Monday, May 23, 2011

secret recipe tak halal :((

Posted by nikct at 5/23/2011 10:39:00 PM
"Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );

melakukan proses samak; dan

mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri."

produk-produk secret recipe yang menggunapakai produk yg dikeluarkan oleh Puratos Malaysia adalah seperti berikut :

TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

sebenarnye, saye dan incik sailor dah berjanji nak pegi makan secret recipe, sebaik saje dia touch down kat KLIA nanti (taktau la bila taun tu).

berita ketidakhalalan secret recipe ni sangat meremuk redamkan hati saye.

kami dah berjanji, agak-agak berbulan dah la. sebabnye, kami tak penah celebrate ape-ape same-same. tak pernah. TAK PERNAH. paham tak tak pernah?

so kami pun berjanji la, bila incik sailor sampai je KLIA nanti, kami akan terus pegi secret recipe utk menikmati kek same-same, qada balik birthday dia dan saye yg taun lepas punye, anniversary kami, even engagement skali.

tibe-tibe,

berita camni pulak keluar.

sama ada orang nak menjatuhkan secret recipe, OR berita ni betul-betul berlaku.

ohh kejamnya dunia :(

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea