Friday, April 6, 2012

10th check up : misteri

Posted by nikct at 4/06/2012 05:51:00 PM

4 April 2012 baby dah 34 weeks. harini check up kat KK Salak di seblah petang. dengan kursusnya lagi. tp yg leganya, incik sailor ada di sisi. dia baru pulang drp selama malam tadinya.


pagi tu nak besiap solat subuh dan ke kursus. bila bangun dr katil, tetiba rasa ada air keluar kat bawah tu. eh air apa ni. pegi toilet check. bukan kepalang punya air. menitik sampai ke tumit. alamak. air ape ni? ketuban ke? baru 34weeks, xkan la kot? dah sampai masa ke? bgtau incik sailor, dia suruh siap2 dulu. nak pegi hospital. erkk...


mandi, solat, besiap, bekpes bagai dulu, baru gerak pi hospital. inform member kursus nak pegi hospital.


sampai hospital dorang buat speculum, check jantung baby, urine, bp sume. ok. pastu depa interview aku mcm pesalah kena interrogate. haha xde la tu dahsyat sgt. tp banyak sgt soalnye. dah la 1st baby aku xtau ape2. "cecair banyak mana? ada pakai pad? kalo pakai pad, agak2 penuh mcm mana? pukul berapa? ada lg x skrg? warna apa? bau apa? sakit x? perut keras? ada contraction x?"


adoiii... bau ape? xpenah tau pulak bila tgk air keluar tu aku kena amek bau dulu. aku main agak je la banyak mana air yg kuar tu. bg aku ia cukup banyak lsampai buat aku cuak la. plus, perut mmg keras je skang ni. kawan2 pon cakap perut ni keras. n 1st time preggy, mane aku tau contraction tu rasanya camne. camne aku nak jawab soklan2 tu?


bila dah perform speculum, doc test cecair yg dikatakan pecah tu, -ve for ketuban. n jalan langsung xbukak lg. so air ape yg pecah n meleleh pg td? bila scan, tgk cecair still adequate. baby ok lg. adoiyai. peristiwa unspecified bleeding mcm haritu berulang lg.


last2 doc speculate discharge. tp, aku still xpuas hati. tp sehingga ke harini, xde pape lg jadi. n baby gerak ok.


whatever it is I hope for smooth pregnancy throughout this 3rd trimester n I hope baby sihat, selamat sepanjang dalam perut sampai dilahirkan. aminnnn...


yg abahnya pulak dah bikin suspen, dia check in masuk dewan bersalin, habis sume kawan2 pun cuak sama. sana sini call dia, xmenang tangan menjawabnya :D saye dgr dr dlm laa. hp dia xhenti2 bunyik. amboi belom pape lg dah heboh ni. femes baby xpasal hahaha


dalam pejalanan balik, boleh pulak abah dia ckp "ok jugak kalo baby kuar harini. ye la, 4hb april kan. abg nye beday 4hb jun". saye saja sambung "kalo baby kuar 6hb april lg abg suka kan? 6.04.12". "haah ok jugak kan. tebalik dgn beday abg". amboi. kira dia punya beday je. xkira dah yg lain2. huh


dapat mc 1 hari tp memandangkan penyelaras kursus yg skema ni kata saye kena ulang kursus pada masa depan, dan memikirkan bahawa saye dah mensia2kan seharian duduk mendengar ceramah (sambil tido) membesarkan pungkoq, saye pon pegi la dewan kuliah, sambung kursus.


bila melangkah masuk dewan, kawan2 dah tekejut. ada yg tanya "bukan dah besalin ke" hahaha haiyer. terpaksa explen. kalo dah besalin xdtg kursus dah kan. hihihi fenomena tercetus pulak. ni sume abahnye punye pasal ni. haha!!


disebelah petang lepas kursus siri 1 habis, saye pegi KK Salak utk antenatal check up biasa. utk folo up je. nurse situ tau pg td dah pegi hospital. dia cakap "kenapa dtg lg? pg dah pegi hospital. hospital lg besar drp kita. lain kali kol je bgtau"


pulak dahhhh. servis gomen ni salunya kalo bab nak ejas date appointment tu yg shushah tu. tu sbb la aku pegi jugak. last2 camtu pulakkkkk. haiyer T_T


apepon, air pg td tetap misteri. ya Allah aku mohon perlindunganMu terhadap anak yg dikandung ini ya Allah. sihatkanlah tubuh badan, akal fikirannya. panjangkan usianya, permudahkan urusannya. aminnn...


bersyukur sangat incik sailor dah pulang. :')


Published with Blogger-droid v2.0.2

2 comments:

4zani@olive said...

insyaAllah..tade pape 2....;)

nikct said...

trus la doa2kan pojani...huhu tq2

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea