Saturday, January 14, 2012

Faedah Protein Soya Untuk Ibu Hamil

Posted by nikct at 1/14/2012 01:46:00 PM

Menurut kajian dari Prof Dr Azizan Ismail, susu protein soya yang diperbuat dari bahan organik sangat bagus untuk ibu yang sedang hamil.


Susu protein soya dikatakan sangat bagus kerana ia mengandungi asid folat yang diperlukan oleh yang sedang ibu hamil. Secara umumnya, susu protein soya mengandungi vitamin B, E dan K serta niasin.


Jadi kepada ibu-ibu yang sedang hamil, jangan sesekali mengabaikan pengambilan susu protein soya. Selain dapat membantu dari segi kesihatan kita dan bayi yang bakal dilahirkan, ia juga mampu untuk membantu perkembangan minda bayi yang bakal kita lahirkan.


Mengikut kajian tersebut juga, susu protein soya amat sesuai digunakan untuk menggantikan susu formula yang ada dipasaran. Susu formula dikhuatiri mengandungi bakteria tidak baik yang mampu untuk membahayakan kesihatan penggunanya iaitu si ibu dan bayi.


Tulang yang kuat juga diperlukan bagi ibu-ibu yang mengandung. Jika tulang mereka tidak kuat, agak sukar bagi mereka untuk melakukan aktiviti seharian yang melibatkan pergerakan. Ini disebabkan, ibu yang mengandung perlu menampung berat mereka dan juga berat bayi yang ada didalam kandungan.


Saranan penganbilan susu protein soya buat ibu-ibu yang mengandung dapat membantu menguatkan tulang mereka kerana susu protein soya mengandungi kalsium. Kalsium adalah salah satu mikro mineral yang berguna untuk tubuh badan manusia dan 99% daripadanya ditemui dibahagian tulang kita.


Jika anda seorang ibu yang sedang hamil, sudahkah kita mengambil susu protein soya? Kepada kaum bapa, adakah isteri dan anak yang bakal dilahirkan sudah mendapat segala yang diperlukan mereka? Rasanya tidak salah melaburkan sedikit duit untuk kesejahteraan keluarga kita.


sumber : blogkesihatan.com


p/s : susu soya dlm kotak tak bagus. sebab dah ade pengawet bagai. biasa la dorang claim no additives bagai, tp kalo packed foods or drinks ni yg mane je xde tambah pape perisa kan? syukur alhamdulillah makayah mertua prihatin. dorang bg pinjam mesin buat air soya (pinjam time ngandung je la, nanti kaklong ke adik beradik lain pulak nak gune bila preggy hihi).


dlm masa yg sama, pngambilan susu soya melebih2 pun tak elok. org kate nanti kulit baby akan jd sensitip. seminggu dua bole la minum skali.


sekian info ibu ngandung yg dicopy paste dan perkongsi info dr saye. hihi xsabo nak minum soya nih. 2 ke 3 minggu gak dah xbuat nih..


Published with Blogger-droid v2.0.2

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea