Monday, February 28, 2011
Tuhan tolong nyatakanlah... :|
sayang seribu kali sayang, memang. tapi nak buat macam mana. sayang macam mana pun kita, akhirnya kena lepaskan.
"berkorban apa saja, harta ataupun nyawa. itulah kasih mesra, sejati dan mulia."
ya Allah, redhakanlah hati ku dengan pilihan ini. amiinnn...
kena tegur! :P
"ni ape tajuk blog ni, When The Sailor is Away, the GIRLFRIEND need to blog to fill up her day??"
"nape plak??"
"sepatutnya fiancée laaa..."
ele, keces. daripada blog dia tu, BERHABUK!!! hee :P
Sunday, February 27, 2011
dah 2 kali Sabtu :)
bukan senang nak senang beb. banyak pengorbanan. duit, masa, tenaga, kepala otak, sume kena perah habis-habis!!
takpela asalkan aku bahagia, inshaAllah :)
Friday, February 25, 2011
hurmmm :'(
tak lena tidur saye. hurmmmm... :'(
Thursday, February 24, 2011
semoga baik-baik saja! :|
Wednesday, February 23, 2011
peniaga melayu yang tipikal
keparit. keparit. keparit!!!!!
terpaksa tunggu untuk, beberapa hari lagi?
arggghhhhhhhhh!!!
today is his important day!!! hurmm.. hope evrything is/was fine.
i mishyu. :'(
Tuesday, February 22, 2011
still the same :|
ya Allah, berilah aku kekuatan menghadapi hari-hariku, berikanlah aku hati yg tenang dan rasional dalam buat keputusan. semoga apa saje urusan yg aku perlu lalui SETIAP hari Kau permudahkan.
sesungguhnya Kau Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. aminn ya rabbal 'alaminnnnn..
Monday, February 21, 2011
alhamdulillah, syukur :)
kite doakan awak sukses sayang!! (inshaAllah)
ingat, usaha, doa DAN tawakkal. :)
tentang seseorang
Raut halus menyelimuti jantungku"
Alhamdulillah, dia dah hadir.
dan InshaAllah, dia lah hingga ke akhirnya. :)
kalu buleh nak jadi cekgu skolah kek KOLO PILAH!! :D




papan tando penando Kolo Pilah.
ikut suko, duko.
ikut raso, binaso.
ikut hati, mati.
heh.
Sunday, February 20, 2011
kenyangggggg~~~ :D
majlis lepas solat zohor, so lepas semayang kami pun pegi laa.. tengok-tengok rombongan tak sampai lagi. kami pun amek pinggan, cedok nasik, sumbat dalam mulut. ye la, orang lain pun tengah buat benda yg sama!! tuan rumah dah jemput makan, so makan la dulu. makan punya makan, baru la rombongan sampai. makanan tak abes lagi ni. takpe la, makanan ni sedap, syg kalau tinggalkan. so makan la lagi, dan lagi dan lagi. sampai la rombongan lelaki tu dah siap berbincang dan keluar utk makan jugak, baru kami 1 famili abes makan :D
sedapppp sangat, simple je, nasik lauk masak lemak ikan masin, ayam goreng berempah, udang masak merah dan sayur buncis je, tp... peghhh kalau la makcik kafe kat ofis aku masak camni punya tahap kualitinya hari-hari, nescaya aku tak makan KFC or mcd dah!!! sedang cantekkkk je rasa setiap masakan dia. huh. bila teringat balik rasa dia, rasa teringin nak makan lagi (even perut tengah kenyang lagi!!) haha.
lepas pekena nasik sepinggan, aku hentam laksa pulak semangkuk. aku rasa aku amek sikit je, jadi banyak plak. dengggg. makanya, terpaksa la makan sampai habis (terpaksa la sangat, padahal duk layannnn.. zassss!!)
overall, aku puashati la dengan masakan tuan tanah tu. mabeles!! mmmmuuuaaahxxx!!! walaupun aku taktau ape dah jadi dengan pengantin yg ditunangkan tu, nasib kau la, sape suh hidang makanan sedap sangat :D
time kaseh tuan tanah!! kawen anak tu nanti jangan lupa jemput ya!! (aku akan pastikan perut aku kosong by dat time utk menjamu selera sepuas-puasnya nanti!!) ;P
tugas seorang sahabat :)
kita sebagai seorang kawan tak boleh encroach line tu. kita tak boleh paksa kawan kita ikut kehendak kita, sebab tu bukan menyayangi kawan, tapi menzalimi kawan ye namanya kawan-kawan ku sekaliannnnn.. :)
janganlah menganggap diri kita ni sebagai kawan yg baik apabila kita tak dengar apa yg kawan kita nak cakap, menasihati sesuatu yg tak diperlukan (malah tak masuk dek akal), tak menghormati kebebasan kawan kita utk hidup dan tidak gembira, malah menyalahkan kawan kita apabila kawan kita tu maju setapak dalam hidupnya dan buat kawan kita sedih dengan kata-kata kita.
renung-renung la, adakah kita layak panggil diri kita ni kawan yg baik bila buat kat kawan kita camtu? ape kau lupa dgn semua pengorbanan yg dia buat kat kau selama ni? belajar nak tinggi, otak pun kasi up sikit bole tak?
takpe, kawan tu tak rugi pape pun, kau je la yg rugi, sebab kau dah kehilangan kawan terbaik sepanjang hayat kau!!
mia familia :D
bapak aku - pandai jahit, pandai cucuk jarum, tapi tak pandai kemas.
aku - pandai cucuk jarum, tak pandai jahit, so since tak menjahit, takyah la kemas.
perfect match!! :D
Ohaiyou Gozaimasu!! v(^_^)v
tapi macam harapan je keje akan habis awal. takpe la, asalkan sihat & selamat pun dah memadai. mudah-mudahan... ♥
Al-Quran
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya"
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat. Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini,engkau tidak akan berasa dukacita lagi"
terdapat banyak lagi hadith yang membincangkan mengenai fadhilat Al-Quran ni. antaranya ialah :
Hadith #1
Hazrat ‘Aishah R.Anha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan berada bersama malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran,”
(Hadith riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, dan Ibnu Majah)
Hadith #2
Hazrat ‘Uqbah bin Amir RA berkata, “Rasulullah SAW datang kepada kami sedang duduk di atas ’suffah’ dan bertanya,
“Siapakah antara kamu yang suka pergi ke pasar Buthan atau ‘Aqiq setiap hari dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik tanpa melakukan satu dosa pun atau memutuskan (tali) silatur-rahim?”
Kami menjawab, “setiap orang daripada kami akan menyukainya,”
Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang pergi ke masjid dan mengajar atau membaca dua potong ayat daripada al-quran adalah lebih baik baginya daripada dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih baik baginya baginya daripada tiga ekor unta betina, dan begitu juga empat potong ayat adalah lebih baik baginya baginya daripada empat ekor unta betina dan mengikut bilangan ayat-ayat yang sama dengan bilangan unta jantan (al-ibil).”
(Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)
Hadith #3
Hazrat Abu Sa’id RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“ALLAH TAALA berfirman, “Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKU dan berdoa kepadaKU kerana sibuk dengan al-quran maka aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang AKU kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKU. Ketinggian perkataan ALLAH TAALA ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian ALLAH TAALA ke atas segala makhluk (ciptaan NYA).”
(Hadith riwayat Tirmizi, Darimi, dan Baihaqi)
Hadith #4
HAZRAT ‘UTHMAN RA MERIWAYATKAN RASULULLAH SAW BERSABDA
“YANG TERBAIK DI KALANGAN KAMU IALAH ORANG YANG BELAJAR AL-QURAN DAN MENGAJARKANNYA”
(Hadith riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, dan Ibn Majah)
Hadith #5
Hazrat ‘Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”
(Hadith riwayat Tirmizi)
Hadith #6
Hazrat ‘Abdullah bin ‘Amr R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“(Pada hari pengadilan kelak) akan dikatakan kepada orang al-Quran, “Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.”
(Hadith riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Hiban dalam sahihnya.)
Hadith #7
Hazrat ‘Abdul Rahman bin ‘Auf R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Tiga perkara akan berada di bawah naungan ‘Arasy ALLAH TAALA pada hari kiamat. Pertama, al-Quran. Al-Quran akan berhujah dengan manusia dan al-Quran ini mempunyai zahir dan batin. Kedua, amanah. Ketiga, tali persaudaraan (silatur-rahim) yang akan mengisytiharkan, “ketahuhilah, sesiapa yang menghubungkan daku maka ALLAH TAALA akan menghubungkannya (dengan rahmatNYA), sesiapa yang memutuskan daku maka ALLAH TAALA akan memutuskannya (daripada rahmatnya).”
(Hadith diriwayatkan dalam kitab Sharhussunnah)
Hadith #8
Hazrat Abu Musa R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan rasa limau itu manis. Perumpamaan seseorang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca al-Quran adalah seumpama buah ‘peria pahit’, buah itu tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang munafiq yang membaca al-Quran adalah seperti bunga ‘raihanah’, berbau harum, tetapi berasa pahit.”
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasai dan Ibnu Majah)
Hadith #9
Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak dibenarkan sebarang hasad kecuali terhadap dua jenis orang. Sesorang yang ALLAH TAALA telah merahmatinya dengan pembacaan al-Quran maka dia berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (di jalan ALLAH TAALA) siang dan malam.”
(Hadith riwayat Bukhari, Tirmizi, dan Nasai)
Peringatan untuk diri sendiri dan sedara seagama : antara berjam-jam masa kita melayari fb, internet, main game, lawati website gosip-gosip panas, bawak-bawak la menjengah semuka-dua ayat-ayat Al-Quran, setiap hari kalau boleh. hidup kita ni dah la tak lari dari berbuat dosa. semoga dengan amalan kita menjengah beberapa ayat Al-Quran setiap hari akan menjadikan kita muslimin muslimat yang baik dan diredhai olehNya.
insyaAllah :)
cerita makan-makan
bapak aku dulunya seorang yang berbadan kurus, bila anak-anak dah besar jadinye bapak aku nampak kecikkkk je la. sekarang ni, setelah almost 13 tahun pencen, dia jadi kuat makan. banyak seluar dah tak muat.
bayangkan, pagi-pagi sebelum dia pegi semayang subuh kat mesjid, dia dah pekena 2 bijik half boiled egg + teh. balik je daripada mesjid, dia pegi lepak ngan kawan-kawan dia, pekena plak roti canai, dgn teh tarik. balik rumah, mak aku pulak bikin brekpes utk aku sebenarnye, so kadang-kadang ada mee/mihun goreng la, roti la, macam-macam lg la. pun bapak aku nak jugak.
so, mak aku hangin la, sebab bapak aku makan banyak dalam kuantiti yg menakutkan. badan dia tak la naik sangat, tapi seluar dia dah banyak tak muat la!
so, utk kes bapak aku, mak aku akan marah kalau dia makan banyak-banyak. untuk kes aku, dia paksa bagi makan banyak walaupun aku memang makan banyak. dia nak tunggu kain baju aku sume tak muat dulu ke baru dia nak catu makanan aku pulak?? :|
Saturday, February 19, 2011
berapa rakaat eh? :|
kalau was-was masa tengah semayang takpe, orang kata buat la sujud sahwi. kalau dah masuk waktu lain pulak, camne kesahnye?? :|
kenapa? mengapa? why? wei shenme?? ?_?
Friday, February 18, 2011
chek.. chek..
aku : tak nak..
chek : dah makan nasik ke tengahari td?
aku : dah..
chek : abes tu nak makan ape ni??
aku : tak nak..
chek : betol tak nak makan pape ni??
aku : betolll...
hari-hari dialog same akan di ulang lagi dan lagi dan lagi.. chek kata dia risau. dia kate aku makin kurus. padahal aku tak kurus pun. makan pun aci bedal je. mata dia yg kureng kot? ke mak aku suke tengok aku gemok kot?? tapi bila gemok dia perli-perli. tak paham aku.. chek nak aku gemok ke kurus?? ok, kurus tak mungkin la.. chek nak aku gemok ke sedang-sedang??
konpius!
Thursday, February 17, 2011
Wednesday, February 16, 2011
2 kali je? :|
seingat aku la jugak, selain Adnan Sempit, kami tengok Step Up 2. tu je. 2 je. boleh pulak pakcik ni lupa. nak kena ni. hehehe
sepanjang tempoh setaun tak berapa hari ni, saye dgn incik sailor penah tgk muvie sama-sama 2 kali je. 2 kali je? dalam setaun?
realiti cinta si pelaut. tu la dia. 2 kali sign off, 2 kali la baru dapat chance tgk muvie dengan incik sailor. sebab masa tu dirasakan sangat berharga, sampai kami rasakan kalo tgk muvie tu, jadi satu pembaziran masa pulak.
ye la, hargai setiap saat, setiap minit yg kami luangkan sama-sama. :)
sayang, bila nak balik? mau tengok next greatest muvie dgn kamu nih (title tak tau lagi la since bila kamu pulang pun kite tak tau)
sabor sampai ke bidor dah ni....
16 Februari 2011
Tuesday, February 15, 2011
kenape perlu kerja besok :|
Monday, February 14, 2011
semoga saye tabah! :|
"sometimes things are better left unsaid."
this is it. semoga Tuhan memberi ketabahan kepada saye utk menghadapi ini semua. semoga Dia tetapkan hati saye dengan pilihan ini. amiiinnn.
hari sedih, hari gembira! :)
so, hidup diteruskan macam biasa kat ofis harini. dengan pinggang yg sengal-sengal sikit lg ni. :|
tibe-tibe,
time tengah cakap fon atas urusan resmi, aku terdengar incik sailor call :') alamak. dah la fon ni bukan kat tempat haku, terpaksa la tahan je dulu. letak je fon tu, aku terus call incik sailor. dia tak angkat :( sedey. dia dah turun balik ke? dia curi-curi naik je ke tadi? :'(
sedey.... rase beratnye hati ni nak dia tinggalkan kali ni. padahal 2 hari dapat dgr suara, selalu kena tinggal terus tu, bole la pulak kan?
tibe-tibe,
incik sailor call balik!! :') yeayyyy!!!! dapat cakap ngan incik sailor sepanjang lunch hour dia. terpaksa 2 in 1 la, mane nak amek makanan lagi, nak makan, nak layan cik tunang dia ni lagi :P hehe tapi dia layankannnn je. aku merengek ke, membebel ke, layannnnnnn je. merengek la sebab kena tinggal lagi. mengadu sedih la. huhu :|
paling best incik sailor berjaya menceriakan tengahari saye dengan lawak-lawak sengalnya. kami gelak sama-sama macam budak-budak :D
kite sayang giler la kat awak, sayang. sekarang hati dah tenang, takla seberat pagi tadi dah :)
safe sail onboard ye sayang! :)
Sunday, February 13, 2011
syukur. :)
Adakala perlu Menangis agar tahu hidup ini bukan sekadar Ketawa,
Adakala perlu Ketawa agar tahu Mahalnya nilai airmata,
Syukurlah kira ada yg menyakitimu kerana dia mengajarmu erti Tabah,
Syukurlah kira ada yg x memperdulikanmu krn dia mengajarmu Berdikari,
Syukurlah jika ada yg menjatuhkanmu krn dia menghebatkanmu untuk terus Bangun Lagi...,
Syukurlah kira ada yg menyeksamu krn dia mengajarmu Kesabaran & Ketabahan.
Alhamdulillah. penat dah sedih dulu-dulu. bila ingat kesedihan dan kesepian dulu, betul-betul bersyukur dengan ape yg ada hari ni. Alhamdulillah.. :)
roti sardin goreng! :)
ohh..ok selamat brekpes sume!
Saturday, February 12, 2011
May Allah bless you throughout your lifetime and hereafter :)
sungguh mulia peremuan itu. saye doakan Allah s.w.t merahmati hidupnya dan beliau berbahagia di dunia dan juga akhirat. amiiinnn :)
sakit belakang lagi!
don't worry, be happy v(^_^)v
semalam incik sailor bagitau sesuatu. ia melegakan saye sebenarnya. Alhamdulillah. semoga kejujuran ni kekal selamanya. saye percaya dia, dan skang saye lebih yakin.
lebih baik fokus kat benda yg lebih besar drp merisaui (ade ke perkataan ni??).
Alhamdulillah masih saling menyayangi dan maju setapak demi setapak lagi. v(^_^)v
Friday, February 11, 2011
tak suke! :|
no need reasons for love mahh!! :)
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.
Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.'
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
Thursday, February 10, 2011
inshaAllah, you'll find your own way. :)
"At some point you will realize that you have done too much for someone or something, that the only next possible step to do is to stop. Leave them alone. Walk away. It’s not like you're giving up & it’s not like you shouldn’t try. It’s just that you have to draw the line of determination from desperation. What is truly yours would eventually be yours, and what is not, no matter how hard you try, will never be.
When one door closes, always remember that Allah will opens another door for u."
so far, Alhamdulillah. :)
Wednesday, February 9, 2011
gerak gempur!
thanks to all the AJKs :')
muhasabah diri.
mungkin harini kita menangis, tapi esok kita dapat berita gembira.
mungkin harini kita gembira, tapi dalam sekelip mata je, Tuhan boleh tarik kegembiraan kita.
setiap yg berlaku ada hikmahnya.
mungkin kita dibiarkan menangis harini sebab Tuhan nak elakkan kita dari menangis di kemudian hari.
mungkin nikmat yg kita dah kecapi tu ditarik balik untuk elak kita alpa kepadaNya.
pada yg bersedih, jgn terus merintih. cari jalan utk mendekatiNya. tengok dari sudut yg lain. atasi kelemahan diri. buka mata, buka hati, buka minda. semua Tuhan dah bagi depan mata, macam mana kita nak manfaatkannya, semua terpulang pada kita. kita yg mencorakkan hidup kita. tapi jangan lupa, Tuhan yang menentukannya. kita hanya boleh usahakan yg terbaik utk atasi masalah yg melanda.
pada yg mengecapi nikmat, ingatlah dunia ini hanyalah sementara. harta, benda, makhluk ciptaanNya, semua milikNya yg kekal. jangan la alpa. syukuri lah nikmat yg diberi dan hargainya sebaik mungkin kerana bukan selamanya ia jd milik kita. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillahhhh.
mudah-mudahan saye dijauhkan daripada kealpaan. nauzubillah.
insyaAllah, you'll find the way~ :)
Tuesday, February 8, 2011
='(
Tidak berbuat dosa tidak bermakna aku sempurna. Tidak minum arak tidak bermakna aku terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil. Sembahyang 5 waktu tidak bermakna aku sempurna.
Ya Allah,
Bimbinglah aku ke arah agamaMu,
Dekatkah hatiku padaMu,
Berilah aku cahaya hidayah dan cahaya makrifatMu,
Berilah aku kasih sayangMu,
Dan jangan sekali-kali Kau lalaikan aku,
Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah,
Amin.
Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dariNya.
Mari kita jadikan hari ini lebih baik dari semalam , esok lebih baik dari hari ini. Hargailah setiap detik dan manfaatkan masa sebaiknya sebelum malaikat maut datang menjemput.
source : iluvIslam
Monday, February 7, 2011
1 tahun yang lalu (part 3) (^_______^)


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah.. v(^_^)v

k.a.m.i - 1 year ago!! v(^_^)v
semoga Tuhan merahmati hidup kami, dunia akhirat,
semoga hubungan ini dapat restu yang berterusan,
semoga dipermudahkan penyatuan,
semoga kekal hingga ke syurga,
semoga diberi masa, peluang dan kesempatan utk terus dan terus dan terus mencintai dia apa adanya sampai hembusan nafas yg terakhir,
semoga terus dan terus dan terus dicintainya apa adanya saye sampai ke akhir hayatnya,
semoga dapat jadi yang terbaik utk satu sama lain,
sayang awak, incik sailor! :)
Sunday, February 6, 2011
penipuan paling pathetic abad ini!
"Tlong bagi kredit Mexiz RM.30, ke number Phone baru p'cik 01******** p'cik lgi ada mslah kat belai police, ta payah call kejap p'cik call"
agak-agak la "p'cik".
- mana ada telco bernama "Mexiz"???
- mana ada telco jual kredit RM.30 (.30 = 30sen la kan)???
- mana ada tempat nama "belai police"??? kalau ade pun, "p'cik" mampu nak guna handphone lagi ke masa tu? nak beli topup pun tak mampu, ape lagi nak guna phone tatkala menghadapi masalah kat dalam "belai police"!!
pathetic gila! pfffffttt. jangan la ada orang tertipu dengan kaedah ni. mintak dijauhkan, Ya Allah.
benci kamu! kamu! dan kamuuuuu!!!!
- orang yang sombong, bongkak, riak dengan apa yang dia ada dalam hidup.
- orang yang bodoh tapi berlagak dia tau semua. TIN KOSONG! bising je lebih tapi habuk pun takde!
- orang yang merendah-rendahkan orang lain. ape masalah kau? kau bajet hidup kau perfect sangat ke nak mengutuk orang lain?
- orang yang memandai-mandai buat keputusan orang lain.
- orang yang suka mempertikaikan benda yang bukan hidup DAN mati dia pun!
- hipokrit!
aku memang alergik dengan orang-orang camni. kalau bertembung, mesti hati aku bengkekkkk jek! aghhhhhhh!
7.38am :)
Saturday, February 5, 2011
today was a fairy tale. :)
Alhamdulillah, it went well. tu je yg aku bole nak kate :)
thanks to all my family members VERYVERY much! i lebiu all! jasa kalian dikenang sampai mati, hidup semula pun akan dikenang. mmmmmuuaahhxx!
oh and yessss. aku pakai pink, so what? cute ape. hahahaha! XD
Friday, February 4, 2011
less than 24 hours. :)
TERrrr...'like'!!
er, adakah perbuatan 'like' atau 'unlike' tu akan disedari oleh pemilik post berkenaan? erghh.. -_-"
password. :)
"haa password dia ape?".
"cuba try NIK & IZHAM".
"hah?? Nik & Izham?? macam mana eja tu?? ok ok, Nik dengan Izham tu tau la eja camne, tapi DAN tu eja D.A.N ke, simbol "&"??"
"DAN eja penuh"
hahahaha comel la awak nih sayang~ Nik & Izham tu dah sangat mengharukan (thanks for that) :') ...dan perkataan DAN yg dieja FULL kat tengah-tengah tu pulak, menjadikan password tu sangat laaaa comel.
sayanggg awak~ hee :)
Thursday, February 3, 2011
panaflex. :|
5 menet 2 seken! :)
tibe-tibe,
ringtone kimia bebunyik!!! 10.20am. kapal tak kuar lagi, tengah prepare nak kuar la.. biasa kul 10 ada smoko (smoking & coffee) - term budak-budak kapal ni la utk coffee break/kudapan.
sempat lagi incik sailor curik2-curik naik nak spent 5 menet 2 seken yang sangat bermakna dengan saye. lebiu lebiu lebiuuuuu!! :)
apekebendeniiii...
dah la. bye-bye tweet tweet. see u once official order is officially out!! haha
silamat hali laya :|
incik sailor's next destination : Tai Chung, Taiwan.
nak itotttt~~~ huhuhu
.
.
.
.
.
lagi sedih, he will not be around on 5th. :'(
bye incik sailor, hope everything will be fine onboard. take a good care of yourself keh sayang? gonna mishyu, beriberi much!
cepat le masa ni berlalu.. huhu :|
Wednesday, February 2, 2011
jika kita sayang seseorang. :)
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya.Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati.Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda.Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Sangka baik padanya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya. Kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. Berikan kepercayaan anda padanya. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan.Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa,ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda.Memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
Sesungguhnya perasaan Cinta adalah nikmat milik Allah sepenuhnya... Sabar , Jujur , Ikhlas , Yakin dan Percaya adalah kunci segala Cinta yang Allah telah kurniakan.."
jom kite balik! :)
statistik (yang menyakitkan jiwa) - DONE!
beg tarik - PACKED!
cinta hati - ARRIVED SAFELY!!
so, ape tunggu lagi? jom kite balik! :)
Alhamdulillah.
message delivered!!!! :)
dan,
tepat jam 3.59pm, my sms to him was delivered!! *excited gilerss mamsss okei!!*
oke dengan excitednya jugak letak hp dekat-dekat so that boleh terus pick up bila incik sailor call/sms nanti.
hope dia balik kerja macam biasa DAN tak lambat. hope semua nya baik-baik je. amiiinn :)
1 ribu 500 pound? wow!!! :P
oke, kembali menjadi hijau.. (sebab nak buat statistik) daaa...
nasik hakim. :)
harini pegi PJ. then bila nak balik, macam terlalu awal DAN perut sangat la lapar. tiba-tiba rasa nak pergi shah alam mencari sesuatu. end up, benda yang dicari takde, tershopping lagi ade laa.. isk2 kena cut cost la nmpak gaya nya bulan ni T_T tsk tskk...
so before balik, dan menstresskan diri kat ofis, aku singgah Restoran Hakim lama, untuk merewardkan diri yang bakal bergelumang dengan STATISTIK dan juga claim. part STATISTIK tu sangat sakit okei. part claim tu gembira sebab... ye la nak claim duit kan, ofkos la gembira + meticulous segala :D
ok tak sabar nak tunggu jam pukul 1. 6 minit lagi :) selamat lunch semua! :)
Tuesday, February 1, 2011
kerja dan cinte :)
serius takde feeling nak pegi kerja esok, since dah nak raya (macam la aku yg beraya nanti haha)
dan,
selamat malam sayanggggg.... hope dapat dengar suara kamu besok pagiiiii (harapan la kan huhu) tak kesah laa, janji besok.. :)
besok. :)
tak sabar nak tunggu ringtone kimia bebunyik!!! :)