Tuesday, May 31, 2011

finally, alhamdulillah

Posted by nikct at 5/31/2011 12:07:00 AM 0 comments
akhirnya.....
setelah 5 bulan, 1 minggu dan 6 hari = 163 hari (mungkin? lawyer tak pandai kire la katanye haha),
incik sailor dah selamat touch down ke bumi Semenanjung.
first time dapat jumpa selepas lebih 5 bulan dia di sana belayar.
excited macam mula-mula blind date dulu.
perasaannya macam masa mula-mula nak pegi bersua muka dengan incik sailor dulu.
seronok tak tau nak cakap camne.
lame woi tak jumpa!

majlis pertunangan,
terputus hubungan,
tsunami,
earth quake sana sini,
kapal bermasalah,
sakit pening incik sailor,

saye tak mampu buat apa-apa melainkan berdoa je la.
dan akhirnya... :)

saye geram betul tgk telatah dia tadi. camtu la jugak sengalnye!!

pegi beli tiket train tadi, bole pulak dia kata tiket dah habis.

saye tanye "dahtu macam mana?"

dia jawab "tiket semalam dah habis"

aku rase nak bakor mamat ni sampai rentong!!! (=,=)"


katanye lagi, "tadi kat dalam KL Sentral tu ade orang pengsan, sampai kena usung. sy tolong ar tadi"

"haah kite pon nampak ade orang kena usung keluar. awak ade tolong td??"

"haah, tolong tengok" (-_-)"

urghhhhhhhh kite gerammmmmmmm sangat-sangat!!!!

tp, Alhamdulillah incik sailor selamat sampai balik ke sini,
dalam keadaan yg masih sempurna,
dan masih seperti dulu.

sayang kamu~ :')

Friday, May 27, 2011

PA System

Posted by nikct at 5/27/2011 07:53:00 PM 0 comments
sebelum ni wan ckp nak mintak tolong kawan dia je utk PA System. tapi kena buat surat kat bos kawan dia untuk mintak kebenaran la. maka saye pun mintak la nama dan pangkat bos org tu.. last2 org tu cakap akan tlg buatkan surat tu pulak. so saye lega la disitu, ade orang sudi meringankan beban dan memudahkan keje.

semalam saye ingatkan wan utk tanye status peminjaman PA system dgn org tu. malangnya org tu bgtau yg PA system tu xdpt dipinjamkan since ade orang lain yg wedding date nya same ngan saye.

tak ke rasa pelik di situ?

kalau ade org wedding date nye sama, bgtau la awal2 so kite bole cari yg lain. ni awal2 lg awak dah bg harapan, nak tolong itu ini, tibe2 kate xdpt pulak.

saye dah mengharap tau x... hmm :(

hehe :P

Posted by nikct at 5/27/2011 12:18:00 PM 0 comments
Seharum Kasturi Seindah Pelangi - since June 2009
Suka Suki Tali Kecapi > When The Sailor Is Away - since May 2010


haha.. incik sailor kalah!! booo~ :P


friday :)

Posted by nikct at 5/27/2011 12:09:00 PM 0 comments
haha its friday and im FREAKINGLY happy!!!!

sebab hanya perlu kerja 1 hari je dalam 1 minggu ni. 4 hari yg lepas saye pegi kursus, maka kerja saye letak jauh-jauh lebih jauhhhhh daripada hujung dunia muahahahaha!!!

sebab bos takde weeeeeeee

sebab petang ni pulak ade latihan amal yahuuuuuuuuu

sebab esok my besfren dr kecik (Liza namanya) akan kawennnnnnnnnnnnn wuhuuuuuuuuuu

sebab esok jugak nak jumpa colleague yg dah kena campak jauh jauh yeayyyyyyyyyyyyyyyyy :')

sebab..... :)))

I'M FREAKINGLY, EXTREMELY, SUPER DUPER HAPPY!!!!!!!!!

misi tak mustahil (mission impossible)

Posted by nikct at 5/27/2011 12:08:00 AM 0 comments
misi 1 : minum teh hijau hari-hari.

utk membuang angin yg TERLALU OVERDOSE dalam badan. dah macam orang tua dah ghupenye. asyik BURPPPP je keje tak kira tempat tak kira masa. haihh..

misi 2 : kena mula joging semula setiap hujung minggu.

demi mengembalikan hidup sehat macam zaman-zaman suksis dulu-dulu. sangat fit sampai 6km pon takde hal lah!! skang? hmm makan tak jage, nak angkat kaki nak lari 6km?? so, KENA MULA BALIK!!!



setakat ni tu je lah dulu. kang banyak-banyak tak jalan pulak. jia you!!

Thursday, May 26, 2011

unknown.

Posted by nikct at 5/26/2011 12:15:00 AM 0 comments
tibe-tibe teringat cerita mule-mule nak bercinta dolu-dolu ngan incik sailor. incik sailor bagi kat saye nombor DIGI, saye pulak pakai celcom. dah banyak-banyak mesej, baru dia sms dgn nombor celcom pulak. kemudian, maxis. banyak nombor orangnye incik sailor ni. nak mengembangkan industri telekomunikasi negara agaknye. haha gasak la sudinnnnnn.

saye pakai Celcom, pakej U.O.X tu. ala yg murah untuk budak-budak sekolah/Uni tu. mana-mana nombor pun murah je kan.

yg incik sailor ni pulak, nombor DIGI dan Celcom tu bil. nombor maxis pulak prepaid. tapi, bila mesej ke nombor U.O.X Celcom ni, maka semuanya akan mahal la kan?

nak jadikan cerita, suatu hari ketika sedang rancak sms dgn incik sailor,

tibe-tibe,

saye dapat sms drp nombor tak dikenali. saye baca sms dia, tak layan. kemudian orang tu sms lg "sombong la".

saye reply "sape ni?"

"da ada bf blom? nak ngorat ni"

"ok bye"

"hek eleh kerek pulak die. org ikhlas nak kenal ni"

"sape ni?"

"ala rilek la, kalu *to, msti nak mkn2 kte ni kan" (incik sailor punye abreviation untuk "tau" = "to")

"hah..to??apekah????"

"haha..apekah?apekah ape?da blh kenal siapakah?"

"haha cubaan xbejaye!!"

"nape lak xbejaye. cuba **gto?" ("gto" = "bagitau")

"ele suda la. ni guna no.mana plak ni?"

"no.mana ape ni? xpaham. slh org ye.."

"hah???"

"sudah.. slh org ye. haha siape? siape? kta knal awk la. awk kan feymes"

"ckp btol2 kalo x bye"

"alar..alar..cik nick dania..bluek..." (incik sailor panggil saye nick dania sebab katenye saye ni macam Scha Alyahya, Awan Dania tu hehe)

"dah agak dahhhh..huhhhhhh"

"haha..eleh..gurau sket pun majok..kite sanggup beli no.lain to..haha pdhal bil suma da tinggi. yg ni senang sket. murah kan.. sian kite berdua hehe"

teharunyeeee orang tu sanggup beli nombor baru semata-mata nak bercinta ngan kite :P

Tuesday, May 24, 2011

"roti" batik :P

Posted by nikct at 5/24/2011 08:29:00 PM 0 comments
*kesinambungan cerita secret recipe semalam*

saye bagitau incik sailor betapa kami takkan dapat menunaikan janji, selagi mana secret recipe tak menukar penggunaan produk yang tak halal dan tak menyamak barang-barang mereka. saye bagitau incik sailor saye sedih, sebab saat-saat itu la yg saye nanti-nantikan, berbulan dah kot berangan pegi makan secret recipe ngan cinta hati? :(

pastu incik sailor dengan calm nye kate "takpela, kensel la kalau dah tak bole, kita mam kek yang kita buat. sayang belaja la buat kek sendiri. kek yang buat guna roti meri ngan coklat. kite suke sangat-sangat"

time-time sedih ni pandai je orang tu nak buat kite gelak sampai guling-guling. :D

"roti" meri ye sayang??? dah tu outcome nye ape? "roti" batik??? :P

hahahahahaha!! thanks buat kite gelak tak kering gusi. :)) i love u!!

Monday, May 23, 2011

secret recipe tak halal :((

Posted by nikct at 5/23/2011 10:39:00 PM 0 comments
"Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );

melakukan proses samak; dan

mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri."

produk-produk secret recipe yang menggunapakai produk yg dikeluarkan oleh Puratos Malaysia adalah seperti berikut :

TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

sebenarnye, saye dan incik sailor dah berjanji nak pegi makan secret recipe, sebaik saje dia touch down kat KLIA nanti (taktau la bila taun tu).

berita ketidakhalalan secret recipe ni sangat meremuk redamkan hati saye.

kami dah berjanji, agak-agak berbulan dah la. sebabnye, kami tak penah celebrate ape-ape same-same. tak pernah. TAK PERNAH. paham tak tak pernah?

so kami pun berjanji la, bila incik sailor sampai je KLIA nanti, kami akan terus pegi secret recipe utk menikmati kek same-same, qada balik birthday dia dan saye yg taun lepas punye, anniversary kami, even engagement skali.

tibe-tibe,

berita camni pulak keluar.

sama ada orang nak menjatuhkan secret recipe, OR berita ni betul-betul berlaku.

ohh kejamnya dunia :(

tambah gift :)

Posted by nikct at 5/23/2011 09:21:00 PM 0 comments
ala, kecik2 je. saje nak tambah lagi. so utk gift, cukup2 la dulu. melainkan kalo ade yg nak sponsor :P hehe

p/s : bilik dah mcm stor simpanan barang kes yg dirampas oleh PBT. muahahaha!!

Sunday, May 22, 2011

ERTI SEBUAH CINTA

Posted by nikct at 5/22/2011 11:15:00 PM 0 comments
❤❤ Kepada yag masih SINGLE..

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerima.

❤❤ Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...

Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

❤❤ Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...

Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

❤❤ Kepada yang PATAH HATI...

Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka yang paling dalam saat kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.

❤❤ Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

❤❤ Kepada yang ingin MENGUASAI...

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

❤❤ Kepada yang takut MENGAKUI...

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Dan cinta yang paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

❤❤ Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu kau jatuh cinta. Dan akhirnya kau mula menyadari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia berlalu pergi dan lupakanlah dia.

~► Cinta memang indah namun banyak onak berduri didalamnya...

p/s : cintailah seseorang yang halal untukmu, nescaya dirimu akan mengecapi kebahagiaan dunia dan di akhirat...cintailah seseorang itu kerana agamanya...Jadikanlah cintamu terhadap si dia dapat membawa kalian ke SYURGA Allah...InsyaAllah, Aamiin Ya Allah...

source : http://www.facebook.com/home.php#!/notes/faezeen-nordin/erti-sebuah-cinta/186982304683696

saye sayang gile kat tunang saye!!

Posted by nikct at 5/22/2011 08:16:00 PM 0 comments
entri ni ditulis untuk membodek. tp taktau la org yg nak dibodek tu dpt baca bila. takpe niat tu penting.

SAYE SAYANG GILEEEEEE KAT TUNANG SAYE, DIA COMEL, DIA "HANDSOME" (cakap sambil dahi berkerut, tangan kat bahu, mata pandang atas dan mulut bukak sikittttt je), DIA SANGAT LAAAAAA ADORABLE, DIA PRIHATIN, DIA PENYAYANG, MUKA DIA MACAM FARID KAMIL (bluwekkkk muntah ijo), KADANG-KADANG NAMPAK MACAM REMY ISHAK (ya Allah ampuni aku kerana menipu skang ni). YANG PALING PENTING - DIA TERLALUUUUU... TERAMATT... TERSANGATTTTT.... BAIK HATI DANNNNNNNNN PEMURAH!!! SYUKUR ALHAMDULILAH DAPAT CINTA HATI SEBAIK NI. :))

ok dah cukup kot? saye sangat berharap dengan stetmen di atas ni, dia akan belanja saye OREO MILKSHAKE. dah 2 hari saye gude, mintak, tp tak dapat-dapat ni. plis plis plisssssss~~~ :P

deko dan susun

Posted by nikct at 5/22/2011 11:10:00 AM 0 comments
okei pagi2 lagi dah mula deko2 dan nyusun2. dimulakan dgn gift for HIS side, dah siap, susun masuk kotak. pastu cari2 lagi ape keje nak buat (excited gile aku buat keje kawen, kalo hari2 time keje kat ofis camni kan bestttt). ternampak bunga pahar dalam kotak, takut penyek ke ape, aku pun susun la kat "stand" dia tu. dah siap. huhh. ape lagi eh?

hmm bajet utk gift mcm lebih lg. rasanya ade tambahan utk gift nanti. insyaAllah ade rezeki lebih. weeeeee... :))

kad dah siap lipat wohooooooooo!

Posted by nikct at 5/22/2011 08:39:00 AM 0 comments
sambil tunggu incik sailor call malam tadi, kad dah siap lipat, by 10pm dah siap lipat SEMUA nya sekali ok??? gile excited nak mati hahahahaha suke suke suke!!! saye SUKE!!! :))

Saturday, May 21, 2011

nilai 3 dan kad

Posted by nikct at 5/21/2011 08:19:00 PM 0 comments
untuk kesekian kalinya saye, chek dan wan pegi ke nilai 3. jalan sampai patah kaki cari benda2 alah kecik tp penting utk majlis la jugak. bunga manggar, bunga pahar, serba sedikit hiasan untuk dulang hantaran, kain satin utk salut polisterin yg akan diletakkan atas dulang hantaran, dawai nak ikat bunga telur punya net, polisterin untuk bunga manggar, bunga hiasan untuk gift pd pihak lelaki. fuhh. kecik2 je sume tapi memerlukan penelitian harga dan penelitian dalam pemilihan. so makan masa setengah hari jugak la kat nilai 3 tu. pegi pagi2 senang sbb tak ramai org, takde la nak rebut2 parking ke ape. syukur jgk nilai 3 ni dkt je ngan umah. kalo idak, jenuh nak kena buat list dulu before datang memborong. kalo duk jauh, takkan nak ulang alik 4-5 kali utk beli benda serba sikit je kan?

sesudah shopping, dapat call from incik tunang, yg akhirnya dah sampai ke perairan Bintulu. yeayyyyyy~~~

tibe-tibe,

dapat panggilan drp pemanggil misteri yg unknown masa tgh ckp dgn incik sailor. mula2 taknak angkat takut org ofis yg call. mane la tau kan. aku tgh menikmati cuti sabtu dgn tenang dan hepi je ni. then the same number call utk kali ke 2. nak tak nak saye hold kejap incik sailor dan jawab misteri call tu dulu.

"ni cik Nik Siti Norazlini ke?"

"haah. sape ni?"

"saya call nak hantar barang ke rumah, drp skynet"

ohh my prada~ kad kawen dah sampaiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!

finally. habis je beli belah kat nilai 3 tu, otw nak balik singgah kosmopleks jap. syukur jugak ade skynet kat sepang ni, dkt sgt ngan umah pulak tu. ambik je kotak terus pangku je kat riba (tak letak kat bonet pun even berat sbb excited gile nak bukak n tgk ape kat dalam tu), sampai rumah terus bukak kotak n tgk isinya.

ALHAMDULILAH.

saye order on9 je tau.tak penah jumpa vendornya. tak penah tgk hard copy of their previous art work. tawakkal gile la. dah la dgn experience with previous vendor pun agak ngeri jugak la kan. tapi saye caye je akak ni buat untuk saye, via on9. saye bole kate lebih eficient la drp vendor2 yg kat kedai tu. lagi pandai jaga hati customer. dan yg lagi best, mereka ni MELAYU!! bangga dgn vendor melayu yg best camni. best sangat2.

dan hasilnya? lagi la best. suke sangat2. ape yg saye tgk dlm draf, itu la yg saye dpt. syukur alhamdulillah. suke sangat2!!!

dan sekarang dgn excitednye saye dah lipat almost 500pcs ok..

ahh excitednyeeeeee + gembirenyeeeeeeee tgk kad kawen sdri. mcm tak puas menatap ok. weeeeeee suke suke sukeeeeeeeeee.. saye SUKE!! :))

kad kawen - SIAP!

Posted by nikct at 5/21/2011 07:53:00 AM 0 comments
vendor bagitau kad dah siap. dah bayar balance semua sekali. tunggu kad nak sampai ke rumah je sekarang ni. weeehaaaaaaa. tak sabar nak tgk kad kawen sendiri. selama ni tengok nama orang lain dalam kad tu. sekarang ni nama sendiri pulak. dgn nama org yg tercinta dan sangat laaaaa dicintai pulak tu. ape rasanya? to be cont... :)

misteri konvo

Posted by nikct at 5/21/2011 03:22:00 AM 1 comments
hah. lupa nak cerita. haritu lepas istiadat konvo kat dewan tu tamat, aku cepat-cepat heret mak bapak aku pegi amek gambar kat air terjun depan canseleri nu. tempat wajib la kiranya kalo budak uitm konvo. orang lain terbenyit-benyit amek gambar kat dewan, so ini la peluang nye. takde la berebut tempat / giliran untuk amek gambar ngan diorang ni.

so pegi la aku ngan chek dan wan. chek dah lapo gile. maka dimakannya dulu nasik yang dia dah siap tapau. aku ngan wan terus ke air terjun tu la nak posing mosing maut tak maut bagai la kiranya.

tibe-tibe,

masa wan tengah sebok amek gambar aku (ye la takde sape lagi yg ada, wan je la assistant photog yang bole aku harapkan untuk amek gambar), ade sorang brader ni datang dari seberang jalan. brader ni bawak kete kancil, dia park kat tepi jalan kat seberang, dan menyeberang jalan, lalu menuju kat kitorang.

"nak saya tolong ambik gambar? kalau saya pun, saya mesti nak ambik gambar dengan ayah saya bila grad camni"

aku pun tak banyak cerita, bagi je lah kat mamat tu kamera. dia amek sekeping dua, pastu...

"ok, tahniah pakcik. insyaAllah semuanya akan berjalan lancar. doa banyak-banyak ye pakcik. tahniah dik"

pastu dia blah. meninggalkan aku dgn wan terpinga-pinga.

"dia datang sini semata-mata nak ambik gambar kita je ke wan??"

"ye kot"

antara anggapan yang terpakai dalam perkara ini ialah :

1. wan mirip kepada bapak dia,
2. dia pernah stadi dulu, tapi tak sempat nak konvo dgn bapak dia,
3. dulu dia jahat, dia tak stadi, tak dengar cakap bapak dia, bila bapak dah takde, baru insaf,
4. dia memang baik hati, kesian kat wan yang dah tua tu yg tolong ambik gambar utk anak dia yang over excited konvo ni (biarpun konvo kali yang ke-TIGA).

tapi brader tu sangat la misteri. hmm
inilah gambarnye..

Wednesday, May 18, 2011

gift for HIS family - bought!

Posted by nikct at 5/18/2011 08:44:00 PM 0 comments
ngahahaha harini konvo. otw balik mase tgh drive ngantok gilersssss. berenti kat tepi jalan suruh wan pulak bawak. sampai rumah pukul 3, sambung lagi tido dan lepas asar gerak ke nilai 3 pulak. hunt for a gift for HIS family. semua kedai kawen ni la kitorang masuk. last2 jumpa jugak. harga, reasonable dgn rupa bentuk dia. weeeeee. i loike~ tinggal nak touch up kasi jelita sikit pastu letak isinye. weeeeee. boleh dikira DONE la tu kan?? :))

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-74 :)

Posted by nikct at 5/18/2011 04:58:00 PM 0 comments
alhamdulillah.. tu je mampu nak ungkap. susah tau stadi ni. menderita gile nak abeskan. tapi alhamdulillah, akhirnya lepas jugak. dapat konvo buat kali ke-3. terima kasih kat chek dan wan, sentiasa menemani di sisi bila susah ke senang ke. konvo dorang tak penah miss (camne nak miss kena heret jugak hehehe).

hadiah buat chek & wan :)

cuma sedih incik tunang takde :( takpela nak buat macam mane. dia dah wish, tu pun cukup buat saye hepi :)

Tuesday, May 17, 2011

bulan yang ke-LIMA

Posted by nikct at 5/17/2011 07:56:00 AM 0 comments

sudah masuk bulan yang ke 5 dia di sana. sudah tiba masanya saye menghitung hari untuk incik sailor pulanggggg. walaupun taktau bila tapi saye mau hitung jugak, tak kire!!!!

p/s : penantian suatu siksaan ok. 5 bulan. ini bukan 5 saat, bukan 5 minit, bukan 5 jam, 5 hari, 5 minggu, tapi 5 BULAN. lama ok. rindu tahap ape aku pun dah ke tahap tak tau nak ekspreskan macam mane dah. yang pasti, saye rindu. dan makin sayang. dan makin tak sabor nak tunggu kepulangan dia. sebab masing-masing dah tak sabar nak melunaskan impian kami sama-sama, once he touch down here in KLIA. tunggu dia pulang nanti baru saye cerita. wehuuuuu~ :)

Monday, May 16, 2011

beza PBT - POLIS

Posted by nikct at 5/16/2011 10:50:00 PM 0 comments
tadi pegi shah alam. jumpa kawan. makan-makan. hantar kawan balik. dia nak kirim barang yg kawan lg satu tertinggal. saye tunggu la kat bawah bangunan MRCB tu. sementara kawan tu naik ambik barang yg nak dikirim tu.

sedang menunggu dgn penuh asyik, tibe-tibe,

"honk, honkkkkk"

aku toleh. dengg MBSA. aku bagi isyarat tangan "kejap, nak ambik barang je"

dan dengan degilnya, penguatkuasa tu (PBT la senang nak refer) tak bagi, dia bagi isyarat tangan jugak suruh jalan sambil hon hon lagi.

so aku pun pusing la kat depan MRCB, Plaza Alam Sentral, ke PKNS, sebanyak 5 KALI. ye tak salah baca. 5 KALI. sebab nak tunggu kawan tu turun ambik barang DAN si PBT tu ada lagi kat situ, tengah berusaha halau orang lain pulak. aku terima la memang situ tak leh berenti. fine.

then turun la si sohabat aku ni bawak barang tu. maka aku pun berenti la kejap tepi jalan tu, bagi signal,bukak bonet kete, masukkan barang, dan cakap "bye-bye".

tibe-tibe,

"honk, honkkkkk"

aku toleh.. arggghhhhhh.. dengan macho dan selamba lalu ku berkata.... "SABAR LAA!!!" dan blah. grrrrr.

aku tau memang situ salah kalau parking ke, berenti tunggu orang ke. aku akur, dats why sampai 5 KALI pun aku sanggup pusing. tapi helo, part yg last tu aku tak suke ok. aku turun pegi ambik barang, masukkan barang dan terus nak jalan. yang kau tak sabar-sabar nak halau tu kenape???? ingat aku ni KERBAU ke??? SABAR LAA sengal!!! takkan ko nak aku masuk parking bawah MRCB tu semata-mata nak masukkan barang dalam bonet??? kalau tak cube ko bilang camne aku nak ambik barang tu??? baca je mantera dan "pufffffffff" tetibe barang tu terus masuk dalam bonet?? camtu????

PBT ni memang GILA KUASA KUASA DUA DAN KUASA KUDA. bukan nak kate ape la. POLIS DIRAJA MALAYSIA pun, yang kat KLIA ok, KLIA. POLIS pun tak halau orang macam tu kat tempat mat-mat salleh or pak-pak arab bersepah tu. polis bagi "can" la jugak. bila nak dihalaunye, dia akan datang, tanya "cik, boleh tolong alihkan kenderaan ni tak. kawasan ni tak boleh parking". dan kalau kita kate "kejap encik, ayah saya hantar barang kejap, 5 minit jee". dan mengaplikasikan budi bicaranya, dia lepaskan.

ada jugak kes di mana orang takde lesen ditahan, tapi selepas bagi amaran dan nasihat, dia dilepaskan. pendekatan macam ni la yang kita cari. kita mendidik dengan kelembutan, tapi tegas. manusia akan lebih mendengar dan akan berubah (ada jugak la yang tak dengar kata, tu dah masuk tahap degil, kepala batu konkrit!!).

bukan la macam PBT sengal takde otak mcm MBSA tu!!! nak kuatkuasa undang-undang la konon, tp guna cara yang langsung tak berhemah & berbudi bahasa!! dah la cakap pakai hon je, pastu menjengkelkan pulak tu!!!! tak considerate langsung!!! bahasa pasarnye = kurang ajar!!

undang-undang yang kau si penguatkuasa duk kuatkuasakan ni, boleh dikuatkuasakan atas budi bicara kau jugak. betol, undang-undang mungkin kata salah untuk seseorang parking atau menunggu kat kawasan tu. tapi tak bermakna tak boleh langsung nak berenti untuk ambik barang, untuk tak sampai 15 seken??? logik la wei.

aku doa lesen memandu kau hilang, kau kena tangkap polis yang hatinya kering, terus dia saman kau beratus-ratus. takpun, ko kena tido lokap 1 malam!!! baru kau tau langit tu tinggi ke rendah. baru kau tau ade yg lagi berkuasa drp kau. dan baru kau tau POLIS tu lagi berkuasa dari kau sebenanye.

spoil mood aku sepanjang tengah hari. cissssss!!

sikit lagiiiiiii..

Posted by nikct at 5/16/2011 05:52:00 AM 0 comments
semalam pegi kedai kawen-kawen kat gombak. denggggggggg bekas doorgift utk guest adalah murah 40sen disituuuuuuu. mane la kami tau??? =( tp sebenanye kos nak nyampai ke gombak tu pun dah lebih drp 40 sen tu. dan kami ke sana bukan nak cari doorgift2 ni lagi, dah siap dah pun (stetmen nak nyedap ati).

ok untuk hiasan dulang hantaran, barang2 yg patut dah beli, dan dulang hantarannya dan jugak alas, dah pinjam. haha yesss.. pinjam. kejadah nak beli or buat baru kalau benda tu orang pandang sekelip mata je kan. hehe. gile penjimatan gilesss ni.

kena beli polisterin dan jugak kertas nak balut2 polisterin tu je la. dan jugak doorgift for HIS family, and bunga telur. ohh yes, bunga manggar. that's it!! yehuuuuuu!! :)

p/s : OMGeeeeee 2 months moreeee~~!!!

Sunday, May 15, 2011

wehuuuuuuuuu ;))

Posted by nikct at 5/15/2011 12:43:00 PM 0 comments
yeayyyyyyy finally the final draft with the new vendor is already been finaliseddddd (setelah mendapat persetujuan semua pihak yg semuanya SUKE!!!). so dah semua kenan, maka deposit - PAID!! :)) cant wait to see our very own wedding card ya'llll!!!! :))

Saturday, May 14, 2011

kanak-kanak ribena :D

Posted by nikct at 5/14/2011 08:51:00 PM 0 comments
zaman comel dulu-dulu. skang lg comel wakakaka!

ohh yeah. tadi pegi kenduri kawen kawan-kawan sekola (denggg aku tak amek gamba sebab takde kamera). aku naik kereta ngan azwin, kawan drp sekola rendah. darjah 1 dan 2 sama kelas dengan dia. aku bilang "aku dah lupa la sapa kawan-kawan kita zaman sekola rendah dulu". then we recall one by one. gelagat sorang-sorang, ada yang kelakar, ada yang nakal, tak kurang jugak ada yang kurang seposen.

"aku ingat lagi ko buat lawak sengal gile masa dalam kelas dulu" azwin bagitau.

"hah lawak ape?"

"masa tu tempat duduk ko takde kerusi. pastu ko duduk jugak, tp buat gaya macam dalam cerita p.ramlee tu la, gaya konon-konon duduk atas kerusi tu (yg dalam cite bujang lapok tu), pastu ko cakap, "ko tak nampak aku tengah duduk atas kerusi ni?? kalau ko tak nampak, ertinya ko pendek umur", sebab tu la aku ingat kat ko, sebab ko ni budaknye sengal!!!"

*OMG serius ke aku buat lawak tu. wakakakaka!!

Tuesday, May 10, 2011

sirius saye rindu! :(

Posted by nikct at 5/10/2011 11:34:00 PM 0 comments
mendengar telatah incik sailor minggu lalu macam dalam mimpi je rasa. kejap je dan dia dah pergi semula. nak masuk 5 bulan dah incik sailor belayar. nak masuk 5 bulan jugak la saye tak jumpa wajah kesayangan saye tu.

rinduuuuuu sangat. tuhan je tahu :(

Monday, May 9, 2011

update : sehingga 8 Mei 2011

Posted by nikct at 5/09/2011 12:44:00 AM 0 comments
masa terus berlalu meninggalkan hari demi hari. maka the big day dah makin nak tiba. apa pun macam tak de lagi. maka semalam, saye dan fatiya menjejakkan kaki ke Jalan TAR untuk beli baju pengapit. malas nak stori panjang-panjang. kiranya, setel sudah.

harini pegi Nilai 3 dengan chek selepas mendapat kata putus untuk doorgift. asalnya nak survey, tp sifat perempuan yg pantang nampak benda untuk dishoppingkan, maka dah siap beli dah pun. hahaha! tp simple je. xde goodie2 bag ni. aku bg sekotak kecik je. isi pon tradisional je. ape nak susah-susah. 900pcs altogether. 100 lagi bunga pahar. dan jugak gift for HIS family. yg bunga pahar ngan gift family si dia, esok lusa or nex week la pulak. kang terbakor duit aku huhu!

maka - baju pengapit dan gift for guests : DONE! (content je belom, dah nak dekat baru isi)

next : kena mula pikir dekorasi utk dulang hantaran~~ aduhhaiiii~

Saturday, May 7, 2011

keje ke sabtu?? ;P

Posted by nikct at 5/07/2011 07:49:00 AM 0 comments
kesinambungan ape yg dah jadi semalam, iaitu saye tertinggal fon kat rumah. pegi keje 1 hari tak bawak fon, bayangkan la kan. dah la incik sailor masih boleh dihubungi. ke tahap guna tepon ofis dan tinggalkan voicemail la bagitau fon saye tertinggal kat umah. hahaha! nasib baik dia cerdik, pegi dengar voicemail tu. kalau tak... huhh..

so harini incik sailor pun berpesan sebelum dia pegi keje tadi.

"haa harini jangan lupa masukkan hp dalam beg siap-siap. jangan nak tinggal-tinggal lagi dah."

saye heran.

"harini hari sabtu la, nak suruh masuk hp dalam beg watpe? bukan keje pon"

hahaha kesian, dia kerja harini, makanya lupa la harini saye tak kerja. incik sailor lupa harini sabtu. hehe kesian.

saye saje cucuk-cucuk dia,

"suruh masuk hp dalam beg, nak suruh pegi mana ni?hehe"

"pegi jamban" ---> ade orang geram kena bahan. hahahaha!!

mmuuaahhxx!! sayangggg dia!! :P

saye kalah sob sob sobbss - happy "SETAHUN dan 3 monthsary" to u too.. :D

Posted by nikct at 5/07/2011 07:40:00 AM 0 comments
kesian incik sailor. macam-macam hal saye buat kali ni. semalam saye tertinggal fon kat rumah. merajuk orang tu hehehe :P

yg lagi kesian belah malamnya, kerja sampai kul 11 kot. then baru sempat nak makan, call family, baru dapat call saye.

lagi dramatis, walaupun kapal tu tengah *mooring kat port, tapi line memang hampeh gile. kejap-kejap putus! huhh. menguji kesabaran betol huhuu..

ade sekali tu line terputus 12.01am.

incik sailor call balik.

"isk kenape ngan line ni...." kate saye.

"hepi anniversary!!!!! haha kalah, lambat wish. kite 1st wish dulu. tambah 2 denda harini. (1 - sebab saye tertinggal HP, 2 - sebab saye lambat wish la konon). weeeeeeee" kate incik sailor.

tak rase nak bakor ke? hahaha :D

1st time incik sailor dapat wish camtu. at the very punctual and actual time plak tu. saye pun tak sedar dah 12.01am mase tu. ciss. hampeh, mengambik kesempatan. huhh.

ele kite tak heran la, awak baru 1st time dapat wish 1st. selalunye kite yg wish (hehe tanak kalah).

then saye kate "hepi SETAHUN dan 3 monthsary to u too..."

incik sailor gelakkan saye. "ape tu SETAHUN dan 3 monthsary?? hahaha"

hampeh. suke ye. takpe. ade lori ade bas okkkk.

anyway, HAPPY 15th Monthsary to my dear incik sailor!! love u!! miss u too, always!! :)

ohh ye,

*mooring - kapal sedang berlabuh di pelabuhan

Friday, May 6, 2011

taknak kawan sudah... :P

Posted by nikct at 5/06/2011 07:21:00 AM 1 comments
semalam ade orang cari gaduh ngan saye. ape saye cakap, bagitau sume tak kena. saje je nak buli saye. last-last saye cakap "jahat la, selalu buli kite camni, taknak kawannnn~~~"

"taknak kawan sudah... kite kawen"

hehehe selalu buat kite gelak.. eeee geghamm!!! :D

Thursday, May 5, 2011

3 bulan sudaaaaa

Posted by nikct at 5/05/2011 04:37:00 AM 0 comments
3 bulan suda tunang...

dan 71 hari lagi nak kawen...

am I ready? ...insyaAllah~~

quick updates :

1. final draft kad kawen dah siap, suke! tp kena tunjuk kat family & incik tunang dulu.. huhu cuak dgn reaksi mereka. mungkin mereka akan kata aku ni childish? hmm..

2. doorgift mcm dah decide nak bg apa. shopping je belum lagi.

kena start bajet semula utk dapatkan final and precise number for all of this. harap2 tak lari bajet la kalo tak mane nak korek lagi? huhuhuu..

weeeee... ♥♥♥

Posted by nikct at 5/05/2011 04:11:00 AM 0 comments

Missing you could turn from pain to pleasure, if I knew you were missing me too.
..well, I know you do! ♥♥♥

I ♥ you.. deeper & stronger from time to time, day by day :)

Happy 3rd monthsary for our engagement my dear! I hope this feeling lasts the rest of my life :)

Sunday, May 1, 2011

A very powerfull du'a

Posted by nikct at 5/01/2011 08:04:00 PM 0 comments
It is said that when the angel of death is taking the rooh (soul) out of the
body whom passes away....
it is a painful experience.

They say that when the dead awake
on Qayaamat, the effect of the rooh
being taken out will still be there.

Therefore, ALLAH has told us to
recite the Ayatul-Kursi after every Farz salaat and it is stated that whoever recites this, their rooh will be taken out as you would take out a strand of hair from a pile of flour. How light would that feel, Masha Allah!

May Allah save us from any sort of pain and may He let us die with Imaan in
our hearts and save us from the azaab. Aameen..

There is no word as beautiful as Allah.
No example as beautiful as Rasulallah(SAW).
No lesson as beautiful as Islam
No song as melodious as Azan.
No charity as meaningful as Zakat.
No encyclopaedia as perfect as Al-Quran.
No prayer as perfect as Namaz.
No diet as perfect as fasting.
No journey as perfect as Hajj.

Let's realize that Islam is forever beautiful and perfect, please forward this message to get the sawaab of passing on knowledge.

This is most common among us, most of us talk during Azaan... Read this..

The Holy Prophet(SAW) said, Stop doing everything during the Azaan,
even reading the Quran, the person who talks during the Azaan will not
be able to say the Kalimah-e-Shahadat on his/her death bed....

Please pass this message to Muslims...
READ THIS DUAA FOR BETTER LIFE

Allahumma- inni-ala-Zikr-ika-wa Shuk-rika-wa-husni-ibad-atika.

A very powerful Duaa has been sent to you. What do you think you should do with it. Imagine if 1000 people read it just because of you.

dugaan

Posted by nikct at 5/01/2011 09:18:00 AM 0 comments
4 hari kena pegi kursus kenegaraan. mase tu jgk la T5 nak sampai port. patutnya sampai awal lagi, tp keadaan tak mengizinkan, so postpone beberapa hari jugak la. time tu jugak emel keparit. so memang taktau bila exactly T5 akan masuk port. sedih gile. dah la kursus ni tak bagi main hp time kelas ke ceramah ke. nak tgk pun curik-curik. asal tengok je, mesej still pending. sedih gile. hilang semangat nak berkursus mengenang nasib dia kat sana.

tibe-tibe,

suatu pagi, balik dari surau, tengok-tengok ade 1 sms masuk. dari sape lagi kalau bukan pojaan hati :)) suke sangat!! alhamdulillah dah selamat sampai. kalau tak, jenuh duk memikirkan nasib T5 dan krewnya kat lautan nan luas sana.

dpt sms pon, tp tak dpt sembang betol-betol ngan incik sailor. time dia free saye ke kelas. time saye free dia kerja. time saye abes kelas dia dah tido. cane tu. memang tak sempat nak cakap n bincang ape-ape pon. huhh dugaan betol kali ni. kursus ni nye pasal kami jd gini. huhu cedeyyy. hope takde pape yg mengganggu trip akan datang.

harap-harap perjalanan kamu smooth dan dipermudahkan, sayang. aminnn~
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea