Monday, August 6, 2012

raya bertiga lah sangat..

Posted by nikct at 8/06/2012 09:49:00 AM 0 comments

skang ni rutin harian masa kerja adalah, masuk2 opis je terus letak beg dan terus menapak ke toilet. almaklumle, sahur je minum air berbondong-bondong, mane tak nak tekucil je kejenye haha lepas dah menunaikan hajat, terserempak la ngan sorang ahkak ni kat toilet tu. lama gak sembang. antaranya :


ahkak : lama xnampak?

aku : cuti lama kak. hehe

ahkak : cuti bersalin ke?

aku : haah.

ahkak : anak laki ke pempuan?

aku : anak laki kak.

ahkak : oo best la ye raya tahun ni. bertiga

aku : :)


panjang lagi sebenanye tp ni je yg aku rajin nak taip. haha.. bertiga pun bertiga lah kak. mana tau doa akak tu dimakbulkan, insyaAllah. tp xnak berharap sangat. lebih baik aku prepare for da worst drp aku mengharap dan mengharap.


senyum je lah.. hanya aku dan tuhan je yg tau :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, August 5, 2012

I love u, but I hate you :P

Posted by nikct at 8/05/2012 01:54:00 PM 0 comments

masa preggy kan si izz, aku benci nasik lemak. benci ke tahap, membayangkan rasa nasik lemak pon boleh terasa kembang tekak ni. haa bayangkan je baru tu. belom ada depan mata. hahaha


tp dah lepas besalin ni, nak pulak bulan posa ni, terasa mengidam nak makan nasik lemak lah pulak. haih... sodap nye kalo dapat sebungkus nih. lauk rendang ayam ke, paru berlado ke. huiiii meleleh ayer liyor teman ni weiiii T_T


(stress wat keje hujung2 minggu ni jadi camni la)


tu je nak bagitau. okbai.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, August 3, 2012

aduh :(

Posted by nikct at 8/03/2012 01:50:00 PM 0 comments
sakit lama datang kembaliiiiiii... adoiyai.. dugaan sungguh posa2 nih... huhu nape ye? hmmm... mungkin ke sebab....


angkat barang berat?? semalam benda paling berat di angkat adalah 2 bijik kamus je... mungkin berat2 beban yang penah diangkat sebelum2 ni kot??

atau....


duk terlalu lama depan p.c.. emm ni mungkin jugak....

or...

excessive physical activities. mungkin jugak.. lari dekat 6km setiap hari zaman muda mudi.. kurusnya idak gak. dapat sakit pulak T_T tp dah lama x bersenam.. mungkin jugak long term effect baru nak dirasai la ni kot???
and finally....

faktor ni baru masuk list. sebab seblom preggy lagi penah sakit teruk belakang aku ni..
nak pegi klinik, hospital, dah muak dgr explanation dorang. "xray xde pape so sy bagi ubat tahan sakit n ubat sapu je lah". dah la aku bf izz. takut nak makan ubat.

alternatif? kena survey dulu. sementara tu.. rabbi yassir wala tu'assir..

;(

Thursday, August 2, 2012

hidup rempits! :D

Posted by nikct at 8/02/2012 02:33:00 PM 0 comments
sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dah namanya pon 'menara' gading kan, nak nak plak uitm, mcm2 bukit nak kena daki, bukit tonggek la, tangga batu caves laa, so aku kena banyak menapak la nak ke kelas dan keluar berjambi-jimba (bukan ke library ye.. library akan dijejak bila nak potostat, nak pinjam buku n bila kawan2 ajak stadi sesama dekat nak exam hahaha bajet pandai la sangat). puas jugak merayu mak bapak aku bg bawak motor ni. sama macam aku mintak nak amek lesen moto la jugak payahnya huhu almaklumle aku ni sorang je anak pompuan dorang. bongsu lak tu. sebagai seorang ibu (ececeh skang dah jd ibu la kau hahaha) aku paham la jugak sikit2 perasaan dorang (sbb anak aku kecik lagi, mana nak paham perasaan dorang 100% lagi hehe)

last last dorang bagi la jugak aku bawak motor kriss warisan bapakku tu ke uitm.....

setelah berpenat lelah aku buat muka kesian camni (tp opkos la aku lg comey kottt hahaha)
maka bermulalah episod aku merempitkan diri ke mana sahaja muahahaha tp aku anak yg baik, mak bapak aku pesan jgn merempit keluar shah alam. penggunaan motor terhad dalam shah alam SAHAJA. tp ada la jugak kadang2 langgar perintah berkurung tu n pi jusco bukit raja klang tu. bukan apa, blaja ni stress weyyy. kadang2 kita perlu mencari liburan, tgk wayang ke kan. kat shah alam pulak takde cinema. so, nak buat cane, demi memaintainkan result exam setiap sem, tepaksa la aku tgk muvie (terbaekkk alasan haha). tp bukit raja klang tu dekat je ngan shah alam. kiranya dia border shah alam - klang la hehehe

eksiden? penah la kan.. tak rempit la kalo xpenah eksiden hahahah ehh tp masa tu bukan aku yg bawak.. kalo aku bawak kompem x eksiden kot :P haha benda nak jadi. yg bawak moto tu p buat u-turn kat tempat tak sepatutnya, rupanya ada lori nak p terus kat belakang kami. maka, terempuh la lori tu ngan side mirror moto aku. punyala aku nak menyelamatkan keadaan, aku pegang gak motor ni taknak bg jatuh.. mmg la motor tak jatuh. aku pun tak jatuh. tp lutut aku lebam n betis aku sedikit terobek la. haha tak la robek. terhiris je. tp heran gak, aku taktau camne leh dpt kecederaan tu. tak kesahla janji aku masih bernapas harini. alhamdulillah.

pada suatu hari, tiba-tiba je mak aku kol tanya aku nak kereta apa. ahh sudah.. biarla betol???? mak aku ni, jenis aku mintak telepon pon sampai ke sudah dia tak penah beli utk aku, last2 aku beli sendiri, ni pulak tiba2 nak bagi kete? ape celop toqqqq???

"guna kereta la. selamat sikit. naik motor tu, eksiden la apa la.. balik naik tren pun selalu lambat. sampai 3 jam nak sampai drp shah alam je pun. malam2 pulak. risau chek"

alhamdulillah. pucuk dicita kereta yg datang hahahaha aku cakap, angkat kancil cukup laa chek. aku kira2 jugak, dorang tak penah bg hadiah sebesar ni, kiranya aku antara pecaya ngan tak lagi la masa tu. n aku pikir gak bapak aku tu pesara polis je, mak aku lak surirumah je, mana nak mampu bagi aku bmw merc bagai kan (ewahh ada niat gak tu). tetiba mak aku cakap lak,

"chek rasa xselamat la kete kancil ni. lagipun kancil kecik. xmuat nak letak barang"

loh, nak letak barang ape? aku taktau nak letak apa dalam kete. bila dah keje ni baru la aku letak kasut utk pakai ke opis ngan blazer. n macam2 lagi la yg mana aku tak rasa relevant nak pakai, aku bawak masuk dlm kete, sampai kesudah tak kuar2 hahahaha

maka akhirnya,
tadaaaaaa.....
inilah kereta pertamaku (ada yg kedua ke??? memang ni satu-satunya ponnn.. buat masa ni la hahaha). sebenanya aku order kete kaler hitam. tp sampai je hari nak mengambiknya, cina tu pegi eksidenkan kete tu. peghh dah siap reg. JPJ dah wey. plat no.WPN1841. bapak aku cukup kenan ngan no. ni sbb ni no.badan dia dulu. kami pon tunggu dia sampai kat kedai tu n serah kunci je. tiba-tiba dapat tau eksiden lak. inilah yg dinamakan kalo dah jodoh tak ke mana. kalo xjodoh tu, memang tah kemana-mana la jawabnya huhuhu

masa tu aku masih baru dalam dunia perundangan. budak hingusan tak habis belajar lagi. mula2 cina tu pujuk nak betulkan mana yg kemek tu je la kan.. aku macam hampir2 nak terima.. bila balik tu, Allah bukak mata bukak hati ni seluas-luasnya, logiknya la kan.. kalo kita beli roti, roti tu kena makan tikus masa kat kedai tu lagi, mesti kita dapat ganti roti yg baru or dapat duit balik kan? apelagi kalo dah dia langgar kete tu sampai kemek camtu, mestila aku layak dapat yg baru kan?? aku kol lecturer sana sini tanya. memang kompem boleh dpt yg baru.

bila kita mintak yg baru, mula la dorang pun panas punggung la. tp kami buat keras je. camne pon kami tetap ngan pendirian kami. kami nak yg baru!! itu hak kami!! last2 dapat jugak. tp kaler orenggg sebab hitam out of stock dah. dgn new registration no. WPP 1853.

alhamdulillah sampai ke harini masih elok, masih rock n roll sbb bunyi ekzos dia.. peghh mengaum!! rata2 org naik kete aku sume tanya aku modified ke kete tu. jawapannya memang tak laaa.. aku nak korek duit celah bedah mana.. baik aku makan drp menghabiskan duit menyolekkan kete. haha asalkan ada rupa kete cukup la kan hehehe

...ok sambung balik cite masa kat uitm tu. maka berakhirlah dunia rempitku. dan bermula la dunia drift plak hahaha mula2 dapat kete ni, motor kena tarik laa.. sedih. kalau dulu kelas kul 8.30 pagi, aku bangun kul 8, 8.25 betolak p klas, parking kat depan kelas betol2. bila abes klas pon aku la org petama kuar, capai motor n terus balik hostel, aku rasa aku la antara yg pertama jumpa katil berbanding kengkawan len kat klas tu hohoho tetapi, kini bila dah ada kete, lepas subuh dah siap nak gi kelas 8.30 tu, parking tudiaaaaaa jauh nok mapuh sbb parking yg dekat2 ramai org dah amek awal2. lagipun kete kan, sedekat mana je pun kau mampu nak park ye dak? berpeluh2 nak sampai kelas. waktu rehat tak cukup sbb sampai bilik lambat (padahal org lain tak balik pon. aku je ngengada lebih nak tido gak tghari tu ahaha).

maka, aku merayu lagi sekali kat mak bapak aku utk bawak semula motor ke uitm. kali ni, motor pon ada (utk p kelas), kete pon ada (utk balik rumah or ke destinasi luar drp shah alam). kelassssss kau nik. dua2 pon hado. bajet anak jutawan apa?? hahaha adala dlm 2-3 tahun jugak aku hidup ala-ala anak raja brunei hehehe dulu boleh la.. skang aku dgr sapa2 duk asrama mmg langsung takleh bwk masuk kete dah. siap kena clamp pepagi buta bila pak gad buat projek mega. prosidur apply sticker pon dah strict. ohoho selamatttt.. syukur sangat masa aku belaja dulu tak sekejam itu muahahaha (mungkin wujudnya org macam aku yg menyukarkan mereka di kemudian harini?? haha sori la ye adeks adeks muahahaha)

i really miss my uni life. sumenya manis dan indah.. dan mudah.. huhuu
skang dah 3 tahun aku tak guna motor sepenuhnya. lepas habis belajar la kiranya. rindu zaman bawak motor kat uitm. rindu meredah hujan nak p kelas. rindu beli makanan kat kengkawan time lunch or dinner, kuar potostat bahan2 ilmiah. sumenya dengan motor berjasa tu. huhuu rindunyaaa nak merempit!!!

*sori gambar moto byk jasa tu xpenah diambik huhuhu.. dan skang abg aku amek guna plak. menyesal lak rasanya!!

df in da house!! :))

Posted by nikct at 8/02/2012 01:39:00 PM 0 comments

setelah ditambah tolak didarab dan bahagi, kami ambik keputusan utk angkat sejibik deep freezer. yg kat rumah mak aku ni dah penuh. bukan ngan susu je, penuh dgn brg basah dia la jugak. peti ais kat rumah kami lak 1 pintu je, xmampu simpan susu lama2. makanya lama-kelamaan kena jugak beli.

tenkiu incik sailor bagi sokongan sepenuhnya utk bf! lebiuuu :')

semoga dipermudahkan perjalanan bf baby Izz. permurahkanlah rezki anakku tu ya Allah :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, July 29, 2012

allah bayar cash

Posted by nikct at 7/29/2012 10:43:00 AM 0 comments

di pagi ahad yg indah lagi permai sambil anak tgh tido ni haku teringat satu kesah. kesah benar, tiadalah apa-apa yg tidak benar melainkan benarrr belaka. hahaha


umum mengetahui (umum ke?), kalo x umum pun mana yg kenal aku patut tau la yg ai ni PJJ (perkahwinan/percintaan jarak jauh ye, bukan pendidikan jarak jauh uols) ngan hubby ai. berbulan-bulan kami berjauhan drp mase bercintan cintun lagi.


nak dijadikan cerita, well silap ai jugak la kan, p update apa-apa kat pesbuk. jenuh la ai kena perli balik ngan kengkawan. dah masuk tahap wajib kawin la, gersang la.. kannn.. amboiii sedapnyaaa depa duk ngata kita.. tp ai sabar kan je lah. org yg x alami x rasa apa yg ai dan partners geng kapal yg lain rase.


lepas tuuuu, nak dijadikan cerita, ada antara yg memerli aku kini mengalami nasib yg sama. hahaha sama ke? xberapa nak sama la. ok la tu berjauhan tp bleh berhubung kan. tp cukup la jugak utk buat dia melalak.


haa amek.. god pay u in cash!! rasa la 5% drp apa yg aku rase seblom ni. muahahaha :D


tp alhamdulillah jugak kebanyakan kawan2 aku menyokong, bg kata2 smgt. ada partners geng kapal lain yg kena kutuk kaw2 ngan member2 sdri, mcm2 tuduhan x berasas yg dorang lemparkan kat sailor nih. main perempuan laa, kaki minum laa.


hello, tu mulut berbau longkang yg cakap guna lutut dan tak berlandaskan fakta. kalau seseorang tu kaki perempuan, tak payah keje sbg pelaut pun, keje sebagai drebar teksi ke, tukang kebun ke, even yg menganggur pun, kalo dia nak pasang cawangan, dia pasang jugak!!


so far setau ai, utk company yg laki ai naik kapalnya ni, bila masuk port, mereka ada beberapa jam je utk duk kat port. load cargo, then kapal terus kuar kalo xde pape masalah. beberapa jam yg ada ni lah nak pegi beli barang utk diri sdri, utk kapal lg, makan ape yg dihajati dan pos barang ke ape. haa yg dpt trun darat bukan semua eh. beberapa org je, ada yg kena stay wat keje pon ade. yg mana dpt turun tu, jalan pon kena lajuuu je sbb nak cepat setel hal2 kat darat seblom naik semula ke kapal. pendek kata sms pon xdan la kalo dorang ni tgh menapak cari barang kat darat. dorang xleh lama2 masuk port sbb kos masuk port tu makan belanja berbelas ke berpuluh ribu. kalau delay, maka rugi la company nak menanggung kos 'sewa' port tu. sebab tu sume kena buat cepat. kalo kapal ada problem pon, org2 kat kapal kena marah ngan opis sbb gagal menyebabkan kapal tu kuar drp port on time. so, ko rase org kapal ada masa nak main pompuan? pegi toilet pun xsempat!!


tp opkos la, mcmana lelaki kat darat ni, mcm tu la jugak dorg. dlm setandan pisang, xkan sumenye wangi. ada la yg buat perangai. tp tu kita xtau la apa masalah dia.. sama je mcm lelaki buaya darat yg ada kat darat ni (see, dorang bg istilah buaya darat ok, bukan buaya laut. means buaya kat darat lg banyak dr laut!! haha jk jk)


n bagi tuduhan kaki minom tu, haa ni kalo uols xtau better uols sadap je la eh. FYI (for your info, kot2 ada xtau lagi apa tu fyi), utk kapal company yg incik sailor naik ni, dilarang sama sekali bawak nek minuman keras beralkohol. setiap minggu dorang ni macam budak asrama la. captain kot yg akan buat spot check. haa jgn main2, atas kapal pon ada main spot check tau. kalo kantoi ada bawak minuman keras, even non muslim sekalipun, boleh dikenakan tindakan tatatertib tau. tatatertib dia bukannya berdiri sebelah kaki atas kusi tau, tp melibatkan kegelapan dalam bidang kerjaya dorang. uols paham2 sendiri la.


I hope this entry can educate small minded people out there, if not all, 1% of it pun jadi lah.


ingat, kalo setakat perli2 pun allah bayar cash kat kawan sy tu, apa lagi kalo yg duk mengata, buat tuduhan palsu xberasas tu. nauzubillah!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, July 28, 2012

tragedi MT BUNGA ALPINIA

Posted by nikct at 7/28/2012 01:19:00 PM 0 comments

beberapa hari lepas kita (esp komuniti perkapalan dan juga partners geng kapal) dikejutkan dengan letupan yg berlaku ke atas kapal MT BUNGA ALPINIA milik MISC.


kelu seribu bahasa bila tengok gambar2 n video kejadian yg di post kat wall group tersebut. perasaan sedih, hiba dan seriau sume bercampur baur bila dpt berita ni. nak pulak ada 5 org dilaporkan hilang. kini 3 telah disahkan meninggal dunia drp kejadian tersebut.


ya allah. xtergambar kesedihan ahli keluarga dan yg tersayang. walaupun xde kaitan dengan mana2 mangsa pun, kita rasa sedih. apalagi mereka yg directly involve dan ahli keluarga dorang.


semoga allah mencucuri rahmat dan menempatkan mangsa2 yg terkorban dikalangan org2 soleh. kau ampunkanlah dosa2 mereka yg terkorban ya allah. permudahkan misi pencarian mangsa yg masih hilang. permudahkan juga urusan penyempurnaan jenazah mangsa yg telah ditemui..


ya allah yg maha pemurah lg maha mengasihani, lindungilah para suami, ayah dan anak kami yg bekerja di lautan sana drp segala bala bencana yg merosakkan. sesungguhnya mereka mencari rezeki yg halal mengikut syariatmu, utk memberi anak isteri dan keluarga mereka makan. lama mereka berjauhan dgn ahli keluarga, kasihanilah mereka, ringankan lah beban yg ditanggung dan lapangkanlah dada mereka ketika bekerja. hanya padamu kami berserah, kami tawakkal. apa saja berlaku, kau redhakanlah hati2 kami. sesungguhnya kau maha besar, maha agung, penentu segalanya. amin ya rabbal alamin.


Published with Blogger-droid v2.0.4
 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea