Monday, March 12, 2012

7th check up : HILANG!!

Posted by nikct at 3/12/2012 09:44:00 PM

khamis lepas pegi check up kat klinik kesihatan salak utk kali ke 7. mcm biasa pegi sorang lagi. hukhuk.. tp haritu spesel sket. sbb aku amek cuti. utk ape? utk balik penang petang tu, kenduri kaklong. hahaa dan jugak ade surpriseeeee. bila surprise dah disampaikan, baru bgtau sini. muehehehe.


check up macam biasa. timbang berat (maintain drp previous week), hb (normal), urine (ok). kali ni xde amek2 darah dah. pheww selamat. xsuke la menda alah yg tap jari tetibe tu. baik dia cucuk jarum amik darah untuk derma darah drp terkejutkan aku dgn blade tap tu yg tibe2 cucuk jari. tak suke tekejut2 ni tau. sbb tu aku xtgk cite hantu. eh kesitu plak.


lepas dah siap tu sume, jumpa nurse. nurse buat rutin biasa je. tambahan, kena detect heartbeat baby. so aku pon baring. kepala baby kat atas, dipanggil "breech" (kalo silap eja sori, xsilap aku camni la eja dia) bermaksud songsang. nurse pon tonyoh2 la device dia tu. pusing sana sini nak cari heartbeat baby. tengah dia cari2, baby bagi respon, bergerak. xtau la bersilat ke ape. nurse terberenti jap, tengok aku sambil senyum. aku gelak je la tanda paham pe yg dia nak sampaikan. pencarian diteruskan.


finally nurse fed up. dia mintak kawan dia pulak buat. dia cakap "anak dia gerak2 tp xdpt detect heartbeat". nurse yg ke 2 pulak suruh nurse td ambik alat yg lain kat bilik seblah. dah ambik tu pun, xdapat jugak. berkali2 gel mcm gam tu disapu kat perot. sampai bau gam perot aku haritu. isk3.. last2 nurse kate, awak jumpa doc la. biar dia scan n tgk."


haiyak. noty eh baby. kamu duk camne la sampai 2 org nurse yg dah guna 2 device xleh nak cari heartbeat kamu.. isk3..


jumpa doc, doc scan. ade je heartbeat baby. 146 heartbeat per minute. alhamdulillah..


next appointment : 2 minggu lagik. jangan laa hilang2 lagi syg oii.. hahaa


Published with Blogger-droid v2.0.2

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea