa sekolah, mungkin ramai la, sebab masa tu mungkin ade yg malu kalau tak semayang. kan? masuk universiti, jumlah agak ramai lagi, tapi dah boleh identify sape yang tak semayang tu. bila dah meningkat-ningkat peringkat umur ni, kita boleh tgk dengan jelas, berapa ramai orang lelaki yang melepak kat shopping complex time semayang jumaat tanpa segan silu skang ni? siap deting-deting ngan awek lagi. yang perempuan pulak, takkan sepanjang tahun period??

mungkin itu orang yang saya tak kenal latar belakang dia mcm mana. tapi, yg saya kenal? peghh.. sekolah agama tu duluuuu. skang? dia lagi moden daripada mat saleh.

tolong la. kita ni MELAYU, berbangsa ISLAM. orang putih, kaum cina, india, semua pun semayang. semua pegi church, pegi kuil. MELAYU yang tak semayang ni ape? dah macam orang takde agama. dah boleh masuk kategori ATHEIS tau tak? tapi budaya barat yang minum arak, clubbing, bersekedudukan, pandai pulak nak ngikut? budaya positif dorang yang semayang tu, tak pulak dipraktikkan? ape nak jadi ni..

renung-renungla. hidup kita ni, setiap kali bernafas, setiap nikmat yg kita kecapi, boleh melihat, mendengar, bercakap, berjalan, sape yg tentukan sume tu? sape yang bagi akal fikiran yang bijak pandai tu? sape yang bagi rezeki melimpah ruah tu?

bijak pandai mane pun kamu, banyak mana harta kamu, bahagia mana pun kamu, saye yakin, konfem ada lubang dalam hati kamu. pasti ada yang tak kena dlm hidup kamu. duit selalu tak cukup? rumah tangga goyah? hidup tak tenang? busuk hati, berprasangka buruk dengan orang lain?

hidup jadi tak tentu arah kan? sebab hidup macam rumah tak bertiang la kan? mungkin orang tak faham istilah "solat tiang agama"? oke, mungkin boleh tukar kepada, "kereta tanpa tayar"? "muka tanpa mekap"? kalau kita tak semayang, hidup tunggang langgang la. roboh la rumah kalau tak bertiang. tersadai tak berguna la kereta tanpa tayar dan hilang la seri muka tanpa mekap <--- bagi yg biasa mekap la, saye natural beauty je ;)

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Ar-Rahman)

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea