Friday, January 13, 2012

sampai kebah

Posted by nikct at 1/13/2012 08:44:00 AM

sabtu lepas mmg takleh lupa la. aku jatuh rebah tak dpt kontrol menahan sakit lg dah. dah la preggy, hubby takde disisi pulak. mujur duk ngan parents. alhamdulillah.


lepas aku solat subuh sambil berbaringan tu, aku nak panggil sape pun,rasenya mcm xguna. parents aku mcm xbalik dr masjid lg. so aku selesakan diri dan tidur.


bila sedar semula, aku konfem mmg sakit lama berulang balik tp kali ni teruk sbb sakit sgt sampai aku takleh bangun. dulu sakit jgk belakang ni, sampai aku jalan tbongkok2 tp xde la sampai xleh bangun. dgn susah payahnya aku bangun, melangkah turun dr katil. n guess what, I cant stand on my own. aku takleh lepas tgn aku dr lutut. aku xleh melangkah melainkan aku heret kaki aku melangkah ke depan. ya Allah beratnya dugaan ni. tuhan maha tahu betapa sakitnya nak melangkah kan kaki ke pintu tu.


bukak je pintu, aku jerit panggil makayah aku. bapak aku kat luar, mak aku tgh tidur. mujur la jugak ade org dlm rumah. aku trus melutut, mengerang menahan sakit sbb bertahan mengheret kaki nak bukak pintu bilik je pon!! ya allah...


mak aku suh aku baring ke lantai. dia call abg aku yg doc tu. nasib baik ade abg doc. rawatan kecemasan tu bole la diharapkan. mak aku nak bg pain killer. mujur dia call doc dulu. doc xbg. dia suruh mkn panadol dulu.


petang tu dah 2 kali mkn panadol 2bijik pun tak jalan, mak aku suruh pegi spital laa. azab pg td bersambung lg bila aku xdpt angkat bdn sdri utk bangun dr perbaringan tu. aku bole mengiring, tp nak twist punggung utk bangun, ya allah azabnyeeee kengiluan tu.. makayah tolong pun xbole. aku akan teriak sakit. mengalir air mate ni beb menahan sakit.. tp camne pun aku kena bangun. aku dah dkt 10jam xke toilet. mandi ke, solat ke, apetah lagi.. brp jam aku struggle nak bangun. mmg silap besar bila mak aku suruh aku baring atas lantai tu. bila sakit belakang ko jgn la baring atas lantai. baring la atas suatu tempat yg tinggi supaya ko bole pusing kaki n badan ko utk bangun nanti.


akhirnya aku dpt idea, aku,mintak mak aku tlg alihkan punggung ni utk pusing bdn aku n akhirnya aku bole duk merangkak. maka merangkak la aku pegi toilet. buang air, mandi, dlm posisi merangkak. mak aku tolong la ofkos. tgn still xleh lepas. dah siap mandi aku merangkak ke hujung katil. dgn hrpn nak melutut n bangun. tp sakitnyeee. bila abg aku sampai, aku kena pimpin pelan2 nak ke kereta. disbbkan hari sabtu, so pegi hospital putrajaya je la yg plg dkt n tau pon.


sampai emergency dept, dorang amek ngan wheelchair. mak aih wheelchair baru. bkn lg best. lg sakit ade la. dpebuat drp plastik yg sgt keras 100%, xpasal blkg aku ni lg sakit bile duk atas tu. tahan je la waaaaaa.


berejam gak nak jumpa doc. emergency ape ni? huh. dh dpt masuk jumpa doc, doc bole kate "saye hanya bole bg awak pain killer injection je, dun wori ianya selamat utk keadaan awak skang ni, pastu saye bg ubat tahan sakit ni, awak mkn bila perlu je lah ye. kite xbole nak check awak skang ni, xray xbole, ape pon xbole"


pastu balik.


hari isnin sakit menjadik2. dah la xdbagi mc. doc kate awal lg, sabtu kan. so harini la kena pegi mana2 klinik nak dptkan mc. pegi klinik berbayar kat umah. doc tgk buku merah n tanya "bila next check up?" "esok patutnya" aku jawab.


"kalo camtu, saye bg awak mc harini. awak continue je mkn ubat yg doc bg tu. esok masa check up awak bgtau sakit awak ni. nanti klinik akan refer pd hospital la perkara ni".


bila amek mc, kena byr rm10 (xpasallll)... dah la tunggu lama jugak. bila jumpa bole dia bg advice camtu je? susah sgt ke nak buat reference letter tu??? kena caj 10hengget lak tu.. huh!!!


aku xsedap ati. ape2 blh jd dlm 1 hari ni. kang kalo aku balik ttbe jatuh ke camne? sape nk jawab? mesti sume lepas tgn. so aku pegi klinik kesihatan salak terus utk jumpa doc. alhamdulillah kes aku direfer cepat pd doc since aku mmg xleh nak jln sgt dah ni.


"ok saye refer awak pd emergency dept, so dorang leh refer ke ortho etc". ok, lega..


pegi ED, tunggu lame jugak lg, dah setengah hari aku ke sana sini time ofis hour, masih xleh bjln n masih xdpt mc. bila jumpa doc, dia refer kes ni kat bilik seblah n bila masuk balik, dia bole ckp benda yg sama dgn doc dept yg sama sblm ni.


"doc, xleh refer ke pakar ke? saye sakit sgt ni. at least, physio ke"


"dgn keadaan skang mmg awak kena makan ubat tu je. kalo pegi ortho pun dorang xleh buat pe. pegi physio pon xmembantu"


"tp dah sakit sgt ni. jalan pun xbole. buang air pun sakit"


"memang kita xleh watpe. kalo sakit sgt awk dtg, kite bg injection lg je. skang sy bg awak mc, 3 hari"


"ok" «--- kecewa nak mati..


mc 3 hari aku ikut la disiplin doc tu. mkn ubat, even kat paket tu tulih "bila perlu" je, aku mkn je 3 kali sehari sbb.. mmg aku perlukannya. sakit. terbaring mcm ape je. sambil2 tu tkenang jugak nasib anak dlm perut ni. ok ke x dia?


habis je mc, aku masuk opis. jalan mmg bole jalan. tp mcm nenek2 si bongkok 3 la. aku kena masuk opis sbb kena submit hujahan haritu jugak. ayah aku drive, since sakit belakang kan, ape2 blh jd tgh jln nti. aku siapkan hujahan, then trus p klinik kesihatan dkt umah.


doc yg buat surat rujukan haritu mcm mrh. kenape ED xrefer benda ni kat ortho? at least physio? n doc kat klinik ni ckp xpatut dia suh aku bgantung kat ubat, sbb ubat tu x elok nak dimakan lama2. bayangkan aku dah telan dr hari sabtu. doc, saye dah ckp tu sume tp doc kat ED tu kate xmembantu.


"xpela saye buat surat rujuk terus ke ortho. saye bg mc lg 2 hari kat awak ok"


masa tu dah ptg. klinik pakar bukak time ofis hour je. kalo patah balik putrajaya kompem sesia. esok je la jawabnye.


so, pg ni plan nak pegi ortho tu la. tp mcm no poin. sakit ade lg tp dah nak kebah. dah bape hari kan. siap makan pain killer bagai dah. ape la pulak ortho tu nak kate japgi? mesti sesuatu yg mengecewakan.. hmm..


harap2 ape pun berlaku biarla aku je yg tanggung mudaratnye. bukan anak dlm kandungan ni. kasihanilah dia ya allah... :'(


Published with Blogger-droid v2.0.2

0 comments:

Post a Comment

 

when the sailor is away Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea