Saturday, January 14, 2012

amalan dan doa semasa mengandung

Posted by nikct at 1/14/2012 11:29:00 AM

* surah al-fatihah

* ayat kursi

* Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak

* Surah Luqman – untuk anak yang cerdik

* Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat

* Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin

* Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu

* dan sebagainya (seelok-eloknya bagi yg belum sempat khatam, mengkhatamkan quran pada peringkat ini dan mengamalkan surah2 di atas sebagai tambahan)


Doa semasa hamil –

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


amalan genius yahudi

orang yahudi dikatakan memulakan pendidikan awal anak-anak sedari mereka di dalam kandungan lagi. baik dr segi pemakanan (pengambilan badam, susu, kurma, salad dan minyak ikan) dan juga amalan (menjauhi asap rokok, melakukan latihan matematik, bermain piano, violin), semuanya dimulakan pada peringkat awal kehamilan lagi. mereka percaya dgn melakukan semua ini, anak-anak dlm kandungan akan teransang mindanya dan akan menjadi bijak dan genius (perbuatan diteruskan sehingga anak dilahirkan, di mana pemakanan dan aktiviti anak-anak dikawal rapi).


* oleh itu, marilah kita mula mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat spt yg telah dituntut oleh syariat (bacaan ayat suci al quran dan berdoa utk bayi) dan melakukan perkara yg diamalkan oleh kaum yahudi (dr segi penjagaan makanan dan amalan seharian) untuk perkembangan positif anak-anak dari peringkat dalam rahim.


sumber - google


Published with Blogger-droid v2.0.2

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea