Thursday, November 11, 2010

harapan.

Posted by nikct at 11/11/2010 08:22:00 AM
saye pernah jatuh cinta, tapi berakhir dengan kecewa.
kecewa sebab ape yang diharap-harapkan, tak membawa ke mana-mana.
bercintan macam nak rak, pastu hilang persefahaman, alih-alih habis.
tapi silap saye jugak.
terlalu mengharapkan seseorang menjadi seperti yang kita nak.
bila dia tu tak la seperti ape yang kita harapkan, hati ni mula la berubah.
rasa mcm bercinta ngan alien pun ade.
sebab dah tak kenal ngan sape orang yang kita kapel tu.

kemudian saye juga pernah mengharap, tapi semuanya sia-sia.
dia memberi harapan. tp sekadar tempat untuk menghilang tekanan.
bila dah sedar kenyataan tu, saye seolah-olah tak mau kalah.
mungkin sebab tak boleh nak terima kenyataan.
bagi saye dia la kegembiraan yang saye cari selama ni.
tapi, kegembiraan tu dinafikan bila berkali-kali dia ulang bahawa dia tak mampu untuk buat apa-apa.
hinggalah saye sedar pada suatu hari bahawa saye boleh hidup tanpa cintanya.
kerna bukan cinta dia yang saye cari-cari selama ni.

saye cuba, cuba dan cuba, berusaha sedaya upaya membuang dia dari ingatan.
mengharapkan saye hilang ingatan,
mengharapkan mase berputar kembali dan saye tidak mengharap lagi bila dia mendekati.
tapi saye tak pernah sesal.
sikit pun tidak.
sebab melalui dia saye belajar macam-macam.
sayang tak semestinya memiliki.
kita tak selalu dapat ape yang kita nak.
dan tak semestinya orang yang kita sayang mempunyai perasaan yang sama dengan kita.

saye cuba perbaiki diri.

saye menghabiskan masa dengan keluarga dan rakan-rakan disekeliling.
baru saye sedar rupanya mereka semua sayang kan saye.
sentiasa sokong saye walau ape pun jadi kat saye.
mungkin inilah hikmahnya.
dulu saye silap kerana mensia-siakan mereka.
saye mohon maaf atas kealpaan saye tu.

kesunyian hampir 4 tahun mengajar saye menjadi seorang yang lebih komited.
tabah hati.
tak meraih simpati.
tak mengharapkan apa-apa balasan daripada orang lain.
dan frenly dengan semua orang.

kesunyian ni walau menyedihkan kita tapi ia mengajar kita, membentuk kita untuk menjadi "orang".

saye juga pernah memberi harapan, tapi bila saye sedar saye tak mampu, saye hentikan, saye mohon maaf.
saye tak mampu bagi ape yang dia nak.
sebab jika saye terima dia seolah-olah hanya untuk mengisi kekosongan dalam hati semata-mata.
tapi dia tak faham.
harap-harap masa dapat memberi pemahaman yang lebih baik pada dia.

kini, saye sedang meneruskan perjalanan.
mencoret masa depan bersama dia yang saye cinta.
ape yang akan jadi di masa depan saye pun tak pasti.
kerna itu semua telah ditetapkan melalui suratan takdirNya.
walau bukan yang pertama, saye harap inilah yang terakhir.
saye harap tuhan menetapkan jodoh antara kami.
panjangkan jodoh kami.
permudahkan penyatuan antara kami.
supaya dialah insan terakhir yang berada dalam dakapan saye tika hembusan nafas saye yang terakhir.

saye cuba applikasikan pengalaman saye, untuk mencorakkan perjalanan ini.
4 tahun saye tunggu cinta saye.
suka, duka, sedih, gembira, tawa, kecewa, perih, jerih, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
saye takkan sia-siakan peluang keemasan saye ni.

walaupun harapan pernah membuat kita semua kecewa, tapi saye pasti dengan sekelumit harapan tu la ia mampu menyangga perjalanan hidup kita.
mencorakkan apa adanya kita pada hari ni.
apa yang pasti bila kita kecewa, cuba jangan merintih.
bertatihlah!
pandang la di sekeliling dan lihatlah dunia yang Allah s.w.t ciptakan ni.
pasti kita akan terjumpa dengan 'ciptaan terindah' yang telah tuhan ciptakan untuk kita.

insyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea